Jurnal Tekno

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jurnal Tekno as PDF for free.

More details

  • Words: 2,979
  • Pages: 10
SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia.

PERSEPSI GURU-GURU TERHADAP PENGGUNAAN TERKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI NOOR AWANIS MUSLIM, NORA DATO’ YAHYA dan NURAZARIAH ABIDIN Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, UNITEN, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, 26700 Muazam Shah, Pahang [email protected], [email protected], [email protected]

Abstrak : Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting dalam kehidupan seharian pada zaman era teknologi maklumat. Guru-guru merupakan golongan pendidik yang perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran komputer sebagai satu elemen penting bagi membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Kajian ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan dan kemahiran didalam penggunaan teknologi maklumat dan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara persepsi penggunaan komputer dengan pengetahuan dan kemahiran. Sampel kajian terdiri daripada 21 orang guru-guru sekolah dikawasan Muadzam Shah Pahang. Kaedah soal selidik digunakan sebagai teknik pengumpulan data. Penganalisaan data dilakukan dengan mencari kekerapan, peratusan, min dan korelasi. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan teknologi maklumat adalah berada dalam sederhana. Manakala tahap kemahiran adalah pada peringkat asas sahaja. Tahap pengetahuan dan kemahiran boleh ditingkatkanjika mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap komputer dan mempunyai asas pengetahuan komputer.

1. Pengenalan Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk memperluaskan bidang komputer dalam pendidikan rnelalui jaringan pendidikan iaitu satu sistem penggunaan komputer secara rangkaian yang membolehkan sekolah-sekolah di seluruh negara berinteraksi melalui aktiviti terancang yang berorentasikan kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan. Namun demikian buat masa kini kebanyakan sekolah yang terlibat dengan komputer dalam pendidikan masih berkurangan dan kelas komputer yang rnenekankan literasi komputer amat terhad. Kemudahan perisianperisian yang dibuat khas untuk kegunaan subjek atau rnata pelajaran tertentu adalah satu prasyarat penting bagi membolehkan "pembelajaran berbantukan komputer dilaksanakan (Plomp dan Pelgrum, 1991). Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, kini berlaku beberapa perubahan dan inovasi dalam sector pendidikan. Paradigma pembelajaran yang berasaskan penggunaan sumber bahan bercetak sebagai salah satu sumber rujukan telah berubah kepada memanfaatkan sumber maklumat elektronik sebagai alternatif di sekolah, kolej, maktab dan universiti. Selari dengan perkembangan ini golongan pendidik perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran berkaitan penggunaan komputer internet.

2. Literasi Komputer Menurut Jabatan Pendidikan kerajaan UK (1989), teknologi maklumat merupakan elemen yang berkait dengan penyimpanan data, pemprosesan data, penghantaran data dan kesemua aktiviti ini, merupakan peranan di dalam sesebuah komputer. Untuk memastikan kejayaan aktiviti-aktiviti seperti di atas, darjah literasi komputer yang tinggi diperlukan oleh seorang individu. Menurut Chakrabarty (1979) literasi komputer membawa maksud mempelajari cara rnenggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan perantiperantinya yang dapat menghasilkan sesuatu hasil melalui penggunaan computer. .Manakala Dologite (1987) pula, literasi membawa maksud yang agak mudah iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan computer. Literasi komputer pula membawa maksud yang lebih luas lagi, bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalarnan dalam pengawalan dan pengendalian komputer. Ngan (1994) mengatakan kesedaran komputer pada amnya merujuk kepada pengetahuan mengenai cara

1

Noor Awanis Muslim, Nora Dato’ Yahya dan Nurazariah Abidin

komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi dan kesan terhadap kehidupan manusia. Menurut Summer(1988), tahap pengetahuan amat diperlukan didalam membuat sebarang proses yang melibatkan computer terutama di dalam aplikasi ke atas sesuatu system. Contohnya seorang pendidik, individu itu perlu dilengkapkan dirinya dengan pengetahuan dan kemahiran supaya individu tersebut dapat melaksanakan penggunaan komputer dan internet dengan efisyen dan effektif. Walaubagaimana pun Wilson(1990), berpendapat, sebanyak 68% pengguna mempunyai perasaan yang positif terhadap komputer, namun mereka tetap merasakan pengetahuan yang mereka ada masih tidak cukup untuk membolehkan mereka menjalankan proses komputer/ICT dengan lebih yakin dan efisyen. Literasi komputer ini merupakan elemen yang mempengaruhi persepsi individu terhadap sesebuah sistem internet. Kajian lepas mendapati bahawa individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai komputer akan mempunyai persepsi yang positif terhadap komputer. Dengan kata lain, individu ini seterusnya akan mempunyai keinginan untuk melayari internet. 2.1 Persepsi pengguna Model penerimaan teknologi(TAM) yang dikeluarkan oleh Davis (1990), mempunyai dua item untuk diuji iaitu persepsi mudah untuk digunakan dan persepsi faedah penggunaan. Persepsi mudah untuk digunakan: Individu merasakan komputer mudah dikendalikan untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan ditempat kerja. Persepsi faedah penggunaan : Individu mempunyai persepsi bahawa apabila menggunakan teknologi maklumat di tempat kerja akan meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti. Ada kajian lepas yang menunjukkan kedua-dua item di atas mempunyai hubungan yang positif di dalam mempengaruhi pengurus untuk menggunakan komputer di tempat kerja. James(1996), berpendapat graduan-graduan yang menggunakan tetikus atau pelbagai lagi alat komputer akan mempunyai persepsi yang positif terhadap internet berbanding dengan individu yang tidak mendapat pendedahan mengenai komputer. Selain daripada factor persepsi, factor dorongan penggunan juga merupakan elemen yang mempengaruhi penggunaan internet. 2.2 Dorongan penggunaan Dorongan penggunaan internet adalah disebabkan individu itu mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan internet.Menurut Teori Perancang Gelagat(Theory of Planned Behavior), penentu yang paling penting di dalam menentukan gelagat individu adalah dorongan gelagat itu sendiri dimana, semakin kuat dorongan itu maka semakin baik prestasinya. Menurut Davis (1989), cirri-ciri teori perancang gelagat(TPB) telah digunakan di dalam membangunkan model penerimaan teknologi (TAM). Ulasan-ulasan karya mengenai model penerimaan teknologi(TAM) adalah seperti terdapat hubungan yang kuat antara persepsi mudah digunakan dengan dorongan penggunaan. Tambahan lagi, persepsi faedah penggunaan merupakan peramal ke atas dorongan penggunaan. Persepsi mudah digunakan mempunyai hubungan yang kuat kea tad persepsi faedah penggunaan dimana keduanya mempengaruhi dorongan penggunaan ke atas sesuatu sistem yang baru seperti sistem internet (Fliegel & Kivlin 1966; Ostlund 1974; Szajna 1996; Tornatzky & Klein 1982; Zaltman, Duncan & holbeck 1973). Therefore, behavioral intention influences actual usage behavior (Davis, Bagozzi & Warshaw 1989; Szajna, 1996). Berdasarkan perbincangan di atas, ia menunjukkan bahawa melalui pendekatan model penerimaan teknologi, ia telah telah memberi kesan ke atas beberapa item seperti persepsi mudah digunakan, persepsi faedah penggunaan serta dorongan penggunaan. Peningkatan persepsi faedah penggunaan adalah selari dengan persepsi mudah digunakan. Semakin mudah ia digunakan, menyebabakan pengguna merasakan ia sangat berfaedah dan seterusnya mempengaruhi kepada dorongan penggunaan. (Wang, Fang & Hsu , 2005).

2

SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia.

2.3 Kerangka teori Sehubungan dengan itu, kertas ini memberi akan memberi tumpuan ke atas penerimaan pengguna di dalam penggunaan internet di kalangan guru-guru di kawasan luar Bandar. Konsisten dengan ulasan-ulasan karya yang dibincangkan di atas, kertas ini telah mengeluarkan satu kerangka kerja dimana ia merupakan hubungan antara literasi komputer dan persepsi penggunaan internet dan dorongan penggunaan internet.

Literasi komputer

Kemahiran

Pengetahuan

Persepsi Persepsi mudah digunakan

Dorongan Penggunaan

Persepsi faedah penggunaan

Gambarajah 1: Kerangka hubungan antara literasi komputer dan persepsi penggunaan internet dan dorongan penggunaan internet

2.4 Tinjauan Kajian Selari dengan kerangka teori, beberapa objektif telah dapat di bangunkan: i. ii. iii.

Untuk melihat tahap pengetahuan dan kemahiran komputer di kalangan guru-guru di kawasan luar bandar. Untuk melihat sejauhmana literasi komputer boleh mempengaruhi persepsi didalam penggunaan internet. Untuk melihat hubungan antara persepsi terhadap komputer dengan dorongan penggunaan.

3. Metodologi Kajian Populasi bagi kajian kertas ini adalah tenaga pengajar guru-guru di kawasan luar Bandar dan sampel bagi kajian ini terdiri daripada sekolah-sekolah menengah di sekitar Bandar Muadzam Shah. Sekolah menengah di Muadzam Shah ada 3 buah sekolah. Soal selidik telah diedarkan kepada 3 buah sekolah tersebut. Daripada 30 edaran soal selidik, hanya 21 yang telah berjaya dikutip semula. Soal selidik adalah terdiri daripada empat bahagian. Bahagian A adalah bahagian latarbelakang, diikuti bahagian B iaitu persepsi pengguna, bahagian C iaitu bahagian kemahiran dan akhir sekali ialah bahagian D iaitu pengetahuan. Bahagian A terdiri daripada faktor-faktor demografi seperti umur, jantina, bangsa, tahap pendidikan dan jenis sekolah yang diajar. Manakala bahagian B iaitu persepsi pengguna mempunyai 20 soalan dan mempunyai empat item. Skala likert adalah digunakan di dalam bahagian ini. Bahagian C adalah kemahiran komputer dan mempunyai 12 soalan dan bahagian D pula adalah bahagian pengetahuan dan mempunyai 20 soalan. Analisis frekuensi serta regressi dijalankan untuk menjawab kesemua objektif-objektif yang telah ditetapkan.

3

Noor Awanis Muslim, Nora Dato’ Yahya dan Nurazariah Abidin

4. Analisis dan Dapatan Kajian Jadual 1: Latar Belakang Responden MAKLUMAT Jantina Lelaki Perempuan Umur 20-25 26-30 30-35 35-40 >40 Tahap Pendidikan Diploma Sarjana Muda Sarjana Pengalaman Mengajar 1-5 tahun 6-10 tahun 11-15 tahun > 15 tahun Tempat Akses Internet Sekolah Rumah

BILANGAN RESPONDEN (N=21) 9 12 2 4 4 5 6 8 10 3 6 4 6 5 13 8

Analisis tahap kemahiran Jadual 2 : ringkasan tahap kemahiran mengenai penggunaan ICT di kalangan guru-guru di Kawasan luar Bandar. Kemahiran Microsoft Word Menulis karangan / surat Microsoft Excell Menambah atau membuang maklumat di dalam fail Menyimpan data di dalam fail Mencari maklumat menggunakan internet Window 98/2000 Membuat graf Memanggil data untuk dilihat pada skrin monitor Menyusun dan mengurus fail Microsoft Power Point Belajar Bahasa Inggeris Menggunakan komputer untuk menganalisis data Berhubung dengan individu lain menggunakan e-mail Membuat pengiraan matematik Microsoft Access DOS

Min 4.38 4.33 4.19 4.14 4.1 4.05 3.81 3.81 3.81 3.71 3.67 3.67 3.57 3.52 3.43 3.38 2.76

4

SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia.

Berdasarkan jadual di atas, ia menunjukkan bahawa hampir kesemua tenaga pegajar di kawasan luar Bandar khususnya di Muadzam Shah mempunyai kemahiran seperti kemahiran menggunakan aplikasi Microsoft word, kemahiran menulis surat dengan komputer, kemahiran menggunakan Microsoft Excel, kemahiran menambah atau membuang maklumat di dalam fail, kemahiran menyimpan data di dalam fail dan kemahiran mencari maklumat di dalam internet. Manakala, mereka tidak mempunyai kemahiran di dalam DOS kerana mereka jarang menggunakan perisian ini. Secara kasarnya, tahap kemahiran tenaga pengajar di kawasan luar Bandar boleh dikategorikan sebagai kemahiran peringkat asas.

Tahap pengetahuan terhadap komputer Jadual 3: rumusan pengetahuan kognitif mengenai komputer dikalangan tenaga pengajar di kawasan luar Bandar. Pengetahuan Fungsi penggunaan e-mail adalah menghantar mesej secara elektronik Pihak kerajaan menggunakan komputer untuk menyimpan dan menguruskan banyak maklumat Komputer digunakan untuk menyimpan maklumat yang digunakan berulang kali. Nombor pengenalan diri (password) adalah cara yang selalu digunakan bagi melindungi data dari diceroboh. Perisian komputer ialah program komputer Asas komponen komputer seperti printer, mouse, keyboard dikategorikan sebagai perkakasan komputer Window 2000 dikategorikan sebagai perisian sistem Pemprosesan data meliputi tugas mengumpul dan mengendalikan data Tugas utama seorang pengaturcara (programmer) komputer ialah menyediakan set aturcara untuk komputer ikuti Bahagian fizikal komputer di panggil perkakasan Untuk menyelesaikan masalah, komputer memerlukan dua jenis maklumat iaitu data dan arahan. Pemprosesan data oleh komputer melibatkan aktiviti mencari dan meringkaskan data Penggunaan asas komputer dalam perpustakaan melibatkan simulasi dan modeling Hampir semua orang dalam masyarakat kita menerima kesan daripada kewujudan komputer Komputer digunakan untuk melakukan perbuatan jenayah terutama dalam urusan bank (pengeluaran dan pemindahan wang) Komputer tidak berguna untuk tugas-tugas yang memerlukan gerak hati Penggunaan komputer yang kian bertambah akan mewujudkan beberapa jenis peluang pekerjaan baru dan menghapuskan beberapa jenis pekerjaan. Tatabahasa dapat dipelajari dengan menggunakan komputer tanpa perlu adanya guru Komputer boleh berfikir seperti manusia

Min 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 3 3 3 3 3

Dapatan di atas menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Pengetahuan mereka dilihat dari sudut persetujuan mereka ke atas soalan-soalan di dalam soal selidik di mana apabila mereka bersetuju bermakna mereka mempunyai pengetahuan itu. Apabila keputusan analisis menunjukkan tenaga pengajar ini mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai komputer, maka kita boleh nyatakan disini mereka mempunyai tahap literasi komputer yang positif kerana menurut Dologite (1987), definisi lliterasi komputer adalah gabungan pengetahuan dan kebolehan (kemahiran) mengendalikan perkakasan dan perisian komputer.

5

Noor Awanis Muslim, Nora Dato’ Yahya dan Nurazariah Abidin

Analisis hubungan literasi komputer dan persepsi mudah digunakan Jadual 4 dan jadual 5 : hubungan antara literasi komputer dan persepsi mudah digunakan.

Model 1 2 3

R .656(a) .753(b) .844(c)

R square .430 .568 .712

Significan .001 .028 .010

a Predictors: (Constant), MK12 b Predictors: (Constant), MK12, MK11 c Predictors: (Constant), MK12, MK11, MKIF Jadual 5: Korelasi koefisyen anatra literasi dan persepsi mudah digunakan. Model 1 2

3

(Constant) MK12 (Constant) MK12 MK11 (Constant) MK12 MK11 MKIF

F 5.239 3.788 .913 3.054 2.393 1.913 3.601 3.172 -2.913

Sig. .000 .001 .373 .007 .028 .073 .002 .006 .010

a Dependent Variable: mpeou

Jadual diatas menunjukkan bahawa hubungan ini mempuyai 3 model. Model yang pertama telah mengambil kira item berhubung dengan menggunakan emel dan darjah hubungan (kekuatan hubungan) adalah 65.6% dan darjah ini meningkat kepada 75.3% apabila item mencari maklumat dengan internet diambil kira. Dan akhirnya, darjah kekuatan hubungan itu terus meningkat kepada 84.4% apabila Microsoft Access dimasukkan. Walaupun penyelidik lepas menyatakan literasi komputer boleh mempengaruhi gelagat penerimaan, tetapi di dalam kajian ini, hanya pembolehubah kemahiran sahaja yang mempengaruhi persepsi mudah digunakan. Jelas disini, bahawa apabila seseorang itu mempunyai kemahiran komputer maka ia boleh mendorong kepada gelagat penerimaan yang poistif ke atas sistem-sistem di dalam ICT seperti internet. Apabila ada kemahiran, individu itu akan merasa mudah untu gunakan sesuatu sistem.

6

SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia.

Analisis literasi dan faedah penggunaan. Jadual 6 dan 7 : jadual yang berkaitan dengan hubungan antara pengetahuan kognitif dan persepsi faedah penggggunaan. Jadual 6: Ringkasan model untuk hubungan antara pengetahuan kognitif dan persepsi faedah penggunaan. Sig. R R Square Change .483(a) .233 .027 .670(b) .449 .016 .778(c) .605 .019 a Predictors: (Constant), P1 b Predictors: (Constant), P1, P12 c Predictors: (Constant), P1, P12, P10

F

Model 1 2 3

Jadual 7: Korelasi koefisyen Model 1 2

3

(Constant) P1 (Constant) P1 P12 (Constant) P1 P12 P10

T 7.449 2.402 4.038 3.408 2.653 5.189 4.576 3.646 -2.592

Sig. .000 .027 .001 .003 .016 .000 .000 .002 .019

a Dependent Variable: mpu Daripada jaddual di atas, ia menunjukkan bahawa hanya beberapa item di dalam pengetahuan kognitif sahaja yang mempunyai darjah hubungan yang baik dengan persepsi faedah penggunaan. Ringkasan model itu juga menunjukkan bahawa apabila item terima kesan kewujudan komputer diambil kira ia menyumbang kepada 48.3% kemudian item komputer tidak memerlukan gerak hati pula telah meningkatkan peratusan kekuatan itu kepada 67% dan akhir sekali apabila item asas komponen seperti tertikus , papan kekunci adalah perkakasan komputer pula diambil kira, ia telah menyumbang kepada 77.8% di dalam hubungan kepada persepsi faedah penggunaan.

Analisis hubungan atara persepsi faedah penggunaan dan persepsi mudah digunakan. Jadual 8 dan 9: persepsi mudah digunakan mempunyai pengaruh ke atas faedah penggunaan. Jadual 8: Ringkasan Model persepsi mudah digunakan mempunyai pengaruh ke atas faedah penggunaan Model 1 2

R R Square .546(a) .298 .662(b) .438 a Predictors: (Constant), M5 b Predictors: (Constant), M5, M1

Sig. Change .010 .049

F

7

Noor Awanis Muslim, Nora Dato’ Yahya dan Nurazariah Abidin

Jadual 9: Korelasi koefisyen Model 1 2

(Constant) M5 (Constant) M5 M1

t 4.674 2.841 3.496 2.334 2.113

Sig. .000 .010 .003 .031 .049

a Dependent Variable: mpu Jadual di atas menerangkan bahawa item internet memudahkan untuk memperolehi sesuatu merupakan item yang pertama yang diambil kira dalam analisis ini dan memperolehi darjah hubungan (kekuatan hubungan) 54.6% manakala apabila item internet mudah dikendali dan ramah pengguna dimasukkan kedalam model itu, ia telah meningkatkan darjah kekuatan hubungan kepada 66.2%. Analisis hubungan antara persepsi mudah digunakan dan dorongan penggunaan. Jadual 11: Ringkasan model Model 1

R R Square .560(a) .314 a Predictors: (Constant), D2

Sig. Change .008

F

Jadual 12:Korelasi koefisyen Model 1

t 1.233 2.947 a Dependent Variable: mpeou (Constant) D2

Sig. .233 .008

Daripada jadual-jadual di atas, ia menunjukkan bahawa darjah hubungan antara persepsi mudah digunakan dan dorongan penggunaan adalah 56% . Ia boleh dikategorikan sebagai hubungan sederhana dimana bolehlah dikatakan yang dorongan penggunaan ini memang dipengaruhi oleh persepsi mudah menggunakan.

8

SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia.

Analisis hubungan dorongan penggunaan dan persepsi faedah penggunaan. Jadual 13: Ringkasan Model Model 1

R R Square .705(a) .498 a Predictors: (Constant), D2

Sig. Change .000

F

Jadual 14: Korelasi koefisyen Model 1

(Constant) D2

t 1.688 4.339

Sig. .108 .000

a Dependent Variable: mpu Daripada jadual diatas, ia menunjukkan bahawa dorongan penggunaan mempunyai hubungan yang kuat dengan persepsi faedah penggunaan iaitu pada 70.5%. Ia menunjukkan bahawa persepsi faedah penggunaan mempengaruhi kepada dorongan penggunaan dengan kata lain, apabila pengguna menyifatkan sistem itu suatu yang memberi faedah apabila digunakannya, maka ia akan mendorong kepada pengguna itu menggunakannya. 5. Kesimpulan Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran komputer di kawasan luar bandar adalah diperingkat asas. Manakala pengetahuan kognitif juga adalah berada di tahap sederhana. Guru-guru perlu diberi pendedahan berkaitan teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer dan internet. Terdapat banyak perisian-perisian (software) yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi menjadikan sistem pengajaran lebih interaktif. Bahan-bahan pengajaran juga boleh diperolehi dengan hanya melayari internet. Ini kerana penggunaan rangkaian kerja elektronik dapat membantu para guru bukan sahaja meningkatkan interaksi tetapi juga profesionalisme mereka. Selain pendedahan terhadap komputer, persepsi guru-guru juga adalah positif tentang komputer. Persepsi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi guru-guru untuk menggunakan teknologi maklumat.

Rujukan Adams, D.A., Nelson, R.R and Todd (1992), “Perceived usefulness, ease of use, and usage of information technology: a replication”, MIS Quarterly, Vol.6, pp.227-47 Chakrabarty, P.K. Effective Use Of Computer By Mathematic And Science Teacher Conference On Education Computing: Emerging Trends And Implication. Kuala Lumpur : Malaysia Council for Computer in Education, 1979. Clement, F.J . “Computerphobia. What To Do About It.” Education Technology (1981) Davis, F.D (1986), A Technology Acceptance Model for Empirically Testing New End-user Information Systems: Theory and Results, Doctoral dissertation Sloan School of Management, MIT. Davis, F.D (1989), “Perceived usefulness, perceived ease of use and user acceptance of information technology”. MIS Quarterly, Vol 13, pp.319-39. Davis, F.D, Bagozzi R.P and Warshaw P.R (1992), “Extrinsic and Intrinsic motivation to use computers in the workplace’. Journal of Applied Social Psychology, Vol. 22, pp. 1111-32. Dologite, O.G . “Measuring Computer Literacy”. Journal of Education Technology System. (1), (1987) : 29-43 Hunter, B . My Student Use Computer : Curriculum Plan For Grade-8. New York : Rest Publishing ,1987. Igbaria . “A Motivational Model Of Microcomputer Usage.” Journal Of Management Information System. 13.1 (1996) : 127.

9

Noor Awanis Muslim, Nora Dato’ Yahya dan Nurazariah Abidin

James E Walter . “An Attitude Comparison Toward Computers Between Underclassmen A Senior.” Education. 116.4 (1996) Jay, T.B. “Effective Considerations In Computer-Base Education.” Educational Technology (1990):2-32. Kementerian Pendidikan Malaysia. Literasi komputer. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah.Kuala Lumpur: GPO, 1992. Ngan Cheng Hwa. “Tahap Literasi Komputer Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Kursus Elektrik SM Vokasional.” Diss. UTM, 1993. Plomp dan Pelgrum. “Introduction Of Computer In Education. State Of The Art In Eight Countries.” Computer Education. 17.3 (1991) : 249-258. Teo Poh Yeo. “Literasi Komputer Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat : Satu Tinjauan Kawasan Klang.” Diss. UKM, 1989.

10

Related Documents

Jurnal Tekno
April 2020 10
Tekno
August 2019 15
Tekno Farmasi.docx
December 2019 16
Akt Tekno 1.docx
April 2020 12