Istana Lama Seri Menanti

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Istana Lama Seri Menanti as PDF for free.

More details

  • Words: 1,182
  • Pages: 5
Istana Lama Seri Menanti Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Istana Seri Menanti Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau. Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama. Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. [1]. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.

Istana Seri Menanti atau "Istana Lama" Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut. Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

[sunting] Rujukan 1. ↑ History of Istana Seri Menanti Istana Seri Menanti's history

[sunting] Pautan luar •

Istana Lama Seri Menanti.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Lama_Seri_Menanti" Kategori: Bangunan bersejarah

Keturunan Pagar Ruyung - Pertemuan bersejarah di Raub Oleh Mohd. Romzi Samsudin SATU pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunan Raja Alam Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia dan Indonesia diadakan di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang baru-baru ini. Majlis secara sederhana itu diadakan di rumah Datuk Tengku Mustapha Tengku Seti, dengan dihadiri waris keturunan dari Indonesia seramai 37 orang diketuai oleh Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib. Pertemuan itu juga sempena sambutan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang juga berasal dari keturunan yang sama. Tengku Mustapha, 65, ketika ditemui pemberita berkata, pertemuan itu merupakan yang pertama kali diadakan secara rasmi sejak keturunan Raja Alam Pagar Ruyung berhijrah dan menetap di daerah Raub lebih 200 tahun lalu. Menurut beliau, usaha mengadakan majlis seumpama itu telah dirancang sekian lama kerana beberapa pertemuan yang diadakan sebelum ini hanya melibatkan kunjungan sebilangan kecil keluarga di antara kedua-dua negara. ``Pertemuan kali ini adalah yang paling bersejarah untuk kami kerana dapat berkenalan lebih rapat dan mengetahui lebih lanjut perkembangan keturunan asal kami di Indonesia,'' katanya yang merupakan generasi ke lima keturunan Pagar Ruyung. Beliau berkata, waris keturunan Pagar Ruyung yang tinggal di sekitar Raub, yang kini memasuki generasi ketujuh, telah disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia pada tahun 2001. Sejak itu menurutnya, usaha untuk mengadakan pertemuan rasmi di antara kedua-dua pihak ditingkatkan. Aktiviti Katanya, pertemuan itu berlangsung selama dua hari dan dipenuhi pelbagai aktiviti sebelum rombongan bertolak ke Seremban bagi meraikan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. ``Antara aktiviti sepanjang dua hari itu ialah majlis suai kenal, tahlil dan menziarahi makam-makam yang dikenal pasti sebagai makammakam anak raja Pagar Ruyung yang terdapat di sekitar Raub dan Kuala Lipis,'' jelasnya. Mengimbas kembali wujudnya waris diraja Pagar Ruyung di Raub, Tengku Mustapha menjelaskan, ia berlaku sekitar akhir abad ke-18

ekoran bantuan tentera yang diberikan oleh Yang Dipertuan Padang Unang, Sumatera iaitu Tengku Khairul Alam kepada Pahang sewaktu negeri itu berperang dengan Perak. Katanya, Padang Unang ketika itu bernaung di bawah kekuasaan Raja Pagar Ruyung dan permintaan Pahang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan itu telah diperkenankan oleh baginda. Menurutnya, dengan bantuan Tengku Khairul Alam, Pahang memenangi peperangan itu dan sebagai membalas jasa, Sultan Pahang telah mengurniakan kawasan di Raub bermula di Gesing, Sengkla, Semantan dan Kampung Pintu Padang bagi membuka penempatan baru. Jelasnya, peranan waris diraja Pagar Ruyung di dalam politik Pahang tidak berakhir begitu sahaja sebaliknya Sultan Pahang telah melantik cucu Tengku Khairul Alam iaitu Tengku Kudin sebagai Tengku Lela Pahang yang pertama. Sementara itu, Taufiq dari generasi ke 33 turut melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu waris keturunan Pagar Ruyung di Malaysia yang sebelum ini hanya didengar melalui khabar dari mulut ke mulut sahaja. Pertemuan Katanya, pertemuan itu telah mengesahkan anggapan mereka sebelum ini bahawa keturunan Raja Alam Pagar Ruyung berada dan menetap di beberapa negeri di Malaysia termasuk di Pahang. ``Ini adalah pertemuan yang paling lengkap berbanding beberapa pertemuan kecil sebelum ini dan kali terakhir saya datang ke sini ialah pada Januari lalu dan ternyata keturunan kami berada di mana-mana,'' jelasnya. Menurutnya, melalui pertemuan seperti itu, hubungan zuriat daripada keturunan yang sama yang terputus sejak sekian lama akan dapat bersambung kembali dan menjadi lebih rapat walaupun terpisah oleh dua negara yang mempunyai sistem pemerintahan berbeza. Taufiq, 55, berkata, sejarah ketibaan keluarga diraja Pagar Ruyung di Malaysia berlaku pada tahun 1773 apabila seorang putera raja bernama Raja Mahmud diutuskan ke Negeri Sembilan untuk menjadi Yang Dipertuan Besar. ``Pelantikan Raja Mahmud ini adalah atas permintaan Datuk Undang Berempat dan bagi menguruskan upacara pertabalan, seorang pembesar bernama Raja Khatib dihantar ke Negeri Sembilan tetapi apabila tiba di negeri itu, dia telah belot dan mendakwa dia yang akan menjadi Yang Dipertuan Besar,'' jelasnya. Katanya, ekoran daripada itu, perang tercetus di antara Raja Mahmud dan Raja Khatib sementara Raja Pagar Ruyung yang tidak yakin Raja Khatib dapat dikalahkan telah menghantar Yang Dipertuan Padang Unang, Tengku Khairul Alam bersama 40 hulubalangnya membantu Raja Mahmud.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja Tengku Khairul Alam tiba di Negeri Sembilan, didapati Raja Khatib telah berjaya dibunuh oleh Raja Mahmud. ``Sejak itu, Tengku Khairul Alam tidak pulang ke Sumatera sebaliknya terus menetap di Seri Menanti sebelum beliau terlibat membantu Pahang berperang dengan Perak. ``Penglibatan Tengku Khairul Alam dalam peperangan Pahang dengan Perak inilah yang menjadi permulaan kepada wujudnya keluarga diraja Pagar Ruyung di Pahang khususnya di daerah Raub,'' jelasnya.

Related Documents

Istana Sri Menanti
May 2020 10
Menanti
November 2019 14
Svr-seri
October 2019 26
Seri Otak
June 2020 15