Karangan Generasi Berwawasan.docx

  • Uploaded by: Anice Wong
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Generasi Berwawasan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 613
  • Pages: 2
Menghirup udara hasil kemerdekaan negara, telah banyak kejayaan yang dikecapi oleh negara kita dari generasi ke generasi hinggalah ke hari ini. Seiring dengan kejayaan ini juga, kerajaan telah menetapkan garis panduan untuk menjamin sebuah negara maju melalui generasi-generasi yang terpimpin dan berkaliber berpaksikan wawasan yang diterap sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini dikira amat penting untuk memastikan kemaslahatan negara terjamin dengan adanya generasi yang berwawasan yang mampu mentadbir negara dan masyarakat. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap generasi yang berwawasan?

Salah satu ciri yang perlu ada pada setiap generasi yang berwawasan ialah bersemangat patriotik. Sebagai warganegara Malaysia yang sejati, remaja harus menyayangi negara ini dengan sepenuh hati tanpa sebarang prasangka. Selain itu, para remaja hendaklah sentiasa mendahulukan kepentingan negara dalam apa-apa tindakan. Mereka dapat melahirkan rasa tanggungjawab untuk menabur jasa kepada negara. Sebagai contoh, generasi muda menyumbangkan tenaga dalam usaha mencapai wawasan sebuah negara yang aman sentosa agar dipandang mulia oleh negara-negara luar. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Remaja juga perlu memahami kandungan Rukun Negara sebagai teras. Penglibatan remaja dalam Program Latihan Khidmat Negara ialah aktiviti terbaik untuk menanam perasaan cinta akan negara dalam kalangan remaja Malaysia. Jelaslah bahawa semangat patriotik perlu dimiliki oleh generasi berwawasan.

Selain itu, generasi berwawasan membina ilmu dalam pelbagai bidang. Mereka berusaha untuk menuntut ilmu pada setiap masa. Mereka membaca buku, akhbar, dan majalah, melayari Internet untuk membuka mata sendiri kepada dunia yang berkembang pesat. Hal ini demikian kerana ilmu amat penting untuk membantu seseorang menentukan hala tuju dan masa depan khususnya dalam alam pekerjaan. Mereka belajar untuk memperoleh kecemerlangan akademik dan meningkatkan kemahiran diri. Misalnya, seorang peguam perlulah mempunyai kelayakan akademik yang baik dalam jurusan undang-undang. Ilmu yang diterima oleh remaja mampu memberikan sumbangan kepada negara. Mereka dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dimiliki untuk mengatasi halangan atau menyumbangkan jasa kepada negara.

Seterusnya, inovatif merupakan ciri yang harus dimiliki oleh generasi berwawasan. Remaja yang berwawasan seharusnya sanggup mempelajari dan menguasai pelbagai cabang ilmu. Mereka akan sentiasa mencari jalan keluar terbaik dengan menggiatkan usaha pembaharuan dan perubahan dalam bidang kerjaya yang diceburi oleh mereka sama ada dalam bidang perkhidmatan, industri atau perniagaan. Dalam dunia persaingan ini, ketahanan negara akan terjamin sekiranya generasi muda mampu memimpin perubahan dan pembaharuan. Ilmu yang dikuasai itu dapat digunakan dalam membangunkan modal insan. Misalnya, Jepun dan Korea mengambil teknologi dari negara Barat tetapi mereka mengadaptasi teknologi tersebut mengikut acuan persekitaran mereka sehingga produk

yang dihasilkan beridentiti mereka dan lebih canggih. Usaha pembinaan remaja yang inovatif dilihat sebagai satu bentuk pelaburan masa depan untuk ketahanan pembangunan negara pada era masyarakat terbuka.

Di samping itu, generasi yang berwawasan pantang berputus asa. Remaja yang berwawasan bersikap positif dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kejayaan. Mereka tidak akan berputus-asa apabila tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, sebaliknya mereka menjadikan perkara tersebut sebagai permulaan sesuatu kejayaan. Semasa melakukan aktiviti atau ketika menuntut ilmu tidak dapat dinafikan akan wujud halangan tertentu seperti sukar mempelajari sesuatu perkara, masalah kewangan, kurang dorongan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, halangan demikian sepatutnya tidak akan melemahkan semangat remaja, sebaliknya perlu diharungi dengan tabah supaya memperoleh kejayaan, bak peribahasa, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Konklusinya, generasi berwawasan sememangnya merupakan tonggak pembangunan negara, maka semua remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri sebelum terlewat kerana sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk melahirkan warga Malaysia yang berkualiti dan unggul. Hal ini demikian kerana remaja merupakan peneraju masa depan negara kita yang menentukan sama ada negara kita akan gemilang dan terbilang pada masa depan ataupun akan mengalami kemunduran yang amat teruk. Maka, remaja perlu mempunyai kekuatan diri untuk melakukan perubahan, bukannya menunggu orang lain untuk mengubahnya.

Related Documents

Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31
Karangan
October 2019 55

More Documents from ""