Karangan Jenis Catatan.docx

  • Uploaded by: Maria Jantan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Jenis Catatan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 353
  • Pages: 2
KARANGAN JENIS CATATAN 

Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialami atau dilalui oleh penulis.



Catatan harian dikenali juga sebagai diari.



Terbahagi kepada dua bentuk, iaitu catatab sehari dan catatab beberapa hari.



Jika sehari, sertakan haribulan, hari, dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa.



Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu.



Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang berkaitan dengan tajuk.



Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau aktiviti perlu disusun agar menimbulkan daya tarikan untuk daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.

Karangan: Catatan percutian ke tempat menarik. 16 Mac 2013 6.00 pagi Bangun awal. Solat subuh berjemaah. Menikmati hidangan pagi yang menyelerakan. Memunggah bagasi ke dalam bonet kereta. Memulakan perjalanan ke Langkawi. 1.00 petang Tiba di Hentian Rehat dan Rawat Rawang. Menunaikan solat Zuhur berjemaah. Membeli pelbagai jenis makanan dan makan dengan tertib. Meneruskan perjalanan ke Langkawi. 3.00 petang Tiba di Hotel Vista yang bertaraf lima bintang. Mendaftar dan membayar kos bilik. Berjalan menuju ke bilik 321 dan bilik 322. Berehat-rehat sambil berbincang memilih destinasi dengan kakak. 4.00 petang Selepas solat Asar, kami bersiar-siar di Pantai Beras Basah. Mencuci dengan panorama indah dan damai di sana. Mengambil kesempatan untuk bermandi-manda di laut serta membina istana pasir, mengutip cengkerang siput, bermain bola pantai, bersampan, berkelah dan sebagainya. Ayah mengambil foto-foto yang menyeronokkan. 6.30 petang Mengemas perkakas dan semua sampah segera. Bersedia untuk pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan solat Maghrib serta makan malam di Restoran Makanan Laut yang terletak berdekatan tempat penginapan. 7.45 malam Berdandan secepat mungkin. Tidak sangka dapat merasai makanan laut setelah sekian lama mengidam. Aku menganggap aku hanya akan makan malam di restoran biasa namun sangkaanku meleset apabila ayah memberitahuku sebaliknya, bak kata pepatah tak kusangka cempedak jadi nangka. 8.00 malam Memesan makanan dan menikmati juadah dari laut. Selesai makan, kami sempat membeli-belah di sebuah pusat belibelah. Kami membeli baju dan berbagai-bagai barangan lagi. 8.30 malam Azan Isyak berkumandang. Aku dan keluarga menunaikan solat Isyak di surau berhampiran. Kami pulang ke hotel dan bersalaman sebelum tidur.

Related Documents

Karangan Jenis Catatan.docx
December 2019 14
Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63

More Documents from ""