Gerko-ikhtisas

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gerko-ikhtisas as PDF for free.

More details

  • Words: 1,713
  • Pages: 12
REFLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1994

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1994 yang bertarikh pada 22 Februari 1994 adalah surat pekeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berkenaan makluman tentang pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah.

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

menetapkan

bahawa

pengajaran Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK perlu dilaksanakan bermula pada awal tahun persekolahan Tahun 1 dan berkuatkuasapada sesi persekolahan tahun 1993/1994.

Berkenaan dengan pelaksanaan kokurikulum di sekolah rendah pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan garis panduan pelaksanaannya. Bagi pelaksanaan masa kokurikulum yang dikeluarkan dari jadual waktu, untuk Tahap I, satu waktu (30 minit) diberi kepada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan satu waktu (30 minit) lagi adalah pilihan Guru Besar.

Apabila masa kokurikulum diberi kepada PJK, untuk sekolah yang mempunyai guru yang telah menghadiri kursus tentang PJK Tahap I, pelaksanaan sepenuhnya adalah pada sesi persekolahan tahun 1993/1994. Manakala untuk sekolah yang tidak mempunyai guru yang terlatih dalam PJK Tahap I dan tidak mempunyai bahan kurikulum PJK Tahap I, kegiatan kokurikulum yang berbentuk rekreasi dan mengandungi unsur kesihatan serta menggalakkan interaksi antara murid akan diteruskan bagi sesi persekolahan tahun 1993/1994.

Pelaksanaan sepenuhnya kurikulum PJK berkuatkuasa

pada sesi persekolahan tahun1994/1995.

Untuk masa kokurikulum Tahap II pula, satu waktu (30 minit) diberi kepada Sains dan satu waktu lagi (30 minit) diberi kepada Kemahiran Hidup serta satu waktu tambahan bagi Kemahiran Hidup tersebut dibatalkan. Oleh itu waktu pembelajaran bagi Tahap II kembali kepada 1 iaitu 40 minit seminggu. Pelaksanaan sepenuhnya masa kokurikulum bagi Tahap I dan Tahap II ini juga berkuatkuasa pada sesi persekolahan tahun 1994/1995.

Seterusnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah meminta semua Pengarah Pendidikan Negeri supaya Surat Pekeliling Ikhtisas itu diedarkan kepada semua sekolah rendah bagi tindakan selanjutnya.

REFLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.2/1997

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1997 yang bertarikh 2 April 1997 adalah surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ialah untuk makluman tentang pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri sebagai Persatuan Pakaian Seragam Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa sekolah-sekolah perlu memastikan sebarang kegiatan Seni Bela Diri yang ditubuhkan di sekolah bergabung dengan badan induk yang berdaftar. Sebarang sukatan dan kurikulum latihan hendaklah tetap dan ditentukan oleh badan induk.

Selain itu, sistem pengiktirafan pula perlulah jelas dan diterimapakai oleh badan induk serta semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa menjalankan latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.

Di akhir surat ini, arahan agar maklumat ini disebarkan ke seluruh sekolah supaya semua sekolah mendapat makluman tentang perkara ini.

REFLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/1994

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1994 yang bertarikh pada 10 Oktober 1994 adalah surat pekeliling daripada Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berkenaan dengan makluman pelaksanaan masa kokurikulum dalam jadual KBSR bagi Tahun 5 dan Tahun 6.

Di dalam surat ini dinyatakan bahawa, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum Bil.2/92 pada 27 Mac 1992 telah menetapkan supaya mata pelajaran Kemahiran Hidup dilaksanakan untuk pelajar Tahap II mulai sesi persekolahan 1992/1993. Untuk mencukupkan dua waktu (60 minit) bagi mata pelajaran ini, satu waktu telah diambil dari bahasa pengantar dan satu waktu lagi dari waktu tambahan menjadikan jumlah peruntukan masa seminggu KBSR 1470 minit.

Seterusnya, keputusan mesyuarat JPK Bil.3/93 menetapkan supaya kokurikulum dikeluarkan daripada jadual waktu rasmi persekolahan dan satu waktu masa kokurikulum Tahap II (30 minit) diberi kepada Kemahiran Hidup. Ini bermakna satu waktu tambahan bagi Kemahiran Hidup tersebut dibatalkan, dan jumlah peruntukan masa seminggu KBSR kembali kepada 1440 minit bagi Tahap II.

Peruntukan masa kokurikulum yang diberi kepada Sains dilaksanakan pada Tahun 4 dan dikuatkuasakan mulai sesi persekolahan 1994/1995. Oleh itu satu waktu (30 minit) untuk kokurikulum yang diberikan kepada Sains pada Tahun 5 hanya akan mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 1995/1996 dan pada Tahun 6 sesi persekolahan 1996/1997. Ini bermakna kokurikulum (satu waktu) masih perlu dilaksanakan padaTahun 5 dan Tahun 6 sesi persekolahan 1994/1995 dan pada Tahun 6 sesi persekolahan 1995/1996.

REFLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/1995

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1995 yang bertarikh pada 11 Oktober 1995 iaitu surat daripada Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berkenaan dengan penyertaan pelajar dalam pertandingan kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan.

Surat ini adalah sebagai makluman perkara tambahan kepada surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1988 bertarikh 10 Mac 1988 yang juga menyatakan mengenai penyertaan pelajar dalam pertandingan kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan.

Perkara tambahan tersebut ialah pelajar

sekolah tidak dibenarkan

mengikat kontrak dengan mana-mana Persatuan atau Badan Induk Sukan untuk menyertai dalam sebarang pertandingan Liga yang dianjurkannya. Seterusnya, jika pertandingan atau kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan itu bertembung dengan pertandingan atau kejohanan sukan MSSM, keutamaan hendaklah diberikan kepada MSSM. Dalam erti kata lain, pelajar tersebut dikehendaki mewakili MSS Negeri di peringkat kebangsaan dan MSSM di peringkat antarabangsa (ASEAN, Asia dan lainlain).

Keputusan ini dibuat kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapati bahawa ramai pelajar yang telah mengikat kontrak dengan Persatuan atau Badan Induk Sukan untuk menyertai dalam pertandingan dan kejohanan yang dianjurkan.

Selain itu, terdapat juga pertandingan dan

kejohanan sukan ini yang bertembung dengan pertandingan dan kejohanan sukan anjuran MSSM. Ini mengakibatkan pasukan MSS Negeri dan MSSM tidak dapat menyediakan pasukan yang terbaik dalam pertandingan atau kejohanan yang disertainya.

REFLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.17/2000

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2000 bertarikh 16 November 2000, iaitu surat pekeliling daripada Pejabat Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berkenaan dengan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah.

Di dalam surat Pekeliling ini, Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara telah menyatakan kebimbangannya terhadap tanda-tanda yang menunjukkan kurangnya penghayatan Rukun Negara di kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, dinyatakan bahawa institusi sekolah adalah berperanan penting dalam memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

Surat Pekeliling ini adalah sebagai arahan supaya di semua sekolah menengah ditubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001 dengan mematuhi syarat-syarat penubuhan persatuan sebagaimana telah termaktub dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

Di dalam Pekeliling ini juga dinyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh kelab/persatuan tersebut.

Aktiviti-aktiviti tersebut ialah

menjalin hubungan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Perpaduan Negara dan dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktivitiaktiviti yang menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dikalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan.

Seterusnya

ialah

menggalakkan

sekolah-sekolah

yang

majoriti

pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan yang bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama dan menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara.

Untuk sekolah rendah, penubuhan Kelab Rukun Negara ini adalah digalakkan.

Namun, sekiranya sekolah rendah tidak dapat melaksanakan

penubuhannya, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil bertujuan supaya aktiviti-aktiviti persatuan yang dinyatakan dalam pekeliling itu dapat dilaksanakan.

Akhir sekali, dinyatakan juga arahan agar pihak Pengarah Pendidikan Negeri memaklumkan tentang kandungan surat pekeliling itu ke seluruh sekolah negerinya.

REFLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.12/2000

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2000 bertarikh pada 12 Julai 2000, surat pekeliling daripada Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang bertajuk “Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan” adalah untuk makluman mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan.

Kementerian Pendidikan Malaysia yang sememangnya sentiasa menggalakkan program-program lawatan pendidikan untuk murid-murid sekolah menyedari bahawa program lawatan yang diadakan semasa cuti sekolah

adalah

tidak

mencukupi

bagi

mencapai

matlamat

untuk

menambahkan ilmu dan pengalaman murid-murid serta memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai dunia di sekeliling.

Namun begitu, pihak sekolah diingatkan supaya menggunakan budi bahasa secara bijaksana dalam menganjurkan program ini agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Beberapa

perkara diingatkan di dalam Surat Pekeliling ini agar ditekankan dan diberi perhatian dalam perancangan pelaksanaan program lawatan.

Perkara-perkara tersebut ialah, tujuan lawatan yang dianjurkan hendaklah berunsur pendidikan dan tempat-tempat yang dilawati hendaklah sesuai dengan minat dan keperluan pendidikan murid serta seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk memupuk minat murid-murid dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, masa lawatan yang diadakan mestilah disesuaikan megikut takwim persekolahan.

Pihak sekolah juga perlu

memberi keutamaan dan menekankan keselamatan dan kebajikan murid-

murid semasa lawatan serta mematuhi segala peraturan mengenai pengendalian lawatan.

Disamping

itu,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

juga

amat

menggalakkan agar ibu bapa dapat melibatkan diri dalam program lawatan ini. Tujuannnya adalah untuk memupuk sifat kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa dan bukanlah untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai matlamat pendidikan melalui program lawatan semata-mata.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana limpah rahmat dan kurnia kekuatan serta kesempatan daripadaNya, saya dapat menyiapkan tugasan subjek Pengurusan Gerko ini dengan jayanya.

Ribuan terima kasih juga kepada

Encik Mohamad Ali bin Abdul Rahman, pensyarah subjek yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Sesungguhnya dalam proses menyiapkan tugasan yang bertajuk “Surat Pekeliling Ikhtisas” ini, banyak perkara-perkara baru yang saya perolehi dan pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan tajuk.

Sedikit mengenai tugasan ini, saya ditugaskan untuk mencari beberapa surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dengan Gerak Kerja Kokurikulum ataupun berkaitan dengan bidang pendidikan dan keguruan di sekolah serta membuat refleksi bagi setiap surat pekeliling tersebut. Alhamdulillah,

pencarian surat pekeliling ikhtisas dalam internet berjalan

dengan lancar dan hasilnya lumayan.

Dalam proses menyiapkan refleksi bagi setiap surat-surat pekeliling itu, suatu pengetahuan baru bagi saya yang sememangnya sebelum ini tidak tahu apakah itu surat pekeliling ikhtisas dan apakah fungsinya.

Mengikut

kefahaman saya, segala kegiatan di peringkat persekolahan khususnya kegiatan kokurikulum perlu dilaksanakan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas selain daripada Akta dan Peraturan yang telah dikuatkuasakan.

Dalam erti kata lain, Surat Pekeliling Ikhtisas adalah ketetapan dan keputusan yang telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai sebarang kegiatan di sekolah. Fungsinya ialah untuk melindungi guru atau individu yang bertanggungjawab dalam sesuatu kegiatan andainya berlaku sebarang masalah ataupun kecelakaan.

Sesungguhnya proses menyiapkan kerja kursus ini penuh dengan cabaran dan ujian. Antara cabaran besar yang saya terpaksa hadapi adalah kekangan masa dan tarikh penghantaran bagi tugasan – tugasan lain yang hampir sama dengan tugasan ini. Kesilapan saya ialah terlalu leka dengan tugasan-tugasan lain sehingga tugasan ini terabai.

Pada saat-saat akhir,

barulah saya tumpukan pada tugasan ini yang menyebabkan berlaku sedikit kekalutan dalam menyiapkannya.

Akhirnya, semoga tugasan ini dapat memberi manfaat dan pedoman kepada saya. Segala kelemahan dan kesilapan yang wujud, insya Allah akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Mok Soon Sang, (2008). Pengurusan Kokurikulum dan Pendidikan Sukan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.