Isi Pelan Penuaian

  • Uploaded by: Nuar
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isi Pelan Penuaian as PDF for free.

More details

  • Words: 3,324
  • Pages: 25
1. Pengenalan 1.1 Latar Belakang Syarikat ANA Corporation telah mula ditubuhkan pada awal 1990 yang beribu pejabat di Sibu. Syarikat ini telah banyak menjalankan kerja-kerja pembalakan di negeri Sarawak. Ia diterajui oleh 3 orang pengurus iaitu Mohamad Anuar Buan sebagai pengurus operasi, Kamarul Naim Che Hassan sebagai pengurus kewangan dan Mohd Ainsha Ahmad sebagai pengurus sumber manusia. Syarikat ini juga mempunyai kilang saw mill yang terletak di kanowit, kilang ini menjalankan pemprosesan papan gergaji. Sumber balak yang dihasilkan oleh syarikat akan dipasarkan kepada pembeli dan juga dihantar ke kilang tersebut.balak yang bermutu akan dijual terus kepada pembeli dan yang kurang bermutu akan di proses di kilang.

1.2 Latar Belakang Pelan Penuaian Pelan penuaian memperincikan cara-cara atau kaedah-kaedah dan keadaan operasi untuk suatu kawasan penuaian yang telah ditetapkan. Pelan penuaian untuk kawasan tertentu mesti merangkumi kesihatan dan isu keselamatan dan juga cara kerja yang biasa, persekitaran, logistic dan pertimbangan komersil. Ia adalah dokumen kerja yang perlu difahami dan dipersetujui oleh orang-orang yang terlibat di dalam operasi penuaian hutan.

Majikan atau “Tauke Balak” yang mengerjakan hutan untuyk dituai mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan pelan penuaian dalam perhubungan dengan pemilik hutan atau wakil kepada pemilik hutan. Contohnya di Sarawak, “Tauke 1

Balak” perlu berurusan dengan Kerajaan Negeri Sarawak terlebih dahulu sebelum melakukan pembalakan di Sarawak. Kerja penuaian tidak boleh dilakukan sehingga pelan penuaian ini dan kesihatan serta komponen keselamatan telah dipersetujui dan ditandatangani.

Terdapat

beberapa

elemen

yang

berkaitan

dan

beberapa

tanggungjawab di dalam pelan penuaian. Pelan perlulah dikemaskinikan berdasarkan isu-isu yang dikenalpasti, seperti penemuan kubur orang lama, maka kawasan tersebut yang pada mulanya dituai, hendaklah ditinggalkan demi menjaga perhubungan dengan masyarakat setempat. Seterusnya kesihatan dan kehendak keselamatan dan kaedah yang ditinjau sekurang-kurangnya setahun sekali.

Apabila menyediakan pelan penuaian, “Tauke Balak” perlu memeriksa akibat operasi penuaian daripada aspek kesihatan dan risiko keselamatan terhadap penduduk setempat, peralatan, bahan dan persekitaran kerja serta menentukan bagaimana risiko tersebut boleh dikawal.

2

1.3 Objektif  Sebagai panduan berapa banyak balak boleh dituai  Sebagai panduan kepada kaedah penuaian yang betul  Supaya dapat memilih perkakas dan peralatan yang akan digunakan  Sebagai panduan kepada operasi penuaian untuk menjamin keselamatan pekerja dan persekitaran  Untuk menerangkan isipadu kerja yang mana akan dilakukan pada setiap tahun, dan deskripsi perkakas atau peralatan yang terlibat, kuasa dan modal  Sebagai panduan jadual kerja  Sebagai panduan kepada produk-produk pasaran (balak) dan untuk menganggarkan harga jualan produk tersebut  Sebagai panduan kepada anggaran kepada keuntungan yang boleh dicapai

3

2

Maklumat Umum Kompartmen 2.1 Lokasi dan saiz (Sibu, 64,000 ha) Pemilihan tempat untuk membalak merupakan salah satu faktor terpenting di dalam memulakan kerja-kerja penuaian. Pemilihan tempat tersebut seharusnya merangkumi aspek-aspek seperti kebolehsampaian, bilangan balak yang boleh dituai per hektar, spesies-spesies pokok yang terdapat di tempat tersebut.

Kebolehsampaian bermaksud keadaan di mana sesuatu tempat itu boleh dihubungkan oleh tempat lain dengan mudah. Sesuatu tempat yang hendak dijadikan sebagai tempat pembalakan seboleh-bolehnya mempunyai kebolehsaimpaian yang tinggi, iaitu mudah untuk sampai ke tempat tersebut. Faktor ini perlu diambil perhatian kerana ia melibatkan kos pengangkutan balak yang hendak diangkut ke luar. Jadi, tempat pembalakan yang mudah dihubungi akan mempunyai kos pengangkutan balak yang lebih rendah daripada tempat atau kawasan pembalakan yang susah untuk dihubungi atau dilalui. Selain itu, kebolehsampaian sesuatu kawasan pembalakan itu perlu juga diambil perhatian untuk memastikan bekalan makanan yang berterusan dapat disalurkan kepada para pembalak. Seterusnya kos pengangkutan jentera untuk membalak dan mengangkut balak ke kawasan pembalakan juga dapat dikurangkan.

Pemilihan sesuatu tempat pembalakan juga hendaklah berdasarkan kepada bilangan balak yang boleh ditebang di sesuatu kawasan per hektar. Kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pembalakan ialah kawasan yang belum 4

dibangunkan, kerana masih terdapat banyak pokok-pokok yang sesuai untuk dijadikan balak dan ditebang. Selain itu juga sebab untuk memilih kawasan yang mempunyai bilangan pokok yang boleh ditebang per hektar yang banyak ialah ia dapat menstabilkan kos pengoperasian dan juga pendapatan yang diperolehi. Sekiranya bilangan balak yang boleh dituai per hektar adalah banyak, maka kos pengoperasian dapat diseimbangkan dengan pendapatan yang diperolehi, sekaligus keadaan ini dapat mengelakkan kerugian akibat bilangan balak yang sedikit per hektar kawasan.

2.2 Cuaca Sibu mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun. Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC. Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana :  Sibu, Malaysia dikelilingi oleh laut iaitu kepulauan Borneo.  Hujan lebat turun sepanjang tahun.  Banyak awan.  Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC

Julat suhu hariannya Bahagian Sibu ialah kira-kira 12oC. Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC. Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC. Sibu menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun. Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit. Hujan paling lebat turun dalam bulan April 5

dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan. Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit. Kawasan pembalakan ini mempunyai topografi yang pelbagai.

Terdapat kawsan berbukit yang curam dan kawasan yang rendah. Terdapat tasik juga yang terletak di kawasan sebelah timur kawasan pembalakan. Selain itu, kawasan pembalakan ini juga mempunyai kepadatan sungai yang tinggi di setiap kompartmen.

6

3

Keperluan Penuaian 3.1 Kaedah perancangan i.

Organisasi pelan penuaian dibentuk untuk merangka aktiviti pembalakan.

ii.

Persetujuan dan perjanjian pemberian konsesi balak sebanyak 64000 hektar antara kerajaan dengan syarikat pembalak.

iii.

Pre-F dilaksanakan

iv.

Pembalakan dilaksanakan

v.

Post-F dilaksanakan

3.2 Modal Pelaburan untuk menjalankan kerja-kerja pembalakan oleh syarikat ini ialah sebanyak RM54 juta. Ini merangkumi pembelian jentera, pembayaran gaji pekerja,pembelian bahan bakar, kos membuat jalan, kos penyelenggaraan jentera dan sebagainya yang berkaitan dengan kos operasi. Dana untuk pelaburan ini sebahagiannya di ambil dari keuntungan syarikat dalam operasi pembalakan sebelum ini dan sebahagian lagi diambil dari hasil yang akan di keluarkan dari nanti. Kos ini adalah berdasarkan keseluruhan operasi pembalakan selama 27 tahun konsesi yang diberikan kepada syarikat ini.

3.3 Pre-F Aktiviti Pre-F ataupun bancian sebelum tebangan perlu dilakukan untuk menentukan komposisi pokok di sesuatu kompartmen. Ini penting untuk melihat taburan pokok dan spesis yang ada di sesuatu kawasan bagi memudahkan 7

perancangan penuaian. Kerja-kerja yang dilakukan di dalam aktiviti pre-f ialah membuat petak inventori, merintis dan pengecaman spesis yang terdapat dalam petak inventori. Selain itu, penentuan had tebangan juga dilakukan semasa aktiviti pre-f iaitu pokok dipterokarp adalah 50cm DBH keatas manakala pokok-pokok nondipterokarp ialah 45cm DBH keatas. Selepas itu, kerja-kerja menanda ataupun tangging dilakukan supaya proses penuaian dapt dilakukan dengan betul berdasarkan had tebangan yang dibenarkan

3.4 Post-F Post-F ialah bancian selepas tebangan yang di lakukan untuk melihat keadaan komposisi hutan selepas akiviti penuaian yang dilakukan. Aspek yang dilihat dalam aktiviti Post-F ialah bilangan pokok yang ditinggalkan untuk tebangan kedua. Penilaian ini merangkumi kecukupan pokok yang ditinggalkan untuk tebangan kedua dan anak benih yang ada untuk meneruskan kemandirian spesisnya. Selain itu juga, kajian mengenai kawasan lapang selepas pembalakan juga dilihat bagi menilai rawatan yang sesuai dilakukan untuk mengekalkan pokok-pokok yang ada dan juga menambah jika berlaku kekurangan komposisi pokok. Biasanya, tanaman menggaya dan pemotongan pemanjat dilakukan bagi dalm aktiviti Post-F ini. Taamn menggaya dilakukanuntuk menambah komposisi spesis pokok yang berkurangan selepas pembalakan dan pemutongan pemanjat dilakukan untuk membebaskan anak-anak pokok supaya iai dapat tumbuh serta membesar dengan optimum.

8

3.5 Jalan Sebelum jalan dibina, kerja-kerja survey jalan perlu dilakukan untuk melihat kawasan yang sesuai untuk dibina jalan. Ini perlu supaya jalan yang dibuat sesuai dengan keadaan dan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan yang telah dipilih untuk dijalankan pembalakan,serta bagi memastikan balak dapat dikeluarkan kesemuanya. Sekiranya terdapat halangan seperti terdapat sungai atau alur sungai yang melintasi kawasan untuk dibalak, bagi memastikan balak dapat dikeluarkan dengan selamat dan agar tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membuat jalan yang jauh, jambatan dibina untuk menghubungkan jalan yang dipisahkan oleh sungai dan culvert dibina bagi menghubungkan jalan yang dipisahkan oleh alur sungai.

3.6 Jalan Penarikan Jalan sementara untuk laluan ke kawasan tebangan bagi menarik balak, bertujuan dibina untuk meminimumkan gangguan kepada tanah. Pemotongan dan penambunan tanah dibenarkan hanya untuk menstabilkan jentera sahaja.

3.7 Koridor Skyline Jumlah sebenar pemasangan kren skyline pada setiap kompartmen adalah bergantung kepada jumlah kawasan curam atau bukit yang terdapat di kawasan tersebut.

9

3.8 Matau balak untuk traktor dan matau balak untuk kren skyline Matau dibina bagi tujuan mengumpul hasil balak. Matau terbahagi kepada dua iaitu, matau dan submatau. Matau dibina berdekatan dengan jalan sekunder yang menghubungkan antara satu kompartmen dengan satu kompartmen yang lain. Manakala submatau dibina pada jalan tuju yang terdapat di dalam kompartmenkompartmen yang berdekatan dengan jalan sekunder. Pada permulaan, setelah hasil balak dikeluarkan dari jalan penarikan, balak akan dibawa menuju ke jalan tuju berdekatan yang mempuyai submatau untuk dikumpulkan buat sementara. Kemudian, balak yang dikumpulkan pada submatau akan dibawa terus menuju ke matau yang dibina di jalan sekunder sebelum hasil balak yang diperoleh dibawa ke logyard atau kilang kayu yang telah dipilih. Matau atau submatau yang dibina perlulah mempunyai keluasan yang sesuai agar balak dapat disimpan di matau atau submatau yang dibina. Submatau biasanya berkeluasan 20x20m dan sesuai untuk pengumpulan sementara balak sebelum dihantar kematau seterusnya dipasarkan kepada pembeli.

3.9 Kem pekerja Kem pembalakan untuk tempat tinggal pekerja dibina pada setiap kompartmen bagi memudahkan pekerja ke tempat kerja. Ia dibina bersesuaian dengan tempoh operasi pembalakan di setiap kompartmen dan berdekatan dengan sungai supaya memudahkan pekerja mendapatkan sumber air. Binaan kem pembalakan tidak terlalu kukuh tetapi perlulah selamat untuk diduduki pekerja untuk memudahkan pemindahan kem ke kompartmen lain selepas operasi di sesuatu kompartmen itu

10

selesai. Selain itu juga, kem yang dibina perlulah berada di tempat yang tinggi supaya lebih selamat dari banjir dan hidupan liar yang merbahaya

11

3.10

Spesies bernilai

HARGA PURATA TEMPATAN KAYU BALAK MENGIKUT SPESIES ( dalam RM se meter padu / in RM per cubic metre )

SPESIES / SPECIES Balau Balau Merah Cengal Merbau Campuran Kayu Keras Berat Kempas Keruing Kapur Mengkulang Tualang Campuran Kayu Keras Sederhana Meranti Merah Tua Meranti Merah Muda Meranti Kuning Meranti Putih Meranti Merah Mersawa Sepetir Nyatoh Jelutong Kayu Getah Campuran Kayu Keras Ringan

2005 691 634 1,182 723 407 434 545 549 599 425 402 804 732 492 511 721 626 416 647 579 89 402

2006 699 657 1,231 780 403 451 556 579 505 449 405 776 682 500 507 654 597 415 560 573 96 396

2007 755 653 1,249 794 434 491 587 574 528 438 412 752 633 473 475 627 613 439 595 598 105 404

2008 784 634 1,234 788 426 538 611 592 538 432 413 738 708 488 471 628 698 464 678 597 105 403

Punca / Souce : Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia / The Malaysian Timber Industry Board

12

3.11

Mesin pembalakan dan tenaga manusia 3.11.1 Peralatan membalak

Bil.

Peralatan

1.

Chainsaws

Unit 10

Kegunaan Penebangan, jalan/pembersihan jalan dan jalan penarikan

2.

Tracked Skidder

5

Termasuk di dalam pembinaan jalan membalak

3.

Log Loader (tracked)

5

Pendaratan balak

4.

Log Loader (rubber

5

Pengangkutan balak daripada tunggul

Tire) 5.

Logging Trucks

5

Pengangkutan balak

6.

Skyline Crane

2

Pengangkutan balak

7.

Transport Vehicle

3

Kegunaan umum, mengangkut pekerja

Jumlah

45

13

3.11.2 Tenaga manusia Bil.

Tenaga manusia

Unit

Tugasan

1.

Pengurus kem

1

Pengurusan kem dan pembalakan, pentadbir

2.

Foreman

2

Untuk pembinaan jalan dan juga traktor

Pembantu Foreman

2

Untuk

menumbangkan

pokok

dan

yang

dituai,

penggergajian Untuk operasi skyline 3.

Renjer/Surveyor

2

Pemeriksaan

umum,

pokok

penumbangan, penarikan 4.

Penyukat jalan kecil

4

Penyukatan, jaminan kualiti

5.

Pembuang kulit balak

4

Membuang kulit balak

6.

Kerani pembalakan

2

Merekod

penghasilan,

termasuk

inventori

balak 7.

Penebang pokok

4

Menumbangkan pokok secara berarah

8.

Operator traktor

4

Penyeretan balak, penyediaan dan mengangkut ke matau

9.

Chokerman

8

Penyediaan balak untuk ditarik

10.

Loader operator (tracked)

2

Memuat balak di matau

11.

Loader operator (rubber)

4

Memuat balak di submatau

12.

Pemandu trak pembalakan

4

Pengangkutan

13.

Krew skyline + 1 Foreman

2

Survey, membersih koridor, pembukaan unit skyline

Jumlah

45

14

3.12

Kaedah dan sistem pembalakan

Kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan balak bagi kawasan ini adalah kaedah selective cutting. Kaedah ini bersesuaian kerana kesan terhadap bentuk muka bumi adalah minima. Pemilihan terhadap pokok yang akan ditebang hanya pada ukuran 50 cm DBH ke atas. Sekurang-kurangnya 32 pokok ditinggalkan bagi kitaran tebangan kali kedua.

Sistem pembalakan yang digunakan di kawasan ini adalah skyline system dan sistem traktor. Kaedah ini dipilih kera ia sangat bersesuaian dengan kawasan pembalakan ini yang mempunyai topografi yang berbukit dan rata. Selain itu, kedua-dua system ini mempunyai kesan persekitaran yang agak minima dan kos adalah tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan system balon dan helikopter. Bagi kawasan yang berbukit dan curam skyline system digunakan, manakala pada kawasan yang mempuyai bentuk muka bumi yang agak rata, sistem traktor digunakan.

15

4. Jumlah Hasil Keluaran Dan Keuntungan Hasil Keluaran (AAC)= Luas tebangan kawasan x isipadu/ha x Fforn x fe tahun = 45,000 x 100/ha x 0.6 27 tahun = 100,000 m3/tahun

Dianggarkan bahawa spesies majoriti di setiap kompartmen ialah Campuran Kayu Keras Berat, maka harga semasa kayu tersebut ialah RM426.00/m3. Maka, dianggarkan bahawa keuntungan kasar daripada hasil penjualan kayu sebelum ditolak kos dan cukai ialah sebanyak 100,000 m3 x RM426.00 iaitu RM4,600,000.00 setahun.

16

5. Kawasan Terlindung Dalam kawasan konsesi yang diberikan kepada syarikat pembalakan ini terdapat 7000 hektar kawasan perkampungan orang tempatan,1000 hektar kawasan hutan simpan yang tidak boleh dibalak, 6000 hektar kawasan konservasi sebagai habitat hidupan liar, 4000 hektar kawasan tasik dan tadahan air, 1000 hektar kawasan peranginan, 100 meter daripada sungai dilindungi dan tidak akan digunakan untuk aktiviti pembalakan. Ini bagi mengelakkan berlakunya kesan kerosakan kawasan persekitaran yang teruk dan pencemaran. Selain itu, kawasan-kawasan ini dilindungi bagi mengekalkan habitat flora dan fauna yang terdapat di dalam ekosistem hutan terbabit.

17

6. Jadual Aktiviti Penuaian Aktiviti penuaian balak di semua kompartmen yang dibenarkan adalah mengambil masa selama 27 tahun. Terdapat 9 kompartmen kesemuanya yang berkeluasan sekitar 4,000 ha saiz setiap kompartmen. Maka, dianggarkan bahawa setiap kompartmen mengambil masa selama 3 tahun untuk dibalak. Pembalakan setiap kompartmen adalah mengikut urutan iaitu bermula daripada Kompartmen 1 dan yang terakhir sekali ialah Kompartmen 9. Setelah selesai pembalakan di sesuatu kempartmen, maka aktiviti selepas penuaian seperti tanaman menggaya dilakukan dan dilakukan oleh kontraktor yang diupah.

18

7. Peraturan Dan Langkah-langkah Keselamatan “Tauke Balak” perlu memastikan yang pekerja-pekerjanya berkemampuan di dalam semua aktiviti kerja penuaian hutan yang mereka akan buat. “Tauke Balak” perlu menggunakan piawaian kemampuan industry yang telah dikenalpasti dan pengkajian prosedur (yang terdapat sahaja) untuk menentukan, memperakui dan merekod kemampuan pekerja-pekerjanya. Sesetengah orang (seperti penebang yang menggunakan tangan untuk menebang chainsaw) perlu diperakui kemampuannya, kalau tidak, dia akan menjalani latilan sebelum boleh melakukan penebangan.

“Tauke Balak” mesti memastikan: •

Tanda-tanda keselamatan: Tanda-tanda keselamatan untuk persekitaran kerja ditunjukkan di mana pembalakan hutan sedang dijalankan



Tanda-tanda keselamatan boleh dibaca dengan jelas dan dipamerkan di kawasan strategik, kepada sesiapa yang mendekati kawasan tersebut



Para pekerja tidak dibenarkan untuk bekerja seorang diri semasa penebangan dan pengekstrakan balak kecuali mempunyai piawaian keselamatan yang tinggi di tempat tersebut



Mana-mana pekerja yang perlu bekerja sendirian menggunakan laporan harian, di dalam jadual



Peralatan perlindungan diri digunakan semasa pelaksanaan kerja

19

Sesiapa yang memasuki zon penebangan perlu: •

Memastikan penebang pokok tahu kehadiran mereka



Tidak berada dalam posisi yang bahaya di dalam zon penebangan

7.1. Penebangan Pokok yang mati dan kering adalah berbahaya kerana boleh tumbang pada bilabila masa sahaja. Bahaya ini boleh meningkat sekiranya pokok yang mati tersebut diganggu semasa operasi penebangan (contohnya membersihkan semak sekitar kawasan pokok yang akan ditebang)

Bahaya daripada pokok yang mati dan kering serta mereput boleh dikurangkan dengan mengenalpasti terlebih dahulu pokok-pokok yang mati, kering dan mereput. Seterusnya pokok yang mati tersebut dipindahkan daripada zon penebangan.

7.1.1

Penebangan secara manual

Penebang perlu memastikan: •

Teknik penebangan yang selamat digunakan untuk mengawal arah penebangan



Mereka mengetahui isu-isu berikut sebelum memulakan, dan semasa kerja penuaian: -

Saiz, lokasi dan keadaan pokok yang hendak dituai 20



-

Litupan kanopi

-

Cerun tanah

-

Kelajuan angin dan aran angin

-

Penutup bumi dan benda-benda berbahaya yang ada di hutan, dan

-

Kerja yang dilaksanakan dalam had kapasiti chainsaw

Kawasan di sekitar pokok dibersihkan untuk menyediakan kawasan yang mencukupi untuk melakukan kerja dan sebagai jalan untuk melepaskan diri



Jarak yang tidak kurang daripada tiga kali ketinggian pokok yang hendak ditebang dijaga di antara penebang-penebang dan orang lain, kecuali untuk tujuan latihan dan pengawasan



Sekiranya pokok yang ditumbangkan telah tesangkut di atas pokok lain, adalah dipastikan bahawa pokok lain tersebut tidak ditumbangkan sama. Cara lain yang boleh dibuat untuk mengangkat pokok yang telah tersangkut adalah dengan menggunakan jentera atau mesin

7.1.2

Keperluan penebangan

Penebang perlu memastikan: •

Mengeluarkan hanya pokok yang matang sahaja



Had minimum untuk Hutan Dipterokarp Bukit Campuran adalah 60 cm DBH untuk pokok-pokok dipterokarp dan untuk non-dipterokarp adalah 45 cm DBH



Had minimum untuk Hutan Paya pula adalah 40 cm DBH untuk speseis Ramin dan untuk spesies lain adalah 50 cm DBH 21

7.1.3

Penebangan secara mekanikal

Perancangan yang berhati-hati diperlukan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Perancangan untuk keselamatan dalam pembalakan secara mekanikal perlu termasuk: •

Arahan yang sistematik untuk keselamatan dan keberkesanan pembalakan



Arah penumbangan yang padan dan juga betul dan kawalan semua kumpulan kerja



Latihan yang cukup dan betul dan arahan kepada operator, yang perlu mendemonstrasikan kebolehan mereka untuk mengoperasikan peralatan dengan selamat; dan



Peralatan dan kemudahan dijaga supaya di dalam keadaan baik

7.1.4 •

Tugasan “Tauke Balak”:

Pokok-pokok di dalam kawasan pembalakan dinilai untuk menentukan kesesuaiannya untuk dituai



Operator mempertimbangkan isu-isu berikut sebelum melaksanakan dan semasa kerja-kerja pembalakan:



-

Litupan kanopi

-

Cerun tanah

-

Kelajuan angin dan arah angin

-

Litup bumi dan bahaya yang terdapat di dalam hutan; dan

-

Kerja yang dilakukan adalah di dalam had kapasiti peralatan yang digunakan

Operator mempunyai komunikasi yang berkesan semasa proses penuaian

22

8. Perbincangan 8.1 Kesan aktiviti pembalakan kepada persekitaran Dalam menjalankan aktiviti penuaian, terdapat banyak kesan yang akan berlaku kepada persekitaran yang sedikit sebanyak akan mengganggu ekosistem yang ada. Antara masalah yang mungkin akan wujud jika langkah-langkah yang perlu tidak di ambil perhatian ialah pencemaran sungai, mampatan tanah, hakisan tanah, kemusnahan vegitasi yang ditinggalkan dan banyak lagi. Jika perkara sebegi berlaku, ia akan mengganggu ekosistem yang ada dan menjejaskan persekitaran. Selain itu juga, masalah yang mungkin wujud ialah kemusnahan habitat hidupan liar yang menjadikan hutan tersebut sebagai tempat tinggal mereka.

Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil tindakan supaya berkara ini tidak berlaku ataupun sekurang-kurangnya memberi impak yang sedikit sahaja kepada persekitaran. Antara langkah-langkah yang perlu di ambil tindakan oleh pihak yang akan menjalankan kerja-kerja pembalakan ini ialah penebangan balak tidak dilakukan pada jarak 100 meter dari sungai. Ini bagi mengelakkan berlakunya pencemaran sungai akibat lumpur dan ranting-ranting yang akan masuk ke dalam sungai. Selain itu, pihak majikan perlu mengurangkan kepadatan jalan supaya mampatan tanah dapat dikurangkan akibat peggunaan jetera berat. Pihak majikan juga perlu memastikan penebang balak menebang balak pada arah yang betul agar kemusnahan vegitasi dapat dikurangkan untuk kitaran

23

tebangan kali kedua. Bagi mengelakkan kemusnahan habitat hidupan liar, tapak konservasi perlu di wujudkan bagi mengekalkan habitat hidupan liar.

Langkah-langkah yang dibicangkan ini perlu di beri perhatian dan pertimbangan dalam keghairahan mengaut keuntungan semasa aktiviti penuaian supaya kesan persekitaran dapat di kurangkan agar sumber yang ada dapat dikekalkan untuk generasi seterusnya.

24

9. Kesimpulan Pelan penuaian amat penting dalam merancang sesuatu aktiviti pembalakan. Ini kerana tanpa perancangan yang teliti dan sistematik, aktiviti penuaian yang dilakukan tidak akan mencapai objektif yang diharapkan dan mungkin juga akan merugikan. Perancangan yang dilakukan perlu meliputi semua aspek yang berkaitan dengan aktiviti penuaian dan mengambil kira faktor-faktor penting dalam penuaian.

Pihak syarikat yang menjalankan aktiviti penuaian di nasihatkan mengikuti pelan penuaian yang di buat supaya perkara yang tidak diingini berlaku dan menjejaskan reputasi syarikat terbabit. Perkara-perkara seperti kesan persekitaran, sosial dan ekonomi perlu dikaji dalam menjalankan perancangan tersebut.

Keseluruhannya, pelan penuaian yang di bentuk ini perlu bertepatan dengan objektif yang di kehendaki oleh pihak yang berkaitan agar matlamat yang diingini dapat dicapai dan seterusnya dapat mewujudkan satu rangkaian kerja yang bersepadu dan baik dalam melaksanakan aktiviti penuaian. Semasa melakukan kerja-kerja penuaian hutan berdasarkan pelan penuaian hutan ini, perubahan perlu dilakukan berdasarkan keadaan semasa dan budi bicara yang baik.

25

Related Documents

Isi Pelan Penuaian
November 2019 18
Pelan
April 2020 48
Pelan N
June 2020 28
Pelan Strategik
April 2020 31
Pelan Kontigensi
May 2020 30

More Documents from ""

Lambang Forester 22
April 2020 13
Isi Pelan Penuaian
November 2019 18
Sains Tanah Hutan 3
November 2019 13
Silvikultur Hutan 2
November 2019 17
Sains Tanah Hutan 2
November 2019 14
Keperluan Hidupan Liar
November 2019 18