1.0
PENDAHULUAN Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian
seragam, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan merupakan aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kementerian Pelajaran (1989), menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang
dan
pelengkap
kepada
keberkesanan
pengajaran
dan
pembelajaran. Pengurusan sekolah di Kementerian pendidikan
telah melaksanakan
beberapa inisiatif sendiri untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sehubungan itu 10 pendekatan telah digariskan untuk dijadikan asas bagi menyemarakkan kokurikulum di sekolah. Salah satu daripada asas yang telah dipersetujui ialah merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum untuk pengiraan 10 peratus markah merit kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi
Awam
(IPTA)
mulai
sesi
pengambilan
2007/2008.
Pengarahnya, Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata “markah bonus berkenaan diberi sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri”.
1
PENYELIAAN
1.1
GERAK
KERJA
KOKURIKULUM
KEPENTINGANNYA Pengurusan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum yang lebih meluas dan fleksibel dapat memberi pulangan yang setimpal kepada pelajar-pelajar. Asas keberkesanan kokurikulum bergantung kepada sistem pengurusan sekolah yang berkesan. Pengetua yang bertindak sebagai pengurus kokurikulum harus mengurus “do things right”. Ini bermakna seorang pengurus merupakan seseorang yang mempunyai kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam pengurusan (Hussein, 1997). Pengurusan kegiatan kokurikulum di sekolah dan peranan pentadbir sekolah merupakan tunjang dan tenaga penggerak dalam pelaksanaannya. Aktiviti penyeliaan kokurikulum merangkumi tanggungjawab daripada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru pembimbing dengan diselaras oleh Setiausaha Kokurikulum. Mohd Salleh (2000), mendefinisikan penyeliaan dari sudut aktiviti pengajaran dan pendidikan. Beliau berpendapat ia merupakan tugas pentadbir kerana penyelia adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang professional pengurusan.Al Ramaiah (1999) pula berpendapat penyeliaan adalah satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Di antara kepentingan penyeliaan kokurikulum adalah; i)
Memastikan agihan penempatan pelajar
ii)
Menentukan agihan tempat perjumpaan 2
DAN
1.2
iii)
Menyediakan jadual mesyuarat agung
iv)
Menyediakan jadual perjumpaan
v)
Menyediakan buku laporan
vi)
Memastikan laporan dibuat
vii)
Pemeriksaan buku laporan
viii)
Memastikan kelicinan perjalanan aktiviti
ix)
Untuk penilaian bagi peningkatan dalam merancang aktiviti
x)
Pelaporan kepada Penolong Kanan HEM
CARTA ORGANISASI KO-KURIKULUM Di sekolah, pengetua merupakan individu yang paling penting untuk
menerajui kegiatan kokurikulum. Pengetua juga merupakan individu penting yang berusaha memimpin sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Oleh itu, bagi menentukan perancangan strategik ini,pengetua perlu menentukan visi dan misi yang dapat dicapai melalui perancangan jangka panjang yang terperinci, pelaksanaan yang tepat serta penilaian dan pengawasan prestasi yang berkesan agar tahap pencapaian kokurikulum di sekolah mencapai matlamatnya. Penyelaras atau Setiausaha Kokurikulum pula perlu membuat perancangan dan pengurusan sumber tenaga yang kemas iaitu bertindak sebagai perancang utama tetapi melaksanakannya melalui ‘empowerment’ kepada organisasi dibawahnya. Carta organisasi kokurikulum berikut merupakan contoh daripada sekolah Maahad Syamsul Maarif (P), Pulai Chondong, Kelantan. Menurut Puan Midah Salleh selaku Setiausaha Kokurikulum, bermula 3
tahun 2008 satu Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum telah ditubuhkan bagi menyelia dan menyelaras pengagihan dan pengiraan markah kokurikulum bagi tahun 2008. Rajah 1: Carta Organisasi Kokurikulum
SUMBER : FAIL KOKURIKULUM (2009), MAAHAD SYAMSUL MAARIF (P), PULAI CHONDONG
Berdasarkan Rajah 1, Setiuasaha Kokurikulum dibantu oleh empat orang Ketua Penyelaras (KP) iaitu KP Pasukan Badan Beruniform, KP Kelab dan Persatuan, KP Sukan dan Permainan dan KP Kegiatan Ilmiah. Setiap KP akan dibantu oleh Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada guru-guru pembimbing atau guru penasihat (GP). Setiap peringkat di dalam struktur organisasi di atas mempunyai tanggungjawab dalam menyelia dan melaporkan segala aktiviti yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Induk 4
Kokurikulum. KP dan GP adalah penggerak dalam menjana keberkesanan perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah. 1.3
STRUKTUR JAWATANKUASA PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM Mulai tahun 2008, Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum telah
ditubuhkan bagi melaksanakan aktiviti penilaian gerak kerja kokurikulum. Jawatankuasa Penilaian yang dilantik adalah sebagaimana berikut: Pengerusi
: Pengetua
Timb Pengerusi
: Pen Kanan HEM
Setiausaha
: S/U Ko-Kurikulum
AJK
: 1. Guru Pembimbing/Guru Penasihat (GP) Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan Sukan/Permainan 2. Guru Tingkatan 3. Penyelaras Peperiksaan SPM/STAM
Pengetua dan Penolong Kanan HEM memainkan peranan sebagai dalam mengelola dan menyelia perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang telah disediakan oleh Setiausaha Kokurikulum sekolah. Guru Pembimbing/Guru Penasihat (GP) akan memantau dan merekodkan penglibatan dan kehadiran pelajar bagi setiap aktiviti kokurikulum mengikut jadual yang telah disediakan oleh Setiausaha Kokurikulum sekolah. Di dalam Jawatankuasa Penilaian markah Kokurikulum, Guru Tingkatan (GT) memainkan peranan dalam mengisi markah
5
kokurikulum di dalam Buku Rekod Penilaian Aktiviti Kokurikulum pelajar. Selain itu, GT bertanggungjawab dalam memberikan markah bonus semaksimum 10 markah kepada pelajar yang berkenaan di dalam kelas masing-masing. GT akan menyerahkan buku rekod tersebut kepada Pengetua untuk ditandatangan pengesahan
dan
diserahkan
kepada
ibubapa/penjaga
pelajar
untuk
ditandatangan. Seterusnya GT akan menyerahkan buku rekod itu kepada Setiausaha Kokurikulum untuk menyelarasan markah GPA, CGPA dan 10%. Kerjasama daripada Penyelaras Peperiksaan diperlukan kerana data pelajar (nombor kad pengenalan dan angka girliran) akan diimport melalui Sistem Pendaftaran On-line Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia. Akhir sekali Setiausaha Kokurikulum akan menghantar markah kokurikulum ke JPN melalui aplikasi kemasukan markah kokurikulum sebagaimana lampiran.
2.0
PENILAIAN GERAK KERJA KOKURIKULUM
2.1
RASIONAL
Melalui pemerhatian yang telah dibuat, penilaian kegiatan kokurikulum pelajar yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada pelajar. Kemungkinan ada pelajar memperolehi markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah
6
sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard, unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari. Suatu masa dahulu, belum ada garis panduan dan format borang tertentu dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum. Pengiktirafan dalam kegiatan kokurikulum hanya dibuat dalam bentuk sijil dan surat akuan yang dikeluarkan oleh sekolah dan badan-badan tertentu. Dalam hal ini amatlah wajar jika penilaian yang dibuat tidak hanya berlandaskan pencapaian dalam kegiatan semata-mata kerana aspek-aspek lain seperti kehadiran dalam aktiviti, tanggungjawab yang disandang dan penglibatan pelajar dalam sesuatu kegiatan kokurikulum perlu diambilkira. Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar-pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai citi-citi mereka.
2.2
OBJEKTIF
2.2.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
7
2.2.2 Membantu Bahagian Sekolah (Sekolah Berasrama Penuh) dan Bahagian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke asrama penuh dan institusi-institusi pengajian tinggi
2.2.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
3.0
GARIS PANDUAN PENYELIAAN DAN PENILAIAN
Garis Panduan adalah satu keperluan kepada semua unit-unit penggerak yang menjana perjalanan aktiviti kokurikulum. Penyelarasan garis panduan dapat memberikan gambaran yang jelas kepada Ketua Penyelaras, Guru Penasihat, Guru Tingkatan dan Penyelaras Peperiksaan berkenaan prosedur dan tanggungjawab masing-masing. Garis panduan semasa melaksanakan penilaian kokurikulum sekolah adalah seperti berikut: 3.1
Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut: 3.1.1 Perancangan yang jelas 3.1.2
Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.
3.1.3
Buku Panduan Penilaian Kokurikulum.
3.1.4
Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum.
3.1.5
Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.
8
3.2
Gambar murid dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian.
3.3
Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum dan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum
3.4
Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid.
3.5
Mengadakan
taklimat
kepada
setiausaha
peperiksaan
guru
penasihat/pemimpin dan guru kelas. 3.6
Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.
3.7
Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Badan Beruniform, Persatuan-Kelab dan Sukan.
3.8
Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat/pemimpin.
3.9
Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.
3.10
Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.
3.11
PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.
4.0
CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM
Penyediaan carta aliran pengurusan penilaian kokurikulum adalah penting bagi mendapatkan kefahaman yang seragam dan memudahkan setiap peringkat organisasi dalam carta organisasi kokurikulum. Carta ini perlu dipaparkan di papan kenyataan supaya dapat dilihat susunatur dan prosedur pelaksanaan
9
pengurusan penilaian. Rajah 2 menggambarkan prosedur penilaian yang dijalankan di sekolah.
Rajah 2 : Carta Aliran Pengurusan Penilaian Kokurikulum
10
4.1
PROSES KERJA BAGI MENGURUSKAN PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
11
Bil
Proses Kerja
Pegawai Yang Meluluskan/ Dirujuk
1.
Menyediakan Borang Penilaian Aktiviti Ko-Kurikulum
PK Kokurikulum
2.
Memberi taklimat kepada semua guru tentang panduan penilaian /cara penilaian
SU Kokurikulum
3.
Mengedarkan Borang Penilaian Aktiviti Ko-Kurikulum kepada Guru Tingkatan 4.
5.
Pastikan Guru Tingkatan mengedarkan kepada pelajar tingkatan masing-masing Mengarahkan pelajar berjumpa Guru Penasihat Badan Beruniform/ Persatuan dan Kelab Permainan untuk mendapatkan markah penilaian masing-masing
PK Kokurikulum SU Kokurikulum SU Kokurikulum Guru Tingkatan Guru Penasihat
6.
Pelajar menyerahkan Borang Penilaian Aktiviti KoKurikulum yang telah lengkap kepada Guru Tingkatan
Guru Tingkatan
7.
Guru Tingkatan melengkapkan Borang C apabila menerima Borang Penilaian Aktiviti Ko-Kurikulum daripada pelajar
Guru Tingkatan
Guru Tingkatan mengenal pasti tahun terbaik Bagi Pelajar T5 dan 6 Atas untuk dijadikan Penilaian Aktiviti Kokurikulum (Borang C)
Guru Tingkatan
Pengetua dan GPK Ko-Kurikulum mengesahkan Penilaian tersebut
Pengetua
8.
9.
10.
11.
5.0
Pastikan Penilaian diedarkan kepada pelajar untuk ditandatangan oleh ibubapa/penjaga Menyediakan Satu salinan Rumusan Keseluruhan Gred Yang Diperolehi mengikut umur, jantina dan bangsa dihantar ke PPD dan JPN
ASPEK PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
12
PK Kokurikulum Guru Tingkatan Guru Tingkatan PK Kokurikulum
Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek berikut: i)
Kehadiran
ii)
Jawatan disandang
iii)
Penglibatan
iv)
Pencapaian
Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
Jadual 1: Aspek Penilaian Dan Pembahagian Markah (%) ASPEK PENILAIAN Kehadiran Jawatan disandang Penglibatan Pencapaian JUMLAH
5.1
MARKAH (%) 50 10 20 20 100 (%)
ASPEK KEHADIRAN
Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi iaitu 50%. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu
13
persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam (mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah. Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, kelab / persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan sukan / permainan 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut: Contoh Pengiraan Markah Kehadiran: Jika jumlah kehadiran pelajar
=
15 kali
Jumlah Perjumpaan setahun
=
18 kali
Ketidakhadiran diluluskan
=
2 kali (cuti sakit, wakil sekolah
Markah kehadiran
=
15 x 50 18 - 2
=
46.8 @ 47 %
dll)
Jadual 2 : Bilangan Kehadiran Setahun Bagi Aktiviti Kokurikulum AKTIVITI KOKURIKULUM
BIL KEHADIRAN
Pasukan Badan Beruniform
18
Kelab/Persatuan
12
Sukan/Permainan
12 14
5.2
ASPEK JAWATAN YANG DISANDANG
Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut Jadual 3(a): Markah Jawatan Disandang bagi Pasukan Badan Beruniform JAWATAN Pengakap Raja/ Pandu Puteri Raja / Pegawai Waran 1/SubInspektor/Drum Major/ Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Pegawai Waran II /Bintara Kanan/ Staf Sarjan / Sarjan Mejar / Ketua Trup / Anugerah Ketua Pesuruhjaya /Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Sarjan/Penolong Trup / Bintara Muda / Ketua Platun /PangkatPangkat yang difikirkan sama taraf. Koperal / Lans Koperal / Ketua Patrol / Penolong Ketua Patrol / AJK / Laskar Kanan/Jawatan-Jawatan / Pangkat- Pangkat yang difikirkan sama taraf Pra-Persetiaan / Ahli Aktif Ahli Biasa
MARKAH 10 8 7 6 4 1
Jadual 3(b) : Markah Jawatan Disandang bagi Persatuan /Kelab / Sukan / Permainan JAWATAN
MARKAH
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan
10
15
Sukan/Permainan / Ketua Rumah Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi Setiausaha / Bendahari Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari Ahli Jawatankuasa Ahli Aktif Ahli Biasa
5.3
8 7 6 5 4 1
ASPEK PENGLIBATAN
Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Pemberian markahmarkah adalah seperti Jadual 4.
Jadual 4 : Markah Aspek Penglibatan
16
PERINGKAT PENGLIBATAN
MARKAH
Sekolah
08
Zon/Daerah/Bahagian
5.4
11
Negeri
14
Kebangsaan
17
Antarabangsa
20
ASPEK PENCAPAIAN
Markah
Aspek
Pencapaian
ialah
20%.
Markah
ini
merupakan
pencapaian pelajar dalam pertandingan diperingkat Sekolah, Zon / Daerah / Bahagian /Negeri / Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang di nilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut :
Jadual 5: Markah Aspek Pencapaian 17
PERINGKAT PERTANDINGAN
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
SEKOLAH
08
07
06
ZON/DAERAH/BAHAGIAN
11
10
09
NEGERI
14
13
12
KEBANGSAAN
17
16
15
ANTARABANGASA
20
19
18
Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).
5.5
MARKAH BONUS
5.4.1 SUMBANGAN PERKHIDMATAN Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi: i)
Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, Imam dan sebagainya.
ii)
Perjawatan
Peringkat
bilik/asrama dan
Rumah
sebagainya.
18
seperti
Ketua
rumah,
Ketua
iii)
Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya.
Bagi
setiap
jawatan
tersebut
markah
bonus
diberikan
sebagai
pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah sebagaimana Jadual 6.
Jadual 6 : Markah Bonus Bil.
Jawatan
Markah Bonus
1
Ketua Murid I/Ketua murid II
10
2
Timbalan/Penolong Ketua Murid
8
3
Ketua/Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah-ketua asrama/Ketua PRS/Quatermasters
7
4
Penolong Ketua Asrama/Penolong Quatermasters
6
5
AJK Utama badan-badan perkhidmatan atau Pengurusan(Bendahari/setiausaha/Ketua Biro)-asrama/PRS/Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah
5
6
Ahli-ahli J/kuasa perkhidmatan dan sokongan-AJK Kecil Biro/ketua Bilik/Ketua Dom/Ketua Darjah/Ketua Tingkatan/PROSTAR. Penolong Ketua Kelas/Penolong Ketua Bilik/Ahli Quatermasters
3
7
2
5.4.2 ANUGERAH KHAS Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas 19
pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang di usahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti yang ditujukkan di dalam Jadual 7. Pengagihan markah bagi setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling tertinggi yang disandang pada setiap tahun. Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.
Jadual 7: Anugerah Khas Bil 1
Jawatan
Markah Bonus
Anugerah Remaja Perdana(ARP) Emas
10
Perak
7
Gangsa
5
2
Pingat Hang Kebangsaan
Jaya
10
3
Pencapaian aktiviti Kokurikulum di luar Negara atas pembiayaan sendiri Johan
5
Naib Johan
3
Ketiga
2
4
Nilam
5
5
Lain-lain anugerah yang setara
5
6.0
Tuah
Kebangsaan/Tunas
PELAKSANAAN
20
Semua sekolah menengah di setiap negeri telah diminta menggunakan format dan borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar. Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun atau selewatlewatnya awal bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember. Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di Tingkatan 1 hingga 6. Pihak sekolah perlu menyediakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi / IPT. Pihak sekolah telah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru – guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar sepertimana yang telah dterangkan dalam struktur Jawatankuasa Penilaian Markah. Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan
oleh
Pengetua
dan
Penolong
Kanan
Kokurikulum
Penilaian
kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya . Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid X dalam bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5:
7.0
FORMAT BORANG PENYELIAAN DAN PENILAIAN
21
Bahagian ini akan menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan cara merekod, menilai dan
mengira markah keseluruhan markah kokurikulum.
Penggunaan standard borang dan format di dalam Buku Rekod Penilaian Kokurikulum banyak membantu Guru Pembimbing dan Guru Tingkatan dalam melaksanakan tugas masing-masing sebelum menyerahkan buku rekod tersebut kepada Setiausaha Kokurikulum sekolah.
7.1
BUKU REKOD PENILAIAN KOKURIKULUM 7.1.1 Menengah Rendah (Tingkatan 1- Tingkatan 3) 7.1.2 Menengah Atas (Tingkatan 4 – Tingkatan 6)
Rajah 3: Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Sekolah
Rajah 4: Rekod Kehadiran Kokurikulum & Rekod Penglibatan dan Pencapaian
22
Rajah 5 : Markah Bonus Tertinggi & Rumusan Penilaian Tahunan
Rajah 6 : Rumusan Penilaian Keseluruhan
23
8.0
PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM
8.1
CONTOH PENGIRAAN MARKAH TAHUN SEMASA (GPA)
Kegiatan Pasukan Badan Beruniform Aspek penilaian (a) Kehadiran
Penuh (18/18)
(b) Jawatan disandang
Ahli Aktif
3
(c) Penglibatan
Menghadiri Jambori Pengakap Peringkat Negeri Ketiga Kawad Kaki Peringkat Negeri
14
Jumlah
79
(d) Pencapaian
Prestasi
Kegiatan Kelab/Persatuan
24
Markah 50
12
Aspek Penilaian (a) Kehadiran
Prestasi
Markah 42
10/12
(b) Jawatan
Ajk Persatuan Sejarah
5
(c) Penglibatan
Menyertai Seminar Penulisan Sajak Peringkat Negeri
14
(d) Pencapaian
Naib Johan Pertandingan Bahasa Ala Parlimen Antara Kelas
7
Jumlah
68
Prestasi
Markah 50
Kegiatan sukan/Permainan Aspek Penilaian (a) Kehadiran
Penuh (12/12)
(b) Jawatan
Ajk Kelab Bola Sepak B18
5
(c) Penglibatan
Mewakili Negeri dalam Pertandingan Balapan MSSM
14
(d) Pencapaian
Naib Johan Timang Bola Piala Nike Peringkat Kebangsaan
16
Jumlah
85
8.1.1
GRED PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM
Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut: Gred Markah A 80-100 B 60-79 C 40-59 D 20-39 E 0-19 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi pelajar di atas, gred yang diperolehi bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut:
25
Kegiatan Pasukan Unit Beruniform Persatuan/Kelab Sukan/Permainan
Markah Yang Diperolehi 79 68 85
Gred B B A
8.1.2 GRED KESELURUHAN TAHUN SEMASA (GPA)
Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta markah bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi, iaitu dua bidang yang menunjukan prestasi tertinggi. Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada jadual.
Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi pelajar pengiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:
Jumlah Markah Pasukan Badan Beruniform
=
79
Jumlah Markah Persatuan/Kelab
=
68
Jumlah Markah Sukan
=
85
Markah purata ialah
=
(79+85) / 2
26
=
82
Markah bonus (sebagai Ketua Murid)
=
10
Markah keseluruhan
=
82 + 10
=
92
=
A
Gred Keseluruhan
8.2
CONTOH PENGIRAAN MARKAH TERKUMPUL (CGPA)
Contoh pengiraan Markah Terkumpul (CGPA) : Prestasi GPA dan CGPA pelajar dalam bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5.
Tingkatan I II III IV V
Markah kokurikulum 69 82 83 89 80
GPA 69 82 83 89 80
Kiraan Markah Terkumpul (CGPA) Tingkatan II
=
(69 + 82)/2
=
75.5
Tingkatan III
=
(75.5 + 83)
=
79.25
Tingkatan IV
=
(79.25 + 89)
=
84.13
Tingkatan V
=
(84.13 + 80)
=
82.06
8.3 PENGIRAAN MARKAH 10%
27
CGPA 69.0 75.5 79.25 84.13 82.06
Pengiraan 10% Markah Keseluruhan ke Institut Pengajian Tinggi Awam = Markah Keseluruhan 100
x 10
Contoh Kiraan Markah 10% : Tingkatan V
8.4
=
82.06 x10 100
=
8.21
KES-KES TERPENCIL
Adalah pelaksanaan penilaian kokurikulum bagi : Murid/pelajar Pendidkan Khas Murid/pelajar kurang upaya Pesakit kronik/luar biasa Sekolah di kawasan pedalaman Sekolah kurang murid (SKM)
28
8.6
KES-KES KHAS Murid/pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi
hendaklah dinilai mengikut criteria seperti murid/pelajar biasa
9.0
PENUTUP Keberkesanan penyeliaan dan penilaian gerak kerja kokurikulum di
sekolah bergantung kepada perancangan, strategi dan pelaksanaan yang teliti daripada semua pihak. Namun, tidak dinafikan bahawa pihak pentadbiran dan pengurusan merupakan tunjang utama di sekolah kerana memainkan peranan bagi memastikan penyeliaan dan penilaian gerak kerja kokurikulum dilakukan dengan teliti dan sistematik. Justeru itu, sebagai pengurus kokurikulum, Pengetua, Pembimbing
Penolong
Kanan
HEM,
Setiausaha
Kokurikulum
dan
Guru
seharusnya mempunyai asas-asas pengetahuan semasa yang
terkini untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap, berwibawa, berkualiti serta berpandangan
jauh terhadap penyeliaan dan
penilaian
kokurikulum di sekolah. Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum, pihak pentadbir harus mempunyai idea yang bernas dan pemikiran yang strategik. Bagi menentukan perancangan yang strategik ini, satu arah haluan melalui perancangan jangka panjang yang terperinci, pelaksanaan yang tepat serta penilaian dan pengawasan prestasi yang berkesan perlu digarap seperti mana yang disyorkan berdasarkan konsep Taylor (1984) agar tahap pencapaian kokurikulum di sekolah mencapai matlamatnya.
29
RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya (2009). Mengurus Sekolah: Menyelia Kokurikulum. Kuala Lumpur. Hussein Mahmood (1997). “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.” Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah. Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia (1989). “Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
30
Taylor, W. (ed) (1984). “Metaphors of Education.” London: Heinemann.
LAMPIRAN 1. SLIDE POWERPOINT: PEMBENTANGAN KUMPULAN [06 NOVEMBER 2009] 2. SURAT PEKELILING : ASAS PENGGUNAAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KE IPTA SESSI 2009 BAGI CALON SPM, STPM,STAM 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 2007/2008 BERKAITAN MARKAH 10% 4. SOALAN DAN JAWAPAN (FAQ) BERKAITAN MARKAH 10% 5.
LEMBARAN EXCEL : RUMUSAN PENILAIAN TAHUNAN KOKURIKULUM 31
32