ADAKAH PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS MEMBERI MANFAAT?:ISU PENGGUNAAN BAHASA KEDUA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR Oleh:Narveena A/P Vadivalu Mahasiswa INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENGENALAN Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) ialah nama rasmi bagi dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik.Menurut Lee Kam Hing(2004) Pada 4 Mei 2002 Tun Dr.Mahathir Mohamad telah mengemukakan cadangan tentang bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan.Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara.Namun,bahasa Inggeris juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan negara. Pemilihan Sains dan Matematik sebagai mata pelajaran sasaran untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris di negara ini merupakan strategi serampang dua mata yang memperlihatkan kepentingan dalam era globalisasi ini.Dasar ini telah dilaksanakan secara berperingkat bermula pada berperingkat-peringkat bermula pada awal tahun 2003 yang melibatkan pelajar Tahun 1(sekolah rendah,Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam bawah(sekolah menengah). KA Memberi pelajar peluang meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris Dalam surat pekeliling Kementerian Pendidikan turut dinyatakan antara matlamat melaksanakan dasar PPSMI ialah untuk melahirkan generasi baru yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik agar mereka dapat meningkatkan daya persaingan di peringkat
antarabangsa.Menurut
von
Maltitz(1975)
dan
Cohen(1978),kanak-kanak
mempelajari sesuatu jenis bahasa kedua,mereka akan lebih banyak mempelajarinya sekiranya ia juga digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajar kursus lain dalam kurikulum.Kegagalan menguasai bahasa Inggeris bukan sahaja akan menyebabkan sesuatu rakyat tersebut negara gagal saingnya.Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja berkait rapat dengan survival anak bangsa,malah ia turut melibatkan survival negara pada masa akan datang.Menurut Halim Salleh(2000).bahasa Inggeris merupakan “the language of the successful,modern,urban,and educated class”.
Membantu pelajar menerokai pengetahuan baru dalam bidang sains dan teknologi Kelemahan dalam bahasa Inggeris juga menjejaskan kemampuan pelajar negara ini untuk menerokai pengetahuan baru dalam bidang sains dan teknologi