Ini Merupakan 10 Bangunan Paling Tinggi Di Dunia.docx

  • Uploaded by: marlon henry
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ini Merupakan 10 Bangunan Paling Tinggi Di Dunia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,320
  • Pages: 53
Ini merupakan 10 bangunan paling tinggi di dunia Oleh Nepotif pada 04 Sep 2017 kategori Informasi

Terdapat banyak jumlah bangunan yang tinggi berada di dunia ini. Pada kali ini Iluminasi akan menyenaraikan 10 bangunan paling tinggi di dunia yang telah disenaraikan oleh The Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengukur dan mengiktiraf bangunan-bangunan yang tinggi di dunia. CTBUH dipertanggungjawabkan untuk mengukur titik ketinggian sesuatu bangunan yang melibatkan pelbagai aspek dan kategori seperti keluasan lantai,keluasan setiap tingkat,tingkat yang boleh ditambah atau dibuang dari bangunan tersebut. Ukuran tinggi ini juga dapat membantu dalam lalu lintas trafik udara merangkumi kawasan tersebut. Bandar bandar yang kian berkembang pesat merupakan faktor utama peningkatan pembangunan bangunan tinggi akibat kekurangan tanah dan juga persaingan untuk perkembangan ekonomi sesebuah negara. Fungsi dan cara pembinaan bangunan tinggi ini juga berubah mengikut peredaran masa termasuklah dari segi kos,bahan-bahan binaan dan juga rekabentuk. Pada 20 tahun yang lalu, Amerika Utara mempunyai 75 peratus bangunan tertinggi didunia tetapi ianya telah beralih ke Asia dan Timur Tengah. Kos pembinaan bangunan-bangunan ini juga telah meningkat kerana kerumitan pendekatan kejuruteraan yang diperlukan untuk menjadikannya lebih tinggi dan lebih tinggi. KLCC dahulunya pernah tersenarai dalam 10 bangunan tertinggi didunia tetapi kini telah digantikan oleh bangunan yang lain. Berikut adalah 10 bangunan tertinggi di dunia.

10. International Commerce Centre, Hong Kong - 1588 Kaki

Pusat Perdagangan Antarabangsa yang terletak di Hong Kong ini mempunyai ketinggian 1588 kaki dan terdapat 108 tingkat bangunan yang siap dibina pada tahun 2010. Pada masa itu bangunan pencakar langit ini mendapat tempat yang keempat di dunia dalam kategori bangunan paling tinggi dan kini ia telah tergelincir ke tempat yang ke sepuluh. Bangunan ini juga telah disewa oleh Ritz Carlton, Hong Kong. Bangunan ini juga mempunyai kolam renang dan bar tertinggi di dunia yang terletak di tingkat 108 bangunan tersebut. Bangunan ini juga mempunyai tempat pemerhati, pusat membeli-belah dan restoran mewah.

9. Shanghai World Financial Centre, China 1614 kaki

Shanghai World Financial Centre telah siap dibina pada tahun 2008 yang mempunyai ketinggian 1,614 kaki dan terdapat 101 tingkat bangunan. Ia terletak di daerah Shanghai yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Bangunan ini digunakan sebagai pusat kewangan dan perdagangan antarabangsa. Bangunan ini mempunyai bilik hotel, pejabat, dewan persidangan, dek pemerhati dan pusat membeli-belah. Menaranya mempunyai rekabentuk dan lubang trapezoid dia atas puncak dan mempunyai ciri kawalan udara yang dikenali sebagai Variable Air Volume (VAV) yang direka khas dengan rangka pepenjuru untuk mengurangkan daya lentur dan mampatan setiap orang yang berada di dalam bangunan, angin dan peralatan berat pada bangunan tersebut. Reka bentuk pencakar langit itu telah diterima secara positif oleh kebanyakkan orang.

8. Taipei 101, Taiwan - 1667 kaki

Taipei 101 mempunyai ketinggian 1667 kaki dan 101 tingkat bangunan ini terletak di bandar Taipei. Strukturnya telah dikenali ramai kerana pernah memegang kedudukan sebagai bangunan paling tertinggi di dunia selepas siap dibina pada tahun 2004. Bangunan ini mempunyai tirai tirai kaca yang cantik berwarna biru kehijauan yang unik di setiap tingkat. Bangunan ini direka bentuk dan dibina oleh C. Y. Lee & Partners dan KTRT Joint Venture. Bangunan pencakar langit ini mempunyai kelenturan dan daya tahan untuk menahan gegaran gempa bumi dan juga ribut. Struktur ini juga telah mendapat anugerah oleh Leadership in Energy and Environmental Design (LEED). Ia merupakan salah satu contoh seni bina postmodern.

7. CTF Finance Centre, China - 1739 kaki

Pencakar langit ini terletak di bandar Guangzhou, China dan dikenali sebagai Pusat Kewangan CTF adalah bangunan kegunaan campuran yang merupakan salah satu senarai baru dalam senarai 10 bangunan tertinggi di dunia ini. Ia selesai dibina pada Oktober 2016 dan telah dinobatkan sebagai salah satu bangunan yang mempunyai lif tercepat di dunia. Kelajuan lif tersebut dianggarkan mencapai kelajuan 44.7 batu sejam dan mempunyai 111 tingkat bangunan secara keseluruhan. Pusat membelibelah terdapat di bangunan ini dan ia juga mempunyai 1705 lot parkir kereta. Bangunan ini juga disediakan rumah pejabat dan terdapat sebuah hotel yang mempunyai 251 bilik pada 6 tingkat teratas.

6. One World Trade Center, Amerika Syarikat 1776 kaki

Mempunyai ketinggian setinggi 1,776 kaki dan terdapat 104 tingkat bangunan menjadikan One World Trade Center bukan sahaja bangunan tertinggi di bandar New York dan negara Amerika Syarikat tetapi juga di seluruh Hemisfera Barat. Bangunan ini telah siap dibina pada tahun 2014 dan ia dibina sebagai salah satu peringatan kepada bangunan New York One Trade Centre yang musnah akibat serangan 9/11. Bangunan ini dinamakan seperti bangunan yang asal. Bangunan ini telah direka dengan beberapa ciri khas terutamanya untuk sumber tenaga yang melibatkan penggunaan semula air hujan. Rancangan masa depan One World Trade Centre adalah untuk membina lima tingkat bangunan pejabat serta tapak peringatan dan muzium 11 September.

5. Lotte World Tower, Korea Selatan - 1819 kaki

Lotte World Tower terletak di Korea Selatan dan merupakan salah satu senarai terbaru yang dimasukkan dalam kategori 10 bangunan paling

tinggi di dunia. Bangunan ini siap dibina pada Mac 2016 dan menjadikannya ia bangunan kelima tertinggi di dunia. Perancangan membina bangunan ini mengambil masa selama 13 tahun dan pembinaan Lotte World Tower bermula pada Mac 2011. Bangunan ini mempunyai 123 tingkat bangunan dan enam di antaranya berada di bawah tanah. Bumbung bangunan tersebut direka khas dan dibina dengan kekuatan seperti itu untuk menahan gempa bumi dengan magnitud sehingga 9 pada skala Richter.

4. Pang An International Finance Centre, China - 1965 kaki

Pusat Kewangan Antarabangsa Pang An terletak di Shenzhen mempunyai ketinggian setinggi 1965 kaki dan juga merupakan salah satu bangunan yang tertinggi baru dimasukkan dalam senarai ini. Walaupun pencakar langit ini telah dirasmikan pada 2015 namun kerja pembinaannya masih berterusan dan dijangka siap pada tahun 2017. Bangunan ini mempunyai pusat persidangan, hotel dan terdapat juga ruang niaga di dalam sebuah pusat beli-belah mewah pada bangunan ini. Ia juga merupakan pejabat Pang An Insurance. Bangunan ini menggunakan sejumlah 33 lif berkembar untuk mengakses 115 tingkat bangunan tersebut.

3. Makkah Royal Clock Tower, Arab Saudi- 1972 kaki

Bangunan ini juga dikenali sebagai Abraj Al Baitis. Menara Jam Diraja Mekah adalah bangunan ketiga tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian setinggi 1,972 kaki. Bangunan ini terletak di bandar Mekah dan dimiliki oleh kerajaan Arab Saudi. Ia mempunyai sebuah hotel setinggi 120 tingkat dan telah siap dibina oleh Saudi Binladin Group yang merupakan firma pembinaan terbesar di Arab Saudi. Bangunan ini selesai dibina pada tahun 2012, manakala menara jam tersebut direka bentuk oleh firma seni bina Jerman SL Rasch GmbH dan firma Mahmoud. Dimensi

jam tersebut mempunyai keluasan 141 kaki persegi dan menjadikannya ia menara jam yang terbesar di seluruh dunia. Selain terdapat bilik-bilik hotel, menara ini juga mempunyai pusat persidangan, sebuah Muzium Islam, sebuah ruang solat yang boleh memuatkan sehingga 10,000 orang, Pusat pemerhatian anak bulan dan pusat membeli-belah lima tingkat. Terdapat 21,000 lampu LED berwarna hijau dan putih yang terletak di bahagian atas jam dan memberi isyarat jika tiba waktu solat. Lampulampu ini dapat dilihat dengan jarak pandangan sejauh 19 batu.

2. Shanghai Tower, China - 2073 kaki

Menara Shanghai mempunyai 121 tingkat bangunan setinggi 2,073 kaki adalah bangunan kedua tertinggi di dunia. Pembinaan Menara Shanghai bermula pada tahun 2006 dan mengambil masa selama lapan tahun

tempoh binaan sebelum selesai pada bulan Mac 2014. Bangunan ini juga mempunyai dek pemerhati tertinggi di dunia. Jumlah kos pembinaan bangunan ini adalah sebanyak $ 4.2 bilion. Menara ini terletak di daerah Shanghai dan juga bersebelahan dengan dua menara pencakar langit yang terkenal di dunia di Shanghai iaitu Jin Mao Tower dan Shanghai World Financial Centre. Bangunan ini direka bentuk oleh syarikat senibina Amerika Gensler yang menempatkan hotel dan pejabat. Ia mempunyai sejumlah 1,100 tempat letak kereta dan 320 bilik hotel. Struktur ini mempunyai pemandangan menarik dan unik.

1. Burj Khalifa, Dubai - 2717 kaki

Burj Khalifa yang pada awalnya dikenali sebagai Burj Dubai merupakan menara atau bangunan yang paling tinggi di dunia yang terletak di Dubai. Bandar Dubai yang kian berkembang pesat kini dalam perancangan untuk membina sebuah menara yang lebih tinggi dari Burj Khalifa ini. Burj Khalifa mempunyai 163 tingkat dengan ketinggian bangunan sebanyak 2,717 kaki tinggi. Bahan utama bangunan ini dibina daripada keluli dan konkrit dan ia di reka bentuk oleh Owings, Skidmore dan Merrill of

Chicago yang juga sebelum ini bertanggungjawab untuk mereka bentuk pencakar langit terkenal seperti Willis Tower dan One World Trade Centre. Syarikat Korea Selatan Samsung C & T juga terlibat dalam menjalankan bidang kejuruteraan serta pembinaan struktur ini telah siap pada tahun 2010. Bangunan ini merupakan projek yang dibiayai oleh kerajaan Emiriah Arab Bersatu untuk mengalihkan ekonomi negara tersebut dari sumber berasaskan minyak kepada salah satu sumber pelancongan dan perkhidmatan. Bangunan ini mempunyai 30,000 kediaman, 19 menara kediaman, tasik buatan manusia yang berjumlah 30 ekar, taman tema yang bersaiz tujuh ekar, sembilan buah hotel dan pusat membeli-belah. Suprastruktur ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa Emiriah Arab Bersatu dan juga menerima pujian kerana reka bentuknya yang tampak anggun dan menawan.

https://iluminasi.com/bm/ini-merupakan-10-bangunan-paling-tinggi-di-dunia.html

10.2.3 Bendera, Lagu dan Jata sebagai Lambang Negeri Posted onAugust 23, 2017 by sejkssrt6t1u2

1.

PERLIS

BENDERA PERLIS INDERA KAYANGAN

JATA NEGARI PERLIS

LIRIK LAGU AMIN AMIN YA RABALJALIL ( LAGU NEGERI )

Lagu Negeri Perlis 2. K E D A H

BENDERA KEDAH

JATA NEGARA KEDAH

LAGU NEGERI KEDAH- ALLAH SELAMATKAN SULTAN MAKHOTA

Lagu Negeri Kedah 3. P U L A U P I N A N G

BENDERA PULAU PINANG

JATA NEGERI PULAU PINANG

LAGU RASMI PULAU PINANG – UNTUK NEGERI KITA

Lagu Negeri Pulau Pinang

4. P E R A K

BENDERA PERAK

JATA NEGERI PERAK

LIRIK LAGU RASMI PERAK – ALLAH LANJUTKAN USIA SULTAN

Lirik Lagu Perak 5. S E L A N G O R

BENDERA SELANGOR

JATA NEGERI SELANGOR

LAGU RASMI SELANGOR – DULI YANG MAHA MULIA

Lirik Lagu Selangor 6. N E G E R I S E M B I L A N

BENDERA NEGERI SEMBILAN

JATA NEGERI SEMBILAN

LIRIK RASMI LAGU NEGERI SEMBILAN – BERKATILAH YANG DI-PERTUAN

Lagu Negeri Sembilan

7. M E L A K A

BENDERA MELAKA

JATA NEGERI MELAKA

LIRIK LAGU RASMI MELAKA – MELAKA MAJU JAYA

Lagu Melaka

8. J O H O R

BENDERA NEGERI JOHOR

JATA NEGERI JOHOR

LIRIK LAGU RASMI JOHOR – LAGU BANGSA JOHOR

Lagu Johor

9. P A H A N G

BENDERA NEGERI PAHANG

JATA NEGERI PAHANG

LAGU RASMI NEGERI PAHANG – ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI

Lagu Pahang

10. T E R E N G G A N U

BENDERA NEGERI TERENGGANU

JATA NEGERI TERENGGANU

LIRIK LAGU RASMI NEGERI TERENGGANU – SELAMAT SULTAN

Lagu Terengganu

11. K E L A N T A N

BENDERA NEGERI KELANTAN

JATA NEGERI KELANTAN

LIRIK LAGU RASMI NEGERI KELANTAN – SELAMAT SULTAN

Lagu Kelantan

12. S A B A H

BENDERA NEGERI SABAH

JATA NEGERI SABAH

LAGU RASMI NEGERI SABAH – SABAH TANAH AIRKU

Lagu Sabah

13. S A R A W A K

BENDERA NEGERI SARAWAK

JATA NEGERI SARAWAK

LIRIK LAGU RASMI NEGERI SARAWAK – IBU PERTIWIKU

Lagu Sarawak

14. W I L A Y A H P E R S E K U T U A N

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

JATA WILAYAH PERSEKUTUAN

LIRIK LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN – MAJU DAN SELAMAT

Lagu Wilayah Persekutuan=

LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat

menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang diPertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

3)KELUHURAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Malaysia Perlembagaan Persekutuan.

dikenali Prinsip

sebagai Keluhuran

Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undangundang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial). Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi

iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia. Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undangundang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada

membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu. Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.

ETNIK SABAH KEBUDAYAAN

DALAM

KEPELBAGAIAN

Share10 Pengenalan Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah negeri yang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Kadazan Dusun Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Tarian Sumazau Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik dan disambut oleh semua kaum lain Sabah. Masyarakat Bajau

Persandingan Masyarakat Bajau Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam. Tarian Brunsai Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik. Tarian Limbai Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambailambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. Murut

Pakaian tradisional Murut

Tarian lansaran masyarakat Murut Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik. Tarian Magunatip Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan lagi sesuatu upacara yang diadakan. Tarian Lansaran Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring. Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim . Pada masa lalu tarian

itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran. Suku-suku yang lain: Suku Momogun Rungus Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat. Kebanyakan suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian. Tarian Sumundai Monggigol Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang digunakan terdiri daripada 4 buah gong dan gendang yang dinamakan 'Tontog'. Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakkan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan semangat, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa. Suku Iranun Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Ini bagi mewujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong. Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Suku Idaaan Idaan adalah etnik yang menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 , etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layanglayang di dalam gua batu kapur di kawasan penempatan mereka. Sebahagian besarnya adalah muslim, tetapi sebahagian kecil suku kaum yang dikenali sebagai Begaak adalah animist. Selama beberapa abad etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial berasaskan sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang.

Suku Bisaya Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Kedatangan Islam dalam kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Kemahiran suku kaum ini dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, angsa, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan. Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka selain mahirr menangkap ikan. Tarian Bubu Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Mereka percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi bagi mereka dengan dunia lain. Suku Suluk Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,T uaran dan Telipok Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Tarian Balok-balok

Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni. Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan. Suku Tidung Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran. Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni. Tarian Zapin Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.

Kesimpulan Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/artikel/7481-etnik-sabah-dalam-kepelbagaiankebudayaan

Related Documents


More Documents from "Luqman Effendi"

Mt_175 Papar Nov 2018.xls
December 2019 6
Butir.docx
November 2019 16
Huruf Kecil.docx
November 2019 18
Aaaaa.docx
December 2019 37
June 2020 20