Istana Sri Menanti - 2009 (info)

  • Uploaded by: Yahoo
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Istana Sri Menanti - 2009 (info) as PDF for free.

More details

  • Words: 566
  • Pages: 4
Seri Menanti Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Seri Menanti merupakan Bandar DiRaja bagi Negeri Sembilan. Terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani. Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti. Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka. Di sini terdapat Istana Seri Menanti yang merupakan Istana yang bercirikan binaan Minangkabau.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Seri_Menanti

Terletaknya Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

ISTANA LAMA SERI MENANTI / MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI

Gambar 1: Istana Lama Seri Menanti / Muzium Diraja Seri Menanti Nama : Istana Lama Seri Menanti / Muzium Diraja Seri Menanti Lokasi : Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan No. Lot : Hakmilik Bangunan / Tanah : Tahun Dibina : 1902 Latar Belakang Sejarah : Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askaraskar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang diPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama. Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato\' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai,

Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut. Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai \'Muzium Diraja\'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana. Bahan Multimedia • Imej Istana Lama Seri Menanti / Muzium Diraja Seri Menanti (0 imej) •

Sumber: Jabatan Warisan Negara

Related Documents

Istana Sri Menanti
May 2020 10
Kgt Sri Menanti
May 2020 14
Menanti
November 2019 14
Sri-2009
May 2020 6

More Documents from ""