Sejarah Perkembangan Drama Dunia Dan Drama Kanak Malaysia.docx

  • Uploaded by: MOHAMAD DANIAL BIN MOHAMAD ZAKIRUDIN pju17C406
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Perkembangan Drama Dunia Dan Drama Kanak Malaysia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,117
  • Pages: 12
ISI KANDUNGAN

Penghargaan .............................................................................. Error! Bookmark not defined. 1.0

Pengenalan ..................................................................................................................... 2

2.0

Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia ......................................................................... 3

2.1

Seni Drama Barat ........................................................................................................ 3

2.1.1

Zaman Yunani ...................................................................................................... 3

2.1.2

Zaman Romawi ..................................................................................................... 4

2.1.3

Zaman Pertengahan ............................................................................................. 4

2.1.4

Zaman Rennaissance ........................................................................................... 5

2.1.5

Zaman Moden....................................................................................................... 6

2.2 3.0

Seni Drama Timur ........................................................................................................ 6 Sejarah Perkembangan Drama Kanak-Kanakdi Malaysia ............................................... 7

3.1

Tahun 1950-An ............................................................................................................ 7

3.2

Tahun 1960-An ............................................................................................................ 8

3.3

Tahun 1970-An ............................................................................................................ 8

3.4

Tahun 1980-An ............................................................................................................ 8

3.5

Tahun 1990-An Sehingga Kini ..................................................................................... 9

4.0

Kesimpulan ..................................................................................................................... 9

Rujukan.....................................................................................................................................10 Lampiran ...................................................................................................................................12

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083 1.0

PENGENALAN

Drama berasal daripada perkataan bahasa Yunani iaitu dran atau draomai yang bermaksud gerak (Tjokroatmojo, 1985 dalam Mohamad Abd Ghani, 2000). Hal ini bukan merujuk kepada gerakan tubuh badan semata-mata tetapi melibatkan gerakan halus, iaitu gerakan seni yang membawa kepada unsur-unsur keindahan dan keseronokan. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, drama membawa maksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau televisyen yang melakonkan pelbagai situasi atau urutan peristiwa meggunakan emosi yang sesuai. Oleh itu, drama atau boleh dikenali juga sebagai teater merujuk kepada wadah kebudayaan kebangsaan bagi sesebuah negara yang mendukung peradaban bangsa sejak zaman dahulu kala yang masih berkekalan sehingga ke hari ini. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), dalam meniti sejarah kelahiran drama, terdapat pelbagai perkara yang perlu dilihat kerana perkembangan drama telah banyak mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sesuai mengikut perkembangan masyarakat yang menghidupkannya. Maka, lembaran kerja kursus kali ini akan memgupas lebih lanjut mengenai sejarah, aliran dan jenis drama di dunia serta kanak-kanak di Malaysia.

2

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083 2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA DI DUNIA

Setiap bangsa memiliki sejarah dramanya yang tersendiri (Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah dan Suhaimi Muhamad, 1988), dimana kesenian drama ini boleh dirangkumkan aspek seninya seperti lakonan, muzikal serta nyanyian. Hal ini bertujuan bagi menimbulkan kesan yang dapat memukau serta dapat menarik perhatian audien. Oleh itu, susur galur sejarah perkembangan drama di dunia ini dapat dibahagikan kepada dua benua iaitu seni drama Barat dan Timur. 2.1

Seni Drama Barat

Zaman Yunani

Zaman Romawi

Zaman Pertengahan

Zaman Rennaissance

Zaman Moden

Rajah 1: Susur Galur Perkembangan Seni Drama di Barat

2.1.1

Zaman Yunani Rahmah Bujang (1975) berkata bahawa perkembangan drama Barat telah

memulakan kegiatannya sejak zaman Yunani atau dikenali sebagai zaman Greek. Secara umumnya, drama terawal zaman Greek ini berkembang kerana adanya unsur dasar ritual atau pemujaan tuhan sehingga berkembang menjadi sebuah seni. Hal ini demikian kerana, mereka menari dan berlakon di bangunan-bangunan yang dijadikan pentas kepada alam seni drama dan pertunjukan-pertunjukan drama dan drama yang lazimnya diadakan di hari-hari perayaan tuhan Dionysos sahaja (Abdul Rahman Napiah, 1987). Pada zaman ini, penggarapan tema yang dapat dilihat adalah mengikut kepada aliran klasik dan berbentuk tragedi dan komedi. Menurut Wahab Ali (2004), drama komedi memaparkan lakonan kejadiankejadian lucu yang berlaku dalam kalangan rakyat untuk menggambarkan kehidupan seharian mereka dan kebiasaannya kisah akan berakhir dengan sukacita (Nano Riantiarno, 2003). Bagi bentuk drama tragedi pula, drama ini mengisahkan sebuah cerita yang berakhir dengan duka (Nano Riantiarno, 2003). Misalnya, pada zaman ini cerita sedih yang dapat dilihat adalah lakonan mengenai kejatuhan dewa-dewa yang

3

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083 seterusnya menyumbang kepada kejatuhan raja-raja dan golongan bangsawan. Maka, pada zaman Greek ini drama dilihat sebagai titik mula kepada masyarakat dunia untuk mula mengenal susur galur sesuatu drama itu tersendiri.

Gambar 1: Tempat pertunjukan drama di Amphitheater

2.1.2

Zaman Romawi Menurut Mana Sikana dalam Zuraidi Che Amat (2019), kejatuhan tamadun

Yunani atau Greek ini diambil alih oleh tamadun Romawi, di mana perubahannya tidak ketara dan mempunyai banyak persamaan berpunca daripada kebudayaan yang lebih kurang sama iaitu beraliran klasik dan berbentuk tragedi dan komedi atau lebih dikenali sebagai “Greek New Drama” (Rahmah Bujang, 1975). Buktinya, Rahmah Bujang (1975) menyatakan bahawa antara drama yang terkenal dihasilkan oleh Plautus adalah sebanyak 24 buah drama yang kebanyakannya berbetuk komedi dan salah satu drama terbaiknya bertajuk “The Hanbted”. Walaubagaimanapun, drama semasa zaman ini lebih menjurus kepada aspek pementasan iaitu perhiasan dan keindahan pentas khususnya.

Gambar 2: Tempat pertunjukan drama

2.1.3

Zaman Pertengahan Abdul Abdul Rahman Napiah (1987) berkata, keruntuhan zaman Rom adalah

disebabkan oleh penaklukan pentadbiran “Rumah-rumah Bible” yang dianggap tidak suci dan bertentangan dengan ajaran agama. Namun, pada akhir zaman pertengahan

4

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083 ini, muncul satu kesedaran oleh pihak gereja bahawa pentingnya drama bagi memartabatkan sistem feudalisme pada ketika itu (Rahmah Bujang, 1975). Buktinya, perubahan yang jelas dapat dilihat pada zaman ini adalah kegiatan drama menggunakan skrip. Tambahan lagi, antara aliran yang dibawa adalah aliran NeoKlasik yang mengetengahkan drama berbentuk komedi dan tragedi yang berlandaskan kepada ajaran moral yang diaplikasikan di beberapa buah negara seperti di German, Perancis dan Itali.

Gambar 3: Tempat pertunjukan drama Zaman Pertengahan

2.1.4

Zaman Rennaissance Umumnya, zaman ini tidak lagi terhad kepada drama berunsurkan keagamaan

tetapi lebih menjurus kepada satu bentuk hiburan dan menjadi satu usaha perdagangan yang menguntungkan. Malah, muncul bentuk-bentuk drama yang baharu misalnya pentomine dan melodrama, walaubagaimanapun masih terdapat pengekalan kepada bentuk tragedi dan komedi serta berlandaskan aliran Neo-klasik. Menurut Nano Riantiarno (2003), melodrama membawa erti kisah yang menguras air mata dan biasanya dimasukkan muzik dan tarian dan berpotensi untuk berkembang menjadi persembahan opera (Rahmah Bujang, 1991). Aliran yang dapat dilihat pada zaman ini merupakan aliran romantisme, simbolisme, naturalisme dan realisme iaitu selaras dengan pemikiran manusia pada zaman itu. Pelopor aliran ini mementingkan peralatanperalatan yang realistik dan maujud. Misalnya, penggunaan roti yang sebenar dan bukannya kayu yang dilukis bentuk roti.

Gambar 4: Tempat pertunjukan drama Zaman Rennaissance

5

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083

2.1.5

Zaman Moden Pada kurun ke-19, drama telah berkembang dengan pesat kerana setiap bangsa

ingin

mencipta

tradisi

drama

masing-masing.

Perkembangan

yang

pesat

ini

menyebabkan perubahan aliran kepada aliran realisme yang menjadi pembahagi kepada zaman moden dan sebelumnya. Justeru, dapat dilihat bahawa drama di Barat bermula dengan zaman Yunani atau Greek dan diakhiri dengan zaman Moden.

Gambar 5: Tempat pertunjukan drama Zaman Moden

2.2

Seni Drama Timur Perkembangan drama di Timur dikatakan mempunyai kekurangan dari segi

dokumentasi tentang sejarah kegiatan drama dari negeri-negeri Timur (Abdul Rahman Napiah, 1987 dan Rahmah Bujang, 1975). Drama di Timur menjadi satu medium untuk mengembangkan agama Hindu kepada rakyat. Hal ini demikian kerana drama telah berjaya menarik minat audien dengan baik serta dapat menyampaikan mesej dengan mudah. Permulaan bagi drama di benua Timur ini adalah melalui perkenalan cara-cara penyembahan tuhan-tuhan Hindu kepada penakhluknya. Di samping itu juga, ahli teori India membahagikan drama kepada dua corak iaitu ‘Lokadharmi’ dan Natyadharmi’. ‘Lokadharmi’

bermaksud

gambaran

kelakuan

manusia

di

atas

pentas

dan

membentangkan objek-objek secara semula jadi, manakala ‘Natyadharmi’ yang membawa maksud melakonkan dengan menggunakan gerakan-gerakan yang sengaja atau sedar.

6

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083

3.0

SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA KANAK-KANAKDI MALAYSIA

Drama kanak-kanak boleh membawa erti yang sama dengan pengertian drama iaitu lakonan. Namun, drama kanak-kanak ini berbeza dari segi pelakonnya di mana drama ini terdiri daripada pelakon dewasa atau kanak-kanak atau digabungkan keduanya. Bagi Md Sidin Ahmad Ishak (2005), tujuan drama kanak-kanak ini adalah untuk menghiburkan dan diselitkan dengan unsur pengajaran dan kecindan yang menyeronokkan bagi menarik minat kanak-kanak. Menurut Nurain Natul Nadhirah (2017), kanak-kanak penuh dengan imaginasi di mana mereka suka meniru dan melakonkan semula watak-watak yang mereka perhatikan di sekitar mereka. Hal ini berpatutan dengan teori peniruan Albert Bandura semasa proses pembelajaran kanak-kanak di mana mereka melihat dan meniru tingkah laku orang lain (Mok Soon Sang, 2010). Secara umumnya, perkembangan drama kanak-kanak dapat disimpulkan secara ringkas berdasarkan rajah di bawah:

Tahun 1950-an

Tahun 1960-an

Tahun 1970-an

Tahun 1980-an

Tahun 1990-an sehingga kini

Rajah 2: Susur Galu Perkembangan Drama Kanak-kanak

3.1

Tahun 1950-an Pada awal abad ke-20, drama kanak-kanak diterbitkan dan dibukukan daripada

hasil terjemahan drama Barat oleh penterjemah tempatan. Buktinya, karya klasik Inggeris bertajuk “Macbeth” oleh Shakespeare telah diterjemahkan oleh Hussien Ahmad ke dalam bahasa Melayu penerbitan Syarikat Saudara Sinaran Berhad (Hadijah Rahmat, 2006). Menurut Jin Shamsudin (2015), antara drama kanak-kanak yang pertama di Malaysia ialah “Macam mana Kassin diubatkan” yang berkisarkan kepada kepentingan perubatan moden yang berlandaskan kepada bentuk drama melodramatik.

7

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083 3.2

Tahun 1960-an Pada kurun 60-an ini, para penulis telah mula menceburi biidang penulisan

drama kanak-kanak dan bergiat aktif dalam menghasilkan drama. Malah, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga bekerjasama dalam mempertingkatkan lagi taraf drama kanak-kanak di Malaysia. Antara usaha DBP adalah menjadikan buku-buku drama kanak-kanak sebagai keperluan di sekolah-sekolah rendah kerana drama ini sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak. Selain itu, syarikat penerbitan lain khususnya, Syarikat Saudara Sinar menganjurkan peraduan penulisan dan menerbitkan penulisan tersebut menjadi bahan bacaan untuk dipasarkan atau keperluan di sekolah. Contohnya, drama yang dihasilkan bertajuk “Mari Berlakon I” dan “Mari Berlakon II” (Kalam Jiwa, 2017).

3.3

Tahun 1970-an Seterusnya, pada dekad 70-an ini sudah muncul drama kanak-kanak yang

berbentuk muzikal. Drama pada dekad ini lebih fleksibel di mana ia amat sesuai dibaca atau dilakonkan oleh watak kanak-kanak kerana dapat menghiburkan pembaca atau penonton yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak. Menurut Kalam Jiwa (2017), drama muzikal ini diselitkan unsur hiburan seperti unsur tarian, nyanyian dan lagu serta muzik. Marzuki Ali (2018) juga menyokong bahawa semasa dekad ini, drama kanak-kanak di Malaysia diperkenalkan dengan drama berbentuk muzikal iaitu drama lakonan yang diselitkan dengan nyanyian. Misalnya, drama muzikal “Lagu Tiga Kupang” yang dicipta oleh Abdul Aziz Abas.

3.4

Tahun 1980-an Kemudian, pada kurun 80-an ini, drama kanak-kanak dilihat bersifat complete

kerana lebih menekankan kepada isu-isu permasalahan yang dihadapi oleh manusia dan masyarakat sekeliling (Kalam Jiwa, 2017). Contoh drama adalah bertajuk ‘Kasih Tidak Terbeli’ yang menyentuh emosi kerana peristiwa dalam drama ini menimbulkan persoalan yang berkaitaan dengan kemiskinan, peperangan dan keganasan walaupun temanya membawa unsur kasih sayang. Tambahan lagi, terdapat drama-drama yang dimasukkan dalam antologi “Lagu Anak Perawan” yang dikumpulkan bersama-sama puisi moden dan tradisional. Dengan penerbitan ini, kanak-kanak di sekolah telah diterapkan dengan drama-drama yang dapat mencabar minda dan emosi yang

8

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083 mendalam serta perlu mahir dalam pembacaan agar dapat memahami maksud yang ingin disampaikan. 3.5

Tahun 1990-an Sehingga Kini Drama kanak-kanak pada tahun 1990-an hingga kini telah berkembang pesat

kerana terdapat pelbagai bentuk drama yang baharu muncul selaras dengan zaman negara Malaysia yang mencapai zaman pemodenan ini. Menurut Siti Aisah Murad (2008), antara pementasan yang terkenal pada abad ini ialah drama “Taman Baginda (Muzikal)” yang dipentaskan di Auditorium Tun Abdul Razak pada tahun 1997 yang diusahakan oleh Pak Ngah Production yang masih kekal hingga ke hari ini.

4.0

KESIMPULAN

Tuntasnya, berdasarkan kajian kerja kursus ini, sejarah drama telah mengalami perubahan mengikut masa, selaras dengan perkembangan zaman dan masa kini. Perubahan ini akan menghasilkan satu perkembangan sesuatu warisan budaya itu menjadi warisan tradisi yang akan dibawa oleh generasi turun temurun sesuatu bangsa. Maka, kita tidak seharusnya memandang enteng perkara ini dan seharusnya sentiasa cakna dengan perubahan-perubahan yang berlaku. Oleh itu, pentingnya kita mengkaji asal usul sesuatu drama itu bagi meningkatkan kesedaran kepada generasi kini dan akan datang mengenai pentingnya menjaga warisan seni drama agar warisan seni ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

9

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083

RUJUKAN Abdul Rahman Napiah. (1987). Drama moden malaysia : perkembangan dan perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jin Shamsudin. (2015). Filem melayu: citra budaya dan rakaman sejarah. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Kalam Jiwa. (2017). Perkembangan drama kanak-kanak: satu tinjauan ringkas. Dicapai pada 21 Februari dari laman web http://nyala.ungguncreative.com/perkembangan-drama-kanakkanak-satu-tinjauan-ringkas/. Kamus dewan edisi keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzuki Ali. (2018). Kumpulan dekon: saya dari tanjung penaga. Jurnal Melayu, 287. Md Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia: buku Melayu mencari nafas baharu. Selangor: Cerdik Publications Sdn Bhd. Mohamad Abd Ghani. (2000). Isu dan pemikiran dalam drama melayu berunsur sejarah. Selangor: Universiti Putra Malaysia. Mok Soon Sang. (2010). Murid dan alam belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nano Riantiarno. (2003). Menyentuh teater: tanya jawab seputar teater kita. Jakarta: MU:3 Books. Nurain Natul Nadhirah. (2017). Drama kanak-kanak. Dicapai pada 21 Februari 2019, dari laman web https://www.pdfcoke.com/presentation/338652737/drama-kanak-kanak-1-1. Rahmah Bujang. (1975). Sejarah perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahmah Bujang. (1991). Lakon, drama dan pemikiran: latar belakang intelektual drama dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah & Suhaimi Muhamad. (1988). Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Aisah Murad. (2008). Penelitian sejarah kesusasteraan Melayu moden (1940-1969). Selangor: Dawama Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

10

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083 Wahab Ali. (2004). Tradisi pembentukan sastera Melayu moden. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zuraidi Che Amat. (2019). Dipetik daripada Sejarah Drama Tradisonal dan Drama Moden: https://edoc.site/sejarah-drama-tradisional-amp-moden-pdf-free.html.

11

DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083

LAMPIRAN

Dato’ Seri adaptasi “Macbeth” yang diterjemahkan oleh Hussein Ahmad

12

Related Documents

Drama
April 2020 41
Drama
June 2020 27
Drama
November 2019 49
Drama
October 2019 47
Drama
November 2019 55

More Documents from ""