Silvikultur Hutan 2

  • Uploaded by: Nuar
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Silvikultur Hutan 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,428
  • Pages: 22
KONSEP SILVIKULTUR 1. Apa itu Silvikultur? Ia adalah seni untuk menghasil dan menjaga hutan 2. Perlu gunakan ilmu silvik untuk merawat hutan tresebut 3. Teori dan praktikal mengawal pembalakan hutan, komposisi hutan, struktur hutan dan mnegawal pertumbuhan pokok dalam hutan 4. Ilmu ekologi, pokok, psikologi, emtomologi dan sains tanah

TUJUAN SILVIKULTUR 1. Untuk memperbaiki alam semulajadi, meningkatkan fungsi hutan 2. Mengawal struktur dirian dan pokok serta proses-proses yang berlaku, mengawal saiz dan untuk banyak kegunaan 3. Mengawal komposisi pokok, untuk ekonomi dan juga tujuan biologi 4. Mengawal kepadatan dirian hutan 5. Menambah bilangan pokok di kawasan yang teruk disebabkan oleh manusia dan alam 6. Untuk tujuan perlindungan dan mengurangkan kehilangan kerosakan 7. Mengawal kitaran penebangan 8. Membantu proses penuaian (pembalakan) 9. Pemuliharaan produktiviti tapak, supaya ia berada pada tahap yang tinggi



Silvikultur sebagai ekologi gunaan (applied ecology); apabila pokok mati, ia akan tumbang, maka ruang akan terbentuk



Salah satu hubungan silvikultur (pengurusan hutan) dengan taggingjawab social ialah membantu menjaga hutan

DIRIAN DAN HUTAN

1. Apakah itu dirian? Dirian ialah sekumpulan pokok yang sama dalam komposisi spesies, susunan kelas umur, kualiti tapak dan keadaan tertentu seperti topografi 2. Contoh, satu dirian pokok kelapa sawit di ladang 3. Hasil dirian hutan dipengaruhi oleh proses pertumbuhan pokok 4. Proses itu ialah percambahan biji benih, pertumbuhan, persaingan dan kematian pokok tua

JENIS DIRIAN  PURE EVEN-AGE STAND; dirian sama umur yang tulen  ADVANCE REGENERATION-PURE STAND; kawasan hutan tidak dibersihkan, pokok lain ditebang, ada pokok yang tringgal dan ruang yang ada ditanam pokok baru  UNEVEN-AGED STAND; hutan asli, dirian yang tidak sama umur  MIXED STAND; tanaman ladang yang ditanam lebih daripada satu spesies

*ENTOMOLOGI>Kajian tentang serangga *PATOLOGI>kajian tentang penyakit oleh kulat

JENIS RAWATAN SILVIKULTUR 1. 2 kategori terminology; •

Kadah pembiakan



Penjagaan, penebangan sederhana

2. Berlaku dalam tempoh satu kitaran 3. Penghasilan dan penebangan regenerasi;  mengeluarkan pokok yang tua dan pada masa yang sama mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pokok-pokok muda. Tempoh masa untuk kaedah ini ialah semasa musim buah  kitaran ini biasanya dibenarkan di dalam tempoh 3 tahun 4. Regenerasi??? Apa itu regenerasi??? Regenerasi ialah aktiviti di mana kita menukar pokok yang tuan dengan anak-anak pokok secara langsung atau secara tidak langsung 5. Penebangan pertengahan; dilakukan di ladang dan sebagainya, dilakukan operasi penjarangan (thinning), operasi pembebasan, pemangkasan dahandahan, ranting-ranting, seterusnya menambah bentuk dirian 6. Penjarangan bertujuan mengawal ketumpatan

untuk

mengawal

pertumbuhan

dirian

dengan

SEJARAH SILVIKULTUR HUTAN 1. AE Ramlault, Pengarah Perhutanan yang pertama, iaitu di Perak danSelangor. Beliau membuat kesimpulan bahawa; •

Felling for improvement tidak akan berjaya jika pokok kecil tidak mencukupi bilangannya sebagai pertumbuhan generasi kedua selepas penebangan



Pada masa tersebut, memerlukan kuantiti kayu api dan kayu jaras untuk menampung pengeluaran dan perlombongan tin



Beliau mencadangkan apa yang dipanggil Derpatmental Peeling, penebangan secara pembahagian



Pada tahun 1926, penebangan pokok dilakukan semata-mata untuk membantu pembesaran pokok-pokok yang bernilai



Apa yang berlaku apabila penebangan pokok cuma untuk membantu spesies yang bernilai setelah pokok bernilai didapati berbuah secara jarang (tidak berbuah setiap tahun)



Hampir kesemua biji benih yang tumbuh di lantai hutan, iaitu yang tidak diganggu akan bercambah



Tetapi, dalam keadaan yang semulajadi, banyak anak pokok gagal untuk tumbuh sebab; lantai hutan yang tebal menyebabkan cahaya tidak mencukupi, lalu pertumbuhan mereka terbantut. Keadaan ini akan berlarutan sehinggalah ada cahaya atau ruang barulah ia bercambah



Pokok akan bertumbuh paling baik pada ruang yang selebar 20 kaki, tetapi, jika melebihi daripada nilai itu, anak pokok berkemungkinan akan mati

OPERASI HUTAN (Masa Dahulu)  Departmental Improvements Felings  Departmental Regeneration Felings (RIF)  Commercial Regeneration Feling or Seeding Felings (S)

1. 1932 (Silvicultural Axioms, Hakikat Silvikultur)  Apabila pemerhatian dibuat,tidak perlu ada penebangan dan itulah yang terbaik  Objektif (S) dan (RIF) adalah untuk mengawal atau menghapuskan spesies yang tidak perlu untuk memberi laluan kepada pokok bernilai komersial yang ada dan akan ada  Kaedah ini akan membuka silara secara perlahan-lahan dengan membuat pembersihan di kawasan lantai hutan selama 7 hingga 8 tahun  Adanya belukar/pioneer di kawasan tersebut menandakan bahawa ruang yang dibuka terlalu cepat

2. PENANAMAM, 1933  Menanam pokok di hutan dara adalah membazir duit dan masa  Sebaliknya, belukar boleh dibuang daripada hutan dara •

REGENERASI SECARA SEMULAJADI (NATURAL REGENERATION)  Pertumbuhan secara semulajadi adalah daripada biji benih

 Untuk mengekalkan pertumbuhan biji benih (di dalam hutan yang teganggu), ruang perlu diwujudkan secara perlahan-lahan. eg. operasi menebas 2 atau lebih pusingan

3. HUTAN PAYA  Pengurusan hutan paya yang berkeasn ialah pada tahun 1934  Paya gambut adalah susah untuk dimasuki  Kumpulan anak benih adalah banyak dan anak benih tumbuh dengan cepat, tidak perlu campur tangan manusia

4. Gelang Racun (Poison Girding)  1934, racun adalah sodium arsenite sebanyak 5%-10%

5. KEPERLUAN

PLOT RAWATAN, dalam report yang dibuat pada tahun 1935 di Sungai Buloh  Biji benih yang tumbuh dekat dengan pokok ibu, akan tumbuh dengan cepat, tetapi banyak yang akan mati  Jika di sesuatu kawasan terdapat anak pokok yang banyak, tidak digalakkan untuk membuka ruang yang besar dan cepat serta mendadak  Jika ada ruang yang wujud di atas silara, ia tidak akan membantu regenerasi, disebabkan oleh hutan kita mempunyai 5 stratum yang utama  Dahulu dikatakan jika pokok bertam didapati di sesuatu kawasan, maka kawasan itu terganggu, manakala jika pokok bertam dipotong, ia tidak membantu pertimbuhan semulajadi

6. Pembangunan Silvikultur (1936-1941)  Pada tempoh ini, penggunaan kayu api berkurangan disebabkan oleh peningkatan penggunaan gas  Tetapi pada masa yang sama, permintaan kayu balak semakin tinggi disebabkan oleh permintaan daripada perlombongan arang, minyak dan bekalan elektrik

 Mereka beralih kepada kayu daripada pokok getah, maka permintaan kayu api mengurang, seterusnya kos pengeluaran kayu api bertambah  Gelang racun yang baru masih lagi dipraktikkan dan menggunakan larutan sodium arsenite ke dalam air lalu dimasukkan ke dalam tanah  Penebangan Secara Memilih (Introduction of Selective Fellings) diperkenalkan pada masa tersebut

PEMOTONGAN BERTAM (BERTAM CUTTING)  Pada tempoh yang sama, bertam wajib dipotong untuk membantu pertumbuhan anak-anak pokok HUTAN PAYA  1936-1941, ada penyelidik yang meraguu laporan bahawa tanpa campur tangan manusia, generasi meranti boleh kekal hidup  Mereka membuktikan bahawa adalah perlu campur tangan manusia untu pertumbuhan meranti HUTAN BEREGENERASI (TUMBUH BALIK)  Pada tahun 1940 di Melaka, pertumbuhan pokok yang ditinggalkan terbantut selepas pembalakan

THINNING (PENJARANGAN)  Mengurangkan jumlah pokok yang ada di sesuatu dirian  Dalam report 1939, menyatakan apabila menggunakan penebangan memilih (SELECTION SYSTEM), tidak perlu ada rawatan, kerana ada banyak anak benih di kawasan tersebut5 (kenyataan ini tidak meliputi kesemua kawasan dan musim)  Oleh itu, perlunya pemerhatian; samada perlunya rawatan ataupun tidak perlu rawatan

PENANAMAN

 Pada tahun 1936, sudah ada penanaman besar-besaran di Rantau Panjang dan Bukit Sungei Puteh  Juga penanaman dibuat di tanah tidak subur di Selangor dan di tanah berpasir di Kelantan (tanah bris, tepi pantai), didapati tidak berjaya kerana tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok PEMERINTAHAN JEPUN 1942-1945 •

Bahan api banyak digunakan

PERANG DUNIA KE-2 •

35000 ekar kawasan musnah semasa Perang Dunia Ke-2



Pembalakan sebenarnya dilakukan di hutan tanah pamah sahaja, penanaman balak juga dilakukan di kawasan tanah pamah sahaja

DARURAT (1948-1959) •

Penanaman pokok tidak dilakukan, aktiviti penanaman pokok berhenti



Pembalakan menggunakan gergaji, mengggunakan tenaga haiwan untuk menarik keluar balak. Selepas perang, menggunakan jentera untuk menarik keluar balak



Daripada pemerhatian; tidak dapat lagi melakukan 2-3 pusingan pembalakan sebab banyak pokok telah ditebang, hutan belum lagi mampu untuk sembuh, pokok yang tidak sesuai juga untuk ditebang disebabkan ruang dan sebagainya



Wujudnya masalah silvikultur, kerosakan kerana penggunaaqn jentera

SELEPAS DARURAT, 1959 •

Pegawai atasan daripada luar Negara, mereka hampir bersara, mereka ada pengalaman, jadi persaraan mereka kelak dan jawatan yang ditinggalkan perlu diisi oleh orang Malaysia yang tiada pengalaman



Jadi pengajarannya (pengajaran)



Berdasarkan pengalaman, cadangan untuk silvikultur melalui Malayan Uniform System (1949)

ialah

pentingnya

pemerhatian

di

lapangan



Oleh kerana hampir kesemua tanah pamah diterokai, system baru telah diperkenalkan di kawasan bukit kerana system yang terdahulu adalah untuk tanah pamah

SISTEM SILVIKULTUR ASAS 1. System silvikultur asas ada 3;  SHELTERWOOD SYSTEM -

Shelter bermaksud ditinggalkan untuk teduhan

-

Adalah satu kaedah untuk menghasilkan dirian yang sama daripada pokok-pokok yang muda melalui penebangan dan juga menggunakan rawatan silvikultur

-

Semua pokok yang matang akan dituai dan kawasan yang terbuka akan menjadi tempat untuk pokok understory untuk mendapatkan ruang dan bertumbuh

-

Fungsi pokok penaung adalah sebagai penaung dan juga menaungi biji benih

-

Dalam system ini, ditentukan jalan untuk mengangkut balak secara teratur dan mengikut bentuk muka bumi

-

Dalam system ini, bila pokok ditebang, akan meminimumkan kerosakan

-

System ini melibatkan 3 tahap yang berlainan; i.

PENEBANGAN PERSEDIAAN •

ii.

Pokok besar yang dianggap tidak member naungan akan ditebang terlebih dahulu

ESTABLISHMENT CUTTING (PENUBUHAN) •

Pokok main canopy dipilih dan ditebang untuk member ruang untuk pokok understory untuk mencukupkan sumber pertumbuhan

iii.

TEBANG SEMUA POKOK TEDUHAN •

Penebangan hanya dilakukan apabila lantai hutan dipenuhi oleh anak-anak pokok

-

Keputusan untuk system ini ialah menghasilkan satu dirian yang sama umur (anak-anak pokok)

-

Kesesuaian system ini ialah ia mengambil idea daripada gangguan semulajadi yang melanda hutan

-

Keuntungan menggunakan system ini;  Preservation (mengekalkan genetic yanga da dalam hutan tersebut)  Pembukaan hutan secara perlahan dapat mengurangkan hakisan’mengekalkan habitat semulajadi hidupan liar

-

Kelemahan menggunakan system ini;  kos tenaga yang tinggi, untuk masuk dan menentukan pokok yang sesuai ditebang  memerlukan orang yang pakar dalam pengecaman pokok  menyebabkan kehilangan habitat kerana ada hidupan liar yang memerukan kanopi yang tertutup

*PRESERVATION> ada campurtangan manusia *CONSERVATION>tidak ada campurtangan manusia  SELECTION SYSTEM -

Adalah satu kaedah penebangan pokok mengikut kitaran, member peluang kepada anak-anak pokok yang ada untuk tumbuh

-

Pokok ditebang secara berperingkat, dalam kuantiti yang kecil

-

Inventori dilakukan sebelum dilakukan penebangan

-

Had minima (had tebangan) pokok yang akan ditebang ditentukan

-

Membuatn penebangan secara teliti supaya kerosakan berada di tahap yang minima

-

Perbezaan system ini dengan SHELTERWOOD SYSTEM, system ini mengekalkan system semulajadi, SHELTERWOOD SYSTEM menggalakkan

pokok light demanding untuk tumbuh, manakala system ini menggal;akkan pokok shade tolerant dan light demanding untuk tumbuh -

Keputusan untuk system ini ialah menghasilkan saiz dan umur pokok yang berbeza

-

Kesesuaian system ini untuk dipraktikkan ialah mempunyai banyak pokok shade tolerant di Tropika

-

Keuntungan menggunakan system ini;

di

tempat

yang

 Mengekalkan genetic yang ada di dalam hutan tersebut  Mengelakkan berlakunya hakisan tanah  Boleh membekalkan habitat untuk hidupan liar, juga aktiviti rekreasi  Pendapatan yang berterusan daripada aktiviti pembalakan dan bekalan balak yang berterusan -

Kelemahan system ini;  Memerlukan masa dan tenaga  Memerlukan pakar untuk menentukan spesies  Perlukan luas kawasan yang besar untuk menstabilkan antara kos dan pendapatan  Boleh menyebabkan kerosakan pokok penebangan tidak dilakukan dengan betul

tebangan

kedua

jika

 CLEARCUT SYSTEM -

Kaedah penebangan ini ialah, semua pokok akan ditebang di dalam satu operasi

-

Seorang pakar telah mengubahsuai system ini, di mana kumpulan pokokpokok tertentu ditinggalkan untuk mendapatkan bekalan biji benih. Pengubahsuaian ataupun modifikasi itu dinamakan “seed-tree clearcut”

-

Kawasan yang telah dijalankan system ini, iaitu ditebang habis, mungkin boleh ditumbuhi oleh vegetasi apabila;  Biji benih dibawa oleh angin dari kawasan berhampiran  Biji benih ada di lantai hutan  Pertumbuhan “coppice” (pertumbuhan baru)  Kawasan itu ditanam oleh manusia

-

Keputusan system ini ialah akan menghasilkan ladang, hanya sesuai untuk pokok yang light demanding sahaja

-

Kesesuaian system ini ialah di kawasan yang dicadangkan untuk dijadikan ladang

-

Keuntungan menggunakan system ini;  Ringkas dan senang sebab semua pokok ditebang dalam satu operasi

-

Kelemahan system ini;  Akan berlakunya hakisan  Berlakunya pemampatan di dalam sungai, merosakkan habitat akuatik dan mengurangkan kualiti air, tanah mengalir ke sungai  Memerlukan penjagaan yang amat rapi, pada masa yang sama, terdedah kepada ancaman hidupan liar  Pengekalan genetic adalah sangat kurang

OPERASI SILVIKULTUR  DEPARTMENTAL IMPROVEMENT FELLING (DFI) -

System ini diperkenalkan 160 tahun yang lepas

-

System ini bertujuan menguruskan hutan secara sistematik

-

Digunakan untuk memperbaiki dirian yang sudah ada melalui penebangan pokok-pokok yang tidak penting, pergelangan pokok juga digunakan dalam beberapa peringkat untuk menggalakkkan pokok yang berpotensi untuk bertumbuh

-

Rawatan ini tidak memberi kesan kepada pokok-pokok muda. Apabila dikenalpasti bijij benih telah tumbuh, pokok-pokok komersial ditebang

 REGENERATION IMPROVEMENT FELLING (RIF)

-

Bertujuan untuk mengawal, membuang dan menghapuskan spesies yang tidak diperlukan untuk memberi laluan kepada pokok-pokok yang bernilai komersil

-

Kaedah ini akan mewujudkan ruang secara perlahan, sedikit demi sedikit dengan membuat pembersihan di lantai hutan

-

Apabila kawasan dibuka terlalu cepat, spesies perintis akan masuk

 COMMERCIAL REGENERATION FELLING (CRF) -

Tidak ada pergelangan racun, untuk bekalan kayu api dan kayu tiang

-

Melibatkan system kitaran 5 tahun, selepas tempoh masa 5 tahun, dilakukan penebangan beberapa kali (bergantung kepada peratus percambahan anak pokok)

 “CLASSICAL” MALAYAN UNIFORM SYSTEM (MUS) -

Diperkenalkan pada tahun 1948

-

Digunakan bertujuan untuk mengubah Hutan Hujan Tropika kepada satu dirian yang agak sama umur dan mengandungi sebahagian besarnya daripada poko-pokok komersial

-

Systematic poisoning of unwanted species 9gelang racun diguna balik)

-

Melibatkan penebangan semuanya ditebang)

-

Penebangan itu diutamakan light demanding dan light hardwood species

-

Penebangan diikuti oleh gelang racun kepada pokok yang tidak bernilai komersial dan rosak ynag berdiameter paras dada sehingga 5 cm (45> pokok rosak dan tidak bernilai komersial >5 cm)

-

Selepas 2.5 tahun, inventori dilakukan untuk mengatahui spesies yang ada

-

System ini member penekanan kepada anak-anak pokok dan kayu jaras di mana dengan harapan anak-anak pokok ini member sumber dengan membekalkan kayu kepada generasi seterusnya

-

Ramai yang menggunakan gelang racun (menyalahgunakannya)

semua

pokok

yang matang (dbh>45

cm,

 “MODIFIED” MALAYAN UNIFORM SYSTEM (MUS) -

Pada tahun 1970-an, hutan tanah pamah berkurang untuk tujuan ladang ladang kelapa sawit, pembalakan beralih daripada kawasan rata kepada kawasan berbukit

-

System Classical MUS tidak dapat digunakan di kawasan berbukit kerana taburannya tidak sekata dan percambahan anak pokok tidak sama dengan tanah rata

-

Dicadangkan selain penebangan, membuat penanaman, mengaya, untuk memperkayakan balik kawasan tersebut

-

Semua hutan dibuka untuk pembalakan, tidak kira stok anak pokok cukup atau tidak

-

Di kawasan yang tidak cukup anak pokok, penanaman dilakukan sebelum melakukan penebangan, tetapi apabila dinilai anak pokok bertabur secara tidak sekata

-

Apabila dinilai di kawasan bukit, pertumbuhan anak pokok gagal sebab (sebab MUS tidak berjaya di kawasan bukit);  Topografi  Stok tidak sekata  Kurang generasi secara semulajadi sebelum pembalakan  Disebabkan pokok yang ditinggalkan tidak banyak, percambahan biji benih menjadi tidak sekata kerana lokasi pokok yang ditinggalkan tidak sama  Risiko hakisan adalah tinggi (di bukit yang curam)  Apabila pembukaan terlalu besar, bertam dan resam menutupi kanopi anak-anak pokok

-

System MUS memerlukan kawasan yang besar untuk pelaburan (kawasan kecil, pelaburan tidak menguntungkan)

 SELECTIVE MANAGEMENT SYSTEM (SMS)

-

Diperkenalkan pada tahun 1978

-

Lebih fleksible (pembalakan mengambilkira perlindungan persekitaran)

-

Dihapuskan gelang racun, kerana bertujuan untuk pemeliharaan dan pokok amat berguna di masa hadapan

-

Direka bentuk supaya kos pada tahap minimum, mengoptimakan objektif pengurusan dalam keadaan pembalakan di hutan bukit

-

Pemilihan untuk tebangan adalah berdasarkan data-data inventori

-

Cara untuk membuat pemilihan untuk ditebang pokok itu ialah semua pokok >5 cm dbh dan dbh <5 cm yang berketinggian melebihi 125 cm

-

Maklumat fizikal yang perlu diambil ialah; o

Kecerunan

o

Ketinggian aras laut

o

Jenis tanah

o

System pengairan

-

Tujuan utama system ini adalah mengira had tebangan berdasarkan maklumat yang dikumpul, keadaan ekonomi, dan keadaan pasaran semasa

-

Kaedah SMS ini diharapkan member kesan positif dalam;  Pemuliharaan dan pengekalan sumber hutan  Meminimakan pelaburan akan dating (meminimakan kos)  Meningkatkan kestabilan dan kualiti persekitaran  Mengurangkan pembaziran pembalakan  Kilang akan menggunakan sumber hutan seoptima yang mungkin

-

Syarat dalam SMS ialah kitaran kedua adalah diharapkan 25-30 tahun dibalak sekali lagi, hasil tebangan kedua 30m3/ha-40m3/ha. Untuk mencapai had tebangan; 

Kumpulan tidak boleh kurang daripada 50 cm DBH



Kecuali cengal sekurang-kurangnya 60 cm DBH



Untuk kumpulan non-dipterokarp melebihi 45 cm DBH ke atas



Pokok yang ditinggalkan sekurang-kurangnya 32 pokok/ha dan DBH mereka adalah dalam lingkungan 30 cm-40 cm



Peratusan dipterokarp yang perlu ditinggalkan untuk tebangan kedua dan perlu sama atau lebih sebelum pembalakan berlaku

SILVIKULTUR HUTAN-SABAH 1. Mengikut apa yang diamalkan di Semenanjung Malaysia 2. Awal 12930-an, RIF dicuba 3. 1949, Selection Improvement Felling diperkenalkan untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan pokok-pokok 10 cm dank e atas dan pembalakan dilakukan setelah 15-20 tahun 4. Kaedah gelang racun dan kaedah penebangan pemanjat digunakan ke atas pokok-pokok bukan komersial 5. 1956, versi baru MUS diperkenalkan di Sabah 6. Silara dibuka selepas pembalakan dengan gelang racun ke atas pokok bukan komersial dan pokok yang rosak di tahap 15 cm DBH 7. Pokok yang rosak (untuk dilakukan pergelangan racun) di Semenanjung Malaysia adalah 5 cm ke atas manakala di Sabah adalah 15 cm ke atas 8. System ini menjadi standard yang digunapakai di semua hutan bukan dipterokarp di Sabah 9. 1971, system ini diubahsuai dan dipanggil Stratified Uniform System 10.System maru ini akan menanda 25 pokok dalam lingkungan diameter 25 cm-59 cm untuk dikekalkan dan pada masa yang sama, pergelangan racun digunakan untuk pokok yang tidak diperlukan dan juga pokok yang rosak 11.Pemotongan pemanjat dan pergelangan racun digunakan pada tahun ke 15 12.1977 (setelah 6 tahun diperkenalkan), amalan pergelangan racun dirasakan tidak begitu selamat, jadi hanya dilakukan pemotongan pemanjat sahaja

SILVIKULTUR HUTAN-SARAWAK 1. Menggunakan system Selective Logging (system pemilihan) 2. Kerajaan Negeri Sarawak menjemput pakar antarabangsa un tuk menunjukkan kepada mereka bahawa pengurusan hutan di Sarawak adalah baik 3. FAO (Food and Agriculture Organisation)/UNDP (United Nation Development Programdi bawah PBByang berpangkalan di Rom, mencadangkan bahawa hasil pembalakan di Sarawak di hutan paya gambut, pengeluaran haruslah 2.8 m3/ha dalam jangkamasa setahun 4. Didapati pertumbuhan selepas penebangan di hutan bukan dipterokarp adalah memuaskan selepas kajian, pada masa tersebut tidak ada tanaman mengaya disebabkan oleh laporan-laporan tersebut

 Cara gerak kerja untuk Liberation Thinning o

Untuk menntukan balak yang ditinggalkan sebanyak mungkin daripada pokok komersil

o

Dengan cara ini, pokok komersil tumbuh dengan kaddar yang maksim, maka pusingan tebangan dikurangkan, saiz balak adalah sekata

o

Tujuan menebang pokok yang tidak komersil adalah membolehkan pokok mendapatkan ruang dan mendapatkan kelembapan

 Penebangan pokok yang mewujudkan teduhan o

Semua pokok >60.0 cm DBH perlu diracun kecuali;  Apa-apa pokok yang dilindungi  Pokok-pokok di kawasan semetara; log point)

matau

(tempat

 Pokok di kawasan ertanian pindah (TERMUDA)

simpanan

balak

 Kawasan sekitar tepi Log Point atau TERMUDA (30 meter panjang dari sisi, untuk bekalan biji benih)  Di kawasan 40 meter dar4ipada jalan balak utama untuk mengelakkan hakisan

 6 ciri pokok yang dijadikan Pokok Simpanan i.

Termasuk dalam senarai Spesies Terpilih, apabila besar boleh mencapai saiz balak, bukan pokok terlindung

ii.

DBH pokok dalam lingkungan 10 cm ke atas sehingga 59.9 cm

iii.

Bentuk pokok hendaklah lengkap, silara yang cantik, tidak tumbuh secara coppice (coppice; pokok ditebang, ditinggalkan akar dan batang, kemudian akan tumbuh balik batang yang baru)

iv.

Oleh kerana pokok ditinggalkan untuk pusingan kedua, ketinggian dahan utama mestilah melebihi 4 meter daripada akar

v.

Tidak boleh condong melebihi 200

vi.

Pokok itu hendaklah stabil, tumbuh di kawasan stabil dan berada di kawasan yang stabil •

Kadang-kadang pokok yang hendak dijadikan pokok simpanan terletak kira-kira 2 meter antara satu sama lain, salah satunya mestilah tidak dipilih (rujuk “Peraturan 2 Meter”)

 Two-Meter-Rule o

Pokok yang sesuai dijadikan pokok simpanan terletak 2 meter antara satu sama lain

 6 peringkat menggunakan 2-Meter-Rule i.

Memerhatikan pokok mana yang akan rosak apabila penebangan dilakukan

ii.

Memerhatikan bentuk silara, pilih yang lengkap dan kerosakan yang minima untuk pokok simpanan

iii.

Yang mana satu batang balak yang lebih panjang

iv.

Bentuk silara yang paling baik

v.

DBH yang lebih besar

vi.

Pokok yang perlu diracun yang dijangkakan akan mensekatakan jarak antara pokok simpanan

 3 langkah dalam membuat pembebasan untuk pokok simpanan o

Pokok simpanan adalah dalam lingkungan 10.0 cm-59.9 cm DBH dan pengecualiannya;  Pokok yang dilindungi akta  2 pokok yang termasuk dalam kumpulan pokok simpanan, berjarak melebihi 2 meter antara satu sama lain dan silara satu pokok menutupi yang satu lagi pokok  Pokok di dalam senarai Spesies Terpilih >60 cm DBH dalam lingkungan 30 meter dari matau

 3 langkah meracun pokok  Ditentukan pokok simpanan, pokok bukan simpanan diracun  Meracun pokok simpanan yang dalam lingkungan jaran 2 vmeter antara satu sama lain (salah satunya sahaja)  Meracun pokok yang member persaingan pada masa hadapan

 Persaingan Masa Hadapan (Furture Competition)

 Distance Table; Jadual Jarak (DT) digunakan pada pokok-pokok yang tidak memberi teduhan pada masa hadapan dan tidak menjangkaui pokok simpanan  Dalam DT, ia akan menunjukkan jarak minima antara 2 pokok, bergantung kepada diameter pokok yang sedia ada  Kalau didapati bersaing, ia perlu diracun

Related Documents

Silvikultur Hutan 2
November 2019 17
Silvikultur Hutan
November 2019 29
Silvikultur Hutan 3
November 2019 17
Hutan
July 2020 41
Hutan
April 2020 53
Hutan Hujan Tropika 2
May 2020 24

More Documents from ""

Lambang Forester 22
April 2020 13
Isi Pelan Penuaian
November 2019 18
Sains Tanah Hutan 3
November 2019 13
Silvikultur Hutan 2
November 2019 17
Sains Tanah Hutan 2
November 2019 14
Keperluan Hidupan Liar
November 2019 18