Jemputan Ceramah Agama

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jemputan Ceramah Agama as PDF for free.

More details

  • Words: 324
  • Pages: 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (53) Tarikh

: 25 Januari 1991

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 : Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah Pengajaran Agama Islam bersifat formal di bilik darjah sewajarnya disokong dengan strategi-strategi amali, latihan danpengayaan di luar bilik darjah untuk membantu pelajarpelajar yang beragama Islam mengukuhkan lagi pengetahuan serta penghayatan mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Aktiviti-aktiviti Agama Islam yang dijalankan di sekolah, seperti Majlis Maulid-Ir-Rasul, Tilawah Al-Quran dan Nadwah Islamiah, hendaklah terus diadakan dan sememangnya digalakkan. Akan tetapi, dalam kaitan ini, penyampaian kuliah atau ceramah agama yang lazimnya diadakan untuk majlis-majlis tersebut, difikirkan lebih sesuai jika dilakukan oleh kalangan para guru sendiri. 2. Bermula daripada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini, pihak pentadbir sekolah hendaklah memberi keutamaan menjemput guru-guru Agama Islam yang sedang berkhidmat di sekolah atau berada dalam perkhidmatan pendidikan untuk menyampaikan kuliah atau ceramah di majlis-majlis sebagaimana dinyatakan di atas. Jemputan kepada individu-individu bukan guru atau tokoh-tokoh perseorangan di luar daripada perkhidmatan pendidikan hendaklah dielakkan. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri tuan. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1.

Y.B. Dato’ Sri Anwar Ibrahim Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3.

Y.B. Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5.

Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan

6.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan

7.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan

8.

Timbalan Ketua Setiausaha II

9.

Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Related Documents

Jemputan Ceramah Agama
April 2020 12
Ceramah Agama
June 2020 13
Jadual Ceramah Agama
June 2020 4
Ceramah
June 2020 23
Kad Jemputan
October 2019 51
Jemputan Reunion
June 2020 17

More Documents from "Angel Jackson"