JAMUAN AKHIR TAHUN BKGS ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
TAYANGAN VIDEO BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA, SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH; MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA, DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH. TRADISIONAL MELAYU KITA KAGUMI TEMA PILIHAN BKGK KALI INI JAMUAN AKHIR TAHUN KITA MULAI MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA YANG BERBAHAGIA PUAN
YANG DIHORMATI ENCIK YANG DIHORMATI PUAN YANG DIHORMATI ENCIK YANGYANG BERUSAHA PN , PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KELAB STAF YANG BERUSAHA AHLI-AHLI JAWATANKUASA BKGKS 2018 DAN YANG DIHORMATI RAKAN2 GURU SERTA STAF SK SEKALIAN. ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA, MAKA KITA DIBERIKAN LUANGAN WAKTU UNTUK SAMA-SAMA BERKUMPUL DI DEWAN YANG PERMAI INI UNTUK MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SK 2018.
ANAK MONYET ANAK KERA ANAK SINGA BERNAMA TAHIM SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM
TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,BUKAN SAHAJA UNTUK MAJLIS MAKAN-MAKAN ,IA JUGA MENJADI MEDAN TERAKHIR BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN SETELAH BERPENAT LELAH DENGAN PENGLIBATAN DLM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG TAHUN INI.
DOA
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN WARGA BKGK SEKALIAN, KALAU PERGI KE TANJUNG KERAMAT, ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT; BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT, MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT. BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PTG INI,,DIPERSILAKAN ALFATHIL USTAZ NIK ABD RASHID UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA USTAZ…… MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA AL FATHIL USTAZ ALIAS BIN KHALIB ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
JAMUAN MAKAN
TERBANG RENDAH BURUNG TEMPUA, HINGGAP SEBENTAR DI POHON ARA, HIDANGAN DI MEJA SUDAH TERSEDIA, JEMPUTLAH TUAN MENJAMU SELERA.
UCAPAN PENGERUSI BKGS
HADIRIN YANG DIHORMATI, PERGI KE KOTA BELI SELASIH, SAYANG SI DARA BUAT HALWA; BERILAH KATA SIMPULAN KASIH, SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA. MEMULAKAN BINGKISAN UCAPAN PADA HARI INI, MAJLIS DENGAN PENUH SUKACITANYA MEMPERSILAKAN PUAN NORAZLIN PENGERUSI BKGS SKTTDI2 SESI 2018 KE PENTAS UNTUK MENITIPKAN SEPATAH DUA KATA. MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KPD PUAN NORAZLIN DI ATAS UCAPAN PEMBUKAAN SEBENTAR TADI.
UCAPAN PENGETUA
HADIRIN YANG DIMULIAKAN, TAK MOLEK, JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIADA YANG BERBICARA SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA , BERBAHAGIA PUAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEDIKIT UCAPAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN GB.
MAKAN/ PERSEMBAHAN KARAOKE
SORONG PAPAN TARIK PAPAN MAKAN KERANJI DALAM PERAHU SURUH MAKAN KITA MAKAN JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU *SAMBUNG MAKAN HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN,
CABUTAN BERTUAH
TUAH AYAM TAMPAK DI KAKI, TUAH KITA SIAPA YANG KENA. SEBENTAR LAGI KITA AKAN TAHU SIAPA YANG BERTUAH DI KALANGAN KITA.
SLOT CABUTAN BERTUAH BG SLOT YG PERTAMA, MAJLIS DGN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN ……………………………………………….. UTK MEMBUAT CABUTAN NOMBOR BERTUAH.
-
TERIMAKASIH DIUCAPKAN KPD ………………………… ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN ACARA TADI
PERSEMBAHAN/ KARAOKE SETERUSNYA, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN YANG MASIH ADA, KITA AKAN DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM. DENGAN INI SAYA INGIN MENJEMPUT CIKGU……………………………….. UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK ……….……………………….. DENDANGAN ASAL KUMPULAN……
DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN. ____________________________________________________________________________ LOT CABUTAN BERTUAH ____________________________________________________________________________ LOT KERTAS UCAPAN TERIMA KASIH.
PENUTUP
SLOT CABUTAN BERTUAH
SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA …………………………………………… YANG AKAN MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU ……………………………………….. TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI. ___________________________________________________________________________ SLOT CABUTAN BERTUAH HADIAH ……………………………. HADIAH ……………………………. HADIAH ……………………………. HADIRIN SEKALIAN.. GUGUR MENGUNING BUAH KUINI, MENGHIJAU POHON SUBUR DIBAJA, MAJLIS KITA BERAKHIR DI SINI, SALAH DAN SILAP LUPAKAN SAJA SEBARANG KELEMAHAN HARAP DIMAAFI SEGALA KERJASAMA SANGAT DIHARGAI TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI SEMOGA PERSAHABATAN TERSIMPUL RAPI. MUDAH-MUDAHAN KITA BERJUMPA LAGI. TETAPI SEBELUM ITU, DARI ROKAN KE INDRAGIRI, MEMBAWA TINTA KE KUALA LINGGI; BALIKLAH TUAN REHATKAN DIRI, ESOK KITA BERTUGAS LAGI.
SEKIAN,TERIMA KASIH. WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…