Terminal Tiga Tingkatan 4

  • Uploaded by: Fairah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Terminal Tiga Tingkatan 4 as PDF for free.

More details

  • Words: 857
  • Pages: 6
TERMINAL TIGA TEMA DAN PERSOALAN     

Kegigihan seorang remaja menuntut ilmu PERSOALAN Memburu cabaran dalam memburu kejayaan Tanggungjawab terhadap keluarga Taqwa kepada Allah

WATAK DAN PERWATAKAN RIMPAH  anak sulung dalam keluarga yang berasal dari pedalaman Sabah  mempunyai ibu dan ayah yang menghilangkan diri 10 tahun lalu  yakin akan kebolehan sendiri dan meneruskan pengajian di Kuala Lumpur  cabaran dalam kewangan  memeluk agama Islam hasil dorongan Bang Maily  selalu pulang ke kampung untuk menemui keluarganya BANG MAILY  Suami kepada Kak Naspura,ayah kepada Enah dan Jani  bekerja sebagai Pegawai Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah dan tinggal di Kota Kinabalu  Mempunyai pegangan agama yang kuat dan dicontohi oleh Rimpa.  Baik hati dan suka menolong orang. RUZAINI  Gadis Dusun yang baik dan jiran terdekat keluarga Rimpa  Mengambil berat akan keluarga Rimpa  Hubungannya dengan Rimpa terjalin sejak kecil  Gadis yang lemah lembut dan emosional.  Memeluk Islam AYAH  Ayah kepada Rimpa yang meninggalkan keluarga sejak 10 tahun lalu semata-mata mencari kawasan pembalakan.  Dipercayai berada di Nabawan dan pada akhir cerita pulang ke pangkuan keluarga.  Menasihati Rimpa belajar hingga tamat.

IBU    

Ibu kepada Rimpa dan adik-beradik yang hidup dalam kesusahan. Bertanggungjawab menyara keluarga dengan hasil pertanian. Isteri yang tabah menanti kepulangan suami. Suka jika Rimpa berkahwin dengan gadis tempatan.

AZLINA  Anak yatim piatu yang berasal dari Peringat, Kelantan  Ayahnya meninggal dunia ketika dia belajar di tingkatan 4.  Teman sekuliah Rimpa.  Gadis baik hati dan gemar bercermin mata berkanta lekap.  Pengajiannya dibiayai oleh kakak dan abang iparnya. (WATAK-WATAK SAMPINGAN) CIKGU AHMAD IBRAHIM  merupakan bekas guru Rimpa dan ditemui semula di lapangan terbang dan kini menetap di Sabah. RAMON  merupakan kenalan Rimpa yang dikenali semasa pertemuan penulis MUIS. SABRI DAN JASMIN  teman sekuliah Rimpa. NORAIDA  merupakan gadis yang bertugas di kaunter kapal terbang.

PLOT 1 Permulaan  Rimpa menaiki pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz menuju Kota Kinabalu. 2 Perkembangan  Pesawat mendarat di Lapangan Kota Kinabalu.  Rimpa cuba menghubungi menghubungi Bang Maily tetapi dia berada di Kudat.  Rimpa cuba menghubungi Bang Maily tetapi dia berada di Kudat.  Rimpa menaiki teksi untuk ke rumah Kak Naspura dan dalam perjalanan dia teringatkan peristiwa dia meminta Bang Maily mengajarnya bersolat. 3 Perumitan  Rimpa diminta ibunya mencari ayahnya di Nabawan tetapi tidak berjaya.  Rimpa berusaha mendapatkan pinjaman untuk membiayai yuran pengajiannya di ASK.  Ibu Rimpa mengalami konflik kerana suaminya tidak pulang.  Ruzaini mempertikaikan tujuan Rimpa pulang ke kampung. 4 Klimaks  Semasa pertemuan Rimpa dengan Ruzaini, gadis Dusun itu terlalu emosional sehinggakan menitiskan air mata.  Ruzaini melarikan diri dari rumah untuk mengikut pendakwah. 5 Peleraian  Ayah Rimpa kembali setelah sekian lama menghilangkan diri.  Ruzaini akhirnya dapat menerima dan memahami tujuan Rimpa melanjutkan pelajaran di ASK

LATAR 1 Latar Tempat  Lapangan Terbang Sultan Adbul Aziz (Terminal Tiga), Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Nabawan, Keningau, Akademi Seni Kebangsaan, Kampung Rimpa dan dalam kapal terbang. 2 Latar Masa  Bermula pada waktu malam ketika Rimpa berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.  Zaman moden sekitar Oktober 1994 hingga November 1995 ketika novel dikarang. 3 Latar Masyarakat  Masyarakat Dusun yang menjalankan aktiviti memburu.  Masyarakat di daerah pedalaman Sabah yang hidup dalam kesusuahan dan bergantung kepada hasil pertanian.  Masyarakat kota.  Masyarakat yang mengamalkan aktiviti tolong-menolong.

GAYA BAHASA 1 Hiperbola, contohnya namun aku tetap merasakan cengkaman hawa dingin yang bertambah menusukkan tikamannya ke kulit tubuhku yang terdedah, terutama pada pergelangan leher dan kedua-dua belah tapak tangan (H20). 2 Metafora, Contohnya Dia kelihatan tersinggung, tetapi bersikap pasif. Dia kelihatan marah, tetapi tidak menyuarakannya. Namun, gerak matanya benar-benar mendebarkannya. Ada semburan api… (H25) 3. Simile, Contohnya Dan, bagaikan burung malam, ia terbang menuju ke arah Kuantan untuk langsung meredah angkasa… (H16) dan Teksi yang kunaiki bagaikan peluru dipicu dan kami – penumpang-penumpangnya – terlambung terhentak (H49).

NILAI MURNI 1 Kasih Sayang. Perasaan ini terpancar di jiwa Rimpa terhadap keluarganya. Jika ada kesempatan dia akan pulang ke kampung halaman. 2 Hemah tinggi. Rimpa mempunyai perasaan hemah tinggi apabila bertemu dengan orang yang lebih tua seperti ibunya, Bang Maily, dan Cikgu Ahmad Ibrahim. 3 Keberanian. Rimpa mempunyai keberanian meninggalkan keluarga di pedalaman demi mengubah nasib diri dan keluarga dengan melanjutkan pelajaran di Akademik Seni Kebangsaan selama empat tahun. 4 Kesyukuran. Rimpa melahirkan perasaan bersyukur apabila ayahnya yang menghilangkan diri selama 10 tahun kembali semula ke pangkuan keluarga.

PENGAJARAN 1 Kita perlu gigih untuk mengubah nasib. Hal ini digambarkan menerusi watak Rimpa terpaksa meninggalkan keluarganya di pedalaman Sabah untuk menuntut ilmu di Akademik Seni Kebangsaan di Kuala Lumpur. 2 Kita hendaklah menghormati kedua-dua orang tua kita. Hal ini dilakukan oleh Rimpa, walaupun sudah memeluk Islam, tetapi dia tidak melupai ibunya di kampung, malah berusaha mencari ayahnya. 3 Kita hendaklah tahu mengenang budi. Sebagai menghargai dan mengenang budi, Rimpa tidak pernah melupai jasa Bang Maily sekeluarga, contohnya dia singgah dan bermalam di rumah Bang Maily sewaktu balik bercuti. 4 Kita perlu patuh kepada perintah agama. Rimpa, sebagai saudara baru, tidak mengabaikan perintah agama, malah segera menunaikan solat apabila tiba waktunya.

Related Documents

Terminal Tiga Tingkatan 4
December 2019 21
Tingkatan 4
June 2020 30
Tingkatan 4
July 2020 20
Terminal
May 2020 23

More Documents from ""

Kajian Geografi Tempatan
December 2019 48
Terminal Tiga Tingkatan 4
December 2019 21