Justifikasi Moral Mereka yang melakukan perbuatan pembuangan bayi kebanyakan adalah kerana ketidakseimbangan psikologi mereka. Mereka membuangkan anak mereka atas perasaan malu mereka, namun, mereka tidak memikirkan bayi itu adalah tidak bersalah! Pemuda- pemudi masa sekarang banyak yang tidak mumpunyai hati yang bertimbang rasa. Mereka boleh membuangkan anak mereka dengan semata- mata perasaan malu, tetepi, adakah mereka pernah ingat bahawa merekalah ibu bapa bayi tersebut? Bayi itu adalah tidak bersalah, mereka dilahirkan ke atas Bumi ini tanpa kesedaran dan keinginan. Adakah mereka bersalah? Adakah mereka patut dibuangkan? Pemuda- pemudi ini kurang diajar apa itu tangguangjawab, ataupun, boleh dikatakan tidak mengetahui mereka adalah bertanggungjawab untuk membela anak mereka. Ibu bapa mereka kurang mempengaruh mereka supaya bertanggungjawab dan memikulkan kewajiban mereka. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang berzina, ibu bapa mereka juga bersalah! Sikap manusia dibentuk sejak kecil. Jikalau ibu bapa tidak mengajar anak mereka dengan baik, serta memupuk tingkah laku yang bermoral, maka, mereka mudah dipengaruh dengan nafsu- nafsu mereka! Perzinaan, perogolan dan kegiatan- kegiatan jahat lain akan timbul apabila pemuda- pemudi ini tidak dapat menahankan nafsu mereka. Akhirnya, tragedi pembuagan bayi akan bertambah.