Saya telah menjalankan kajian secara berkumpulan yang bertajuk bangunan bersejarah, Muzium Sultan Abu Bakar, Istana Besar Johor di Johor Bahru, Johor. Terdapat beberapa hasil kajian yang saya dapat dengan menjalankan kajian ini.
Muzium Sultan Abu Bakar iaitu Istana Besar Johor telah dibina pada tahun 1864 dan siap sepenuhnya pada tahun 1866 sebaik sahaja sebelum Sultan Abu Bakar melawat Eropah untuk kali pertama. Bangunan ini dibina oleh Sultan Abu Bakar, sultan negeri Johor yang ke-21 yang pada ketika itu digelar Bapa Johor Moden dan dijadikan sebagai kediaman rasminya. Lokasi Muzium Sultan Abu Bakar ialah di Sayap Utara Istana Besar Johor dan menghadap Selat Melaka. Muzium Sultan Abu Bakar mempunyai tiga buah bangunan yang menempatkan pelbagai koleksi unik keluarga DiRaja Johor seperti hadiah-hadiah dari pembesar dunia, koleksi barangan perak, pakaian, koleksi gambar-gambar lama keluarga DiRaja bermula dari zaman Sultan Abu Bakar, koleksi perburuan dan sebagainya. Bangunan ini telah diperbesarkan dan dipercantikkan lagi dalam beberapa tahun. Sultan Abu Bakar yang mengarah pembinaan istana ini mahukan istana ini dibina dangan pengaruh Renaissance tetapi dipengaruhi dengan gaya Melayu-Inggeris dan dibina oleh pekerja tempatan dibawah arahan arkitek Eropah. Kebanyakan perabot di istana ini ditempah khas dari England pada tahun 1866 dan Bginda sendiri juga telah memantau pembinaan taman di istana ini.
4
Dahulu, Muzium Sultan Abu Bakar yang juga diberi nama Istana Besar Johor menjadi kediaman rasmi bagi keluarga DiRaja Sultan Abu Bakar dan sekarang, bangunan ini dijadikan muzium dengan rasminya pada tahun 1982. Muzium ini juga digunakan untuk acara rasmi kerajaan negeri dan nagara dan menjadi salah satu peninggalan sejarah yang amat berharga bagi negeri Johor selain menjadi salah satu bangunan yang tertua di Johor Bahru.
5
Berdasarkan kajian yang saya jalankan, saya berasa bangga kerana saya salah seorang rakyat Malaysia yang tinggal di negeri Johor kerana terdapat pelbagai bangunan bersejarah di negeri ini.
Seperti bangunan yang saya kaji, saya mendapati bahawa Sultan Abu Bakar ialah seorang sultan yang berwibawa. Selain membina Muzium Sultan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai Istana Besar Johor, baginda juga telah membina sebuah sekolah pada tahun 1930 yang dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar atau English College. Saya berasa kagum kerana sehingga sekarang bangunan yang dibina ini masih lagi dugunakan sebagai pemberi maklumat.
6 PETA GAMBAR LAKARAN