Kajian Geografi (bentuk Muka Bumi)

  • Uploaded by: Muhammad Ikhwan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Geografi (bentuk Muka Bumi) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,355
  • Pages: 15
BENTUK MUKA BUMI DI KAMPUNG TEMAI HULU DAN KAMPONG THOM, TASIK TONLE SAP DI KAMPUCHEA

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

PENGHARGAAN Alhamdullilah, syukur ke atas illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini. Saya Muhammad Ikhwan Bin Mahamad Redzuan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Paloh Hinai, Tuan Haji Roslan Bin Abdullah kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Geografi Encik Tolmizi bin Hamat kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kajian saya ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya Mahamad Redzuan Bin Zainabidin dan Meziah Bt Mad Rezali kerana telah memberi sumbangan wang ringgit serta dorongan dan sokongan dalam menyiapkan kajian saya ini dengan sempurna.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu Abdullah Shidee b Hashim, Ariff Zulfkrie b Zulkifli dan Syed Aizat Anuar b Syed Mohd Nor atas kerjasama mereka membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua responden atas kerjasama memberi maklumat kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.

PENDAHULUAN Saya Muhammad Ikhwan Bin Mahmad Redzuan telah membuat tugasan 1 iaitu mengenai Bentuk Muka Bumi dan Potensinya. Saya telah memilih Kampung Temai Hulu sebagai kawasan kajian saya.Saya memilih kawasan ini kerana kawasan ini merupakan kawasan yang menjalankan kegiatan ekonomi pertanian dan perikanan.

Kawasan bandingan saya pula ialah Kampong Thom di Tasik Tonle Sap. Saya dapati ramai di antara penduduk di kawasan tersebut menjalankan kegiatan perikanan. Kawasan ini juga merupakan kawasan yang membantu penduduk dalam meningkatankan ekonomi mereka.

Unuk menjalankan kajian ini saya telah membincangkan tentang tajuk yang saya pilih dengan guru Geografi saya. Saya menjalankan kajian saya ini pada hujung minggu. Kajian ini dijalankan selama enam bulan iaitu dari bulan Februari hingga bulan Julai. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpul secara berkumpulan. Hasil maklumat yang saya dapat banyak memberi manfaat kapada saya.

OBJEKTIF KAJIAN Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan : 1) Mengenal pasti Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di Kampung Temai Hulu dan

Kampong Thom di Kampuchea 2) Menghuraikan Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Kampung Temai

Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea 3) Menyatakan Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia Kampung Temai

Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea 4) Mengenal pasti Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Kampung Temai Hulu

dan Kampong Thom di Kampuchea 5) Menghuraikan Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kampung Temai Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea 6) Menghargai bentuk muka bumi dan alam sekitar Kampung Temai Hulu dan Kampong

Thom di Kampuchea

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kampung Temai Hulu di Pekan, Pahang Darul Makmur. Pandangan darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, klinik jalan raya dan lainlain lagi. Lokasinya terletak kira-kira 23 kilometer dari Bandar Pekan. Jika menaiki bas, tambangnya sebanayk Rm2.50 dan ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke lokasi.

Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan tanah beralun. Kawasan ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Penduduknya terdiri daripada kaum Melayu. Mereka bekerja sebagai petani, peniaga, penoreh getah. Ada sebahagian daripada penduduk bekerja sebagai kakitangan kerajaan seperti guru, kerani dan pegawai.

KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya :

1) Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti kegiatan ekonomi di kawasan kajian. 2) Soal Selidik – Seramai 20 orang respanden daripada kalangan penduduk kampung yang

terlibat dalam kegiatan yang berkaitan tenteng ekonomi. 3) Rujukan – Saya telah mengumpul maklumat tambahan dengan merujuk kepada buku teks

Tingkatan 3 dan buku rujukan di perpustakaan serta bahan di internet.

DAPATAN KAJIAN 8.1 Bentuk Muka Bumi dan Cirinya Kampung Temai Hulu Tanah Pamah Tanah ini amat sesuai untuk pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti petempatan dan pertanian. Tanah yang subur ini digunakansebagai tanah pertanian bagi penduduk setempat.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap Saliran Tasik yang begitu luas memberi manfaat kapada penduduk untuk menjalankan aktiviti perikanan kerana tasik ini mempunyai sumber protein.

Tanah Pamah Tanah yang mengelilingi tasik dijadikan kawasan petempatan.

Nilai dan Unsur Patriotisme Kita sepatutnya bersyukur kerana Negara kita mempunyai bentuk muka bumi yang seimbang.

8.2Potensi Bentuk Muka Bumi Kepada Kegiatan Manusia dan Pembangunan Kawasan Kajian Kampung Temai Hulu Kawasan tanh yang rata memjadikan kos untuk membuat rumah adalah rendah . Kebanyakan rumah terdiri dari rumah kos rendah dan mampu dimiliki. Kawasan ini juga sesuai dijadikan tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan sosial.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap Kawasan tasik sesuai dijadikan kawasan perikanan kerna terdapat banyak sumber protein. Kawasan ini juga berpotensiuntuk dijadikan kawasn pelancongan kerana tasik yang indah dapat menarik ramai pelancong.

Nilai dan Unsur Patriotisme Kita seharusnya melakukan pelbagai perubahan untuk memajukan pelbagai sektor tanpa mengugat keseimbangan alam sekitar untuk mewujudkan semangat cinta tanah air.

8.4 Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia Kampung Temai Hulu Tanah pamah yang rendah ini menyukarkan para penduduk pada masa tertentu terutama pada musim hujan. Ini kerana kawasan ini mudah berlaku banjir. Para penduduk juga sering bersaing tanah kerana kawasannya yang agak sempit dan terhad.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap Sungai di kampong ini akan menyebabkan pencemaran air kerana sungai tersebut digunakan untuk kegunaan domestik. Selain itu, tasik akan menjadi cetek sekiranya pengguna air yang banyak oleh penduduk

Nilai dan Unsur Patriotisme Kita sepatutnya bersyukur dan menghargai alam sekitar yang dikurniakan oleh illahi walaupun ia menjadi penghalang kerana setiap sesuatu ada hikmahnya.

8.4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar Kampung Temai Hulu Kesan daripada kegiatan manusia akan menyebabkan pencemaran air di sungai. Pencemaran ini berlaku apabila para petani menggunakan racun serangga dan baja untuk meningkatan hasil pertanian merka. Disamping itu, perubahan pandangan fizikal atau lanskap akan berlaku. Perubahan ini bertujuan untuk menjadi Kampung Temai Hulu sebagai kampong yang maju.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap Kesan daripada kegiatan manusia kawasan ini akan mengalami masalah pencemaran air mentah yang bersih akibat daripada penggunaan domestik penduduk sekitar tasik. Selain itu, kawasan pamah sekitar tasik akan mengalami perubahan akibat dijadikan kawasan pelancongan. Kawasan ini akan didirikan hotel atau chalet untuk dijalankan kawasan pelancongan bagi menarik para palancong.

Nilai dan Unsur Patriotisme Kita sepatutnya menghargai dan menjaga alam sekitar yang dikurniakan oleh illahi supaya bangsa dan maruah Negara dipandang tinggi oleh Negara lain.

8.5 Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar Kampung Temai Hulu Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara mengadakan Kempen Pendidikan Alam Sekitar. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada penduduk akan kepentingan alam sekitar. Selain itu, penguatkusaan undang-undang (Akta Kualiti Alam Sekitar 1974) perlu dilakukan. Ini perlu untuk mengawal dan melindungi alam sekitar daripad terancam.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap Antara langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhdap alam sekitar ialah mengadakan Kempen ‘Cintai Sungai’. Kempen ini akn dapat mengelakkan daripada pencemaran sungai. Di samping itu, perancangan dalam pembangunan tasik perlu untuk memastikan pembangunan tidak menjejaskan alam sekitar.

Nilai dan Unsur Patriotisme Kita sepatutnya mempunyai rasa bertanggungjawab tergadap alm sekitar di sekeliling kita untuk mengelakkan alam sekitar daripada tercemar.

BAHAN GRAFIK Jadual 1: Jenis –jenis sektor pekerjaan mengikut jantina Jenis Sektor

Jantina

Pekerjaan

Jumlah Lelaki

Perempuan

Kakitangan Kerajaan

3

2

5

Kakitangan Swasta

4

4

8

Bekerja Sendiri

12

5

17

Jumlah

19

11

Graf 1: Jenis –jenis sektor pekerjaan mengikut jantina

30

RUMUSAN Kesimpulannya, saya berasa bangga menjadikan warganegara Malaysia kerana Negara kita dianugerahi bentuk muka bumi yang mempunyai pelbagai sumber alam. Setelah membuat kajian ini saya dapat merasai dan menghayati kepentingan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan Negara.Saya juga dapat mengetahui kegiatan ekonomi di kawasan setempat yang memberi sumbangan kepada Negara. Akhir kata, saya berharap kawasan yang saya duduki akan lebih maju dan pesat pada masa hadapan.

Penilaian Umum Saya merasakan projek Kajian Geografi Tempatan(KGT) ini perlu dilakukan lagi pada masa hadapan. Ini kerana pelajar akan dapat mengetahui ilmu untuk menghasilkan kajian. Selain itu juga saya berharap agar kajian ini dijalankan awal untuk memudahkan para pelajar menjalankan kajian.

RUJUKAN 1) Mohd Jamil bin Mohammad, 2004, Geografi Tingkatan 3, Johore Central Store Sdn. Bhd 2) Khaw Ah Seng, 2007, Success Geografi PMR, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

3) www.pdfcoke.com 4) www.googlemaps.com 5) Ali bin Omar, Ketua Kampung Temai Hulu

Related Documents


More Documents from ""

Brekele.docx
June 2020 14
Kompasiana.docx
June 2020 13
Salah Apa.docx
June 2020 19
Salah Apa.docx
June 2020 17