1.0
PENGENALAN
Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Ponteng sekolah adalah sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak masyarakat kita mengenal alam persekolahan. Menurut Rasidah binti Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan.
Mohamed Yunus (1994) mendefinasikan ponteng sebagai tidak datang ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah dari segi sekolah atau ‘tuang’ dengan tidak diketahui oleh ibubapa atau guru. Yaakub (1976, dlm Aminah, 1994) pula mentakrifkannya sebagai murid yang tidak hadir di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini termasuklah pelajar yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu yang sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka di dalam bilik darjah masing-masing. Menurut Ibrahim Saad (1982), ponteng adalah mereka yang sengaja tidak ke sekolah. Mereka keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah dan beg berisi buku-buku, sebaliknya pergi ke kebun, memancing ikan, mandi di lombong atau berfoya-foya dipanggung wayang atau kompleks membeli belah.
1
Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa tingkat, dari tingkat bawah hingga tingkat tertinggi. Antara tingkat-tingkatnya ialah ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat, ponteng kelas dan ponteng sekolah. Walaupun adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana pun undang-undang dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama. Kegiatan ponteng dilakukan sama ada secara individu atau secara berkelompok. Kebanyakan pelajar yang ponteng sekolah secara berkelompok cenderung untuk memilih sebuah kawasan untuk dijadikan tempat untuk melepak. Masa atau hari untuk ponteng biasanya telah dirancang dan dapat dikenal pasti traitnya. Contohnya kegiatan ponteng sekolah memuncak pada hari Isnin dan Jumaat atau Ahad dan Khamis (PTS, 2005).
Sehubungan dengan itu, sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu sehaluan dan bergabung tenaga dalam menangani masalah ponteng dan akhlak pelajar. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana yangdikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Mahathir, 1991). Wawasan murni yang diharapkan kelak hanya dapat dilihat kepada keratan-keratan akhbar sahaja tanpa berlaku perubahan pada masyarakat jika sekiranya masalah sosial ini tidak diselesaikan dengan segera dan ditangani dengan sebaik mungkin.
Ponteng adalah salah satu kes salah laku pelajar yang berlaku di semua sekolah rendah dan menengah sama ada bilangannya kecil ataupun besar. Namun ia adalah masalah yang serius 2
membabitkan pihak sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Ia berlaku tidak kira di sekolah luar bandar ataupun di bandar dan bertambah dari hari ke hari. Masalah ponteng sekolah tiba-tiba menjadi perhatian umum apabila akhbar melaporkan 50% daripada pelajar di sebuah sekolah menengah di Felda Setiu, Terengganu mencatatkan hanya 50% pelajar sahaja yang ke kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis. Masalah ponteng sekolah ini telah menarik pandangan semua lapisan masyarakat terutamanya pemimpin dan pendidik. Masalah ini terus menarik perhatian ramai apabila pada 4 dan 5 April 2001 lalu akhbar-akhbar utama negara menyiarkannya secara berturut-turut. Ini menampakan masalah ponteng perlu diberi perhatian yang lebih supaya generasi yang akan datang tidak terjejas kecemerlangannya.
Kes ponteng juga semakin serius. Perangkaan pada tahun 1994 menunjukkan terdapat 5,636 kes ponteng di sekolah menengah (Utusan Malaysia, 1994). Angka ini semakin meningkat kepada 38,053 kes. (Berita Harian, 18 Ogos 2000). Bilangan kes ponteng sekolah menjadi masalah disiplin yang paling tinggi peratusnya berbanding dengan masalah disiplin yang lain. Ini diakui dalam laporan disiplin tahunan 1992 Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Permasalahan ini terjadi dari berbagai faktor seperti faktor kemiskinan, pengaruh rakan sebaya, sikap pelajar itu sendiri dan juga faktor sekolah. Walau apapun faktornya, ponteng menjadi satu penyakit yang merbahaya dan mudah tersebar kepada pelajar lain serta merugikan pelajar, ibu bapa, pihak sekolah dan negara keseluruhannya.
Dalam beberapa kes salah laku pelajar, ponteng sekolah adalah merupakan kes yang sentiasa berlaku di semua sekolah dan ia menjadi masalah yang besar kepada guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa. Pelajar yang terlibat akan ketinggalan dalam pelajaran dan juga pencapaiannya dalam akademik akan terjejas. Ini membawa kesan buruk kepada negara, iaitu 3
menjejaskan kecemerlangan generasi akan datang. Mengikut Mohamed Yunus (1994), pelajar yang ponteng sekolah biasanya memberi contoh yang buruk di sekolah. Umumnya mereka mempunyai rasa benci terhadap persekitaran sekolah. Justeru, mereka sering dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin seperti tidak menghiraukan arahan guru, tidak membuat tugasan sekolah dan merosakan harta benda sekolah. Hal ini menimbulkan kerisauan kepada guru dan pihak pentadbiran. Gejala ponteng yang berleluasa juga menggambarkan tahap disiplin sekolah telah merosot.
Ponteng adalah umpama virus yang boleh membantutkan kecemerlangan pendidikan. Ia juga boleh mengheret seseorang itu kepada perbuatan salah laku yang lebih serius lagi seperti merokok, mencuri, menghisap dadah, peras ugut dan lain-lain aktiviti jenayah. Justeru, ia perlu dibenteras dengan segera. Pembanterasan gejala ponteng ini dapat membantu kepada kecemerlangan pendidikan negara dan seterusnya menjadi pendokong kepada usaha-usaha untuk mencapai wawasan negara pada tahun 2020 Malaysia. Tingkah laku ponteng boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang perlakuan ponteng yang diberikan oleh para sarjana barat dan dalam negara.
2.0
STATISTIK PONTENG DI MALAYSIA
Mengikut Mohamed Yunus (1994) juga, kebanyakan daripada pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka yang berumur tiga belas hingga enam belas tahun. Pada peringkat umur lima belas tahun pelajar-pelajar lebih menumpukan masa untuk membuat persiapan bagi menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR). Begitu juga, kebanyakan 4
daripada mereka yang ponteng adalah pelajar lelaki dan keturunan Melayu. Kajian yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru bulan Januari 1998 hingga April 1998 sekolah menengah menunjukan;
Jadual 2.1: Jumlah Dan Jenis Kes Ponteng Di Daerah Johor Bahru Jan-April 1998 Jenis Ponteng Kelas Ponteng Sekolah Ponteng Perhimpunan Ponteng Ko-kurikulum Jumlah Salah laku
Jumlah kes 117 446 47 7 617
Mengikut Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), ponteng sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh National Foundation of Educational Research di England dan Wales mendapati pelajar-pelajar lelaki mempunyai kekerapan melakukan kesalahan disiplin yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan (Smith, 1969).
Hasil kajian ini adalah selari dengan hasil kajian yang diperolehi oleh Kratchoski (1975), di mana beliau mendapati bahawa masalah ponteng di kalangan pelajar-pelajar lelaki adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan masalah ponteng yang dilakukan oleh pelajar-pelajar perempuan. Sementara itu , Ivan (1975), juga mendapati kadar kekerapan melakukan kesalahan disiplin adalah jauh lebih tinggi dilakukan oleh pelajar lelaki berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan di sekolah yang sama. Daripada hasil kajian-kajian di atas, kesimpulannya menunjukkan bahawa masalah disiplin adalah lebih tinggi di kalangan pelajar-pelajar lelaki jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar perempuan.
5
Menurut Hirsch ( 1972 ), pelajar-pelajar lelaki lebih membenci sekolah berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan dan mereka lebih banyak melakukan masalah melanggar disiplin sekolah berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan. Mussen (1974), menyatakan bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk membebaskan diri dari kawalan ibubapa. Sementara pelajar perempuan pula menganggap kawalan ibubapa adalah adil, benar dan bertimbang rasa. Begitu juga keadaan di sekolah, pelajar lelaki menganggap kawalan guru menyebabkan mereka merasa terkongkong dan ingin melepaskan diri dari disiplin yang dikenakan. Ini adalah berbeza dengan pelajar perempuan yang menganggap bahawa kawalan guru semasa di sekolah adalah perlu.
Menurut Marzita Abdullah (2005), seramai 5807 pelajar telah diperikasa sepanjang tahun 2002 hingga 2004 dalam operasi ponteng sekolah iaitu OPS Sayang yang telah dijalankan oleh polis di seluruh Negara. Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Menurut Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran D1 Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Aishah Mohammad, daripada 153 pelajar yang diperiksa di negeri itu, 78 orang adalah pelajar perempuan manakala 75 orang adalah pelajar lelaki. Perak merupakan negeri yang paling banyak melancarkan operasi itu sepanjang tempoh tersebut. Sebanyak 299 Ops Sayang dilancarkan di Perak diikuti Johor (92), Pahang (83), Sabah (80), Negeri Sembilan (31), Kuala Lumpur (30), Kedah (22), Perlis (7), dan masing-masing lima operasi di Kelantan dan Pulau Pinang. 6
Walaupun Perlis hanya melancarkan tujuh operasi namun jumlah pelajar yang diperiksa semasa operasi itu adalah melebihi pelajar di Johor yang melancarkan 92 operasi. Sebanyak 931 pelajar diperiksa di Perlis berbanding hanya 382 pelajar di Johor. Menurut Aishah walaupun jumlah pelajar yang tidak terlibat namun perkara tersebut perlu dibendung kerana gejala ponteng boleh menyumbang kepada kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar. Beliau mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan waran Perjawatan Unit Polis Sekolah yang bertanggungjawab memastikan sistem profil pangkalan data sentiasa dikemas kini (Marzita Abdullah, 2005).
3.0
FAKTOR-FAKTOR PONTENG
Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa fakor. Antaranya adalah suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan, 2006).
Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta
7
desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.
Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993), pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah.
Gejala ponteng oleh pelajar juga merupakan tingkah laku hasil daripada sikap pelajar bertindak balas dengan persekitaranya. Menurut N. Rajendran (1994) ponteng berkait rapat dengan sikap pelajar dengan pengajaran guru. Pengajaran guru yang tidak menarik akan menyebabkan pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran. Sekiranya guru tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah. Sikap guru yang suka berleter juga boleh mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Ada 8
golongan pelajar ponteng semata-mata kerana hendak mengelakkan dari leteran guru dengan melepak di tempat hiburan.untuk melepaskan masanya.
Sosio ekonomi keluarga juga boleh mempengaruhi pelajar ponteng. Menurut Aminudin Abd Wahid (1993), remaja yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian berjenama dan stail rambut yang baru, tetapi tiada wang yang mencukupi kerana sosio ekonomi keluarganya rendah, mereka akan rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. . Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah ponteng pelajar secara tidak langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok dan bungabunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat permainan dan perpustakaan. (Mok Soon Sang, 1992). Pengaruh sekolah amatlah penting dalam pembentukan personaliti kerana sosialisasi di rumah diikuti dengan sosialisasi di sekolah. Sekolah adalah institusi pendidikan yang membina personaliti berdasarkan nilai-nilai mumi. Personaliti guru menggalakkan gaya interaksi remaja. Guru mempengaruhi perasaan, aspirasi dan sikap anak remaja. Guru ada1ah individu yang boleh membina motivasi murid. Jangkaan guru terhadap pelajar adalah faktor yang mempengaruhi kemampuan remaja mengadaptasi kepada persekitaran.
Sekolah adalah tempat anak-anak dan remaja mula mendapat kawan yang ramai. Pelbagai ragam dan tingkah laku boleh didapati apabila mereka bergaul bersama. Akibat dari pergaulan inilah pengaruh tingkah laku terhadap remaja mula tersemai. Ikatan remaja bukan lagi sematamata dengan ibu bapa sahaja, malah mereka lebih condong kepada pengaruh rakan sebaya 9
(Kamaruddin,1996). Tingkah laku remaja ini adalah ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka. Remaja ini akan lebih mementingkan persetujuan daripada rakan sebaya dalam membuat sebarang keputusan.
Gejala ponteng nampaknya semakin diundang dalam kehidupan manusia moden melalui pengaruh media dan hiburan yang direka bagi memuaskan hawa nafsu dan naluri liar terutamanya remaja. Menurut Azizi Yahaya (2005) zaman remaja merupakan peringkat krisis identiti keremajaan. Mereka cuba menyelesaikan konflik ini, jika mereka tidak Berjaya menyelesaikan konflik ini, mereka akan tenggelam dalam kekeliruan, tidak berupaya membuat keputusan dan pilihan terutamanya berkaitan peranan amnya. O’Leary dan O’Leary (1972) menunjukkan bahawa anak-anak yang terkeluar daripada pengawasan ibubapa akan mencari rakan-rakan sebaya untuk meneruskan kehidupan mereka dan untuk mendapatkan hiburan. Adakalanya mereka terperangkap dengan kumpulan yang mengambil dadah, tidak bersopansantun, menipu, mencuri dan sebagainya. Menurutnya lagi, nasib remaja ini bergantung kepada jenis rakan sebaya yang mereka gauli.
4.0
PENDEKATAN TEORI-TEORI
Ada beberapa teori yang dapat menghuraikan tentang gejala ponteng di kalangan pelajar. Antara teori yang digunkan ialah:
10
4.1
TEORI KONSEP KENDIRI
Roger (1977) mengemukakan teori konsep kendiri yang mengandungi dua konsep iaitu organisme dan kendiri manusia. Organisme adalah pusat segala pengalaman yang melibatkan kesedaran bagi sesuatu masa. Kendiri meliputi apa yang kita percaya mengenai diri sendiri dan cara menilai setiap ciri-ciri diri sama ada ciri itu adalah kelebihan ataupun kelemahan. William Jame (1998) juga menyatakan bahawa ‘saya’ dapat diperolehi daripada pengalaman sosial. Sering kali individu memberi perhatian pada apa yang dikatakan oleh orang yang rapat seperti ibu bapa, rakan sebaya dan guru mengenai dirinya daripada aspek personaliti, sikap, nilai, rupa wajah dan sebagainya. Akibatnya, penilaian yang dilakukan dengan pelbagai cara dapat mencerminkan pandangan orang lain pada diri sama ada secara positif atau negatif.
Roger (1977) mengkaji perkembangan individu dari kecil hingga dewasa. Pembentukan personaliti secara umumnya adalah sama bagi semua individu. Oleh itu, pelajar yang tidak bermasalah disiplin, biasanya latar belakang keluarganya mempunyai konsep harga kendiri yang amat tinggi. Pelajar ini juga mendapat kasih sayang dan sokongan daripada ibu bapa mereka. Roger (1977) mempercayai palajar yang mempunyai masalah dan melakukan tindakan negatif boleh dididik oleh ibu bapa dengan memberikan prihatin terhadap anak mereka. Ibu bapa perlu menghormati pendapat anak mereka dan membetulkan kesilapan dengan hukuman yang sesuai. Ibu bapa harus meneliti remaja di luar kawasan rumah atau sekolah. Prinsip teori konsep kendiri dalam pendidikan adalah guru dan ibu bapa perlu mengadakan hubungan yang mesra dengan pelajar. Dengan adanya hubungan yang mesra dengan pelajar, pelajar akan meluahkan isi hati mereka dan dapat mengelakkan gejala negatif seperti ponteng sekolah.
11
4.2
TEORI PERTUKARAN SOSIAL
B. F Skinner (1953) menegaskan konsep peneguhan pada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam aspek bilik darjah. Hubungan interpersonal pelajar juga dapat dilihat daripada aspek peneguhan. Menurut B. F Skinner (1953) ganjaran yang diperolehi daripada rakan sebaya adalah tinggi berbanding dengan kos, maka nilai hasil perhubungan interpersonal yang tinggi. Kos adalah masa, emosi, dan tenaga serta perbelanjaan yang digunakan sepanjang tempoh membina hubungan persahabatan.
Pelajar pada peringkat kepuasan akan belajar membandingkan hasil hubungan interpersonalnya dengan paras perbandingan dirinya. Seterusnya pelajar akan membuat keputusan sama ada hubungan perlu diteruskan atau tidak. Paras perbandingan yang alternatif, pelajar dapat membandingkan hasil hubungan interpersonal yang baru. Pelaburan termasuk wang dan masa yang dilaburkan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Menurut Levinger (1980), daya tarikan menjadi pemangkin utama dalam pemilihan rakan baru. Pelajar pada peringkat pembinaan hubungan, mereka akan melihat sama ada rakannya seiras dengan dirinya dari segi sikap dan minat. Pada peringkat pertambahan sengit, kedua-dua rakan akan mengalami konflik yang serius dan tidak dapat diselesaikan. Seterusnya, perkembangan hubungan interpersonal itu akan mencapai peringkat penamatan.
12
McAdam (1982) menyatakan bahawa sifat dalam diri pelajar yang mempunyai keperluan bergabung yang tinggi akan menyertai aktiviti sosial secara aktif. Oleh itu pelajar lebih cenderung untuk membentuk kumpulan dan ponteng sekolah. Beleiau berpendapat bahawa sahabat yang terbaik bagi pelajar tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan mereka iaitu dari segi umur, jantina, keturunan, matlamat pendidikan dan pencapaian.
Menurut Anderson (1968), sifat fizikal, personaliti pengetahuan dan status sosial merupakan sifat yang penting untuk membina hubungan interpersonal yang baik dengan persekitaran. Penyelidik berpendapat bnahawa sifat-sifat di atas ini perlu wujud bagi membina hubungan mesra dengan keluarga, guru dan masyarakat sekeliling Oleh itu, berdasarkan tajuk penyelidikan, hubungan interpersonal pelajar dengan keluarga, rakan sebaya, guru dan rakan sebaya adalah amat penting. Perhubungan ibu bapa yang rapat dengan anak remaja dapat mewujudkan pelajar yang berdisiplin di sekolah dan dapat mengelakkan gejala ponteng.
4.3
TEORI SOSIAL BANDURA
Gejala ponteng merupakan tindakan agresif kerana ponteng wujud hasil cetusan kebosanan pelajar. Teori pembelajaran sosial sesuai untuk mengawal gejala ponteng di kalangan pelajar. Teori sosial boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu. Ini bererti persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku.
13
Kesesuaian tingkah laku bergantung kepada peraturan sosial sesuatu masyarakat dan tempat. Teori pembelajaran sosial ada1ah mengelakkan konsep-konsep seperti dorongan dan pengurangan dorongan bagi mereka yang percaya bahawa tingkah laku adalah telah ditetapkan. Menurut Bandura (1977), seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain dan menyimpan maklumat secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut. Persembahan ini akan dikawal dan diproses oleh penggabungan persekitaran dan kognitif melalui motivasi yang diberikan. Bandura (1977), juga mendapati bahawa kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem tingkah laku yang agresif. Bandura (1977), juga menekankan bahawa manusia akan mempelajari standard peribadi yang berkaitan dengan peneguhan dan dendaan yang digunakan untuk menilai tingkah laku sendiri. Pembelajaran cerapan adalah individu belajar sesuatu tingkah laku dengan melihat dan kemudian melakukannya ia boleh dalam bentuk tingkah laku imitatif (peniruan) atau bukan initatif.
Bandura (1977) menyatakan bahawa tingkah laku individu mempengaruhi persekitaran. Persekitaran yang berubah akan mempengaruhi tingkah lakunya. Individu juga mempengaruhi kedua-dua tingkah laku dan persekitaran. Bandura (1977), menyatakan walaupun terdapat interaksi antara individu, persekitaran dan tingkah laku, setiap satu daripada komponen tersebut boleh lebih mempengaruhi daripada yang lain. Ini bermakna kepercayaan seseorang dapat dijadikan sebagai penentu ke atas tindakan yang akan dilakukan oleh seseorang.
4.4
PELAZIMAN OPERAN BURRHUS FREDERIC SKINNER
Walaupun idea pelaziman operan berasal daripada Edward Thorndike, namun B.F. Skinner (1904-1990) adalah tokoh yang paling dikaitkan dengan pelaziman operan. Beliau merupakan tokoh utama dalam behaviorisme yang mendakwa bahawa penyebab kepada tingkah laku
14
terdapat dalam persekitaran dan bukan akibat daripada peristiwa-peristiwa mental dalaman seperti pemikiran, perasaan, atau persepsi. Peristiwa-peristiwa mental dalaman itu sendiri sebenarnya merupakan satu tingkah laku, dan seperti bentuk tingkah laku yang lain, adalah dibentuk dan ditentukan oleh persekitaran.
Dalam pelaziman operan, peneguhan akan memperkukuhkan tingkah laku. Peneguhan akan mengikuti tindakan yang diperkuatkan. Misalnya, setelah melakukan tingkah laku tidak ponteng akan memperolehi peneguhan (pujian) dan peneguhan ini memperkuatkan lagi tingkah lakunya (iaitu cenderung untuk hadir pada masa akan datang). Dengan itu, dalam pelaziman operan, subjek adalah diperteguhkan oleh kesan atau konsekuen yang menyeronokan (pujian). Dua jenis peneguhan operan dikenal pasti sebagai peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif merujuk kepada konsekuen atau hasil tingkah laku yang positif, agar tingkah laku akan sering diulang kembali. Tingkah laku tidak ponteng menyebabkan ia menerima peneguhan positif iaitu pujian. Dalam bahasa umum, ia dirujuk sebagai ganjaran positif. Apabila melakukan tingkah laku yang betul, kita biasanya menerima ganjaran sama ada dalam bentuk pujian atau pun material. Tingkah laku yang sering diulang kembali akibat diberi ganjaran dikenali sebagai gerakbalas operan, sementara konsekuen positif (ganjaran) dinamakan sebagai peneguh positif. Peneguh positif dikategorikan kepada tiga, iaitu peneguh asas, peneguh sekunder dan peneguh sosial.
Peneguh asas merujuk kepada peneguh yang secara semulajadi adalah meneguhkan dan tidak perlu diperolehi melalui pembelajaran. Contohnya seperti makanan, air, kehangatan, rangsangan, aktiviti fizikal, dan kepuasan seksual. la kadang kala dinamakan sebagai peneguh
15
yang tidak dipelajari. Peneguh sekunder merujuk kepada peneguh yang memainkan bahagian penting dalam pelaziman operan. Peneguh ini dipelajari melalui pelaziman klasik. Ianya menjadi peneguh kerana ia dikaitkan dengan rangsangan lain. Contohnya, wang sebagai peneguh sekunder, kerana wang dikaitkan dengan keupayaan membeli sesuatu yang kita kehendaki.
Peneguh sosial merujuk kepada peneguh yang bergantung kepada orang lain. Peneguh sosial yang biasa adalah seperti kemesraan, perhatian, penerimaan, pengiktirafan, senyuman, dan penghormatan. Peneguh positif ini hendaklah diberi dengan kadar segera iaitu sebaik sahaja gerak balas. Jika ganjaran itu ditangguhkan proses pembelajaran akan terbantut. Peneguh positif juga hendaklah diberi secara konsisten. Jika pemberiannya tidak konsisten ia akan menjejaskan pembelajaran terutama di peringkat awal pembelajaran. Peneguh positif juga mestilah sesuatu yang bermakna kepada subjek iaitu sesuatu yang menyenangkan atau mengembirakan.
Peneguhan negatif adalah peneguh yang tidak semestinya terdiri daripada peristiwaperistiwa yang positif. Dalam situasi tertentu konsekuen peneguhan adalah melalui penyingkiran atau pengelakan / penghindaran peristiwa negatif. Contohnya, pelajar yang sering dileteri oleh guru kerana lewat masuk kelas, maka pelajar tersebut akan ponteng untuk mengelakkan daripada dileteri oleh guru. Tindakan ponteng itu akan meneguh tingkah laku anda, iaitu pada masa akan datang anda akan bertingkah laku untuk mengelakkan daripada dileteri oleh guru anda.
Semasa pelaziman lepas diri, operan (tingkah laku) adalah diperteguhkan kerana tingkah laku tersebut memberhentikan (membuang) peristiwa yang berlaku yang dirasakan tidak menyenangkan. Misalnya, jika pelajar yang melakukan ponteng, mereka akan didenda cuci tandas. Pada masa akan datang mereka akan didenda cuci tandas apabila didapati ponteng
16
sekolah. Tingkah laku mencuci tandas itu telah diperteguhkan, supaya peristiwa negatif itu diberhentikan. Pelaziman lepas diri merupakan satu bentuk peneguhan negatif kerana sesuatu yang negatif telah dihilangkan (dikurangkan). lanya dipanggil pelaziman lepas diri kerana individu mahu melepaskan diri daripada sesuatu yang negatif.
Dalam pelaziman menghindar, tingkah laku mempunyai konsekuen yang boleh menyebabkan sesuatu yang negatif tidak akan terjadi atau berlaku, yang sebaliknya kemungkinan akan berlaku. Misalnya, kita pernah dimarahi oleh ibu kerana tidak mengemaskan bilik tidur. Maka kita akan mengemaskan bilik tidur setiap pagi untuk menghindarkan diri daripada dimarahi oleh ibu. Ini kerana tingkah laku mengemas bilik adalah diperteguhkan dengan mengelakkan diri daripada sesuatu yang negatif (dimarahi).
Teknik yang paling berkesan ialah menggunakan pendekatan B.F Skinner. Menurut Skinner (1932), sebelum kita mengubah perlakuan sesuatu organisma, kita hendaklah bermula dengan mengenal pasti potensi organisma dan apa yang hendak diubah. Skinner juga berpendapat sesuatu respon perlakuan terakhir boleh dihapuskan melalui ganjaran atau hukuman.
5.0
LAPORAN KAJIAN INTEVENSI SEKOLAH DI KOTA KINABALU
17
Pengkaji telah melakukan sebuah kajian kecil ke atas dua buah sekolah mengenai cara-cara pencegahan dan intevensi atau langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak sekolah apabila berlakunya tingkah laku delinkuen di kalang pelajar sekolah tersebut. Dua buah sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran dan Sekolah Menengah Kebangsaan Likas dimana, kajian ini dilakukan pada dua hari yang berlainan iaitu SMK Badin pada Ogos 21, 2009 (khamis) dan SMK Likas pada Oktober 3, 2009. Hal ini disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan masa yang sesuai bagi setiap ahli kumpulan.
Kami juga menyediakan satu soal selidik (sila rujuk pada lampiran 1) mengenai masalah delinkuen yang paling kerap, intervensi atau langkah-langkah yang diambil oleh pihak sekolah apabila berlaku tingkah laku delinkuen di kalangan pelajar, dan kesan atau perubahan yang berlaku sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan teknik temu bual bagi memahami lebih lanjut mengenai keadaan masalah delinkuen di sekolah kajian dan intervensi yang dilakukan.
Oleh kerana, beberapa guru yang berkaitan seperti guru disiplin dan guru kaunseling kedua-dua sekolah tidak dapat terlibat sama dalam kajian ini kerana sesi pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti-aktiviti rasmi seperti perbincangan dan krusus. Maka, guru-guru lain seperti Penolong Kanan Bahagian Sukan dan Rekreasi (SMK Badin) dan guru-guru disiplin dan Penolong Kanan Petang (SMK Likas) telah dipilih bagi membantu kajian ini. 5.1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADIN, TUARAN
18
Menurut Penolong Kanan Bahagian Sukan dan Rekreasi, Encik Salleh Bin Kasim yang mempunyai pengalaman mengajar selamah 30 tahun di sekolah tersebut, tingkah laku delinkuen yang paling tinggi berlaku di sekolah tersebut adalah tingkah laku ponteng. Terdapat dua bentuk ponteng iaitu ponteng kelas dan sekolah. Ponteng kelas merujuk kepada tingkah laku pelajar yang berada di sekolah tetapi tidak memasuki kelas semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar yang ponteng kelas ini biasanya akan memilih kelas matapelajaran yang disukainya untuk berada dalam kelas. Kelas matapelajaran yang kurang disenanginya, pelajar tersebut akan berada di kelas lain atau dimana-mana tempat di sekitar atau di dalam sekolah.
Ponteng sekolah merujuk kepada tingkah laku pelajar yang langsung tidak datang ke sekolah tanpa alasan-alasan yang munasabah atau jelas. Pelajar yang ponteng sekolah biasanya akan berpura-pura pergi ke sekolah dengan memakai baju sekolah semasa keluar dari rumah mereka. Namun, pelajar ini tidak pergi ke sekolah atau tidak berada di sekolah sepanjang sesi persekolahan dan berada di luar kawasan sekolah.
Kebiasaanya, SMK Badin akan menggunakan satu sistem rekod bagi menghukumi pelajar-pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng ini. Sistem rekod ini bertindak sebagai suatu alat pencegahan dan intevensi pada masa yang sama. Pada peingkat awal, pelajar yang didapati ponteng, guru kelas pelajar atau guru kaunseling di sekolah tersebut akan cuba berbincang mengenai masalah dan menasihati pelajar tersebut serta surat amaran yang berwarna putih dari sekolah akan diberikan kepada pelajar tersebut.
19
Selain itu, surat amaran atau rekod yang berwarna putih menunjukan keadaan tersebut masih dalam kawalan. Pada peringkat ini, pelajar tersebut perlu meminta tanda tangan salah seorang guru di sekolah tersebut setiap pertukaran kelas selama sebulan. Sekiranya terdapat perubahan sikap atau kehadiran pelajar berkenaan, pihak sekolah akan memberi penghargaan atau hadiah kepada pelajar tersebut semasa perhimpunan bagi menggalakan perubahan tingkah laku yang positif akan berterusan. Penghargaan juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai rekod kehadiran yang baik.
Kad rekod berwarna merah akan dikeluarkan kepada pelajar yang sama sekiranya, tidak terdapat perubahan. Pada peringkat ini, sekolah akan menggantung pelajar berkenaan dan memanggil ibu bapa pelajar tersebut bagi memberitahu bahawa anak mereka telah digantung sekolah kerana masalah anak mereka. Selain itu, khidmat kaunseling juga diberikan.
Sekiranya pelajar tersebut masih tidak berubah, kad berwarna hijau akan diberikan kepada pelajar terbut dan warna hijau ini juga menunjukkan tahap serius masalah tersebut. Pada peringkat ini, pelajar ini akan digantung tanpa bertarikh dan pelajar ini harus menghantar surat rayuan kepada Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu. Seterusnya, satu surat perjanjian di antara pelajar dan sekolah akan dilakukan sekiranya rayuan pelajar itu diterima.
20
5.2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIKAS, KOTA KINABALU
Menurut guru disliplin siding petang di SMK Likas, Encik Awang Mohammed Faris Bin Iskandar Sham yang telah memegang jawatan sebagai guru disiplin di SMK Likas selama 3 tahun dan 2 tahun di sekolah lama beliau, tingkah laku delinkuen yang paling kerap berlaku adalah memakai pakaian dan stail rambut yang tidak sesuai di sekolah. Manakala, ponteng merupakan kekerapan yang kedua tertinggi di kalangan pelajar SMK Likas sidang atau sesi petang. Tindakan disiplin dilakukan secara berperingkat kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen ponteng ini (sila rujuk carta aliran kes ponteng).
Rajah 1: Carta Aliran Kes Ponteng
Kes ponteng dikendalikan oleh guru kelas dimana, pada peringkat pertama, pelajar akan menerima teguran atau amaran awal daripada guru kelas. Perbincangan diantara pelajar dan guru kelas dijalankan bagi mengenal pasti masalah pelajar yang berkenaan. Sekiranya, tiada perubahan positif berlaku, amaran pertama akan diberikan kepada pelajar dan sesi kaunseling dijalankan bagi kes-kes yang berulang dan serius. Selepas amaran terakhir, sekolah akan mengantung tanpa tarikh ke atas pelajar berkenaan.
Gantung tanpa tarikh ini bermakna, tiada satu tarikh yang khusus diberikan dan ianya bergantung dengan urusan di Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu. Pada peringkat ini, ibu bapa akan mengemukan surat rayuan di Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu dan jika rayuan di Pejabat Pendidikan, sekolah akan menerima pelajar tersebut. Namun, suatu perjanjian akan dilakukan
21
diantara tiga pihak iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar dimana, pelajar dan ibu bapa mereka berjanji bahawa anak mereka akan berubah.
Pembuangan kali ke-dua berlaku apabila perjanjian tidak ditepati iaitu pelajar tersebut mengulang semula tingkah laku delinkuen potengnya. Ini bermakna, sekolah tidak akan menerima sebarang rayuan untuk pelajar ini diterima belajar semula oleh sekolah tersebut.
6.0
PERBINCANGAN
Pada bahagian perbincangan ini, pengkaji akan membincangkan kesesuaian intervensi yang digunakan oleh kedua-dua sekolah iaitu SMK Badin, Tuaran dan SMK Likas, Kota Kinabalu. Selain itu, pengkaji juga memberikan cadangan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah ponteng berdasarkan pendekatan teori yang telah dibincangkan sebelumnya. Selain itu, konsep lima kemahiran C (five Cs of Competency) juga digunakan dimana, konsep lima kemahiran C ini menunjukkan lima komponen asas dalam intevensi. Intenvensi yang baik harus mempunyai kelima-lima komponen tersebut.
22
Konsep lima kemahiran C ini digunakan bagi meningkatkan ketahanan seseirang pelajar, sekiranya pelajar iti mempunyai ketahanan yang tinggi ianya, dapat membantu pelajar tersebt daripada terjerbak dengan masalah-masalah sosial seperti ponteng. Terdapat lima komponen asas dalam sesuatu program pencegahan dan intervensi awal iaitu (1) critical school competenches, (2) consept of self, (3) connectedness, (4) coping ability, dan (5) control.
6.1
CRITICAL SCHOOL COMPETENCHES
Kemampuan sekolah kritikal (Critical school competenches) terdiri daripada kemahiran asas dan kemahiran hidup akademik. Kemahiran akademik memainkan peranan penting dalam kehidupan. Contoh kemahiran akademik adalah kemahiran membaca, menulis, mengira dan lain-lain. Pendedahkan atau menghantar remaja ke sekolah tinggi adalah bertujuan untuk mengembangkan kemahiran asa akademik. Kemahiran hidup akademik termasuk kemampuan bersosial yang penting dalam meneruskan kehidupan sebagai seseorang individu yang matang.
Kemampuan sosial boleh digambarkan sebagai kebolehan menggunakan sumber peribadi untuk mempengaruhi persekitaran dan untuk mencapai sesuatu hasil yang positif. Kemampuan sosial ini terbentuk dengan pelbagai kemahiran dengan bersama dengan orang disekeliling sebagai contoh kemahiran tersebut adalah pembentukkan hubungan dan persahabatan, penyelesaian masalah tanpa keganasan, ketahanan dan tegas dengan tekanan atau desakan rakan sebaya, dan perundingan hubungan dengan orang dewasa.
23
Kedua-dua buah sekolah sekolah telah menyediakan kedua-dua jenis kemahiran ini di dalam kelas samaada secara langsung atau tidak. Semua sekolah menyediakan kemahirankemahiran asas seperti kemahiran membaca dan mengira secara langsung dimana, ianya diajar oleh guru-guru di dalam kelas. Namun kemahiran hidup seperti kemahiran bersosial pula disediakan secara tidak langsung oleh sekolah dimana, setiap kelas mempunyai sejumlah pelajar. Pelajar dalam kelas dapat menperkembangan kemampuan bersosial mereka deng berinteraksi dengan rakan-rakan sekelas atau rakan sebaya mereka.
6.2
CONSEPT OF SELF
Self-esteem merujuk kepada kepercayaan terhadap nilai yang dipegang, kepentingan diri sendiri dan perkara yang disumbangkan. Konsep kendiri merujuk kepada keyakinan atau kepercayaan keseluruhan mengenai diri sendiri.
SMK Badin telah menggunakan komponen ini dalam langkah-langkah mengatasi masalah ponteng. Pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng ini akan diberikan 3 jenis rekod yang berlainan mengikut tahap masalah mereka. Apabila pelajar tersebut menunjukkan prestasi kehadiran yang baik atau perubahan yang positif, mereka akan diberikan penghargaan ke atas
24
sikap mereka yang positif. Penghargaan ini akan meningkatkan self-esteem dan membantu membina konsep kendiri mereka yang lebih baik.
Menurut teori pelaziman operan Burrhus Frederic Skinner yang menekan peneguhan positif dan peneguhan negatif yang dipercayai merupakan cara yang efektif dalam menyelesaikan masalah ponteng ini (How Lee Chan, 2007). Peneguhan positif merupakan penghargaan yang diberikan selepas terdapat perubahan kehadiran yang positif di kalangan pelajar yang telah menjalani hukuman kerana ponteng. Peneguhan negatif merupakan hukuman yang diberikan kepada pelajar ponteng iaitu meminta tandatangan guru setiap kali perubahan masa pembelajaran berlaku. Hukuman ini menyebabkan pelajar lain tidak ponteng kerana tidak mahu menerima hukuman. Manakala, pelajar lain akan bersikap baik atau tidak terlibat dengan masalah-masalah delinkuen seperti ponteng untuk mendapatkan penghargaan atau hadiah. 6.3
CONNECTEDNESS
Hubungan (connectedness) adalah pengalaman diantara diri dengan dunia termasuklah perasaan dipunyai (sense of belonging) dalam persahabatan dengan orang lain. Terdapat tiga yang berkaitan dengan hubungan iaitu komunikasi, perspektif pertuturan dan penyelesaian masalah hubungan.
Dalam kedua-dua sekolah, pendekatan connectedness ini digunakan dimana kedua-dua sekolah cuba memperbaiki hubungan diantara guru dengan pelajar di awal permasalahan. Guru yang terlibat adalah guru kelas, dimana guru ini akan cuba mendekati dan memahami masalah pelajar tersebut. Selain itu, pendekatan kaunseling juga digunakan bagi pelajar-pelajar yang 25
terlibat dengan poteng yang serius. Guru kaunseling menggunakan teknik kaunseling individu dan kaunseling kelompok dalam membantu pelajar-pelajar ini.
Selain itu, bagi meningkatkan hubungan diantara guru dan pelajar beberapa sambutan di sekolah dianjurkan dengan tujuan untuk mewujudkan silaturahim diantara guru dan pelajar. Antara program yang dianjurkan ialah hari guru, hari kebangsaan dan majlis akhir tahun setiap kelas. Anjuran-anjuran ini dapat merapatkan hubungan mereka melalui aktiviti-aktiviti seperti permainan yang memerlukan kerjasama.
Hubungan dengan pihak luar seperti polis dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), juga harus dipertingkatkan. Beberapa cadangan yang telah dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran D1 Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Aishah Mohammad, Beliau mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan waran Perjawatan Unit Polis Sekolah yang bertanggungjawab memastikan sistem profil pangkalan data sentiasa dikemas kini. ``Ia bertujuan mengekalkan `order in and around' persekitaran sekolah kondusif bagi pendidikan yang berterusan tanpa gangguan,'' katanya pada forum Menangani Masalah Ponteng: Pengurusan dan Tanggungjawab Bersama.
Forum tersebut bertema Budaya Profesionalisme dalam Pengurusan Pembangunan Murid sempena Seminar Kepengetuaan Kebangsaan ke-4 anjuran pelajar Sarjana Kepengetuaan Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ia disertai oleh Pengerusi Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PPPIBGN) Prof. Madya Mohd Ali Hasan dan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Akademi Islam UM. 26
Menurut Aishah juga (dlm Marzita Abdullah, 2005) berkata, melalui perjawatan tersebut memberi peluang kepada anggota polis yang terlibat untuk menumpukan tanggungjawab terhadap unit tersebut seperti yang dipraktikkan di San Diego City Schools Police di Amerika Syarikat (AS). Penubuhan Unit Polis Sekolah bertujuan mencegah jenayah melalui landasan prosedur penguatkuasaan dan mewujudkan interaksi positif antara pelajar, komuniti dan PDRM. Beliau juga menegaskan bahawa gejala ponteng tersebut tidak akan berjaya dibendung dengan hanya operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa. ``Ia hanya akan berjaya sekiranya semua pihak bersama-sama menjayakan termasuklah ibu bapa, guru, sekolah dan PIBG serta pihak berkuasa tempatan,'' katanya.
6.4
COPING ABILITY
Strategi daya tindak adalah penting kerana ianya merupakan strategi atau cara bagi mengurangkan atau menghadapi tekanan terutamanya menghadapi tekanan atau desakkan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya merupakan penyumbang utama dalam masalah ponteng ini. Oleh demikian, sekiranya ketahanan pelajar itu rendah maka, pelajar tersebut mudah dipengaruhi dan terjerbak dengan masalah delinkuen ini terutamanya masalah ponteng.
Namun, kedua-dua sekolah tidak mempunyai satu program atau langkah yang khusus dalam mengajar atau mendedahkan strategi daya tindak yang sesuai kepada pelajar mereka untuk masalah ponteng. Tetapi perjumpaan dengan guru kaunseling secara tidak langsung mendedahkan pelajar tersebut kepada strategi daya tindak. Ini menyebabkan pelajarmengalami
27
tekanan terutamanya pelajar yang menghadapi masalah-masalah daripada keluarga. Menurut guru disliplin siding petang di SMK Likas, Encik Awang Mohammed Faris Bin Iskandar Sham, pelajar-pelajar SMK Likas yang bermasalah kebanyakkannya datang daripada keluarga yang bermasalah seperti miskin, kematian ibu atau ayah, keluarga yang pecah belah dan persekitaran perumahan yang tidak baik.
Keadaan-keadaan ini akan memberikan tekanan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh demikian, pendedahan mengenai strategi daya tindak yang baik harus dimasukkan dalam langkah-langkah mengatasi masalah ponteng bagi kedua-dua sekolah tersebut. Program-program motivasi juga harus diadakan secara menyeluruh kepada kesemua pelajar tanpa memfokuskan pada sesetengah golongan pelajar sahaja.
6.5
CONTROL
Kekurangan kawalan merupakan katerialistik pelajar atau remaja yang berisiko. Kawalan merujuk kepada kebolehan membuat keputusan. Strategi perubahan kognitif merupakan salah satu dalam bentuk kawalan dimana pelajar akan melalui perubahan kognitif atau corak pemikiran yang seterusnya akan mengurangkan tingkah laku delinkuen seperti ponteng.
28
7.0
KESIMPULAN
Ponteng merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatankegiatan negatif. Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping memberi tumpuan kepada faktor di dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan.
Secara keseluruhannya, intevensi atau langkah-langkah yang diambil oleh kedua-dua sekolah adalah berkesan kerana terdapat perubahan yang positif selepas intenvensi dijalankan. Menurut guru disliplin siding petang di SMK Likas, Encik Awang Mohammed Faris Bin Iskandar Sham, sebanyak 50% pengurangan aktiviti ponteng selepas intenvensi dijalankan. Namun, intenvensi yang dijalankan tidak akan berjaya jika hanya satu pihak sahaja yang memberi komitmen. Oleh itu, ibu bapa, guru-guru, pihak pentabiran pendidikan, pihak berkuasa
29
seperti polis serta agensi-agensi bukan kerajaan harus saling berganding bahu dalam menangani masalah ponteng di kalangan pelajar. Begitu jua dengan peranan masyarakat.
30