Istana Sri Menanti

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Istana Sri Menanti as PDF for free.

More details

  • Words: 480
  • Pages: 2
Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu belian ini tanpa menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. dan masih berdiri kukuh hingga ke hari ini. Dibina pada 1902,istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama. Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak.Pelbagai motif bunga turut diukur pada kayu belian yang digunakan untuk membuat istana ini. Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut. Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana. Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Museum DiRaja khas. Orang ramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat di sini. Mereka yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kehidupan keluarga DiRaja bolehlah datang ke sini. Terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan DiRaja. ALAMAT:Muzium Diraja Seri Menanti 71550 Seri Menanti Kuala Pilah Tek / Fax : 06-497 9653 WAKTU LAWATAN: Isnin-Khamis 10.00am – 1245pm 02.00pm – 05.45pm Jumaat 10.00am – 12.15pm 02.45pm – 05.45pm

Sabtu & Ahad 10.00am – 05.45pm *Ditutup pada hari kebesaran islam sahaja. *Masuk adalah percuma. Cara untuk pergi ke Istana Sri Menanti. Dari Seremban,anda boleh menaiki United bus ke Kuala Pilah selama 45minit.Dari Kuala Pilah,anda boleh menaiki teksi ke Istana Sri Menanti.

Related Documents

Istana Sri Menanti
May 2020 10
Kgt Sri Menanti
May 2020 14
Menanti
November 2019 14
Sri Sri
November 2019 49