jangan cemari puasa dengan kata sia-sia
umat islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia. asal saja mahu bertutur, pastikan ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika membabitkan hubungan dengan orang lain. memelihara lidah adalah dengan menjauhi mencarut, banyak ketawa, memfitnah, berkata-kata kasar, berbohong dan berpura-pura. nabi muhammad saw bersabda bermaksud: �puasa adalah perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor.� (hadis riwayat abu hurairah). dosa yang bermula daripada mulut pada ramadan boleh mengurangkan, malah mungkin membatalkan pahala puasa. perkara ini merujuk kepada sabda rasulullah maksudnya: �sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia dan selalu beramal dengannya, maka tiada apa yang diharapkan allah walaupun ketika itu dia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa ).� (hadis riwayat abu hurairah)