Kajian Tindakan Matapelajaran

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tindakan Matapelajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 4,112
  • Pages: 35
AMALAN SIMULASI DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN MEREKOD URUSNIAGA DALAM MATA PELAJARAN PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN. (KAJIAN TINDAKAN)

AIMEE SHAHRIN HJ JAIS (MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU, MELAKA)

1

BAB I PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian Kajian ini merupakan satu ilham daripada refleksi dan perbincangan dengan rakan penyelidik mengenai pengajaran merekod urusniaga kepada guru pelatih. Amalan biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) melibatkan pemberian input dan latihan susulan. Hasil perbincangan dengan rakan penyelidik dan maklumbalas daripada guru pelatih sendiri mendorong penyelidik menggunakan pendekatan lain untuk meningkatkan keberkesanan dalam P&P merekod urusniaga di dalam bilik darjah.

Pendekatan yang dipilih ialah kaedah simulasi. Ini adalah disebabkan simulasi mempunyai kelebihan seperti berikut: •

Pelajar diberi peluang untuk mengeksperimen secara aktif dalam masalah yang realistik. Ini memerlukan integrasi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai kerja yang positif



Elemen dalam simulasi dapat dirasai dan dialami tanpa risiko dan kerumitan



Pelajar boleh membina dan menguji hipotesis, mengenalpasti pola tingkahlaku sendiri dan rakan , membuat keputusan dan memerhati kesannya dengan lebih cepat.



Pelajar akan dapat menggunakan peluang untuk memodifkasikan keputusan dan tindakan dan memerhati impak kepada perubahan ini.

2



Kesilapan dapat diperbetulkan dengan lebih mudah dan menjimatkan kos interpersonal.



Pelajar akan sedar akan kepentingan keberkesanan individu dan kejayaan dalam perniagaan adalah sistem yang kompleks dan interaktif.



Perhubungan mengenai faedah , kejayaan kumpulan dan kemahiran individu ditunjukkan dengan lebih ketara. (Corbeil, Laveault, & Saint-Germain, 1989).

1.2 Batasan Kajian

Kajian adalah terhad kepada amalan pengajaran-pembelajaran secara simulasi di dalam kelas bersama dengan guru pelatih (GP). Ia melibatkan GP semester 2 dari 2 kelas seramai 60 orang yang mengambil elektif Kemahiran Hidup . Elektif yang berkenaan ialah subjek Perniagaan dan Keusahawanan (P&K) yang berfokus kepada topik merekod urusniaga sahaja.

1.3 Fokus Amalan

Melalui pengalaman dan pemerhatian pengajaran-pembelajaran (P&P ) semasa praktikum mengenai topik merekod urusniaga dalam mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan (P&K) di sekolah dan maktab, guru biasanya mengajar secara penerangan, perbincangan dan diikuti dengan latihan atau penyelesaian masalah. Ini dapat dilihat juga dalam Jadual 3 mengenai amalan kaedah pengajaran-pembelajaran oleh guru.

3

Tinjauan awal daripada pengalaman guru pelatih (GP) semasa di sekolah juga menunjukkan kaedah pengajaran-pembelajaran mengenai topik yang tersebut biasa sahaja, ada kalanya membosankan, dan memfokus kepada guru. Mereka kurang mengamalkan kaedah-kaedah lain yang lebih menarik dan memfokuskan kepada pelajar

P&P mengenai topik merekod urusniaga dalam P&K boleh ditingkatkan keberkesanannya menggunakan kaedah simulasi urusniaga. Kaedah simulasi mengujudkan suasana P&P yang lebih menyeluruh, menarik, aktif dan menggalakkan. Pelajar akan belajar dalam kumpulannya sendiri dan juga mesti berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan lain. Di sini pengalaman pembelajaran akan menjelma secara tersendiri dalam aktiviti urusniaga.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk membolehkan pensyarah menilai pengajarannya melalui pandangan guru pelatih (GP) mengenai amalan kaedah simulasi dalam merekod urusniaga. Maklumat yang diperoleh akan membantu pensyarah meningkatkan lagi perancangan dan pelaksanaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah pengajaranpembelajaran (P&P) yang lebih berkesan dalam merekod urusniaga.

4

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk :

1. Menentukan keberkesanan kaedah simulasi dalam P&P merekod urusniaga dari sudut pandangan GP.. 2. Mengenalpasti masalah yang dihadapai GP dalam aktiviti simulasi. 3. Menentukan perasaan GP semasa melaksanakan simulasi merekod urusniaga.

1.6 Pernyataan Masalah Terdapat pelbagai kaedah untuk melaksanakan proses P&P topik Perdagangan dan Keusahawanan .Pendekatan amalan yang biasa dipraktikkan adalah kaedah penerangan, perbincangan, latihan tunjuk cara dan sebagainya. Malangnya pendekatan amalan kaedah simulasi kurang dipraktikkan untuk mengajar topik ini terutamanya dalam pengajaran merekodkan urusniaga Oleh sebab itu amat penting satu kajian dibuat untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan amalan simulasi ini. Selain daripada itu, tinjauan tentang masalah dan perasaan yang dihadapi oleh pelajar semasa guru melaksanakan pendekatan ini perlu juga dikenalpasti

Berdasarkan kepada aspek keberkesanan, masalah dan perasaan tersebut, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti :

1. Adakah kaedah simulasi berkesan dalam P&P merekod urusniaga ? 2. Apakah tahap keberkesanannya dalam P&P merekod urusniaga ? 3. Apakah masalah kritikal yang boleh menjejas P&P yang berkesan ?

5

4. Apakah permasalahan yang dihadapi GP dalam aktiviti simulasi. 5. Apakah perasaan pelajar semasa melaksanakan simulasi merekod urusniaga ? 6. Apakah aspek dan perkara yang perlu perhatian untuk tujuan penambahbaikan rekabentuk simulasi ?

6

BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 Dapatan Literatur Business simulations do provide a context to develop competence at a macro and micro level. The response of participant depend upon their expectations and may see the simulation as merely an opportunity to confirm task competence at micro level. In context of management development, the business simulation introduction provides the learning framework and the final feedback provides the necessary reflection on the learning experience. (Jon Curwin and John Furnival 1984)

Simulasi perniagaan menyediakan konteks membina ketrampilan pada tahap makro dan makro. Respon peserta bergantung kepada ekspektasi mereka dan melihat simulasi sebagai satu peluang untuk memantapkan ketrampilan pada aras mikro. Dalam konteks pembangunan pengurusan , simulasi perniagaan menyediakan satu kerangka pembelajaran dan maklumbalas akhir menghasilkan refleksi mengenai pengalaman pembelajaran. (Jon Curwin and John Furnival 1984)

Simulations are thought to be effective, in part, because they elicit higher levels of arousal, motivation, task engagement, and quality of problem-solving in students than that offered by traditional classroom methods (Funke, 1988). In addition, they teach persistence, creativity, appropriate help seeking, and cooperative teamwork. Simulasi adalah berkesan kerana ia menggalakan tahap rangsangan , motivasi , penglibatan dan kualiti penyelesaian masalah yang tinggi dikalangan pelajar

7

berbanding dengan kaedah P&P yang traditional. (Funke, 1988).Tambahan kepada ini, ia melatih ketabahan, kreativiti, permintaan bantuan dan pasukan kerja secara kooperatif. There are two major criteria of simulations. First, a simulation involves the experiences of functioning in a bona fide role and encountering the consequence of one's actions as one makes decisions in execution of that role. Second, the participant address the issue and problem seriously and conscientiously, ie, in a professional manner (Jones , 1984). Terdapat dua kriteria utama. dalam simulasi Pertama, simulasi boleh melibatkan pengalaman berfungsi di dalam keadaan ' sebenar ' dan menghadapi kesan tindakan hasil daripada keputusan yang dilaksanakan sekaligus membentuk turutan suatu tindakan perlaksanaan. Kedua, peserta yang terlibat akan menghadapi isu dan masalah dengan penuh serius dan kesungguhan . (Jones 1984)

Simulation can provide evidence of performance on specially set task which can supplement other forms of evidence in some cases can aid assessment. Simulation can also reduce or avoid risk and can be tailored to spesific competence assesment.(Jon Curwin and John Furnival 1984) Simulasi dapat menyediakan bukti mengenai kemajuan didalam tugasan yang disetkan dan jugamenyumbang lagi bukti dalam banyak kes serta membantu dalam penilaian. Simulasi juga boleh mengurang atau mengelak sebarang risiko serta boleh di gubah untuk penilaian sesuatu ketrampilan tertentu. (Jon Curwin dan John Furnival 1984).

8

Marketing is one of the key competence areas and has been adressed using simulation, THE MARKETING GAME (Mason and Perreault 1987) Pemasaran merupakan salah satu keterampilan utama dan boleh dilatih melalui kaedah simulasi. THE MARKETING GAME (Mason dan Perreault 1987).

Berasaskan kepada dapatan literatur , pengalaman dalam P&P serta maklumbalas pelajar, penyelidik merasakan kaedah ini boleh diamalkan dalam P&P bagi tajuk merekod urusniaga. Adalah diharapkan kaedah ini dapat diselidik dengan lebih mendalam untuk menghasilkan satu rekabentuk P&P merekod urusniaga yang menarik, berkesan dan menjimatkan masa pembelajaran.

9

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian Untuk melaksanakan penyelidikan yang telah dirancang , penyelidik bersepakat untuk mengamalkan kaedah kajian tindakan .

3.2 Instrument Kajian Dan Cara Perlaksaanaan. 1. Melaksanakan amalan P&P secara simulasi urusniaga dengan menggunakan bahan-bahan seperti jurnal, lejer, wang tunai, buku cek, dokumen-dokumen perniagaan dan lain-lain.. 2. Mengumpul data melalui soalselidik selepas simulasi dilaksanakan. 3. Meminta pelajar membuat catatan refleksi mengenai pengalaman pembelajaran melalui aktiviti simulasi merekod urusniaga.

3.3 Perancangan dan Tindakan

3.3.1 Sebelum P&P, pengkaji akan membuat persediaan yang berikut:

a. memberi input mengenai kaedah simulasi dan merekod urusniaga b. merancang dan membentangkan kerangka perjalanan simulasi. c. menentukan bilangan dan jenis syarikat yang akan ditubuhkan d. mengagihkan ahli kumpulan bagi sesebuah syarikat. e. menentukan ahli syarikat akan mengenalpasti dan menyediakan buku rekod dan dokumen-dokumen yang diperlukan

10

f. menyediakan arahan urusniaga yang perlu untuk perjalanan simulasi

3.3.2 Semasa P&P, pengkaji akan

a. memberikan input dan arahan urusniaga secara terkawal pada peringkat awal dan selepas itu memberi pelajar kebebasan menentukan arahan urusniaga sendiri. b. membantu GP semasa simulasi dijalankan dan membuat pemerhatian serta mencatatkannya.

3.3.3 Selesainya P&P bagi topik ini pengkaji akan

a. meminta GP menjawap soalselidik yang diberi b. meminta GP menuliskan satu refleksi mengenai pengalaman P&P selepas semua merekod urusniaga disempurnakan.

11

BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dapatan kajian adalah daripada soalselidik,yang meliputi aspek maklumat latar GP, perasaan semasa simulasi dan refleksi selepas simulasi dijalankan

4.2 Pengalaman belajar

Pengalaman Belajar Merekod Urusniaga Bil % Pernah 58 96.67 Tidak 1 1.67 Tiada respon 1 1.67 Jumlah 60 100.00

Jadual 1 Dikalangan GP yang dikaji, adalah didapati 96.67% (58) pernah mempelajari merekod urusniaga di peringkat sekolah. Hanya seorang sahaja yang tidak pernah mempelajarinya. (Jadual 1)

4.3 Kelulusan dalam merekod urusniaga

Kelulusan tertinggi dalam Merekod Urusniaga Bil % PMR 18 30.00 SPM 34 56.67 SIJIL 1 1.67 LAIN-LAIN 6 10.00 Tiada respon 1 1.67 Jumlah 60 100.00 Jadual 2

12

Dikalangan GP yang dikaji, 86.67% ( 52orang ) yang mempunyai pengalaman dalam merekod urusniaga sehingga ke peringkat SPM. Terdapat sebilangan kecil yang mempunyai kelulusan seperti peringkat sijil dan diploma dalam bidang ini. (Jadual 2)

4.4 Amalan kaedah pengajaran-pembelajaran oleh guru di sekolah

Amalan Kaedah Pengajaran-Pembelajaran Oleh Guru Bil % 1 Penerangan 51 19.03 2 Perbincangan 43 16.04 3 Latihan 36 13.43 4 Kerja Kumpulan 34 12.69 5 Latihtubi 23 8.58 6 Tunjukcara 21 7.84 7 Penyelesaian Masalah 20 7.46 8 Simulasi 14 5.22 9 Penghafalan 7 2.61 10 Kajian Kes 7 2.61 11 Projek 7 2.61 12 Kuiz 4 1.49 13 Permainan 1 0.37 Jumlah 268 100.00 Jadual 3 Daripada pengalaman GP semasa di sekolah, kaedah yang diamalkan oleh guru yang utama adalah kaedah penerangan (19.03%), perbincangan (16.04%), membuat latihan (13.43%) dan kerja kumpulan (12.69%)..Latihtubi, tunjukcara, penyelesaian masalah dan simulasi juga dialami secara sederhana dalam kajian ini. Kaedah simulasi juga pernah digunakan pada kadar 5.22% .Ini adalah dikalangan GP yang melalui program sijil dan diploma sahaja. Ini tidak berlaku dikalangan GP di peringkat PMR atau SPM.Lain-lain kaedah yang kurang diamalkan dikalangan guru-

13

guru daripada pengalaman GP adalah seperti penghafalan, kajian kes, projek urusniaga, kuiz dan juga permainan (Jadual 3). Antara ciri-ciri pengajaran-pembelajaran yang dianggap berkesan oleh GP semasa di sekolah adalah seperti berikut:

a. Guru yang komitted dan berusaha mempelbagaikan teknik P&P b. Guru memberi penerangan yang jelas dan boleh difahami c. Guru memberikan banyak latihan pengukuhan

Antara ciri-ciri pengajaran-pembelajaran yang dianggap tidak berkesan oleh GP semasa di sekolah adalah seperti berikut:

a. Guru banyak membuat penerangan sahaja , penerangan lisan yang ringkas, lemah, kurang jelas atau sukar difahami b. Guru yang menggunakan teknik perbincangan dan latihtubi sahaja. c. Teknik atau penyampaian yang diamalkan tidak menarik, tidak sesuai dan sukar difahami d. Teknik yang memfokuskan kepada ingatan / hafalan dan bukan konsep e. Masa interaksi yang tidak mencukupi dan singkat f. Kurang latihan dan penekanan kepada kefahaman g. Tiada bahan rujukan dan kurang menggunakan ABM h. Kurang komitmen guru dan i. Guru tidak masuk kelas.

14

Menerusi pandangan GP semasa disekolah guru-guru tidak cenderung menggunakan teknik-teknik yang menarik dan membantu pelajar memahami konsep. Kaedah adalah agak stereotaip dengan penerangan, perbincangan dan juga latihan.

4.5 Keberkesanan guru dalam pengajaran-pembelajaran merekod urusniaga (pandangan Guru Pelatih)

Keberkesanan Guru Dalam P&P Merekod Urusniaga Skala

1

2

3

4

5

6

7 Jumlah

Bil

0

3

13 32

6

5

0

59

%

0

5

22 54 10

8

0

100

Jadual 4

Pada pandangan GP mengenai pengalaman belajar merekod urusniaga semasa di sekolah, tidak ada guru yang tidak berkesan atau sangat berkesan. Hanya 18% di kalangan guru daripada pandangan GP yang boleh dianggapkan berkesan ( skala 5 – 6 sahaja). Kumpulan guru yang sederhana adalah 54 % (32 orang) dan selainnya 27% adalah kurang berkesan (16 orang).

15

4.6 Perasaan GP semasa melaksanakan simulasi merekod urusniaga.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Perasaan GP semasa melaksanakan simulasi Bil % Seronok 37 24.18 Ingin mencuba 33 21.57 Menarik 30 19.61 Perlu bersabar 19 12.42 Tidak yakin 11 7.19 Tertekan 5 3.27 Bermasalah 5 3.27 Was-was 3 1.96 Membebankan 3 1.96 Susah 3 1.96 Binggung 3 1.96 Bosan 1 0.65 153 100.00

Jadual 5 Merujuk kepada Jadual 5, GP yang melalui simulasi dalam merekod urusniaga menunjukkan perasaan positif seperti merasa seronok dengan 37 respon (24.18%) ; bilangan yang merasa ingin mencuba kaedah ini menunjukkan 33 respon (21.57%) ; 30 respon (19.61%) GP merasakan simulasi merekod urusniaga adalah satu pengalaman yang menarik. 19 respon (12.42%) GP pula merasakan perlunya kesabaran dalam menjalani aktiviti simulasi ini. Walaubagaimana pun terdapat perasaan yang negatif seperti tidak yakin, tertekan, bermasalah, was-was, beban, rasa susah, binggung dan bosan (rujuk jadaual 5). Perasaan negatif ini adalah rendah , 53 (35%) berbanding dengan perasaan-perasaan 100 (65%) respon yang positif. Ini menunjukkan GP mempunyai lebih perasaan positif terhadap aktiviti simulasi dalam merekod urusniaga. Sekiranya unsur kesabaran dikeluarkan kerana tidak mempunyai unsur negatif , maka perasaan positif

16

adalah lebih tinggi lagi , iaitu 119 (78%). Ini menunjukkan satu pengalaman yang baik dan menggalakkan.

4.7 Masalah yang dihadapi oleh GP semasa melaksanakan simulasi. Masalah semasa simulasi Ya

Tidak Jumlah

Bil

35

25

60

%

58.33

41.67

100

Jadual 6 Merujuk kepada jadual 6, GP yang dikaji 58.33% ( 35 orang) menghadapi masalah semasa melaksanakan simulasi. Di dapati GP yang tidak menghadapi masalah adalah daripada golongan yang mempunyai tahap kelulusan dalam merekod urusniaga yang lebih tinggi seperti SPM, sijil dan juga diploma.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh GP semasa melaksanakan simulasi adalah seperti dalam jadual berikut:

a. Kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai urusniaga •

“….saya tidak begitu faham topik yang dipelajari…dah banyak kali cuba supaya dapat melaksanakan simulasi dengan baik, itu impian saya..tapi saya.....



"gagal…..Masih tak faham tentang tajuk …jadi bagaimana saya dapat laksanakan semua itu dengan baik ?…”



“...saya kurang faham tentang konsep urusniaga..rasa topik ini berat..mungkin cara pengendaliannya kurang bermakna bagi saya..”

17

b. Tidak faham mengenai konsep simulasi; dan perjalanan nya •

“…Kumpulan yang ingin berurusniaga dengan kami pun kurang faham apa yang harus dilakukan…..”



“…tidak tahu cara untuk menjalankan aktiviti simulasi…pengetahuan yang kurang….”



“…tidak tahu apa yang hendak dilakukan…”

c. Kesukaran mencari maklumat dan bahan . •

“….tetapi terdapat juga masalah dihadapi seperti kesukaran mendapatkan maklumat dan bahan sehingga menyebabkan menjadi binggung….”

d. Kekurangan maklumat, penerangan dan persediaan tidak lengkap oleh kumpulan •

“…. Masalah timbul akibat kesukaran untuk mendapatkan maklumat dan bahan rujukan serta bukti dalam masa yang singkat…..”



“….saya rasa bahan yang saya sediakan ada masih kurang untuk aktiviti simulasi…..”



“…ada kumpulan yang tidak bersedia lebih awal ..ini menyusahkan kumpulan lain untuk menjalankan simulasi…”



“…masih ada bahan-bahan yang tidak mencukupi…”



“…tidak ada maklumat yang detail…penerangan tidak jelas oleh guru…”

18

d. Masalah kerjasama dan interaksi antara ahli dan antara kumpulan



“…adakalanya simulasi yang dijalankan tidak mendapat kerjasama dari kumpulan lain….”



“..terdapat kumpulan-kumpulan yang tidak memberikan kerjasama dan komitmen yang baik….masing-masing tidak mempunyai pengetahuan yang dalam….”



“…penemuan di antara ahli tidak kerap ….”

e. Kurang keyakinan dan mengelirukan



“….pengalaman baru yang tidak pernah dilalui menjadikan ia kerja yang merumitkan….”



“…kurang keyakinan diri untuk melakukan …”

f. Kekangan atau tidak cukup masa interaksi



“…aktiviti tersebut memerlukan masa yang panjang sedangkan aktiviti dalam maktab terlalu padat….”

19

4.8 Refleksi oleh GP mengenai pengalaman melaksanakan P&P melalui simulasi

Refleksi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Berkesan Lebih faham Suatu pengalaman Tambah pengetahuan Seronok Menarik Gambaran lebih jelas Tidak berkesan Masalah komunikasi Memerlukan kerjasama Ada interaksi/penglibatan Mudah ingat Tambah minat Ada pengukuhan

Bil % 36 23.68 29 19.08 24 15.79 12 7.89 11 7.24 9 5.92 7 4.61 6 3.95 6 3.95 4 2.63 2 1.32 2 1.32 2 1.32 2 1.32 152 100.00

Jadual 7

Merujuk kepada jadual 7, 23.68% (36) pernyataan GP dalam refleksi yang melalui pengajaran-pembelajaran simulasi merekod urusniaga menganggapkan aktiviti ini berkesan . Antara pernyataan mereka adalah seperti berikut: •

“..amat berkesan sekali…mendapat pengetahuan, kemahiran , pengalaman baru, tidak membosankan dan lebih faham cara merekod urusniaga..Pelajar melakukan segala aktiviti dengan bimbingan guru. Segala perancangan , perbincangan dan lain-lain dilakukan sendiri oleh pelajar. ..menarik ..saya sungguh gembira kerana dapat mempelajari keadah ini dan pasti akan mempraktikkan sebagai guru

20

nanti.” •

“…memang berkesan….saya mula faham tentang topik urusniaga…banyak menimba pengetahuan dan pengalaman ……”



“…kaedah yang sangat sesuai untuk menjelaskan konsep merekod urusniaga ….kaedah mengaplikasikan dalam situasi sebenar…..”



“…mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam perbincangan dan penerangan guru…”



“…berkesan…mendekatkan diri dengan situasi sebenar…prosedur yang betul untuk merekod urusniaga….”



“…..menambahkan keyakinan semasa melakukan aktiviti….”



“….berkesan….saya masih ingat lagi apa yang telah saya dan rakanrakan lain lakukan semasa simulasi…Simulasi boleh dijadikan satu aktiviti pengukuhan yang baik dan menyeronokkan….”

Ada GP yang merasakan keberkesanan boleh ditingkatkan dengan syarat-syarat tertentu seperti dalam pernyataan berikut:



“….amat berkesan sekiranya persediaan ..mencukupi dan penerangan yang jelas diberikan …..sukar untuk difahami kerana kurang penerangan……tidak ada pemerhati serta tiada komen….untuk memperbaiki kesalahan kami……”



“ …lebih berkesan dengan memberi penerangan dan latihan

21

pengukuhan terlebih dahulu….apabila pelajar menguasai 80% kemahiran merekod …..barulah simulasi boleh dijalankan.” •

“…keberkesanan simulasi …telah wujud…saya lebih memahami topik ini kerana terlibat bersama….setiap pelajar memainkan peranan….penerangan yang diberi…membuat saya lebih faham….simulasi lebih berkesan sekiranya penerangan sebelum simulasi diberikan……”



“…akan berkesan jika mendapat maklumat dan penerangan yang jelas….”



“… amat berkesan untuk pelajar yang sudah mempunyai pengetahuan sedia ada dalam topik ini. …bagi pelajar yang tidak mempunyai pengalaman / pengetahuan …kaedah ini amat membebankan……mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar.”



“….sememangnya menyeronokkan…dapat menarik minat pelajar untuk mendalami isi pelajaran …dapat dilihat dengan jelas dan mudah difahami…tetapi penglibatan yang tidak menyeluruh menyebabkan kurang berkesan….”



“…lebih berkesan jika pelajar faham dan tahu cara menjalankan aktiviti…amat perlu kerjasama dari semua murid….”



“….berkesan…saya merasakan ia perlu dirancang dengan teliti dan serius….pelajar sendiri terlibat dalam apa yang dipelajari…”

22

Dalam refleksi terdapat 19.08% (19) pernyataan yang menyatakan simulasi meningkatkan kefahaman mengenai merekod urusniaga. Antara pernyataan GP adalah seperti berikut:



“…keadah pembelajaran yang berkesan ,…….menarik dan menyeronokkan……dapat meningkatkan kefahaman……….”



“……berkesan….memudahkan kita memahami cara-cara untuk merekod…”



“…teratur dan berperingkat-peringkat ….memberi kefahaman kepada pelajar….”



“ …saya telah memperoleh pengetahuan dan pengalaman…sekurangkurangnya…saya sudah tahu prosedur-prosedur untuk merekod urusniaga. “

Soalselidik menunjukkan 15.79% (24) pernyataan memfokus kepada simulasi merekod urusniaga sebagai suatu pengalaman yang baik dalam P & P..



“….saya dapat merasai kaedah merekod urusniaga dalam situasi yang sebenar…”



“…lebih memahami…dapat ingat kembali….berpuas hati…”



“…saya rasa seperti betul-betul seperti seorang usahawan yang menjalankan urusniaga….”



“…amat berkesan dan bermakna…..pelajar dalam lebih memahami

23

dalam merancang, menjalankan dan menyempurnakan aktivit-aktiviti pembelajaran….merasa lebih seronok dan berminat…mengurangkan bosan …” •

“…. Dapat menimba pengalaman baru semasa mencari maklumat bagi melengkapkan rekod urusniaga….interaksi yang baik perlu untuk memudahkan aktiviti….”



. “….dapat perkenalkan ….menjalankan urusniaga dengan cara yang sistematik…Dapat menggalakkan pelajar berbincang dalam aktiviti berkumpulan….bertukar pendapat….menambahkan ilmu pengetahuan…..”



“… suasana yang menarik dan tidak terlalu merasa tertekan berbanding dengan teknik yang biasa diamalkan…suasana…pengalaman baru dan menyeronokkan…”



“….berkesan…...pada mulanya ramai yang keliru dan tidak yakin ….kerana kurang didedahkan tentang teknik ini…secara tidak langsung ramai yang dapat.mempelajar kaedah merekod urusniaga secara simulasi…..”



“…berkesan…suasana realiti …..memerlukan interaksi pelbagai hala…dapat merasakan bagaimana situasi berurusniaga….”



“ …dapat mengaplikasikan teori …menimba pengetahuan yang lebih dalam…”



“…kurang berkesan ….tidak faham peranan ….tidak puas hati dengan penerangan syarikat-syarikat tertentu….”



“…..kurang berkesan…tidak berkesempatan menghayati apa yang

24

dilakukan…kaedah memang sesuai ….tetapi perlu penyediaan rapi dan jangka masa yang panjang…….” •

“….tidak berapa berkesan ….kami tidak dapat menghayati apa yang kami lakukan…kami melakukan sekadar yang patut dan memnuhi kehendak guru. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya saya boleh faham dan melaksanakannya…Semasa simulasi, pembimbing tidak ada bersama …susah untuk membuat rujukan….”



“……dikatakan berkesan ………tetapi kesahihannya……..tidak tahu situasi sebenar …….tanpa sebarang komen dari pihak pensyarah.”

4.9 Cadangan penambahbaikan

Cadangan 1 Perlu

lebih penjelasan/penerangan 2 Perlu bimbingan pensyarah 3 Persediaan yang lebih rapi 4 Perlu tambah masa interaksi 5 Sediakan contoh/sampel 6 Perlu pemantauan pensyarah 7 Perlu lebih sistematik 8 Sediakan bahan sumber Jumlah

Bil 22 16 14 12 11 10 2 2 89

% 24.72 17.98 15.73 13.48 12.36 11.24 2.25 2.25 100.00

Jadual 8

Jadual 8 menunjukkan aspek-aspek yang dicadangkan untuk penambahbaikan reka bentuk simulasi yang telah dijalankan . Antara aspek-aspek cadangan yang utama ialah

25

3

Perlu lebih penjelasan/penerangan



“…Penerangan yang lengkap harus diberikan sebelum melakasanakan simulasi …”



“…guru perlu memberikan penerangan yang lebih terperinci dalam topik ini…..”



“…guru harus menerangkan dengan lebih lanjut…..”

2. Perlu bimbingan pensyarah •

“…guru sebagai fasilitator atau pembimbing harus sentiasa bersama pelajar…”



“…guru membimbing sepenuhnya ketika proses simulasi dilaksanakan…”



“…guru sepatutnya bersama-sama untuk memberi komen dan membantu …”



3

“…mengujudkan interaksi dua hala pelajar-guru ….”

Persediaan yang lebih rapi



“ …pensyarah perlu menyediakan satu perancangan yang teratur

agar proses simulasi berjalan dengan licin…” •

“…perlu perancangan yang baik….”



“…penggunakan rakan pembimbing yang lebih berpengetahuan atau

26

berpengalaman dapat membantu dalam menjayakan simulasi…” •

3

“….pelajar perlu bersedia sebelum simulasi….”

Perlu tambah masa interaksi •

“ …berikan tempoh persediaan yang lebih lama…”



“ …masa atau tempoh P & P yang lebih lama …tidak memadai dengan 2 bulan…”



“…seharusnya masa untuk kaedah ini dipanjangkan…”



“…mengadakan simulasi banyak kali untuk pelajar membiasakan diri..”

3

Sediakan contoh/sampel •

“…memberi atu menunjukkan contoh-contoh simulasi yang telah

dijalankan…” •

“…menunjukkan contoh-contoh kertas kerja dan dokumen-

dokumen

3

perniagaan,…..mempertontonkan teknik simulasi…”

Perlu pemantauan pensyarah •

“…guru harus lebih peka dan membimbing pelajar yang kurang faham ..”



“….pemerhatian oleh penasihat dari semasa ke semasa amat

27

penting…” •

“…pastikan semua sudah memahami apa yang dimaksudkan dengan simulasi…”



“…menyemak kertas kerja dari masa ke masa…”

28

BAB IV RUMUSAN

5.1 Rumusan Dapatan Kajian Pada keseluruhannya GP mendapati kaedah simulasi adalah sesuai, menarik dan dapat meningkatkan keberkesanan P&P . Akan tetapi ia boleh ditingkatkan dengan sekiranya masalah-masalah yang dikenalpasti dalam kajian dapat diatasi. Perasaan GP menunjukkan perlunya untuk merekabentuk dan menguruskan P&P secara simulasi ini dengan lebih teliti dan menyeluruh bagi meningkatkan keberkesananya, mengurang masalah-maalah remeh dan juga mengujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa , seronok dan sempurna.

5.2 Penutup Pengalaman dan maklumbalas selepas melaksanakan P&P secara simulasi amat berharga bagi kami sebagai penyelidik dan memberi peluang untuk penyelidikan seterusnya terutama dalam reka bentuk modul P&P secara simulasi ini bagi topik merekod urusniaga. Dapatan ini boleh juga diaplikasikan kepada mata pelajaran lain yang sesuai untuk meningkatkan keberkesanan P&P seterusnya meningkatkan lagi kualitinya.

29

Lampiran I

PENGAJARAN-PEMBELAJARAN MEREKOD URUSNIAGA DALAM MATA PELAJARAN PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN.

Soalselidik

No.angka giliran: …………

Soalselidik ini bertujuan untuk •

mendapatkan maklumat latar GP



mengenalpasti pengalaman GP mengenai P&P topik merekod urusniaga semasa di sekolah



mengenalpasti pengalaman GP mengenai aktiviti simulasi merekod urusniaga yang dialami.

1. Pernahkah anda mempelajari topik merekod urusniaga di sekolah? 1Ya

1Tidak

2. Apakah kelulusan tertinggi anda dalam topik merekod urusniaga ini ? 1SRP/PMR

1SPM/V

1Sijil 1Lain-lain ………

3. Manakah yang berikut biasa diamalkan oleh guru anda dalam pengajarannya? 1 Perbincangan

1 Aktiviti kumpulan

1 Penerangan

1 Simulasi

1 Permainan

1 Latihan

1 Kuiz

1 Penyelesaian masalah

1 Penghafalan

1 Tunjukcara

1Latihtubi

1 Kajian Kes

1 Projek

1 lain-lain ………………………………..

30

4. Sejauhmanakah anda rasa teknik-teknik P&P yang diamalkan oleh guru anda di sekolah berkesan ? Tidak berkesan ---1

2

3

4

5

6

7 ---Sangat berkesan

Berikan sebab kepada jawapan anda …………………………………………………………………………………….… ………… …………………………………………………………………………………….… ………… …………………………………………………………………………………….… …………

Semasa simulasi 1. Apakah perasaan dan pandangan anda semasa menjalani aktiviti simulasi? 1 Seronok

1 Was-was

1 Rasa tekanan

1 Membebankan

1 Susah

1 Ingin mencuba

1 Menarik

1 Bermasalah

1 Binggung

1 Bosan

1 Tidak yakin

1 Perlu sabar

1 lain-lain (sila nyatakan)……………………………………

2. Adakah anda mengahadapi masalah? Bermasalah

1Ya

1Tidak

Jika ya, apakah masalah anda?

……………………..………………………………………………………….……… …………………..………………………………………………………….……… 31

……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….……… ……………………..………………………………………………………….………

Refleksi.

1. Apakah pendapat anda tentang keberkesanan simulasi dalam merekod urusniaga sebagai satu kaedah pembelajaran? …………………………………………………………………………………… ……………..……………………………………………………………………… ……………………………..……………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………..………………………………… …………………………………………………………………..………………… …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………

32

…..………………………………………………………………………………… …………………..………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …………………………

2. Apakah cadangan-cadangan anda untuk penambahbaikan pengajaranpembelajaran merekod urusniaga melalui kaedah simulasi?

………………………………………………………………………………………… ………..……………………………………………………………………………… ……………………..………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………..

33

BIBLIOGRAFI

Boyatizs, R E (1982) The Competence Manager, New York Wiley Farran , D C (1968). Compettion and learning for under archivers, in Boocock, S and Schild, E (eds) Simulations Games in Learning, London Sage. Kolb, D, Lublin Spoth and Baker (1986) in Henry, J (ed) Creative Management, London. Sage Magaret Gredler (1992). Designing and Evaluating Games and Simulations.London Kogan Mason, C and Perreault, W (1987) THE MARKETING GAME., London Irwin

Roebuck, M (1978) Simulations games and the teacher as adaptive interventionist, in McAleese, R (ed) Perspective on Academic Gaming and Simulation 3, Kogan Page London

34

SEKALUNG BUDI

Unit R&D MPPM mengucapkan setunggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada individu-individu yang berikut atas sokongan dan bantuan kepakaran, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam proses penghasilan penerbitan ini :

35

Related Documents

Kajian Tindakan
June 2020 32
Kajian Tindakan
June 2020 23
Kajian Tindakan
June 2020 27
Kajian Tindakan
May 2020 24
Kajian Tindakan
May 2020 27