Jenis2 Pendahuluan Karangan.docx

  • Uploaded by: Mafizoh Lin
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jenis2 Pendahuluan Karangan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,007
  • Pages: 26
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Pendahuluan jenis definisi Pendahuluan jenis persoalan Pendahuluan jenis suasana Pendahuluan jenis peribahasa Pendahuluan jenis pendapat Pendahuluan jenis puisi Pendahuluan jenis sejarah Pendahuluan jenis gabungan. Pendahuluan jenis statistik Pendahluan jenis lirik lagu.

Latihan:

(Pendahuluan Jenis _____________) Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela. Secara umum, sukarelawan boleh dimaksudkan sebagai seseorang atau kumpulan individu yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Mereka melakukan pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, semangat sukarelawan semakin

luntur dan hanya segelintir individu sahaja yang sanggup melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.

(Pendahuluan Jenis _____________) Sungai merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan amat berharga kepada manusia. Walau bagaimanapun, keadaan beberapa batang sungai di negara kita berada pada tahap yang kurang memuaskan. Terlalu banyak rungutan dilontarkan oleh setiap lapisan masyarakat tentang kualiti sungai di negara kita. Persoalannya, mengapakah rungutan-rungutan ini timbul? Adakah sungai yang

mengalir bersih sebelum ini mampu bertukar menjadi tercemar dengan sendirinya atau berpunca daripada sikap dan perbuatan manusia sendiri?

(Pendahuluan Jenis _____________) Alangkah indahnya suasana ketika itu. Jeritan suara anak-anak menikmati kesegaran arus sungai yang mengalir jernih kedengaran memecah kesunyian. Semuanya terasa indah pada saat itu, namun segala-galanya telah berubah. Kebanyakan sungai di negara kita dikategorikan sebagai sungai yang berada

pada tahap kritikal kerana dihantui masalah pencemaran. Jika keadaan ini terus dibiarkan, maka fungsi sungai sebagai nadi kehidupan akan tinggal kenang-kenangan.

(Pendahuluan Jenis _____________) Sering kali kita mendengar pengguna melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti barangan yang dibeli. Malahan ada yang membuat aduan kepada Persatuan Pengguna di kawasan masing-masing. Pada

hakikatnya, jika pengguna sendiri mengamalkan sikap alah membeli menang memakai pasti rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sebagai pengguna yang bijak, utamakanlah kualiti barangan walaupun terpaksa berbelanja lebih sedikit kerana hasilnya pasti memuaskan. Jadilah pengguna yang bijak dan anda pasti akan terhindar daripada helah para peniaga.

(Pendahuluan Jenis _____________) Menurut Datuk Alimuddin Mohd. Dom, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran

Malaysia akan menghantar sebanyak 30 orang pendidik terdiri daripada pengetua dan guru besar ke King’s College, United Kingdom (UK) untuk mendapat pendedahan tentang sistem Sekolah Kelompok (Cluster School) di negara berkenaan. Langkah ini merupakan satu langkah bijak kerana hasilnya, mereka yang dihantar akan kembali dengan pelbagai maklumat yang pastinya dapat memberi manfaat kepada dunia pendidikan kita.

(Pendahuluan Jenis _____________)

Malaysia akan menyambut Jubli Emas kemerdekaan negara kali ke-50 pada 31 Ogos 2007. Tema dan logo “ Malaysiaku Gemilang” pada tahun ini mengingatkan kita tentang peristiwa pengisytiharan kemerdekaan negara oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, mantan Perdana Menteri Malaysia Pertama di Stadium Merdeka 50 tahun yang lalu. Laungan keramat “Merdeka” yang berkumandang pada pagi 31 Ogos 1957 itu merupakan detik bersejarah sekali gus negara kita bebas daripada belenggu penjajah.

(Pendahuluan Jenis _____________) Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Pantun lama ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa budi bahasa amat penting untuk diamalkan dan seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan generasi muda pada hari ini.

(Pendahuluan Jenis _____________) Menurut statistik yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2000 jelas menunjukkan bahawa pencapaian murid Bandar melebihi tahap penguasaan minimum (A, B, C ) bagi subjek Bahasa Inggeris, iaitu 67.5 peratus berbanding dengan murid luar Bandar, iaitu 51.9 peratus.

(Pendahuluan Jenis _____________)

Jika kau fikirkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan, Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu.

Jika diteliti lirik lagu tersebut, jelas sekali bahawa keazaman dan semangat menjadi penentu kepada kejayaan seseorang. Tanpa keazaman yang kuat, sudah pasti kejayaan sukar dicapai sebaliknya jika kita senantiasa berfikiran positif dan berazam untuk berjaya, pasti kita dapat menikmati hasilnya.

Tajuk : Isu Penderaan (Pendahuluan Jenis _____________) Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi.

Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak terdapat punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

Tajuk : Kepentingan Bahasa Inggeris ( Pendahuluan Jenis ____________) Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawakita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau berkata bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini

terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. menurut beliau, bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.

Tajuk : Gambaran Tentang Kemalangan Ngeri Rumah Tertimbus ( Pendahuluan Jenis ________________) Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada

ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Namun begitu saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.

Tajuk : Isu Kemalangan Jalan Raya ( Pendahuluan Jenis ___________) Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada-ada sahaja kemalangan jalan raya yang dilaporkan di media massa? Hal ini amat membimbangkan terutamanya menjelang musim perayaan. Siapakah yang patut dipersalahkan, pengguna jalan

raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

Tajuk :Rencana "Perpaduan Asas Kemajuan" (Pendahuluan Jenis ______________) Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kaya dengan peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankanaspek kerjasama dan perpaduan

termasuklah "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni", "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah", "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bagai aur dengan tebing", dan Ibarat Telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua". Semua peribahasa yang dinyatakan itu sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara. Tajuk: Kemerosotan Sukan Bola Sepak ( Pendahuluan Jenis ______________) Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai sukan Olimpik di

Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an, dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kita setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?

Tajuk : Usaha-usaha membendung vandalisme ( Pendahuluan Jenis ______________) Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam

seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

PENDAHULUAN JENIS : ________________________ Tajuk/Tema: Berjimat cermat Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat

Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Sejak kebelakangan ini, negara kita mengalami krisis ekonomi dan masalah kejatuhan nilai mata wang. Bagi mengatasi keadaan ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat. Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barang dan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. Sikap borong dilarang oleh Tuhan. Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama , tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, langkah-langkah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya.

Pendahuluan Jenis _________________________

Tajuk/Tema: Hubungan ibu bapa dengan sekolah Skop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan ibu bapa dengan sekolah renggang Pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, “Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama gagal mewujudkan hubungan rapat dengan pihak sekolah terutamanya guru yang sepatutnya boleh membantu mereka memantau kegiatan pelajar terbabit di asrama. Ketika mengulas tentang kejadian seorang pelajar yang mati dipercayai selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior , Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, ibu bapa sepatutnya menjadikan perjumpaan dengan guru dan pihak sekolah sebagai rutin untuk mendapatkan pandangan positif serta memantau perkembangan anak-anak., terutamanya yang belajar di sekolah berasrama. Sekiranya ibu bapa dan guru saling berhubungan serta mengenali antara satu sama lain, ibu bapa akan mendapat laporan yang terus daripada guru mengenai pencapaian atau kegiatan terbabit di sekolah. Oleh itu, untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah supaya anak-anak yang tinggal di asrama mendapat perhatian, maka semua pihak haruslah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Pendahuluan Jenis ________________________ Tajuk/Tema: Kemalangan jalan raya Skop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspress berbanding dengan kenderaan lain.? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan jalan raya kita dapat mengawal kemalangan jalan raya? Mungkin ada antara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya disifatkan sebagai takdir daripada Tuhan. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan

kemalangan jalan raya berlaku?

Pendahuluan Jenis _____________________ Tajuk/Tema: Semangat Kejiranan Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Sejak belakangan ini, semangat kejiranan dan amalan gotong-royong semakin tipis dalam masyarakat kita. Jikalau dahulu peribahasa seperti “ringan sama dijinjing, berat sama dituruni”, dan “hati gajah sama dilapah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” menjadi pegangan hidup masyarakat. Dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi yang tinggi, manusia tidak lagi mementingkan semangat kejiranan. Bagi mereka amalan gotong-royong dianggap kerja yang membuang masa dan sia-sia sahaja. Mereka hidup seperti “enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dan “masing-masing perahu, masing-masing kayuh”. Jadi, bagaimanakah kita hendak memupuk semangat kejiranan dalam sanubari setiap warganegara kita?

Pendahuluan Jenis _____________________ Tajuk/Tema: Kepentingan ilmu Skop/Fokus Soalan: Faedah-faedah menuntut ilmu Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak di cari, Mana yang dapat janganlah lupa. Daripada pantun dua rangkap di atas, kita dapat melihat bahawa ilmu sangat penting dan setiap orang digalakkan menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana ilmu dapat

diibaratkan seperti obor yang dapat menerangi malam yang terang, bahkan ilmu dikatakan menjadi teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika diperantauan, dan menjadi penyuluh dalam kegelapan. Kini, kita mendapati bahawa orang yang berilmu mencapai kejayaan dalam hidup mereka, manakala orang yang jahil terkial-kial entah di mana. Oleh itu, setiap orang digalakkan menuntut ilmu kerana ilmu mempunyai pelbagai faedah dan manfaatnya.

Pendahuluan Jenis _______________________ Tajuk/Tema: Kesesakan lalu lintas Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas Kini, kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang masih cuba diatasi oleh pihak berkuasa. Kesesakan lalu lintas telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja menyusahkan para pengguna jalan raya, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial, pencemaran alam sekitar, dan psikologi kepada penghuni bandar-bandar besar. Kesesakan lalu lintas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan sehingga segala tumpuan dan tenaga telah dicurahkan untuk menangani masalah ini. Keadaan ini bertambah buruk apabila bilangan penduduk serta kenderaan seperti kereta, bas, dan lori bertambah seperti kedatangan kelkatu selepas hujan di kawasan tersebut. Menurut satu rencana yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa menunjukkan Kuala Lumpur

telah dilanda sindrom kesesakan lalu lintas yang amat parah. Banyak kenderaan tersadai di jalan raya dan menimbulkan kekucar-kaciran dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Apakah langkah-langkah yang wajar dan drastik perlu diambil untuk membanteras masalah ini? Kempen kongsi kereta yang dilancarkan oleh kerajaan tidak membawa sebarang kesan. Oleh itu, setiap pihak haruslah mengambil inisiatif dan memberi komitmen supaya kesesakan lalu lintas yang semakin menjadi-jadi dapat dikurangkan atau dibendung.

Related Documents

Jenis2 Ujian
June 2020 16
Jenis2 Syaitan
June 2020 19
Jenis2 Dadah
October 2019 30

More Documents from "Anonymous 67OB1dSLRP"