PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HWA JALAN ATAS BANGGOL, 15300 KOTA BHARU KELANTAN
NAMA PENYELIDIK MOHD ASIF BIN MOHD ALWI
TAJUK KAJIAN: PROGRAM ‘MENGASAH MATA MINDA’: PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2 STPM 2008
1.0
REFLEKSI MASALAH / REFLEKSI P&P LALU
Pelajar-pelajar tingkatan enam sebenarnya telah melalui dua zaman yang berbeza sebelum menduduki zaman pra-U, iaitu zaman peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kedua-dua zaman ini mempersembahkan dua bentuk penulisan karangan yang sangat berbeza. Aspek yang paling berbeza ialah jumlah patah perkataan yang dikehendaki oleh peraturan peperiksaan tersebut. Peperiksaan PMR memerlukan pelajar menulis sebanyak 180 patah perkataan, manakala dalam peperiksaan SPM pula pelajar perlu menulis tidak kurang 350 patah perkataan. Dua zaman yang pernah dilalui oleh pelajar-pelajar ini menyebabkan mereka mengalami suatu kejutan apabila melangkah ke alam pra-U. Mereka sangat terkejut apabila dimaklumkan bahawa penulisan karangan peringkat STPM menghendaki pelajar menulis karangan sebanyak 650 hingga 700 patah perkataan. Reaksi sebegini dapat saya lihat semasa sesi taklimat mata pelajaran yang saya berikan pada minggu orientasi pelajar-pelajar tingkatan enam rendah. Keadaan ini berterusan sehingga ke dalam kelas. Mereka menyatakan bahawa sukar untuk mereka menulis sebanyak itu. Selain itu, teknik penulisan wacana yang tidak diberi penekanan dalam dua zaman peperiksaan sebelum ini juga turut mendatangkan masalah kepada mereka, di samping tahap pengetahuan am yang sangat minima. Keadaan inilah yang memberi sedikit cabaran kepada saya dan guru-guru yang mengajar kertas ini. Sememangnya guru perlu menganjakkan paradigma mereka untuk mengasah mata minda dan ekspektasi pelajar bahawa mereka berpotensi untuk mendapat skor tinggi dalam karangan dan seterusnya mendapat Prinsipal A dalam kertas ini. Syaratnya, mereka mesti melaburkan kegigihan dan bermodalkan prasarana yang komprehensif.
2.0
ISU / KEPRIHATINAN YANG DIKAJI
Berdasarkan peperiksaan akhir tahun tingkatan enam rendah 2007, saya dapati pelajar sasaran (responden) memperoleh markah yang sangat sederhana dalam Kertas 2 Bahasa Melayu STPM. Setelah dianalisa, didapati bahawa purata markah yang diperoleh pelajar dalam Bahagian A ialah sebanyak 30 peratus. Senario ini membuktikan bahawa para pelajar belum benar-benar menguasai aspek penulisan karangan yang berkesan. Oleh hal yang demikian, bahagian ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh oleh pelajar. Sebaliknya, saya dapat mengesan tindakan dan sikap kebanyakan pelajar yang mengambil mudah dan tidak mencuba untuk menambah input pengetahuan am mereka. Ironinya, pelajar-pelajar telah pun 2
diberi peringatan sejak awal tahun untuk sentiasa menambahkan pengetahuan mereka melalui pembacaan bahan-bahan bacaan am seperti akhbar harian, majalah-majalah ilmiah atau apa-apa bentuk media massa yang lain. Sehubungan dengan itu, saya akan mencetuskan semangat mereka untuk mendalami dan mengkaji dengan lebih mendalam segala permasalahan mereka untuk menulis karangan dengan baik. Suatu hal yang perlu diberi perhatian ialah pelajar-pelajar responden terdiri daripada 99 peratus pelajar berbangsa Cina. Hanya seorang pelajar berbangsa Melayu. Walaupun begitu, pelajar responden mempunyai kemampuan yang baik dalam penggunaan bahasa Malaysia. Gaya penulisan mereka tidak menggambarkan bangsa mereka. Oleh sebab itulah saya berasa yakin bahawa pelajar-pelajar responden mampu memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM kelak.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, saya mengharapkan agar semua pelajar responden;
3.1
Objektif Umum mempunyai semangat kendiri yang tinggi dan memiliki sikap ‘kaizen’ bagi meningkatkan modal minda mereka; mempunyai disiplin belajar yang kental, berdedikasi, dan ikhlas serta dapat mengeksploitasi input yang diperoleh daripada sosialisasi seharian.
3.2
Objektif Khusus Pertambahan peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang dari masa ke masa dan mengurangkan peratus pelajar gred D, D+, dan C-. Lebih 50 peratus pelajar responden memperoleh Prinsipal dan cemerlang dalam Peperiksaan STPM. Membina kemahiran penulisan karangan yang baik dan berkesan.
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ialah 18 orang pelajar tingkatan U6A1 (2008) yang terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan.
3
5.0
TINDAKAN / AKTIVITI YANG DICADANGKAN
Pada asasnya, Kajian Tindakan ini membawa pendekatan demi mencapai skor cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti prestasi pelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu, khususnya Bahagian A, iaitu penulisan karangan. Kecemerlangan kualiti yang dimaksudkan ialah peningkatan skor pelajarpelajar sasaran agar mencapai gred A atau sekurang-kurangnya A-. Kecemerlangan kuantiti pula bermaksud pelajar-pelajar sasaran dalam kumpulan sederhana, iaitu mereka yang memperoleh Prinsipal (R) sekurangkurangnya akan meningkat ke gred C dan mereka yang Gagal (F) sekurangkurangnya akan meningkat ke Gred C. Aktiviti-aktiviti berikut akan saya jalankan untuk mencapai matlamat yang diinginkan di samping memotivasikan pelajar, menambahkan minat serta meluaskan pengetahuan am:
5.1
Kawalan Kualiti / Kecemerlangan: Program Pengayaan dan Peneguhan
Pada awal sesi persekolahan 2008, saya akan menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berikut untuk pelajar-pelajar tingkatan 6A3: i. ii. iii. iv. v. vi.
vii. viii.
Sesi taaruf/mengenal pasti masalah (dalaman dan luaran). Post mortem markah Peperiksaan Akhir Tahun 2007. Mengedarkan Buku Log Projek Menara Gading Rutin dan kebiasaan: semakan buku/fail latihan, latihan dalam kumpulan, latihan individu, ujian topikal, ujian masa, dan lain-lain. Projek buku skrap yang mengandungi keratan akhbar/majalah yang berkaitan dengan isu-isu semasa (kumpulan) Tugasan kumpulan: Kajian tentang isu-isu semasa mengikut kategori sosial, ekonomi dan politik (berdasarkan tajuk-tajuk pilihan) Tugasan khas (individu): mengumpul pelbagai bentuk kesalahan bahasa daripada pelbagai media. Menggalakkan pelajar memiliki: a. Kompilasi (buku) Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM (19992006) b. Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, dan Dewan Budaya. c. Buku kerja latihan kendiri d. Senarai Kesalahan Bahasa (Morfologi dan Sintaksis)
ix.
Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas.
4
5.2
Kawalan Kuantiti / Sifar Gagal: Program Pemulihan & Peneguhan
Dalam program ini, saya akan mengenalpasti setiap pelajar yang mendapat markah terendah. Kumpulan pelajar ini akan dikenalpasti dan mereka akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bahasa secara terancang. Tindakan yang akan dijalankan terhadap mereka adalah seperti berikut: a. Mengatur temu janji b. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dengan lebih terperinci. c. Memberi tunjuk ajar khusus, latihan-latihan, dan ujian khas sehingga tiba peperiksaan/ujian yang seterusnya. Pelajar-pelajar kumpulan ini akan diberi sebuah fail yang berisi bahanbahan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v.
Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis) Modul latihan binaan karangan (pendahuluan, isi, dan penutup) Tajuk-tajuk/isu penting yang perlu diberi penekanan Kertas graf Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas
Program pemulihan ini akan bermula pada setiap kali selepas peperiksaan/ujian dijalankan berdasarkan takwim peperiksaan sekolah. Nama pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini akan dipamerkan. Pelajar juga boleh melihat sama ada mereka perlu mengikuti program pemulihan ini atau tidak setiap kali selepas peperiksaan/ujian dijalankan.
5
6.0 BIL
1
2
JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI Menulis proposal kajian dan merancang tindakan serta aktiviti yang sesuai dengan program pemulihan yang akan dijalan kepada pelajarpelajar tingkatan enam Mengedarkan borang Dokumentasi Peribadi untuk mengenali pelajar sasaran
TARIKH
Januari
Januari
3
Merujuk maklumat prestasi akademik responden melalui ujian ringkas (diagnosis)
4
Ujian Penilaian I
17.02.2008
5
Program Pemulihan 1
Mac-April
6
Ujian Penilaian II
13-21 April 2008
7
Program Pemulihan 2
8
Ujian Progresif
9
Program Pemulihan 3
10
Ujian Bulanan
11
Program Pemulihan 4
12
Peperiksaan Percubaan STPM
13 14
Program Pemulihan 5 Peperiksaan STPM 2008
Februari
Mei-Jun Jun Jun-Julai Julai
CATATAN Bentuk-bentuk aktiviti dan latihan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2007 Responden mengisi maklumat dan menghantarnya pada keesokan hari Menjadikan markah peperiksaan akhir tahun sebagai penanda aras Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 1 Pakej Pemulihan BM2: 1 Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 2 Pakej Pemulihan BM2: 2 Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 3 Pakej Pemulihan BM2: 3 Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 4
JulaiPakej Pemulihan BM2: 4 September
7.09.2008 5.10.2008
6
Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 4 Pakej Pemulihan BM2: 5
7.0
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9
8.0
KOS KAJIAN KOS JUMLAH JUMLAH SEUNIT KOS BAHAN (RM) (RM) Fail poket 18 0.70 12.60 Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis) 18 1.00 18.00 Buku Log Projek Menara Gading 18 0.40 7.20 Contoh-contoh karangan pelajar 18 18.00 1.00 cemerlang Kertas graf 18 0.10 1.80 Kertas A4 (kosong) 1 rim 6.80 6.80 Fotostat soalan 5 set 0.60 10.80 Modul Penulisan Karangan 18 0.70 12.60 Fotostat artikel (pelbagai sumber) 18 0.50 9.00 Jumlah 96.80 JENIS BAHAN
PENUTUP
Kajian yang saya jalankan ini diharap dapat mencapai sasaran matlamatnya. Saya juga mengharapkan peningkatan prestasi kualiti dan kuantiti kecemerlangan daripada pelajar-pelajar responden, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 dalam peperiksaan STPM. Kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru tingkatan enam sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekian, terima kasih.
7