Stpm Bm2 (sbh)

  • Uploaded by: SimPor
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Bm2 (sbh) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,485
  • Pages: 7
NAMA : _________________________ KELAS: _________________________ JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE NO. KP:__________________________ JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE ANGKA GILIRAN:________________ JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE BAHASA MALAYSIA JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE KERTAS 2 JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE (Tiga jam) JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGE

910/2

STPM 2008

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

EXCEL 2 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon: Jawab satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan Bahagian B, satu soalan Bahagian C, dan satu soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak. ™ JPN SABAH

SULIT*

1

Bahagian A Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50]

1. Pada penghujung tahun 2006, negara kita khususnya di selatan tanahair telah di landa banjir besar. Jelaskan faktor-faktor berlakunya banjir di negara kita dan langkah-langkah untuk mencegah banjir pada masa akan datang. 2. Kes ragut yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai terutamanya kaum wanita. Berdasarkan pandangan anda, nyatakan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah ini. 3. Sektor pelancongan merupakan sektor yang mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada negara jika sektor ini diusahakan secara bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, usaha yang telah dijalankan selama ini untuk menarik pelancong masih belum cukup berkesan. Bersetujukah anda dengan pendapat ini, dan kemukakan langkah-langkah yang anda fikir berkesan untuk meningkatkan lagi perkembangan sektor pelancongan negara ini. 4. Baru-baru ini berlaku kenaikan harga barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak di seluruh negara. Sebagai pengerusi sebuah persatuan pengguna, anda bercadang menghantar satu memorandum berkaitan hal ini kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam memorandum itu, anda menyatakan kekesalan terhadap masalah yang dihadapi dan menyarankan langkah-langkah untuk mengatasi keadaan tersebut. Sediakan memorandum tersebut selengkapnya.

STPM 910/2 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH SULIT*

SULIT*

2

Bahagian B 5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dalam tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya hendaklah antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20] Penggunaan sistem dan rangkaian maklumat serta persekitaran teknologi maklumat berubah secara mendadak sejak tahun 1992 apabila OECD memperkenalkan Guideline for the Security Information Systems. Perubahan yang berterusan ini bukan sahaja menawarkan kebaikan yang penting, tetapi juga memerlukan semua pihak yang membangun, memiliki, menyediakan, mengurus perkhidmatan, dan menggunakan sistem dan rangkaian maklumat menumpukan lebih banyak perhatian terhadap keselamatan. Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian maklumat terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diceroboh atau diserang. Keadaan ini menimbulkan isu keselamatan. Oleh hal yang demikian, garis panduan berkenaan digunakan oleh semua pihak yang terbabit dalam masyarakat maklumat baharu dan memerlukan kesedaran dan kefahaman yang mendalam tentang isu keselamatan dan keperluan untuk membangunkan “budaya keselamatan”. Garis panduan ini memperkenalkan perkembangan budaya keselamatan sebagai tindak balas terhadap perubahan persekitaran keselamatan yang sedang berlaku, dengan menumpukan perhatian kepada keselamatan dalam pembangunan sistem dan rangkaian maklumat dan menerima pakai cara baharu untuk berfikir dan bertingkah laku semasa penggunaan serta saling berhubung dalam sistem dan maklumat. Menurut OECD, tiga konsep keselamatan asas penting untuk maklumat Internet ialah kerahsiaan, integriti, dan ketersediaan. Apabila maklumat dibaca atau disalin oleh seseorang yang tidak dibenarkan berbuat demikian, maka hilanglah kerahsiaan. Bagi sesetengah jenis maklumat, kerahsiaan merupakan sifat yang sangat penting, misalnya data penyelidikan, rekod perubatan dan insuran, spesifikasi produk baharu, dan strategi pelaburan korporat. Maklumat boleh dirosakkan apabila maklumat itu diperoleh daripada rangkaian yang tidak selamat. Apabila maklumat diubahsuaikan dengan cara yang tidak dijangka, maka hilanglah integriti. Hal ini bermakna bahawa perubahan yang tidak dibenarkan telah dilakukan terhadap maklumat, sama ada kesilapan manusia atau pengubahan dengan sengaja. Integriti sangat penting, khususnya untuk keselamatan kritikal dan data kewangan yang digunakan untuk kegiatan, seperti pindahan dana elektronik, kawalan trafik udara, dan perakaunan kewangan. Maklumat juga boleh dipadamkan atau tidak dapat diperoleh, akibatnya hilang ketersediaan. Hal ini bermakna bahawa orang yang dibenarkan untuk memperoleh maklumat tidak memperoleh apa-apa yang diperlukan oleh mereka. Ketersediaan merupakan sifat paling penting dalam perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan yang bergantung pada maklumat, misalnya jadual penerbangan dan sistem inventori dalam talian. Ketersediaan rangkaian dengan sendirinya penting kepada sesiapa sahaja yang perniagaan atau pendidikannya bergantung pada jalinan rangkaian. Apabila pengguna tidak dapat mencapai rangkaian atau perkhidmatan STPM 910/2 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH SULIT*

SULIT*

3

khusus yang disediakan pada rangkaian, mereka mengalami penyangkalan perkhidmatan. Zaman Maklumat sepatutnya membolehkan manusia hidup lebih mudah, selesa, dan lebih maju. Namun demikian, masalah keselamatan yang wujud menyebabkan setiap orang dan organisasi perlu lebih berhati-hati dan tidak terus leka dengan keajaiban yang kononnya akan dibawa pada zaman ini. Walaupun pelbagai usaha untuk mengawal keselamatan dan membendung jenayah siber telah dilakukan oleh pihak OECD, tugas itu tetap berat dan mencabar kerana pihak yang tidak bertanggungjawab, seperti penceroboh dan penyerang mampu memiliki teknologi yang setanding dengan mereka. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Menangani Keselamatan dan Jenayah Siber”, Dewan Masyarakat, Mac 2003, halaman 14-17)

STPM 910/2 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH SULIT*

4

SULIT*

Bahagian C Jawab satu soalan sahaja. 6 Alih bentuk bahasa petikan klasik di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden. [15]

Syahadan dilihatnya oleh Inderaputera di atas lancang itu segala anak raja-raja semuanya asal daripada dewa dan jin dan anak raja peri dan anak raja cendera dan sekaliannya memakai pakaian keemasan dan memakai mahkota yang keemasan. Maka segala anak-anak raja itu bermain lancang dan pelang dan berlumba-lumba dan langgarmelanggar masing-masing dengan permainannya. Maka segala anak-anak raja itu pun terlalu ramai dengan segala bunyi-bunyian duduk beramai-ramai pada tasik itu seraya berharebab dan kecapi dan bersyair dan berpantun terlalu indah-indah sekali dilihatnya oleh Inderaputera anak raja-raja itu. Hatta maka Inderaputera pun mencitakan geliga Panca Mayan daripada peri tu. Maka dengan seketika itu juga turunlah angin ribut taufan guruh petir kilat sabungmenyabung. Maka Tasik Bahrul Asyikin berombaklah dengan segala lancang dan pelang itu pun habislah karam. Maka segala anak raja-raja itu berenanglah dalam tasik dan segala anak raja-raja itu pun ada yang tenggelam, setengah ada yang naik ke atas tasik itu dan ada yang setengah segera berenang bertemu dengan Inderaputera. Maka ujarnya Inderaputera, “Hai segala tuan-tuan mengapa semuanya habis basah?” Maka ujarnya anak raja itu, “Hamba apa duduk bermain-main pada tasik itu. Tiba-tiba datanglah ribut dengan taufan dan segala lancang dan pelang hamba pun habislah karam. Arakian maka saudara-saudara kami pun banyaklah mati tenggelam dalam tasik.” Maka Inderaputera pun tersenyum-senyum mendengar segala kata anak-anak raja itu.

STPM 910/2 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH SULIT*

SULIT*

7

5

Alih bentuk bahasa iklan yang berikut kepada bentuk bahasa biasa

[15]

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN Y BAGI SESI PENGAJIAN MEI 2008 Pemohon-pemohon adalah dipelawa untuk membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Y bagi Bahagian D mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil di Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi sesi pengajian Mei 2008.

8

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petika

1. Keutamaan permohonan terbuka kepada Rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Y yang memenuhi syarat-syarat berikut : (a) Pemohon lahir di negeri Y dan ibu bapa pemohon lahir di negeri Y atau: (b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di wilayah Y sebelum 1 Februari 1978 dan: (c) Kini telah menetap di negeri Y lebih 10 tahun dan; (d) Telah mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan (e) Belajar sepenuh masa (f) Borang yang tidak memenuhi syarat – permohonan dianggap gagal. 2.

Pemohon tidak menerima sebarang Biasiswa/Dermasiswa/Pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara.

3. Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan yang berharga RM2.00 secara datang sendiri ke alamat di bawah atau memohon melalui pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 60 sen serta Wang Pos RM2.00 atas nama Yayasan Y. 4. Tarikh tutup penerimaan borang permohonan yang telah lengkap diisi pada 30 Jun 2008. 5. Sebarang pertanyaan, permohonan dan penyerahan borang hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

Pengurus Pembiayaan Pendidikan Tkt. 17, Menara Yayasan Y, No. 18A, Persiaran Selatan, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-7655 2222/2345/2346 samb.140 Faks: 03-7655 2347

NOTA: • Bayaran pembelian borang di Tingkat 16 – Bahagian Kewangan • Pengambilan borang di Tingkat 17 – Bahagian Pembiayaan Pendidikan

STPM 910/2 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH SULIT*

SULIT*

6

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Buat setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

Setiap hari selepas waktu pejabat, keadaan di jalan raya menjadi kesesakan. Semua orang berebut-rebut sebab hendak pulang ke rumah. Pergerakan lalulintas semakin menjadi perlahan. Penumpang bas berebut-rebut hendak naik bas yang berhenti. Teksiteksi pula memburukkan keadaan di jalan raya lagi kerana pemandu-pemandu teksi gemar memberhentikan teksi dengan sesuka hati apabila di tahan oleh orang ramai. Apalah daya kita hendak mengatasi hal ini?

STPM 910/2 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[LIHAT SEBELAH SULIT*

Related Documents

Stpm Bm2 (sbh)
November 2019 28
Stpm Bm2 Ans (sbh)
November 2019 36
Bm2(sbh)
October 2019 21
Bm2 Marking Sbh
October 2019 18
Stpm Pa1 Ans (sbh)
November 2019 33
Stpm Pa2 Ans (sbh)
November 2019 31

More Documents from "SimPor"