Kasih Tak Terucap

  • Uploaded by: AYUP AHMAD
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kasih Tak Terucap as PDF for free.

More details

  • Words: 3,298
  • Pages: 14
Kasih Tak Terucap

D

ia mempercepatkan langkahnya.

Dia tahu dia sudah terlewat. Dia tahu dia akan dimarahi Cikgu Mastura sebaik sahaja melangkah kaki ke bilik darjah. Namun perkara itu tidak penting baginya . Lebih rela dia dimarahi dan didenda oleh Cikgu Mastura dari berada dalam rumah neraka itu. Dia tercunggap-cunggap mencari nafas sambil mengetuk pintu. "Hah.... Baru sampai? Awak dah ketinggalan bas lagi!",tengking Cikgu Mastura diikuti dengan derai tawa kawan sedarjahnya. Malu,. Malu bila ditertawakan begitu oleh kawan-kawannya. Memang... Memang selalu sahaja begitu. Telinganya sengaja dipekakkan.. Sudah lali rasanya dia diperlekehkan kawankawannya. Dia tidak peduli. Berada di sekolah lebih baik daripada berada di rumah jahanam itu. " Awak tak dengar ke saya panggil?", herdik Cikgu Mastura lagi. Dia sudah bosan dengan perangai Sham. Sham bukan setakat selalu datang ke sekolah lambat, kerja rumah pun sering tidak terbuat. Cikgu Mastura merenung anak muridnya yang mendapat gelaran "bujat" ini dari kawan-kawannya.Bujat dalam bahasa daerahnya dimaksudkan dengan nakal. Pakaiannya tidak seperti mereka yang lain. Hairannya abang dan kakak dia sentiasa kemas bila ke sekolah. Bila ditanya kenapa, Sham tidak pernah menjawab.Abang dan kakaknya pula mengatakan yang Sham memang macam tu...pengotor. Sham hanya menunduk. Matanya hanya tertumpu kepada kasut yang sudah lusuh dan berlubang. "Tengok muka saya bila saya bercakap dengan awak!" Perlahan Sham mengangkat mukanya, memandang tepat kearah Cikgu

Mastura. "Kasihanilah aku...", pinta Sham dalam hati. Tangan jari jemari yang halus itu cuba menebat lukanyanya daripada diihat oleh Cikgu Mastura.

"Ya Allah Sham!.Kenapa pula dengan muka kamu tu?", terperanjat Cikgu Mastura sebaik sahaja terpandang wajah Sham. Terlihat luka yang melintang dari dahi hingga ke mata kanan Sham. Masih baru nampaknya. Perlukah aku berterus-terang? Patutkah aku cerita apa yang benar?. Tidak, tidak, ini semua salahku. Aku yang nakal. Aku yang jahat, jerit Sham dalam hati. "Saya...saya jatuh tangga Cikgu"jawabnya tergagap-gagap. "Jatuh tangga? Mustahil, takkan jatuh tangga boleh luka memanjang macam ni?", rasa kesian pada anak muridnya timbul serta-merta. "Be.. betul... saya ....saya jatuh tangga.....", Sham menundukkan semula kepalanya. Tidak sanggup dia menentang sepasang mata insan yang dia muliakan itu. "Tak apalah. mari ikut saya. Murid-murid lain buat kerja yang saya bagi tadi. ", perintah Cikgu Mastura. Dia lalu membawa Sham ke bilik guru dan membersihkan luka anak muridnya itu. Lukanya dalam. Cikgu Mastura merenung anak muridnya. Kendatipun Sham nakal namun dia tidak pernah membantah cakap guru-guru di situ. Walaupun Sham sering tidak membuat kerja sekolah namun setiap kali peperiksaan, Sham akan lulus. Malah lebih baik dari yang lain. Apa sebenarnya masalah Sham? Kenapa begitu berbeza dia dari kakak dan abangnya? Jutaan persoalan menyerbu benak Cikgu Mastura. "Sham...Cikgu nak tanya sikit boleh?" "Tanya apa Cikgu?" "Sham ada masalah ke di rumah?"

"Tak ada apa-apa Cikgu...semua okay..".Cikgu Mastura merenung muridnya lagi. Perlahan-lahan dia membelek tangan dan kaki Sham. Ternyata banyak kesan luka dan lebam. Marahnya beransur bertukar simpati melihat tubuh anak kecil ini. "Jangan takut Sham...Cikgu nak tolong Sham. Walaupun Cikgu selalu marah, sebenarnya cikgu sayang Sham." Sham memandang wajah redup Cikgu Mastura. Sayang? Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Butiran permata jernih mula jatuh tergenang di anak matanya yang bulat itu. .Perkataan itu membuatkannya hiba.

"Kenapa Sham? Ceritalah, Cikgu sedia mendengar. Cikgu nak tolong Sham. Kalau boleh, Cikgu nak jadi kawan Sham..", pukuk Cikgu Mastura dengan lembut. Kalaulah keluarganya boleh berbuat demikian sepertimana dulu, tentu Sham akan menjadi manusia paling gembira sekarang. Keluhuran cikgu Mastura menyebabkan Sham menjadi serba salah. " Janji cikgu tak ceritakan pada orang lainkan.? Janji cuma kita sahaja yang tahu!", desak Sham. Tidak sanggup dia bayangkan bahana yang akan menimpanya kelak andai rahsianya terbongkar. Cikgu Mastura mengganguk dan memberikan senyuman. "Sebenarnya saya tak jatuh. Mama...mama baling tin pada saya. Tapi itu bukan salah mama. Saya yang jahat, saya yang nakal" "Apa Sham dah buat?" "Sham tak habiskan kerja rumah dalam masa 20 minit seperti mama suruh." "Kerja rumah? kerja sekolah yang cikgu beri tu ke?" "Bukan...bukan !Kerja rumahlah. Cuci piring, sapu, mop, cuci bilik air....." Cikgu Mastura terpempan. Mana mungkin anak sekecil ini di suruh membuat kerjakerja sebegitu? Mengapa seorang ibu boleh bertindak demikian? "Selalu ke Mama suruh buat macam tu?" "Hari-hari. Sebab tulah Sham selalu datang lambat" Cikgu Mastura mendengar tekun.

Sham pula bagai orang mengantuk disurungkan bantal. Habis diceritakan pada Cikgu Mastura tentang deritanya selama ini. Alas tidurnya hanyalah beralaskan sehelai tikar nipis di bilik stor. Sham hanya dibenarkan makan kalau mamanya berpuas hati dengan kerjanya ataupun Sham boleh menghabiskan kerjanya tepat pada jangka waktu yang diberi. Itupun sekadar sisa makanan abang dan kakaknya dan cuma sehari sekali. Putih, Kucing belaan mamanya rasanya lebih beruntung dari dirinya. Minggu lalu, setelah mamanya diberitahu oleh guru disiplin tentang perangainya yang suka mencuri makanan di sekolah, Sham dipaksa memuntahkan isi perutnya. Bila Sham gagal, ibunya memaksa dia menelan "Klorin" kononnya untuk membersihkan makanan haram yang dimakannya.

Semenjak itu Sham serik. Lebih baik berlapar dari disuruh menelan benda tu. Sakitnya bukan kepalang. Semalaman dia meringkuk menahan kesakitan di perutnya. Dan malam itu, Sham tidur dengan linangan airmata. Pernah Sham cuba lari dari rumah neraka itu tetapi entah kenapa, belum jauh dia berlari, Sham sudah berpatah balik. Takut! Mungkin itulah sebab utamanya. Dia takut dibelasah lagi kalau tertangkap. Airmata mula tergenang di anak mata Cikgu Mastura. Tidak pernah terlintas dihatinya akan penderitaaan Sham. "Tapi kenapa Sham? Kenapa ibu Sham buat macam tu" "Sebab kata mama, pasal Shamlah papa cari perempuan lain. Pasal Shamlah papa pergi tinggalkan rumah. Sham nakal, Sham selalu susahkan mama. Abang dan kakak tak macam Sham". "Mama Sham kata macam tu pada Sham?" Sham hanya mengangguk bila disoal begitu. Kesian, anak ini menjadi mangsa kekalutan fikiran mamanya kerana benci akan perbuatan suaminya. Budak ini harus di selamatkan, fikir Cikgu Mastura. "Sham tunggu di sini ya! Ni makan coklat ni, nanti cikgu datang balik ok,". Sham tidak menjawab. Dia lebih tertarik kepada sebungkus coklat yang dihulur Cikgu Mastura. Sudah lama dia tidak merasa makanan sesedap itu.

Sebentar kemudian Cikgu Mastura kembali bersama Cikgu Morshid, Guru Besar sekolah itu. Sham cemas. Kenapa Cikgu Mastura bawa Cikgu Morshid? Cikgu Masturakan dah janji tak akan beritahu sesiapa pun! "Sham Cikgu nak tengok luka Sham. Jangan takut, Cikgu pun nak tolong Sham". Sham kaku. Habislah aku kali ini. Matilah aku. Lepas ini pasti satu panggillan telefon akan singgah ke telinga mama. Mama mesti pukul aku sampai mati, jerit Sham dalam hati. Setelah membelek luka Sham dan kesan-kesan luka dan lebam di badan Sham, Cikgu Morshid hanya mengeleng kepala. "Biar saya yang uruskan......awak temankan dia di sini..", bisik Cikgu Morshid pada Cikgu Mastura. "Cikgu... Cikgu janji tidak beritahu orang lain tadikan. Ini rahsia kita....," ujar Sham dalam tangis. Airmatanya sudah tidak bias bertahan. Melihat Sham menangis, Airmatanya mengalir juga. "Sham....Cikgu nak tolong Sham...Cikgu nak lepaskan Sham dari siksa ni...", pujuk Cikgu Mastura. "Tidak...Cikgu tak faham...cikgu tak faham! Nanti kalau mama tahu saya akan di denda...saya tak mahu cikgu...saya tak mahu..Lagi pun saya yang nakal, saya yang jahat. Kalau tak kerana saya papa tak pergi", esakan Sham makin menjadi. Wajahnya yang ceria mengunyah coklat sebentar tadi, bertukar menjadi pucat. Ketakutan jelas terserlah di wajahnya. "Tidak ....Sham tak nakal. Bukan sebab Sham papa pergi. Cikgu janji, Sham tak akan pulang ke rumah itu lagi. Cikgu akan pastikan Sham di bawa jauh dari rumah itu." Badan Sham yang kecil dirangkul erat oleh Cikgu Mastura dengan penuh kasih sayang. Hiba benar hatinya mendengar tangisan Sham. Walau apa pun terjadi, dia akan mempertahankan hak anak ini. Setengah jam kemudian, Cikgu Morshid

muncul bersama seorang wanita berbadan gempal. "Mastura....ini Cik Nadia dari Jabatan Kebajikan.", Perlahan Cikgu Mastura melepaskan pelukannya. Wajah Sham di renung penuh simpati. Airmata Sham, dikeringkan dengan tangannya sendiri. "Sham...ini Kak Nadia. Dia akan jaga Sham. Dia akan pastikan Sham selamat. Sham jangan takut ya?" "Tak nak, Sham tak nak. Sham takut!" "Sham jangan takut. Cikgu sendiri yang akan pastikan Sham selamat..",Cikgu Mastura mengusap rambut Sham yang memang sudah sedia kusut. Menyesal dia kerana tidak dari dulu membantu muridnya ini. "Ini....Sham bawalah bersama.", Cikgu Suria menghulurkan bungkusan coklat tadi. "Nanti Cikgu datang tengok Sham Okey? Cikgu janji Cikgu akan tolong Sham", pujuknya lagi. Inilah jalan yang terbaik buat Sham, fikir Cikgu Mastura. Tangan halus Sham dipimpinnya hingga ke sebuah van yang sudah menunggu. Cikgu Mastura kaku disitu sehinggalah van itu hilang dari pandangannya. Cikgu Mastura menyeka airmatanya, teringat akan sesuatu yang harus dia lakukan. Bingkas dia menuju ke mejanya, mencapai daftar nama murid dan mendial nombor rumah Sham. "Hello....", terdengar suara wanita yang agak garau di hujung telefon. "Ini, Puan Farhana ke, ibu Sham?", tanya Cikgu Mastura. "Ya...siapa ni?" "Tak perlu tanya. Saya telefon ini untuk memberitahu Puan yang Sham tidak akan pulang ke rumah puan buat selamanya....!", pantas tangan Cikgu Mastura meletakkan ganggang telefon. Puas hatinya. Farhana mendengus. Siapa pulak yang berani menemplaknya sebentar tadi? Memang tak sayang mulut betul! Kalaulah orang itu berada di depan matanya

memang diganyangnya cukup-cukup. Sham...budak celaka tu lagi. Tak habis-habis menyusahkan. Memang nak kena budak tu. Nantilah dia siap aku kerjakan, fikir Farhana. Tapi kalau benar kata si pemanggil yang Sham tak balik, macam mana? Tak ada orang pulak yang boleh di suruh buat itu ini...Ah persetanlah dengan budak tu. Memang pun dia benci memandang wajah Sham yang hampir seratus peratus menyerupai wajah suaminya. Farhana termenung. Kenapa Sham yang jadi mangsanya selama ini, bukan Syukur anak sulungnya atau Shima anak perempuannya? Seingatnya ini semua bermula 4 tahun lalu ketika Sham berumur 7 tahun. Masih jelas diingatannya malam penuh tragik itu. Johari, lelaki yang menjadi sanjungan hatinya ditemui berasmara dengan kekasihnya dikamar beradu mereka sendiri !. Bayangkanlah betapa kecewanya dia bila diberitahu yang hubungan Johari dan Jamilah, perempuan jalang yang ingin dia dinikahi itu sudah berjalan hampir enam tahun malah semenjak Sham masih dalam kandungannya lagi. Perempuan itu sudahpun hamilkan anak Johari, sebab itulah Johari perlu menikahinya. Hanya Tuhan yang tahu perasaannya ketika itu. Sungguh tidak terduga, pergorbanannya selama ini sia-sia belaka. Farhana sanggup meninggalkan keluarganya yang kaya-raya kerana cinta. Cinta. Ya, Cinta! Dia sanggup melukakan hati orang-tuanya kerana Cinta. Tapi inikah balasan Johari padanya? Dia diduakan dalam diam.

"Hei aku tanya....kau nampak budak tu tak?", herdik Farhana. "Tadi...Syukur nampak...Sham....", tergagap-gagap Syukur cuba menghabiskan kata-katanya. "Apa hal ni? Apa kena dengan kau Syukur...cuba cakap betul-betul!", tengking Farhana lagi.Syukur memandang Shima. "Sham kena bawa dalam van jabatan kebajikan....", tergopoh Syukur menghabiskan ayat itu. "Apa? Kenapa kau orang tak cakap dengan mama?",sambil satu tamparan hinggap

ke pipinya. "Kau pun sama..kenapa tak beritahu mama!", marahnya pada Shima pula. Pap ! singgah juga ke pipi Shima. Adillah, seorang dapat seorang satu. "Menyusahkan !" Farhana naik radang. Air mata mula membasahi pipi mereka. Menjawab maknanya mencari nahas. Lebih baik berdiam dan membiarkankan mama melepaskan geramnya. Mereka sudah banyak belajar dari penderitaan Sham. Mereka tahu taktik Sham mendiamkan diri boleh meredakan kemarahan Farhana. Tanpa Sham di rumah, apakah mereka pula yang jadi mangsanya? Dalam kekalutan dan keriuhan mulut Farhana, tiba-tiba terdengar ketukan pintu yang amat kuat. Dia terpanar. Syukur dan Shimah masih kaku di tempat mereka berdiri. Mereka hanya boleh menangis menahan kesakitan. Ketukan pintu bertambah kuat. "Polis...tolong buka pintu...", kedengaran suara dari luar. Farhana terduduk. Apa dah jadi?, bisiknya sendiri. Melihat mamanya diam terduduk, Syukur berlari membuka pintu. Sungguh dia tidak mahu tersiksa seperti Sham. Dua orang pegawai polis, seorang lelaki dan seorang wanita melangkah masuk ke ruang tamu. "Awak Puan Farhana Syarfilam?", tanya pegawai polis lelaki itu. Farhana hanya mampu mengangguk. "Puan, kami ada waran untuk menangkap puan kerana disyaki mendera anak puan, Shamsuri Johari. Tolong ikut kami ke balai..!" Farhana kecut seakan tidak percaya. Tidak ! Ini semua salah faham. Dia sayang semua anak-anaknya termasuk Sham. Dia yang melahirkan mereka. Mana mungkin dia tidak sayangkan mereka? Dalam kekagetan, Farhana hanya menuruti pengawai polis wanita itu ke kereta polis. Dikejauhan dia hanya mampu melihat Syukur dan Shima diiring masuk ke sebuah van jabatan kebajikan. Air jernih mula mengalir di pipinya. Inikah pula kesudahannya?

Sham hanya menunduk bila Farhana dibawa ke kandang orang bersalah. Demi Tuhan, rasa takut terhadap Farhana masih menebal di hatinya. Dia pasti ketika ini Farhana memandang tajam terhadapnya dengan senyuman penuh sinis. Dia pasti akan kalah dengan tenungan begitu. Sham terasa tangannya diramas perlahan oleh Kak Nadia, pengawai sosial yang bertanggungjawab ke atas kesnya. Dia menoleh dan membalas senyuman Kak Nadia dengan senyuman yang dibuat-buat. Di saat itu, berdepan dengan Farhana, mana mungkin dia dapat tersenyum dengan sempurna. "Masa keputusan dah tiba..", bisik Cik Nadia. Mata Sham beralih kepada tuan hakim yang sibuk membelek kertas-kertas di hadapannya. Lelaki tua itu mengerutkan dahinya. "Baiklah....setelah ditimbangkan semua hujah-hujah dan diamati bukti-bukti yang ada, mahkamah mengambil keputusan...", tuan hakim berhenti sebentar membetulkan tempat duduknya. Seteguk liur masuk ke dalam kerongkongnya. . Gengaman tangan Cik Nadia semakin kuat. "Shamsuri Johari...awak akan dikembalikan kepada penjagaan ibu awak, Farhana Syarfilam...", gema suara tuan hakim mememecah kesunyian. Sham memandang tuan hakim, memandang Cik Nadia yang kaku. Mata Sham beralih kepada Farhana. Wanita itu merenung tepat ke arahnya dan senyum lebar. "Kau kalah Sham, akanku pastikan kau menderita, “ "TIDAK !!!!!!!!!", pekik Sham. Peluh membasahi dahi dan badan Sham. Dia merenung sekeliling. Bukan, dia bukan berada di bilik mahkamah saat ini. Dia sedang berbaring di atas sofa di tempat dia bertugas, Hospital Besar Sarawak. "Astaghfirullahal azim...", Sham beristighfar. Dia tertidur rupanya. Sham mengeluh. Sayugia, dia bermimpi lagi. Walaupun dia tidak pernah bertemu Farhana lagi selepas mahkamah memutuskan untuk menjatuh hukuman penjara tiga tahun ke atasnya, namun trauma yang terpahat di hati dan jiwa nurani sering juga terbawa ke

alam mimpi. Begitulah kuatnya pengaruh Farhana terhadap dirinya. Sham termangu. Fikirannya melayang jauh ke Rumah Bakti Darul Istiqamah. Di situlah anak-anak yang terbuang dan senasib dengannya di besarkan. Kalau abang dan kakaknya memilih untuk tinggal bersama papa mereka, Sham lebih rela ditempatkan di Darul Istiqamah. Mana mungkin dia boleh tinggal dengan papanya yang telah meninggalkannya untuk disiksa oleh mamanya. Bukannya Sham pendendam, tetapi hatinya yang terluka teruk dan tidak terfikir dapat terubat jikalau melihat papanya di depan mata saban hari. Di Darul Istiqamah, Sham belajar segala-galanya. Dia mula mengutip harga dirinya yang telah lama dirobek oleh Farhana. Seakan mati hidup semula. Cikgu Mastura, wanita itulah yang menyelamatkannya. Dia tidak jemu-jemu melawat Sham di Darul Istiqamah, walaupun dalam keadaan sarat mengandungkan anaknya yang pertama. Beruntunglah anak-anaknya akan mendapat seorang ibu yang penyayang. Sedangkan Sham yang bukan darah dagingnya begitu bersungguh-sungguh dia memberi dorongan, apatah lagi zuriatnya sendiri, fikir Sham. Angelina Simai mengomel sendirian sambil membelek-belek helaian fail pesakit.

"Dah lama ke penyakitnya ni?" "Dah dekat 15 tahun Sham. Asalnya dia ni dulu di penjara. Entah apa jadi dekat penjara tu dia semakin lama semakin suka cakap sendiri. Menyanyilah,menangislah. Tu yang dia orang hantar sini. Bila dia dah okey sikit, dia dihantar ke rumah kebajikan sebab dalam failnya tercatit tiada waris. Itulah, empat lima bulan sekali, mesti jumpa dia kat sini. Orang-orang kat rumah kebajikan kadang-kadang tak tahan dengan kerenahnya. Kalau dah datang angin, habis dipukul semua orang di depannya.", ngomel Simai. "Masuk penjara?" Kenapa?", tanya Sham. "dera anak..", jawab Simai pendek, hampir berbisik. Sham mengerutkan dahi. "Habis. Anak dia tak datang cari ke?"

"Pihak hospital dah cuba hubungi anak-anaknya dan suaminya. Mereka tak

mahu terima dia balik. Lepas tu dia orang pindah, tak tahu pergi mana. Tak silap, ada satu lagi anaknya yang didera tu. Tapi kami dah malas nak cari. Sedangkan anak yang di pelihara tidak mahu terima dia balik, inikan anak yang dia seksa." Berdegup jantung Sham. "Boleh I tengok fail ni?", pinta Sham.Simai hanya mengangguk. Perlahan Sham membuka fail di depannya. Sham tergamam sebaik sahaja melihat nama pesakit yang tertera diatas. "Farhana Syarfilam...", bisiknya sendiri.Mengeletar tangan Sham menyelak satupersatu catatan di dalam fail itu. Hampir tidak percaya Sham setelah sekian lama, nama itu masih menggugat keberaniannya. "Tidak...aku tidak boleh membiarkan dia menghantui hidupku buat selamanya", jerit Sham dalam hati. "Simai, boleh you bawa I jumpa dia?" "Nantilah..." "No Simai. I would like to see her as in now, please", pinta Sham merayu. Simai membesarkan mata memandang Sham. Wajah kacak Sham direnungnya. Doktor muda yang baru ditugaskan di sini menjadi perbualan jururawat-jururawat kerana kekacakannya, ternyata berperangai pelik. Sudah dua tiga kali dia perhatikan Sham yang suka termenung dan berkhayal ini. "Oklah!", akhirnya itu yang keluar dari mulut Simai, malas mahu bertanya lebih lanjut. Simai menunjukkan katil di mana Farhana ditempatkan. Dia kelihatan sedang lena. Sham melangkah perlahan menuju ke arahnya.Semakin dekat, degupan jantungnya semakin kencang. Tidak, dia tidak akan benarkan Farhana menguasai emosinya lagi. Sudah cukup dia dihantui selama ini. Perempuan tua dengan rambut yang tidak terurus di depannya ini dipandang dari hujung rambut ke hujung kaki. Bajunya berbutang senget dan terpecak dengan tumpahan cecair bewarna coklat. Bau hapak

menangkap hidung Sham. Benarlah sebagaimana catatan dalam fail yang dibaca tadi,dia sudah 3 hari tidak mandi. Tidak mahu disentuh langsung. Makanan pun tidak dijamah, apatah lagi ubat walaupun dipaksa. Akhirnya dia dibiarkan sendirian. Perempuan inikah yang harus aku takuti? Tanya Sham dalam hati.Tidak sama sekali. Tuhan maha adil. Sebagaimana dia tersiksa, begitulah yang dirasakan Farhana sekarang ini. Tapi walau apapun Farhana tetap ibu yang melahirkannya. Tergamakkah dia membiarkan Farhana begini? "Puan....", perlahan Sham mengerakkan Farhana. Simai hanya duduk memerhati dari jauh. Farhana membuka mata. Dalam samaran mencari wajah Sham, dia cuba bangkit tetapi ternyata badannya lemah tidak bertenaga kerana tidak menjamah makanan selama tiga hari. "Jo...kau datang nak bunuh aku kan...", bebel Farhana perlahan. Wajah Sham yang mirip Johari ketika waktu mudanya, mengundang emosinya. Sham hanya mengelengkan kepala. "Aku tahu aku dah lemah, sebab itu kau datang nak bunuh aku kan Jo...",bebel Farhana lagi. "Saya bukan Johari.......", bisik Sham. "Jangan bohong...aku tahu kau datang nak bunuh aku sebab aku siksa Sham.... Dia anak kesayangan kau kan. Aku tahu aku salah, aku siksa Sham....dan kau kemari sebab nak balas dendam kan?", Farhana mula meracau. Simai yang jadi permerhati lantas bangun mendekati Sham. Bimbang dia Sham diapa-apakan. Hasratnya mati di situ kerana Sham memberi isyarat tidak masuk campur dahulu. Dia mahu tahu apa sebenarnya pergolakan dalam jiwa Farhana. "Aku sayang Sham....aku sayang Sham. Aku cuma mahu siksa dia agar kau balik bila lihat Sham kena siksa. Tapi kau tak balik juga. Kenapa kau tak balik?", esakan Farhana semakin menjadi.

Hampir Sham menitis airmata mendengar perkataan sayang dari perempuan yang bergelar mamanya ini. Sesalannya tidak terucap. "Mana Sham? Aku nak minta maaf dengan dia...mana Sham?" Perasaan kesian meruntun di hati Sham. Farhana diamuk rasa berdosa terhadap Sham selama ini. Haruskah Sham terus mendiamkan diri? "Ma....ini Sham mama. Ini Sham.bukan Johari...", tegasnya Sham perlahan. Tangan Farhana di ciumnya. Simai disebelahnya hanya mampu membeliakkan mata. Sungguh dia tidak menduga yang Sham adalah anak ketiga Farhana yang menjadi misteri selama ini. Farhana melihat Sham mencium tangannya. "Kau ke Sham...kau Sham...?", tanya Farhana bagai tidak percaya. Tangan Sham dijadikan pautan dan dia duduk menghadap Sham. "Betul ke kau Sham?", tanyanya lagi. Farhana mengusap wajah Sham. "Ya mama, saya Sham, anak mama..." "Sham....!", jerit Farhana dan merangkul tubuh Sham. "Sham maafkan mama Sham...", tangisan Farhana memenuhi wad yang sunyi sepi. Manik-manik permata yang Sham tahan-tahan tadi, gugur juga di pipinya. Simai juga menitiskan airmata melihat drama di depannya. Farhana masih meraung memanggil nama Sham. Sungguh tidak terduga, setelah sekian lama dia cuba merisik khabar, akhirnya Sham di temui juga. Begegar badan Sham dengan tangisan mamanya. Rasanya perasaan takut kepada wanita ini sudah hilang serta-merta. Yang tinggal cuba perasaan hiba yang amat sangat. Gegaran badan Farhana semakin menghilang. Suara tangisannya pun sudah reda. Kenapa pula? Perlahan Sham meleraikan pelukannya. Matanya tertutup rapat. Badannya lemah tidak bermaya. Farhana pengsankah? "Ma...mama..", perlahan Sham mengerakkan tubuh Farhana. Tiada respon.

"Mama..mama?", panggil Sham sekali lagi. Simai mendekati meletakkan jari ke leher Farhana. Kemudian tangannya beralih ke pergelangan tangan Farhana.Perlahan dia menoleh pada Sham. "Sham...dia dah tak ada...", tersekat-sekat suara yang keluar dari mulut Simai. Sham melepaskan tubuh Farhana perlahan. Wajah pucat yang tidak bernyawa direnungnya penuh syahdu. Mamanya pergi bersama ketakutan yang tersemat di hati sanubarinya selama ini. Pertemuan singkat ini amat bermakna. Telah lama dia sudah memaafkan mamanya itu. Kiranya inilah suratan Tuhan, dia akan menerimanya dengan tenang.Tuhan maha adil. Tuhan maha mengetahui. Moga-moga roh mamanya di tempatkan bersama orang-orang yang Dia redai. Amin. SEKIAN.....

Related Documents

Kasih Tak Terucap
April 2020 8
Kasih Tak Sampai
June 2020 8
Kasih
November 2019 58
Tak
May 2020 44
Kasih Sayang.docx
May 2020 34

More Documents from "Rossie Taiman"

Retro
May 2020 18
Cinta Tiada Padanya
April 2020 11
Kaedah Situasional
April 2020 6
Konsep Ppp
May 2020 8
Edu 1
April 2020 8