Justifikasi Soalan Objektif.docx

  • Uploaded by: Narveena Servai Vadivelu
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Justifikasi Soalan Objektif.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 477
  • Pages: 2
3.0 Justifikasi soalan objektif

Soalan

Justifikasi

1

Soalan ini menguji tahap ingatan murid supaya murid dapat mengimbas kembali tentang amalan yang diamalkan oleh agama masing-masing. Dengan mengimbas kembali amalan yang telah dipelajari oleh murid-murid maka mereka dapat mengingati semula etnik-etnik. Murid dapat mengenali aras soalan dengan kata kunci iaitu ‘kenal pasti’. soalan ini menunjukkan aras mengingati dalam Taksonomi Bloom.

2

Soalan ini menguji tahap pemahaman murid yang mempunyai pengetahuan tentang bagaimana sikap saling membantu dalam masyarakat setempat dapat dipupuk. Berdasarkan gambar yang diberikan murid dapat memahami bahawa aktiviti yang menunjukkan sikap saling membantu. Bukan itu sahaja, malah murid juga dapat mengetahui aras soalan dengan adanya kata kunci ‘Pilih’ yang menunjukkan aras memahami dalam Taksonomi Bloom.

3

Soalan ini menyebabkan murid untuk membanding beza dengan betul dan mengaplikasi aspek-aspek yang dibandingbezakan mengikut jasa yang mungkin diberikan serta memilih jasa yang bersesuian dan tepat. Muridmurid dikehendaki membaca dan memahami rangsangan yang telah diberikan. Setelah murid-murid memahami rangsangan tersebut maka dapat mereka memilih jawapan yang betul. Murid-murid juga dapat mengenal pasti aras soalan iaitu mengaplikasi dengan kata kunci ‘Pilih’.

4

Soalan ini menunjukkan bahawa aras mengaplikasi dalam Taksonomi Bloom. Soalan ini telah diaplikasikan dengan sikap-sikap seorang sopan. Hal ini membantu murid-murid untuk memilih jawapan dengan adanya sikap-sikap seorang sopan. Setelah murid mengenal pasti dan memahami sikap orang sopan maka murid dapat meilih orang yang memiliki sikap sopan.

5

Soalan ini secara langsungnya menunjukkan aras menganalisis dalam Taksonomi Bloom. Murid-murid dapat mengenali aras soalan ini dengan perkataan ‘klasifikasikan’. Soalan ini menyebabkan murid untuk berfikir dan menganalisis sikap bersopan yang perlu yang perlu diamalkan dalam kehidupan mereka.

6

Soalan ini menjadikan murid untuk mengulangi pengetahuan mereka tentang cara menghormati pemimpin dalam masyarakat setempat serta memilih cara menghormati seorang pemimpin yang bersesuaian. Murid dapat mengenal pasti aras soalan ini iaitu mengaplikasi dengan kata kunci ‘pilih’.

7

Soalan ini diaplikasikan dengan cara menyayangi masyarakat setempat. Dengan itu, murid dapat mengetahui cara menunjukkan kasih sayang terhadap

golongan

kurang

upaya.

Ini

menyebabkan

murid

untuk

membanding beza jawapan yang menunjukkan cara menunjukkan kasih sayang serta memilih jawapan yang betul.

8

Soalan ini menguji tahap analisis murid tentang cara yang tidak menunjukkan kasih sayang terhadap masyarakat. Murid perlu teliti apabila membaca soalan kerana terdapat perkataan ‘kecuali’ yang menunjukkan bahawa kehendak soalan ialah cara yang tidak menunjukkan kasih sayang terhadap masyarakat. Oleh itu, murid perlu mengenal pasti kata kunci soalan dengan betul.

9

Soalan ini menyebabkan murid untuk menilai setiap kebaikan menghormati agama dan kepercayaan mlasyarakat setempat. Setelah itu, murid dapat memilih kebaikan yang sesuai dan tepat sekali. Murid dapat mengenali aras soalan ini iaitu aras menilai dalam Taksonomi Bloom. Hal ini terbukti dengan kata kunci iaitu ‘tentukan’.

10

Soalan ini perlu dinilai dengan pendapat murid tentang perasaan golongan tua yang kurang mendapati kasih sayang. Terlebih dahulu, murid-murid perlu mengetahui tentang perasaan apabila menyayangi masyarakat setempat. Kemudian, mengikut aras soalan, murid akan dapat berfikir dan menilai mengikut kehendak soalan.

Related Documents

Justifikasi Moral
June 2020 8
Soalan
October 2019 81
Soalan
June 2020 44

More Documents from ""