Pelan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pelan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,859
  • Pages: 16
Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Seminar Indeks-Indeks Pembangunan Dari Perspektif Islam 28-29 Ogos 2004

PERANAN KERAJAAN DALAM DASAR PEMBANGUNAN NEGARA Oleh

Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi

I.

PENGENALAN

1.

Terdapat banyak pendapat atau pandangan mengenai peranan

Kerajaan dalam dasar pembangunan negara.

Dalam taklimat ini,

saya akan menyentuh mengenai faktor-faktor yang menentukan sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara yang mapan. Pandangan mengenai Peranan Kerajaan Dalam Pembangunan Ekonomi 2.

Menurut Muhammad Asad1, dalam Islam, Kerajaan yang dipilih

bertanggungjawab untuk: Menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan setiap rakyat, lelaki dan wanita, mendapat ilmu dengan mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut; dan

1

Muhammad Asad, 1980:The Principles of State and Government in Islam, Dar-Al-Andalus, Gibraltar:ms 86 dan 87

{ FILENAME }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Menyediakan

kemudahan

terutama

peluang-peluang

ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan kebahagiaan (happiness ) dan maruah diri (dignity). 3.

Ini bermakna, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk

memastikan kesejahteraan hidup (well-being) setiap rakyat dan memastikan tiada di antara mereka yang taraf hidupnya di bawah tahap dhaif.

Untuk tujuan ini, Kerajaan perlu menyediakan

kemudahan di mana setiap rakyat, lelaki dan wanita dapat menikmati sekurang-kurangnya kesejahteraan kebendaan (material well-being) yang minimum untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan kerohanian masing-masing. 4.

Amalan khalifah Umar juga boleh dijadikan panduan mengenai

peranan Kerajaan dalam memastikan setiap rakyat menikmati faedah pembangunan secara saksama2. Di masa pemerintahannya, Saidina Umar r.a. telah menubuhkan satu jabatan yang dinamakan dĩwãn untuk menjalankan bancian penduduk. Berasaskan maklumat bancian tersebut, Kerajaan di bawah pimpinan Saidina Umar r.a. telah mewujudkan satu skim pencen tahunan dan diberikan kepada golongan yang memerlukan, terutama (a) wanita yang kematian suami dan anak yatim, (b) mereka yang berjuang kerana Islam di mulai

dengan

wanita

yang

kematian

suami

dalam

perang

menegakkan kepentingan Islam dan (c) mereka yang cacat anggota, sakit dan orang tua. Malah Saidina Umar r.a. pernah berkata bahawa 2

Muhammad Asad, 1980:The Principles of State and Government in Islam, Dar-Al-Andalus, Gibraltar:ms 92

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

jika umur beliau panjang, beliau akan menyediakan peruntukan kewangan untuk gembala kambing yang tinggal di gunung-ganang supaya

mereka

juga

dapat

menikmati

sebahagian

daripada

kekayaan negara. Ini bermakna, Kerajaan perlu memastikan setiap rakyat menikmati kekayaan negara secara saksama. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, bantuan secara langsung merupakan satu pendekatan yang boleh digunapakai untuk tujuan ini. 5.

Islam sangat prihatin dengan pembangunan ekonomi di mana

perkara ini dilihat sebagai sebahagian penting daripada masalah yang lebih besar iaitu pembangunan insani.

Fungsi utama Islam

ialah untuk memandu pembangunan manusia berlandaskan asas arah tuju yang betul.

Justeru, kerangka pembangunan ekonomi

Islam mempunyai cirri-ciri yang komprehensif yang meliputi aspekaspek pembangunan moral, kerohanian dan kebendaan (material). Pembangunan menjadi aktiviti yang berorentasikan matlamat dan nilai, yang ditumpukan kepada mengoptimumkan kemaslahatan manusia dari semua segi. Dengan kata lain, pembangunan dalam Islam bermaksud pembangunan manusia dan sekitaran fisikal dan sosio-budayanya. 6.

Jika dibandingkan pandangan barat dengan Islam mengenai

peranan Kerajaan, kita akan dapati tiada banyak perbezaan di antara mereka. Umpamanya, Musgrave3 memberikan tiga fungsi utama Kerajaan iaitu fungsi peruntukan (allocation), agihan (distribution), dan kestabilan (stabilization). Fungsi peruntukan bertujuan untuk menyediakan kemudahan awam bagi keperluan rakyat. Fungsi 3

Richard A, Musgrave and Peggy B. Musgrave; 1973 Public Finance in Theory and Practice, McGraw Hill.

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

agihan bertujuan untuk memastikan semua rakyat menikmati kekayaan negara. Akhir sekali, fungsi kestabilan untuk memastikan agar semua rakyat yang ingin bekerja diberi peluang pekerjaan dan menentukan supaya paras harga berada di paras stabil. 7.

Menurut Osborne dan Gaebler4, Kerajaan boleh menjadi lebih

cekap dan berkesan jika mengubah daripada pendekatan tradisi kepada: Catalytic Government –Steering rather than rowing; Community-owned – Empowering rather than serving; Competitive – Injecting Competition into service delivery; Mission-driven – Transforming Rule- Driven organization; Results-oriented – Funding outcome not input; Customer-driven – meeting the needs of the customer, not the bureaucracy; Enterprising – earning rather the spending; Anticipatory – prevention rather than cure; Decentralized – from hierarchy to participation and teamwork; Market- oriented – leveraging change through the market. II.

PENDEKATAN DAN PERANAN KERAJAAN MALAYSIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

8.

Pembangunan

ekonomi

Islam

memerlukan

perubahan dari segi kuantitatif dan kualitatif. dinamik

pembangunan

ekonomi

4

Islam

perubahan-

Di antara prinsip ialah

pertamanya,

David Osborne and Ted Gaebler; 1993 Reinventing Government: How The Entrepreneurial Spirit Is Transforming The Public Sector, A Plume Book.

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

mengoptimumkan penggunaan sumber yang Allah S.W.T. telah kurniakan kepada manusia dan sekitaran fisikalnya. Kedua, Islam menuntut penggunaan dan pembahagian sumber-sumber tersebut secara saksama serta meningkatkan hubungan manusia berasaskan hak dan keadilan.

Dalam hubungan ini, Islam sangat-sangat

menuntut nilai syukur dan keadilan dan melarang keras sifat-sifat keji seperti kufur dan zalim. 9.

Di

Malaysia,

jika

dianalisa

dengan

teliti

pendekatan

pembangunan negara sejak merdeka, ia adalah sejajar dengan prinsip pembangunan ekonomi dalam Islam. Sejaun mana Kerajaan sendiri memainkan peranan aktif bagi mencapai sesuatu matlamat sosio-ekonomi Kerajaan bergantung kepada pendekatan yang diamalkan. Oleh itu, saya ingin menjelaskan secara ringkas asas dan falsafah pembangunan negara dan pendekatan Kerajaan bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi negara. Asas dan Falsafah Pembangunan Negara 10.

Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar

dan strategi pembangunan ialah: • kedudukan ekonomi yang terbuka; • sistem ekonomi campuran; • Masyarakat berbilang kaum; dan • Kerajaan Persekutuan. 11.

Oleh itu, setiap dasar dan strategi yang diperkenalkan oleh

Kerajaan biasanya menjurus ke arah menggalakkan perdagangan

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

antarabangsa, membuka peluang yang luas kepada sektor swasta untuk menerajui pembangunan ekonomi, menjaga kepentingan masyarakat berbilang kaum dan memenuhi peranan Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 12.

Falsafah pengurusan ekonomi Malaysia ialah sistem ekonomi

campuran di mana sektor swasta diberi peranan utama menerajui pembangunan ekonomi mengikut kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan keperluan masing-masing sambil menyokong dasar dan strategi pembangunan Kerajaan. menetapkan

teras

pembangunan

Sektor awam pula akan secara

umum

dan

arah

pembangunan ekonomi keseluruhan serta memastikan pencapaian matlamat sosio-ekonomi. 13.

Teras pembangunan dan matlamat sosio-ekonomi negara

ditetapkan melalui Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana dan Pendek.

Pelan Rancangan Jangka Panjang dan Sederhana

disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi manakala Kementerian Kewangan menyediakan perancangan jangka pendek.

Namun

begitu, perlu dimaklumkan bahawa Pelan-pelan tersebut ini tidak disediakan secara berasingan

tetapi melalui satu jawatankuasa

yang dinamakan Kumpulan Perancangan Antara Jabatan (Interagency Planning Group) yang terdiri daripada wakil-wakil Unit Perancang

Ekonomi,

Malaysia,

Jabatan

Kementerian/Jabatan

Kementerian

Perangkaan yang

sesuai

dibincangkan.

{ FILENAME }

Kewangan,

{PAGE }

dan dengan

Bank

Negara

mana-mana perkara

yang

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

14.

Selain daripada Kementerian/Jabatan Kerajaan, penyertaan

pihak swasta dan badan-badan bukan Kerajaan juga digalakkan. Ini biasanya dilakukan melalui sesi dialog dan percambahan fikiran (brainstorming) terutama jika dasar atau strategi yang hendak diperkenalkan mempunyai implikasi ke atas sektor mereka. Sesi-sesi ini juga digunakan untuk mendapat pandangan pihak-pihak yang berkepentingan mengenai keperluan untuk meningkatkan lagi sumbangan sektor-sektor mereka kepada pertumbuhan ekonomi. Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana dan Pendek 15.

Dasar, Strategi dan Matlamat pembangunan negara jelas

dinyatakan di dalam Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana dan Pendek. Pelan-Pelan ini merupakan perancangan indicative yang digunakan oleh semua pihak untuk merancang program pembangunan

masing-masing.

mengeluarkan

3

Rangka

Setakat

Rancangan

ini

Kerajaan

Jangka

telah

Panjang,

10

Rancangan Lima tahun dan 10 Kajian Semula Rancangan Lima Tahun.

Pada setiap tahun pula, Kerajaan akan membentangkan

bajet tahunan yang didalamnya terdapat dasar dan strategi jangka pendek untuk menggalakkan pembangunan ekonomi. daripada

Pelan-Pelan

ini,

Kerajaan

juga

telah

Selain

melancarkan

Wawasan 2020 (1991-2020) yang di dalamnya terkandung matlamat pembangunan yang hendak dicapai menjelang tahun 2020. Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990 16.

Dasar

Ekonomi

Baru

ini

termaktub

di

Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). { FILENAME }

{PAGE }

dalam

Rangka

Matlamat utama

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

DEB adalah perpaduan nasional. Teras utama RRJP1 ialah Pertumbuhan dengan pengagihan dan integrasi nasional. Dua strategi utama bagi mencapai matlamat tersebut ialah membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. 17.

Dalam tempoh DEB, ekonomi berkembang pada paras 6.7

peratus. Rajah 1 menunjukkan kejayaan Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990. Jadual 1 pula menunjukkan pegangan ekuiti bumiputera telah meningkat daripada 2.4 peratus pada tahun 1970 kepada 19.3 peratus 1990. Rajah 1: Pencapaian pembasmian kemiskinan yang menggalakkan dan peralihan tumpuan kepada kelompok kecil kemiskinan

{ EMBED PowerPoint.Slide.8 } Jadual 1: Pemilikan Ekuiti Sektor Korporat (% daripada Jumlah)

{ EMBED PowerPoint.Slide.8 }

Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000

18.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) termaktub di dalam

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Teras RRJP2 ialah pembangunan seimbang yang bertujuan untuk membina masyarakat bersatu dan adil. Dalam tempoh ini, ekonomi negara berkembang pada paras yang tinggi iaitu 7.0 peratus walaupun pada

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

tahun 1997/98, ekonomi telah mengalami penguncupan yang ketara kerana kelembapan ekonomi serantau akibat krisis kewangan. Kadar kemiskinan terus mencatatkan kekurangan kepada 7.5 peratus pada tahun 1999 manakala, ekuiti bumiputera mencatatkan kekurangan kepada 18.9 pada tahun 2000. Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2010 19.

Dasar Wawasan Negara (DWN) termaktub di dalam Rangka

Rancangan Jangka panjang ketiga (RRJP3). Teras RRJP3 ialah meningkatkan resilience dan daya saing ekonomi bagi menangani kesan teruk yang dialami semasa krisis kewangan serantau 1997/98. Rancangan Malaysia Ke-lapan merupakan peringkat pertama ke arah pencapaian matlamat DWN. Setakat 2001 hingga 2005, kadar pertumbuhan ekonomi dijangka sederhana kerana masalah seperti serangan pengganas di New York, SARS, Selsema burung, kenaikan harga minyak akibat perang Afghanistan dan Iraq telah memberi implikasi kepada pertumbuhan ekonomi. 20.

Namun begitu, ekonomi negara telah mula mencatatkan

pertumbuhan yang lebih baik pada tahun 2004. Pada suku pertama tahun ini, ekonomi mencatatkan pertumbuhan pada kadar 7.6 peratus. Pada suku kedua pula, ekonomi berkembang pada kadar 8.0

peratus.

Ini

merupakan

satu

pencapaian

yang

amat

memberansangkan. Jika prestasi ini dapat dikekalkan pada separuh kedua tahun ini, ekonomi dijangka boleh mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi daripada anggaran awal di antara 6.0-6.5 peratus. Wawasan 2020, 1991-2020

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

21.

Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991. Teras utama

dasar

ini

ialah

pembangunan

menyeluruh

dengan

memberi

keutamaan kepada perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia. Matlamat Wawasan ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

22.

Walaupun sektor swasta telah diberi peranan untuk menerajui

pertumbuhan ekonomi negara, namun Kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam bidang-bidang berkaitan pembangunan sosial dan keselamatan. Ini kerana sektor swasta mengutamakan keuntungan dan akan melabur di dalam sektor-sektor yang menghasilkan pulangan tinggi. Sebaliknya sektor-sektor yang pulangannya rendah seperti sektor pertanian dan yang pulangannya mengambil masa lama seperti infrastruktur termasuk infrastruktur sosial dan keselamatan, biasanya tidak mampu menarik pelaburan swasta.

Tambahan pula, penyediaan infrastruktur berkenaan

merupakan tanggungjawab tradisi Kerajaan. Ketidakseimbangan akan berlaku jika Kerajaan tidak memenuhi tanggungjawab ini. Penyertaan sektor swasta dalam bidang-bidang tradisi Kerajaan boleh digalakkan dengan menyediakan persekitaran atau insentif yang bersesuaian. Namun begitu, jika insentif yang disediakan masih tidak dapat menarik pelaburan swasta, atas kepentingan negara, Kerajaan sendiri perlu berperanan aktif dan melabur dalam bidangbidang berkenaan.

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

23.

Jika dianalisa peranan Kerajaan Malaysia membangunkan

ekonomi negara sejak tahun 1960, kita boleh membahagikannya kepada tiga fasa utama seperti berikut:

Fasa pertama : pendekatan pembangunan berasaskan pasaran 1960-70

24.

Rajah 2 menunjukkan struktur ekonomi Malaysia bagi tempoh

1960-2005. Bagi Tempoh 1960-70, sektor pertanian merupakan penyumbang utama pertumbuhan ekonomi. Getah dan bijih timah merupakan komoditi utama dan sumbangannya kepada eksport mencapai tahap 53 peratus. Kedua-dua komoditi ini juga merupakan penyumbang utama hasil Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 28 peratus dan gunatenaga 36 peratus.

Rajah 2: Struktur Pengeluaran, 1960-2005 {EMBED MSGraph.Chart.8 \s}

25.

Dalam

tempoh

ini,

Kerajaan

telah

menggunakan

dua

pendekatan kepada pembangunan. Bagi sektor perindustrian dan perdagangan, Kerajaan telah meneruskan dasar laissez-faire yang diperkenalkan oleh penjajah British. Bagi sektor luar bandar dan penyediaan

infrastruktur

memainkan

peranan

{ FILENAME }

sosial

yang

dan

aktif

{PAGE }

fizikal,

bagi

Kerajaan

memastikan

telah faedah

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

pembangunan turut dinikmati oleh penduduk di luar bandar.

Ini

dapat dilihat daripada jumlah perbelanjaan sektor awam yang memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur dan keperluan asas (rujuk rajah 3).

Rajah 3: Perbelanjaan Pembangunan Mengikut Sektor, 1961-2005

{EMBED MSGraph.Chart.8 \s}

26.

Pendekatan ini berjaya menyumbang kepada kemajuan

ekonomi negara. Dalam tempoh tersebut, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar purata 6 peratus setahun (rujuk jadual 2). Namun daripada segi sosial, masalah pengangguran dan kemiskinan (rujuk rajah 1) dan ketidakseimbangan pendapatan dan wilayah terutama

pendapatan

antara

kaum

menimbulkan

masalah

ketidakpuasan masyarakat yang membawa kepada berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Jadual 2: Prestasi Pertumbuhan 1960 - 2004

Purata 1960an Purata 1970an Purata 1980an Purata 1990an 2000 2001 2002 2003

{ FILENAME }

{PAGE }

6.0 % 7.5 % 5.8 % 7.1 % 8.9 % 0.3 % 4.1 % 5.3 %

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Fasa Kedua : Pembangunan Yang Oleh Diterajui Kerajaan , 197183 27.

Rusuhan kaum yang berlaku menjadi titik tolak kepada

Kerajaan

untuk

menimbang

semula

kesesuaian

pendekatan

pembangunan laissez-faire. Kerajaan juga menyedari pentingnya keseimbangan Pendekatan

dan

baru

agihan telah

sama

digunakan

rata untuk

hasil

pembangunan.

memastikan

kaum

Bumiputera juga menikmati faedah daripada pembangunan ekonomi selaras dengan matlamat DEB. 28.

Dalam tempoh ini, Kerajaan telah meluaskan lagi peranannya

daripada pembangunan luar bandar kepada peranan yang pro-aktif dan secara lansung dalam pembangunan dan agihan ekonomi. Ini dapat dilihat daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan (rujuk Jadual 3) dan penubuhan banyak Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK). Jadual 3 : Peratus Perbelanjaan Sektor1Kerajaan Kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar, 1966-2005

Tahun 1966 1970 1980 1990 2000 2005 Nota:

1

Belanja Mengurus 16.6 20.0 28.1 26.2 18.8 20.4

Belanja Pembangunan 6.6 7.9 15.2 12.2 14.7 16.0

Sektor Kerajaan merujuk kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan

{ FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

29.

Peranan aktif Kerajaan telah menghasilkan pertumbuhan yang

tinggi iatu pada kadar purata 7.5 peratus setahun dalam tahun 1970an.

Namun,

akibat

kelembapan

ekonomi

dunia

yang

berpanjangan pada tahun 1980an, pertumbuhan ekonomi negara turut terjejas dan mencatatkan pertumbuhan pada kadar purata 5.8 peratus sahaja. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, peranan aktif Kerajaan bukan sahaja membebankan daripada segi kewangan tetapi menimbulkan masalah ‘crowding out’ sektor swasta akibat daripada kedudukan sumber yang terhad. Fasa Ketiga: Persyarikatan Malaysia - Pendekatan Kerjasama Sektor Awam dan Swasta 30.

Peranan aktif Kerajaan memberi tekanan kepada kedudukkan

kewangannya. Ditambah pula dengan masalah yang dihadapi oleh setengah-setengah PABK membawa kepada pelancaran konsep Persyarikatan Malaysia oleh Kerajaan Malaysia. Ianya bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan sektor swasta terutama Bumiputera dalam pembangunan negara selaras dengan matlamat

DEB. Program penswastaan menjadi strategi bagi tujuan

ini. Pendekatan ini masih digunapakai sehingga kini. 31.

Terbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan Konsep Islam

Hadhari dalam usaha meneruskan agenda pembangunan negara. Konsep ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, masyarakat

dan

negara.

Dengan

pengenalan

Konsep

ini,

perlaksanaan program dan pencapaian matlamat pembangunan negara dapat ditambahbaik dengan ciri-ciri seperti tadbir urus yang baik,

pengukuhan

institusi

keluarga,

keutuhan

integriti

dan

peningkatan kualiti hidup. Malah, Konsep ini juga dapat menjelaskan { FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

lagi apa yang dimaksudkan dengan pembangunan menyeluruh yang menjadi teras Wawasan 2020 terutama daripada segi keseimbangan pembangunan kebendaan dengan kerohaniah. 32.

Dari sudut individu pula, Islam Hadhari memberi penekanan

kepada melahirkan individu yang mempunyai kekuatan rohani, intelektual dan kebendaan; mampu berdikari, berdaya saing dan inovatif serta cekap menangani cabaran dengan bijak, rasional dan praktikal.

Ini merupakan ciri-ciri peniaga Bumiputera yang ingin

dilahirkan oleh DEB. KESIMPULAN DAN PENUTUP Berasaskan di atas, dapat di simpulkan bahawa peranan Kerajaan dalam pembangunan negara adalah penting. Walau pun tidak perlu memainkan peranan sebagai peneraju dan bersaing dengan sektor swasta, Kerajaan perlu melaksanakan tugas tradisinya termasuk menjaga keselamatan negara, menguatkuasakan undang-undang, menyediakan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan serta mengawalselia perjalanan perniagaan supaya orang awam mendapat manfaat yang maksimum. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, terutama apabila sektor swasta tidak mampu memainkan peranannya dengan berkesan atau terdapat bidang-bidang penting tetapi sektor swasta tidak berminat untuk menceburinya, Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Umpamanya, apabila pelaburan swasta masih rendah akibat ketidaktentuan yang berlaku pada dalam ekonomi dunia sekarang, Kerajaan berperanan untuk menampung penguncupan ini dengan { FILENAME }

{PAGE }

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

meningkatkan pelaburan awam untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kualiti hidup rakyat tidak terjejas. Selain daripada itu, dalam Islam adalah penting bagi sesebuah Kerajaan memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ini merupakan bidang yang sangat diberi keutamaan oleh Kerajaan sejak merdeka lagi kerana ilmu dapat membawa rakyat keluar daripada kancah kemiskinan. Ternyata usaha-usaha yang dilaksanakan sekarang ini telah menunjukkan hasil yang baik. Tahap kemiskinan Malaysia rendah berbanding dengan banyak negara lain.

Namun masih banyak yang perlu dilakukan bagi

mengatasi ketidakseimbangan di antara penduduk bandar dan luar bandar. Akhir sekali, saya ingin menekankan di sini bahawa program pembangunan yang kita laksanakan selama ini adalah selaras dengan ajaran Islam dan menepati apa yang disarankan oleh AlQuran dan As-Sunnah. Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan juga selaras dengan ajaran Islam kerana matlamat yang ingin dicapai ialah untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang harmoni daripada segi kebendaan dan kerohaniah.

{ FILENAME }

{PAGE }

Related Documents

Pelan
April 2020 48
Pelan N
June 2020 28
Pelan Strategik
April 2020 31
Pelan Kontigensi
May 2020 30
Pelan Pemasaran
April 2020 37
Pelan Strategik.docx
June 2020 22