HASIL KAJIAN Nama Bangunan: - Nama bangunan ini diambil bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah pada masa itu, iaitu Sultan Abdul Samad pada tahun 1896.Pada asalnya bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama Sultan Abdul Samad.
Latar Belakang: -
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama serta
bersejarah yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad ini mengambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan ini merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gah pada ketika itu.
Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walaubagaimanapun, perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H Mitchell iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat pada ketika itu. Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu(F.M.S) di bawah satu Bangunan pembahagian (Grand Propotion) dan pertembungan simetri yang klasik(classic symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri “The Raj Style” mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini. Kos
pembinaanya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan. Perasmian bangunan ini dirasmikan sepenuhnya pada tahun 1971.
Keistimewaan Bangunan: Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British yang bernama Anthony C. Norman(yang bekerja di jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E Spooner. Anthony C. Norman telah menghabiskan masanya di benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad ini. Pelan:-
Pelan Tingkat Bawah
Pelan Tingkat 1
Pelan Tingkat 2
Pelan Mezanin
Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.
Tampak:-
Tampak Hadapan
Tampak Kanan
Tampak Belakang
Tampak Kiri
Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti bahawa bangunan in terdapat 3 kubah yang menghiasi bangunan ini. Diperingkat awalnya bangunan ini diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam, namun kin ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga.
Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah disiap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan kos anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Kerajaan Australia pada waktu itu telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam tanpa menjejaskan bahagian luarnya.
Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung.
Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak mempunyai pendingin udara. Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4 juta buta-bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi, keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah
pembinaan bangunan tersebut. Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad pada zaman dahulu telah dijadikan
Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat
Residen-General dan Pejabat Besar Pos, manakala kegunaan sekarang telah dijadikan sebagai Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.