Karangan Jenis Perbahasan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Jenis Perbahasan as PDF for free.

More details

  • Words: 481
  • Pages: 2
Karangan Jenis Perbahasan SOALAN: Kamu mewakili kelas kamu dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk “Belajar Komputer Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”. Sebagai pencadang, kamu diminta menyediakan hujah-hujah bagi menyokong tajuk yang diberi. Sediakan hujah-hujah kamu selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang dan rakan sekalian. Tajuk perbahasan saya pada kali ini ialah “Belajar Komputer Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”. Hadirin sekalian, Belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan. Hal ini kerana dengan belajar komputer, kita dapat mempelajari pelbagai kemahiran. Antaranya adalah kemahiran menaip, melukis, mengarang, dan sebagainya. Hasil kerja yang dihasilkan dengan menggunakan komputer juga tentulah lebih kemas, bersih, dan cantik. Kita juga dapat menimba pelbagai pengetahuan dengan menggunakan komputer. Kemudahan internet di komputer memudahkan kita memperoleh maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pelajaran, pelancongan, kesihatan, dan sebagainya. Dengan ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah luas. Hadirin yang dihormati, Penggunaan komputer menyebabakan dunia bagai di hujung jari. Hal ini demikian apabila peristiwa dan berita di luar negara atau di dalam negara dapat diketahui dengan pantas melalui internet. Justeru itu, kita tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung. Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah agar tidak terjebak dalam aktiviti yang negatif. Mempelajari komputer tidak akan merugikan seseorang kerana komputer banyak menyumbang bakti kepada kita khususnya murid-murid dalam pelajaran. Justeru, benarlah bahawa belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Sekian, terima kasih.

Karangan Jenis Syarahan.

AKTIVTI PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN SOALAN: Kamu dipilih untuk mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan itu ialah “ Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri”. Tulis syarahan kamu selengkapnya. Susun keratan teks syarahan di bawah menjadi sebuah karangan syarahan yang lengkap. Nomborkan petak mengikut urutan yang betul.

Hadirin yang dihormati, Menjaga kebersihan diri memanglah tanggungjawab kita. Ada banyak cara untuk menjaga kesihatan diri. Antaranya, kita mestilah mandi dan menggosok gigi pada setiap hari. Dengan ini, badan kita akan menjadi bersih, sihat, dan segar. Kita juga tentu berasa lebih selesa. Oleh itu, hargailah kesihatan diri untuk hidup lebih sejahtera dan bahagia. Sekian, terima kasih. Di samping itu, kita mestilah cukup tidur dan rehat. Orang yang tidak cukup tidur kebiasaannya kelihatan letih dan tidak bermaya. Kadang-kadang orang yang kurang tidur mudah pitam atau pengsan malah penyakit jantung mudah menyerang orang yang tidak cukup rehat. Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan, dan sidang hadirin sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri”. Kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Makanan tersebut mestilah mengandung protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan sebagainya. Makanan yang berkhasiat penting untuk tumbesaran tubuh badan kita. Makanlah banyak sayuran dan buah-buahan supaya dapat mengelakkan badan kita daripada penyakit. Hadirin sekalian, Kita juga mestilah bersenam setiap hari. Apabila bersenam, badan kita akan mengeluarkan peluh dan seterusnya badan kita menjadi sihat. Badan yang sihat akan menyebabkan otak cerdas. Selain itu, dengan bersenam pelbagai penyakit dapat dihindari.

Related Documents

Karangan Jenis Catatan.docx
December 2019 14
Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63