Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya as PDF for free.

More details

  • Words: 1,323
  • Pages: 15
BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA Oleh: Mohd Nadzmi B.Abd Mustaffa Guru: Pn Rohaziah BT Junoh

1

Senarai Kandungan TAJUK

MUKA SURAT

Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

2 3 4 5 6 7 8 - 12 13 14 14 - 16

Penghargaan

2

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia – Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subejek geografi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio ini. Disamping itu, terima kasih kepada rakan – rakan sekelas kerana telah memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah anda kongsikan bersama saya

Pendahuluan 2.1 Nama saya Mohd Nadzmi B Abd Mustaffa . Saya menuntut dalam tingkatan 1AF di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Sebagai

3

memenuhi kehendak subjek geografi, saya perlu menyiapkan satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “ Bentuk Muka Bumi dan potensinya”. Saya telah memilih Taman Cengal Utama untuk menjalankan kajian. 2.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana saya telah tinggal lebih daripada 8 tahun dan terdapat ramai kawan – kawan dan keluarga yang dapat memudahkan saya menyiapkan folio ini. 2.3 Saya telah mengambil masa selama 1 minggu untuk mengumpul maklumat serta menyiapkan dengan sempurna folio ini.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:-

4

I. Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Cengal Utama. II. Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman Cengal Utama. III. Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di kawasan kajian IV. Mengkaji langkah – langkah mengatasinya

Kawasan Kajian Kawasan kajian saya meliputi kawasan perumahan tempat saya tinggal di Taman Cengal Utama.Taman Cengal Utama terletak dalam mukim 5

Ampangan Senawang ,Seremban Negeri Sembilan.Bentuk muka bumi di kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah yang telah mengalami pembangunaan yang pesat di Negeri Sembilan.Ia terletak berhampiran dengan lebuhraya baru iaitu Lebuhraya KASEH(Kuala Lumpur-SerembanKuala Pilah-Kuantan).Antara pembangunan yang terletak berhampiran rumah saya ialah,Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi.Stadium ini terdapat pelbagai kemudahan sukan dan merupakan tempat diadakan pertandingan peringkat kebangsaan seperti SUKMA,MSSNS dan MSSM..

Kaedah Kajian 5.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:6

a) Pemerhatian b) Internet 5.1.1 Pemerhatian Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa memerhati ciri – ciri bentuk muka bumi di kawasan Taman Cengal Utama dan aktiviti – aktiviti ekonomi yang dijalankan.

5.1.2 Internet Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian ataupun melalui keadah soal selidik. Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan kajian.

Hasil Kajian 6.1 Ciri – Ciri Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi di Taman Cengal Utama adalah hampir rata serta beralun. Asalnya kawasan ini merupakan kawasan pertanian yang ditanam dengan pokok getah dan merupakan tanah rezab melayu.Ekoran daripada 7

pembangunan yang meluas di kawasan persekitaran dan keperluan perumahan yang semakin mendadak, Taman Cengal Utama telah dibangunkan dan perumahan telah dibina di kawasan penempatan seluas 5000 hektar. Selain itu, Taman Cengal Utama juga dibangunkan di kawasan pejabat dan kawasan perindustrian. Antaranya kawasan perindustrian Senawang yang menyumbang kepada 30% pekerjaan untuk penduduk di taman ini. Selain daripada itu ada juga penduduk di kawasan perumahan ini yang bekerja di Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana kemudahan infrastruktur yang memudahkan penduduk untuk berulang alik ke tempat kerja di Kuala Lumpur) turut menyumbang kepada kepadatan penduduk. Kepadatan penduduk ini disebabkan oleh tindakan kerajaan yang membina infrastruktur – infrastruktur seperti lebuh raya yang dapat berhubung ke kawasan – kawasan. Contohnya , Tol Senawang terletak lebih kurang 7 kilometer memudahkan mereka menggunakan kemudahan Lebuh Raya Utara Selatan. Disamping itu pembinaan Lebuh Raya Kaseh ( Kuala Lumpur- Seremban- Kuala Pilah – Kuantan) memberi kemudahan pada masa hadapan. Selain terdapat juaga kemudahan riadah dan sukan seperti Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi,

rumah kakitangan kerajaan,

kemudahan membeli belah seperti GIANT, Jaya Jusco dan Tesco serta kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, sekolah dan Hospital. 6.2 Potensi Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang hampir rata dan beralun tadi menyebabkan penduduk di Taman Cengal Utama terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan. Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Senawang telah menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan – 8

usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan, butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan. Selain itu, penduduk di Taman Cengal Utama terlibat di dalam bidang perkhidmatan kerana di kawasan Taman Cengal Utama terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah rendah, MRSM dan Institut Perguruan iaitu Institut Perguruan Raja Melewar . Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat tersebut.

9

JENIS PERNIAGAAN DAN

PERHIDMATAN

JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI

70 60 50

Pelabgai Barangan

40

Pelbagai Perkhidmatan

30

Makanan

20 10 0 Graf 1 JUMLAH KEDAI

6.3 Masalah Hasil daripada perbualan saya dengan ayah saya yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa RELA Taman Cengal Utama, saya dapati pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di sini. Antara masalah – masalah tersebut ialah:6.3.1 Kecurian Masalah ini banyak berlaku di kawasan perumahan ini. Oleh kerana ianya terletak berhampiran jalan besar dan kawasan rumah kedai ramai orang luar yang memasuki kawasan ini. Jadi tidak hairanlah berlaku kes pecah rumah dan kecurian. Tambahan pula kawasan Taman Cengal terletak berhampiran kawasan setinggan yang banyak menyumbang kepada masalah social .

10

Selain itu, kemudahan – kemudahan awam yang lain seperti pondok telefon yang didirikan untuk panggilan kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan lagi oleh para penduduk terutamanya ketika berlaku sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran. 6.3.2 Pembinaan Projek pembinaan lebuhraya KASEH yang sedang dibina sekarang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap bentuk muka bumi di kawasan persekitaran berhampiran Taman Cengal Utama. Kerja-kerja meratakan jalan menyebabkan berlakunya hakisan tanah yang teruk.Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila berlakunya hujan lebat.Air dari bukit yang ditarah bercampur tanah mehgalir ke jalan-jalan utama dan menyebabkan jalan kotor.Hujan yang berterusan juga akan menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan-kawasan rendah.Pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah untuk mengatasinya. Pencemaran bunyi di kawasan Taman Cengal Utama berpunca daripada aktiviti – aktiviti pembinaan kawasan penempatan , contohnya bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Bunyi bising ini boleh mengurangkan tumpuan para pelajar terutamanya kawasan pembinaan Lebuh Raya KASEH terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor.

6.4 Langkah – langkah mengatasi

11

Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi.

Di sini, adalah

beberapa cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang diedarkan untuk mengatasi masalah tersebut adalah:a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi

mengatasi masalah kecurian. Bagi mereka yang melakukan jenayah ini, boleh dikenakan denda dan hukuman yang setimpal. Penduduk setempat turut mengadakan rondaan pada waktu malam dengan kerjasama penduduk taman dan RELA. b) Masyarakat di Taman Cengal Utama juga boleh bergotong – royong di

kawasan – kawasan yang bermasalah sampah. Aktiviti gotong – royong boleh dijalankan sebulan sekali untuk memastikan kebersihan kawasan penempatan. Pihak berwajib juga boleh memperbanyakkan tempat membuang sampah dan bagi memudahkan masyarakat serta menjalankan kempen kesedaran seperti menggalakkan masyarakat untuk kitar semula

12

Rumusan Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri – ciri bentuk muka bumi dan Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Taman Cengal Utama. Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap.

Lampiran 13

Rujukan I. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM Terbitan: Arus Intelek Sdn. Bhd. Tahun: Cetakan 4, 2006

14

II. Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3 Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd. Tahun: Cetakan 2005 III. Laman Web: www.pdfcoke.com

www.tutor.com.my

15

Related Documents