Bangunan bersejarah merupakan bangunan peninggalan daripada leluhur kita. Bangunan bersejarah lazimnya mempunyai signifikan dan ciri-ciri yang unik sehingga mampu dikagumi dan dilestarikan. Antara contoh bangunan bersejarah ialah Kota A’ Famosa di Melaka, Istana Menanti di Negeri Sembilan, dan Candi Lembah Bujang di Kedah. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan bangunan bersejarah ini sehingga perlu dikekalkan oleh kerajaan? Antara kepentingannya adalah dapat menarik kedatangan pelancong. Bangunan bersejarah sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri, sehingga mampu memancing hati pelancong, bukan sahaja pelancong asing, malahan pelancong domestik. Lihatlah, betapa Kota Melaka yang terkenal dengan bangunan bersejarah yang berbagai-bagai rupa menyebabkan kunjungan pelancong ke Bandar raya Bersejarah itu tidak pernah surut. Disebabkan negeri ini mempunyai banyak bangunan bersejarah, UNESCO telah mengisytiharkannya sebagai harta warisan dunia yang perlu dipelihara. Secara tidak langsung, pengekalannya telah membantu negara menambahkan pendapatan negara. Selain itu, bangunan bersejarah juga dapat mempamerkan estika dan keunikan seni binanya yang tersendiri. Sesungguhnya, setiap monumen bersejarah mempunyai gaya seni bina masing-masing, sama ada menerima pengaruh luar mahu pun dibina berdasarkan pengaruh tempatan. Misalnya, Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka jelas memperlihatkan keindahan seni binanya melalui pengaruh Inggeris dan Islam. Uniknya, bangunan ini mempunyai menara jam yang didirikan di tengah-tengah bangunan. Begitu juga dengan bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu di Kuala Lumpur yang jelas menonjolkan ciri-ciri seni bina Islam melalui kubahnya seperti masjid.
Di samping itu, bangunan ini juga dapat mengimbau kembali sejarah negara. Dengan masih berdiri megahnya bangunan yang dibina semasa zaman penjajahan yang membawa air mata sengara dan derita, membolehkan masyarakat menginsafi perjuangan datuk nenek moyang kita yang bermatian-matian sehingga mengalirkan darah, bak kata peribahasa, ‘biar putih tulang, jangan putih mata’. Kota A’ Famosa umpamanya, mengingatkan kita Tanah Melayu dijajah pada tahun 1511 oleh Portugis dan menjadi penanda aras berakhirnya zaman kemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dengan ini, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga kemerdekaan negara daripada dicabul oleh bangsa asing. Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dapat menonjolkan identiti sesuatu masyarakat. Biasanya, untuk mempersembahkan jati diri dan keunikan sesuatu kaum akan ditonjolkan melalui seni bina. Tamsilnya, Istana Menanti di Negeri Sembilan begitu jelas mempamerkan jati diri masyarakatnya yang dikatakan berasal daripada bangsa Minang. Lihatlah, bentuk bumbungnya yang mempunyai pengaruh Minangkabau. Tidak ketinggalan, Candi Lembah Bujang di Kedah juga memperlihatkan betapa penduduk zaman itu mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama anutannya, iaitu agama Hindu.
Kelemahan dalam tadbir urus menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap kemampuan Negara untuk mencapai status Negara maju. Tadbir urus Negara yang baik akan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Justeru tadbir urus yang baik perlu dititikberatkan oleh semua pihak. Impak terhadap Negara akibat kelemahan dalam tadbir urus ialah pertambahan tempoh menyiapkan kerja. Hal ini disebabkan kelemahan tadbir urus menyebab kerja atau projek yang dijalankan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Ini turut menyebab kehilangan kesabaran dan kepercayaan masyarakat. Maka , kerajaan akan cuba mengatasi masalah tersebut dengan memberi tekanan kepada organisasi dan pekerja. Malang , kemungkinan organisasi akan mengurangkan proses yang dijalankan supaya menyiapkan kerja atau projek dalam tempoh masa tertentu. Oleh itu , masalah keruntuhan bangunan berlaku. Impak Seterus ialah imej penjawat awam dan negara terjejas. Gambaran yang negative terhadap penjawat boleh menjejaskan imej penjawat dan maruah Negara.Etika penjawat awam juga merosot. Ini turut menyebab kehilangan kepercayaan masyarakat dan Negara asing terhadap penjawat awam.Maka, pelaburan Negara asing tidak melabur di Negara tersebut . Ekonomi Negara juga menjatuh. Indeks Prestasi Rasuah (IPR) merupakan bukti kemerosatan intergriti dan etika penjawat awam Peningkatan aduan awam juga impak kelemahan dalam tadbir urus. Kelemahan tadbir urus akan membangkitkan ketidakpuasan hati orang ramai. Kepakaran yang terdapat di Negara juga imigresen ke luar Negara. Selain itu, Negara juga mengalami kemerosotan sambutan rakyat terhadap perkhidmatan awam. Oleh itu, kejaaan perlu memberi tumpuan kepada aduan dahulu kerana aduan awam boleh menjejaskan tugas utama kerajaan. Amalan prinsip tadbir urus yang baik perlu diberi keutamaan adalah untuk meningkatkan prestasi kerja penjawat awam. Prestasi kerja yang cemerlang dapat meningkatkan produktiviti awam. Amalan prinsip tadbir urus dapat memastikan penjawat awam mempunyai etika kerja yang unggul serta mengamalkan nilai-nilai murni. Maka, imej penjawat awam akan meningkat. Tujuan memberi keutamaan amalan prinsip tadbir urus adalah untuk memperkasa daya saing sector awam. Hal ini disebab penjawat awam dapat memberi perkhidmatan yang efektif dan efisen kepada masyarakat. Ini juga dapat merapatkan jurang ketidaksamaan kearah kerajaan yang cekap, mantap dan berkebolehan. Penjawat awam juga boleh meningkatkan inovasi melalui pembangunan bakat dan kepakaran terhadap sumber manusia. Tindakan ini dapat mengalakkan kepakaran menetap di negara .
Kesan-kesan kepada ibu bayi berkenaan(pesalah), termasuklah,mengalami jangkitan kuman yang serius,kecederaan semasamelahirkan anak, ataupun kehilangan darah yang banyak. Hal ini berlaku kerana pesalah melahirkan anak dalam keadaan yang tidak,selesa dan tidak mengizinkan. Punca terutamanya ialah mereka tidakmeminta pertolongan daripada pihak hospital atau pihak berkenaandan sebaliknya menggunakan cara sendiri. Selain itu pesalah juga akan menghadapi pelbagai masalah sepertikemurungan, hilang keyakinan diri dan juga masalah emosi. Pesalah juga akan menyebabkan kejatuhan institusi keluarga dan akanmenimbul banyak masalah keluarga. Ini kerana ibunya(ibu kepadapesalah) berasa malu mempunyai anak yang begitu rupa tingkah lakupesalah.Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang kemuka mereka. Apabila kehilangan bayi dan juga tidak dapat sokongandaripada keluarga pesalah ini mungkin akan berfikiran yang bukanbukan dan menyebabkan pesalah kemungkinan besar akan bunuh diriatau menjadi kurang siuman. Kes pembuangan bayi ini juga akan berkenanaan dengan masyarakat.Kes tersebut akan menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Merekapasti berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Remaja pastidipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan yang berkemungkinan terbesar untuk melibatkan diri dalam kegiatan ini.”Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”, peribahasatersebut memang sesuai dan tepat dengan situasi tersebut. Kesan terhadap Negara juga sungguh banyak. Antara kesan yangpastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut sertaekonomi Negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala,social ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untukmenampung bayi yang diletakkan rumah kebajikan masyarakat. Hal inikerana bayi yang dijumpai kebanyakan dibagikan kepada rumahkebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Bayi yangdijumpai tidak semestinya akan menemui ibu bapanya dan rumahkebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI Melalui tiga peranan iaitu: · Peranan pihak berkuasa dan badan NGO · Peranan ibu bapa · Peranan pihak media massa
Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.
Peranan Ibu Bapa Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi
memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.
Peranan Pihak Media Massa Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegan 18sx.
Pada masa ini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan remaja ? Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. boleh menghubungi sesiapa sahaja melalui talian telefon bimbit. Mereka juga boleh menggunakan system pesanan ringkas (SMS) dan sistem pesanan multimedia (MMS). Hal ini membolehkan pesanan disampaikan dengan mudah dan cepat. Di samping itu, hal ini dapat merapatkan hubungan antara manusia kerana seseorang dapat menghubungi sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita juga boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita tidak dapat berada di dalam kelas. Secara tidak langsung,semua perkara penting yang di sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan mudah serta hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra. Selain itu, penggunaan telefon pintar juga dapat membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet. Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru masing-masing. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, golongan remaja boleh melayari internet dengan menggunakan gajet mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat dan mudah. Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. Gajet ini juga mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan remaja bagi mengisi masa lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka. Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada penggunanya, namun keburukannya tetap wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah akan memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan mereka. Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya selera.
Faedah penggunaan gajet Maklumat diperoleh dengan mudah Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat lebih mudah diteroka dengan menggunakan gajet melalui capaian jalur lebar tanpa batasan waktu. Pengguna boleh menggunakan Internet melalui telefon pintar untuk mengakses maklumat dengan cepat dan pantas.
Memudahkan perhubungan Oleh sebab perkembangan teknologi maklumat, jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar telah dapat dikurangkan. Syarikat-syarikat komunikasi telah menyediakan capaian tanpa wayar di kawasan luar bandar untuk memudahakan komunikasi. Maklumat terkini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.
Menjana pendapatan Pengguna dapat melibatkan diri dalam perniagaan atas talian (online). Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat melalui email dan katalog jualan juga boleh dihantar kepada pembeli dengan segera untuk pengesahan jualan. Peniaga dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi dengan adanya kemudahan Internet.
Memudahkan kegiatan seharian Segala urusan dapat dilakukan secara atas talian. Sebagai contohnya, urusan seperti pembayaran bil-bil atau cukai dapat diakses dengan cepat dan mudah. Masa dan tenaga dijimatkan.
Kesan negatif penggunaan gajet Penyebaran fitnah Pengguna mengakses internet di lokasi yang lebih luas, dan menggalakkan lagi penyebaran fitnah. Maklumat yang berbentuk fitnah mudah disebarkan kepada orang ramai. Lebih serius lagi, hal ini boleh berlaku juga dalam kalangan pemimpin dari segi politik.
Penipuan mudah berlaku Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui gajet. Sesetengah pengguna ditipu melalui pembelian barangan secara talian yang tanpa jaminan. Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan mereka mengalami kerugian beriburibu ringgit.
Kurangnya interaksi sosial Pengguna yang taksub kepada gajet akan menghabiskan masa banyak masa sendirian Kesannya hubungan antara ahli keluarga dan jiran terabai.
Mereka
kurang
keluar
dari
rumah
untuk
bersosial.
Kesihatan terjejas Penggunaan gajet terlalu lama akan menjejas kesihatan. Hal ini demikian berlaku pengguna taksub kepada gajet sehingga lupa makan atau menjadi malas untuk melakukan aktiviti di luar.Sebagai contohnya bersenam dan beriadah. Mata akan rosak kerana lama tertumpu kepada gajet.
Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini. Masalah ini telah berlaku sejak ratusan tahun lalu. Sebenarnya, dadah yang menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah yang terdapat di dunia ini ialah heroin, marijuana, morfin, ganja, dan syabu.
Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama negara. Hal ini disebabkan penyalahgunaan dadah mengakibatkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan negara. Seorang penagih dadah yang hidup dalam ketagihan boleh mengakibatkan masalah jenayah seperti mencuri atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli dadah. Mereka yang tidak dapat diselamatkan daripada ketagihan juga akan menjadi sampah masyarakat. Malah ada yang menjadi tidak siuman.
Penyalahgunaan dadah sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor pertama ialah keinginan mencuba sesuatu perkara yang baru. Keinginan ini akan menjadi teruk sekiranya seseorang itu bergaul dengan penagih kerana mereka boleh terpengaruh dan mudah pula untuk mereka mendapatkan bekalan dadah.
Selain itu, tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku hingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi.
Penyalahgunaan juga disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap kesan buruk yang akan menimpa mereka yang ketagih dadah. Sudah pasti banyak remaja yang tercicir dari sekolah atau yang berasal dari luar bandar tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan buruk dadah. Oleh itu, apabila mereka telah merasai nikmat dadah, mereka beranggapan tiada apa-apa yang akan berlaku kepada mereka.
Sekiranya disenaraikan satu persatu, keburukan yang dibawa oleh dadah adalah sangat banyak. Oleh itu, penyalahgunaan dadah harus diatasi. Cara mengatasi yang utama ialah
pendidikan mengenai bahaya dadah. Pendidikan ini kelak mengelakkan remaja terjerumus dalam dadah. Pendidikan patut dilakukan oleh ibu bapa dan guru.
Kempen kesedaran yang lebih berkesan haruslah diadakan dari masa ke masa oleh pihak kerajaan dan swasta. Pelbagai aktiviti hendaklah diadakan semasa kempen ini berlangung dan aktiviti itu hendaklah melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah.
Para penjual dadah sama ada pembekal atau pengedar pula hendaklah dijatuhi hukuman yang berat seperti gantung sampai mati. Hukuman yang diterima oleh mereka akan dapat membuka mata orang yang baru berjinak-jinak dengan dadah. Mereka akan berasa ngeri untuk melakukan perbuatan itu.
Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah juga berpunca daripada banyak faktor. Namun terdapat banyak cara untuk mengatasi penyalahgunaan ini. Kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah.
Pada masa kini,ada pelbagai penyakit yang berbahayadalam masyarakat kita.Punca-punca yang mendepat pelbagaipenyakit berbahaya iaitu pada tahun 2003,masyarakat ada virusSARS dan pada tahun 2009 ada virus H1N1.Mempunyai virus iniialah orang ramai melancong ke Negara-negara lain yangmendapat virus ini.Orang yang mendapat virus H1N1 badan akan demam,selesema,batuk,muntah.Sekarang,banyak virus sangatberbahaya.Kita mestilah menjaga kesihatan kita denganbaik.Jangan pergi tempat orang yang ramai.Virus-virus ini sangatberbahaya.Virus dan penyakit lain,Virus lebih berbahaya akibattidak menjaga kesihatan. Tabiat atau amalan hidup masyarakat kita,tidak kirapenguam,guru,doctor,polis,kerani atau pelajar adalah menghisaprokok.Rokok yang dicipta seawall pada zaman pertengahan diEropah.Rokok ini mengandungi tiga jenis bahaniaitu,nikotin,korbon munoksida dan tembakau.Bahan rokok iniakan membawa maut.Menghisap rokok akan menambahkandenyut jantung,menarkan tekanan darah.Menghisap rokokmendapat tar hitam di dalam peparu dan menyebabkan oksigentidak dapat serap dengan secukupnya.Menghisap rokok akanmudah sesak nafas,asma.Rokok mejadi penyakit kanser paru-paru.Ramai orang mati akibat sakit jantung atau kanser paru-parudisebabkan merokok.Saya berharap rakyat-rakyat Malaysia yangmerokok,boleh jangan merokok lagi.Merokok sangat berbahayadan tidak baik terhadap badan kita. Selain merokok,masyarakat sukan minuman keras danminuman alcohol.Alkohol ialah satu minuman yang tidakbaik.Minum Alkohol yang banyak dan berlebihan akanmenyebabkan penyakit buah pinggang dan merosakkan sistemsaraf.Merosakan sistem saraf boleh menyebabkan penyakitmental.Orang yang sukan minum alcohol dan
minum banyakakan membolehkan mendera dan membunuh.Ada yang minumalcohol yang banyak mendera atau pukul anak-anak danisterinya.Bahaya tabiat yang minum arak. Selain itu,masyarakat tidak mengutamakan gaya hidupbersih.Ada ramai orang yang sibuk tiada ada masa untukmembersihkan rumah,diri dan sekeliling rumah menyebabkansekeliling dan rumah menjadi kotor.Sampah sarap membuang dimeratarata tempat.Longkang-longkang membiarkan tersumbatbanyak sampah dan sisa-sisa makanan yang dibuang.Olehitu,tiada orang membersihkan longkang-longkang yang tersumbatitu.Sampah-sarap akan membawa tikus,lalat dan nyamukpembiakan.Banyak aire bersih dan air kotor yang dalam tin-tinminuman,kotak,pasu dan tayar yang akan menjadikan tempatpembiakan nyamuk Aedes.Nyamuk Aedes menyebabkan demamdenggi.Deman denggi ialah penyakit berbahaya yang disebabkanoleh nyamuk Aedes.Punca-punca berlaku penyakit denggi ialahmasyarakat tidak mementingkan kebersihan sekeliling dan malasmembersihkan kawasan rumah.Melanggan pelacur,berkongsi jarum dan menghisap dadah boleh menyebabkan penyakitAIDS.Penyakit ini sangat berbahaya.Jenayah rogol dan bunuhadalah tidak sihat dan tidak bersih mudah mendapat penyakitAIDS. Kesimpulannya,masyarakat terus membuat mimpi danhendak kesenangan hingga lupa merekan akan mendapat pelbagai penyakit berbahaya.Masyarakat mestilah menjagakesihatan diri dan mengikut langkah yang dijalankan oleh pihakkerajaan.Saya harap masyarakat akan bertukar tabiat yang tidakbaik.Mengikut tabiat yang baik.Badan sihat boleh membuat kerjadengan sepanjang masa dan sentiasa sihat.
2.0 Kesan Negatif Kebanjiran Warga Asing Di Malaysia Kepada Aspek Ekonomi dan Sosial.
2.1 Kesan Negatif Terhadap Aspek Ekonomi. 2.1.1 Kadar Pengangguran Dalam Kalangan Warga Tempatan Meningkat. Lambakan warga asing di Malaysia seringkali dikaitkan dengan globalisasi sesebuah negara dan inilah yang berlaku di Malaysia yang mana kedatangan warga asing ke Malaysia didorong oleh faktor pekerjaan. Kebanyakan pekerjaan di Malaysia kini dimonopoli oleh warga asing. Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti sektor perladangan, pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. Hal ini demikian kerana, kebergantungan Malaysia terhadap tenaga buruh asing tinggi khususnya dalam sektor-sektor tersebut. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran dalam
kalangan warga tempatan meningkat. Apabila kadar pengangguran dalam negara melebihi paras 4%, maka negara tersebut dilihat tidak mencapai guna tenaga penuh. Hal ini demikian kerana, banyak tenaga kerja warga tempatan yang tidak diguna pakai secara cekap justeru menyebabkan berlaku lebihan dalam tenaga buruh warga tempatan. Sebagai contoh jelas yang dapat dilihat pada masa ini ialah di sektor pembinaan. Hampir keseluruhan tenaga buruh dalam sektor pembinaan diambil alih oleh tenaga buruh warga asing. Majikan lebih gemar mengambil warga asing untuk bekerja kerana kos upah warga asing lebih rendah berbanding kos upah warga tempatan. Oleh itu, tidak hairanlah jika kadar pengangguran dalam kalangan warga tempatan meningkat dari semasa ke semasa.
2.1.2 Pengaliran Wang Dari Dalam Negara Ke Luar Negara. Kesan negatif kebanjiran warga asing ke Malaysia dari aspek ekonomi juga adalah oleh sebab berlakunya pengaliran wang dari dalam negara ke luar negara. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penghantaran wang yang dilakukan oleh warga asing ke negara asal mereka. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menjejaskan ekonomi negara. Malah, pengaliran wang ke luar negara yang berlebihan dan tanpa kawalan juga turut menyebabkan peluang untuk negara Malaysia mencapai kemajuan terbantut. Menurut data statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing adalah seramai 2.1 juta orang dan secara puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan ke negara asal mereka. Hal ini menyebabkan kewangan ekonomi negara terjejas seterusnya negara tidak mampu
menyediakan prasarana yang baik untuk dalam negara. Bukan itu sahaja, pengaliran keluar wang ke luar negara juga menyebabkan negara sukar mencapai negara maju.
2.1.3 Persaingan Dalam Perniagaan. Kebanjiran warga asing yang bermigrasi ke Malaysia menyebabkan berlakunya kepadatan penduduk di sesebuah kawasan. Apabila berlaku kepadatan penduduk di sesebuah kawasan atau wilayah, maka akan wujudlah permintaan yang berlebihan. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang berlebihan ini menyebabkan penawaran yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. Kesannya akan wujud lebihan permintaan kesan daripada penawaran yang kurang daripada permintaan. Jadi, warga asing melihat masalah ini sebagai satu peluang untuk mereka membuka satu perniagaan baru bagi memenuhi jumlah penawaran yang terhad. Hal ini akan memberi kesan kepada peniaga-peniaga tempatan yang sedia ada. Berlaku persaingan dalam perniagaan antara peniaga warga tempatan dengan peniaga warga asing. Masalah berlaku apabila terdapat peniaga warga asing yang meletakkan tingkat harga barangan dan perkhidmatan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan peniaga warga tempatan. Di samping itu, terdapat juga warga asing yang membuka premis perniagaan secara haram iaitu tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berwajib. Mereka juga terlepas daripada membayar cukai kepada
pihak kerajaan. Keadaan ini menimbulkan rasa
ketidakpuasan dalam kalangan peniaga warga tempatan.
2.2 Kesan Negatif Terhadap Aspek Sosial 2.2.1 Peningkatan Kadar Jenayah.
Kebanjiran warga asing di negara ini dari aspek sosial ialah akan menyebabkan statistik kadar jenayah dalam negara meningkat. Hal ini berlaku apabila warga asing tidak mempunyai pekerjaan ataupun mereka gagal mendapatkan pekerjaan. Maka, situasi ini akan mendorong mereka untuk melakukan aktiviti jenayah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka di negara ini. Malah menurut Kementerian Sumber Manusia, pada tahun 2013, sebanyak 19 056 orang warga asing ditangkap atau 12 peratus daripada keseluruhan 147 062 kes indeks jenayah yang dilaporkan. Manakala pada tahun 2014 pula, seramai 14 143 orang warga asing telah ditangkap atau 14 peratus daripada 97 393 kes indeks jenayah yang dilaporkan sehingga September lalu. Antara kes jenayah yang dilakukan warga asing ialah jenayah yang membabitkan dadah, rompakan, pecah rumah, ragut dan samun bersenjata. Peningkatan kadar jenayah ini secara tidak langsung akan menggugat keselamatan dan keamanan dalam negara ini. Sebagai contoh yang jelas dapat kita lihat ialah di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang maju dan pesat. Keadaan ini telah menarik minat warga asing daripada pelbagai negara untuk bermigrasi dan bermaustatin di sana. Kedatangan warga asing yang berlebihan dan tidak terkawal ini telah menyebabkan statistik jenayah di Kuala Lumpur semakin meningkat. Hal ini juga menyebabkan keharmonian masyarakat setempat terjejas. Keselamatan masyarakat tempatan juga terancam akibat masalah jenayah yang dilakukan oleh warga asing.
2.2.2 Penularan Wabak Penyakit Berjangkit. Kemasukan warga asing juga mengancam aspek sosial negara terutamanya dari aspek kesihatan. Hal ini demikian kerana, terdapat dalam kalangan warga asing yang membawa penyakit berjangkit masuk ke Malaysia. Keadaan ini berlaku disebabkan kerana mereka tidak melalui pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum memasuki Malaysia. Malah kebanyakan warga
asing yang datang ke Malaysia berasal daripada negara mundur yang mana tahap pengawalan kesihatan mereka rendah. Maka keaadan ini menyebabkan tahap kawalan kesihatan di negara ini terjejas. Hal ini juga mendatangkan kesan kepada rakyat tempatan. Virus penyakit yang dibawa oleh warga asing ini seterusnya akan menular kepada rakyat warga tempatan. Jadi taraf kesihatan dalam kalangan warga tempatan akan terjejas. Di samping itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dalam menangani masalah penularan wabak penyakit yang dibawa oleh warga asing.
2.2.3 Masalah Penempatan Setinggan. Kebanjiran warga asing di Malaysia juga akan membawa kepada permasalahan penempatan setinggan. Masalah penempatan setinggan ini berlaku apabila warga asing membina penempatan mereka di sesebuah kawasan. Keadaan ini menjejaskan pandang darat di sesebuah kawasan tersebut. Di samping itu, terdapat juga warga asing yang membina penempatan secara haram tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib. Penempatan yang dibina oleh warga asing ini juga bukan sahaja menjejaskan pandang darat sesebuah kawasan malah ia turut mengundang pembiakan nyamuk, tikus dan lipas. Hal ini demikian kerana, kebanyakan penempatan setinggan warga asing didapati kotor dan tidak diselenggara dengan baik. Contohnya, air dibiarkan bertakung dan mengundang pembiakan nyamuk AEDES. Bukan itu sahaja, sisa-sisa pepejal juga dibuang begitu sahaja sehingga boleh mengakibatkan masalah pencemaran. Selain itu, haiwan perosak seperti tikus akan membawa virus penyakit dan ia menjadi agen penyebaran bagi virus tersebut. Sebagai contoh, penyebaran virus Leptospirosis atau dikenali sebagai virus kencing tikus yang berpunca daripada air kencing tikus adalah salah satu virus yang boleh mengancam kesihatan masyarakat.
2.2.4 Pertembungan budaya Kemasukan warga asing yang ke negara ini akan menyebabkan berlakunya pertembungan antara budaya. Budaya-budaya luar yang dibawa masuk oleh warga asing melalui proses migrasi ke Malaysia menyebabkan berlakunya pertembungan budaya antara budaya luar dengan budaya tempatan. Kesan daripada pertembungan budaya ini ialah akan berlakunya penghakisan terhadap budaya dominan yang sedia ada terdapat di sesebuah kawasan itu. Perkara ini berlaku apabila budaya baru lebih menonjol dan lebih mudah diterima pakai oleh masyarakat di sesebuah kawasan. Bukan itu sahaja, pertembungan budaya ini juga akan menyebabkan berlakunya asimilasi iaitu percampuran antara dua budaya sehingga menghasilkan satu budaya yang baru.
Punca/faktor: -
Kurang
-
didikan
Gagal Sikap
suka
kawal
menganggap
agama nafsu
kanak-kanak
sebagai
seks
rangsangan
seksual
- Masalah penagihan dadah dan arak menjadikan seseorang individu itu bertindak di
luar
-
batasan
-
dendam
Pengaruh
terhadap kisah
perempuan silam
- Pernah menjadi mangsa sehingga peristiwa itu mempengaruhi minda dan menjadikan
kanak-kanak
lain
pula
sebagai
mangsa
- Tiada kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan penjaga tentang kepentingan pencegahan
jenayah
seksual
- Sikap ibu bapa dan penjaga yang sering mengelak daripada menerangkan
mengenai
jenayah
seksual
kepada
kanak-kanak
- Kurangnya pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak berhubung cara untuk melindungkan
diri
daripada
menjadi
mangsa
Kesan kepada kanak-kanak: Kecederaan fizikal, emosi dan jiwa bagi jangka masa tertentu:- Masalah fizikal: kebimbangan boleh sebabkan berat badan menurun, gemar memakai
pakaian
berlapis-lapis
- Masalah sosial: sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa, suka berahsia,
masalah
perhubungan
dan
menagih
dadah
dan
alkohol
- Masalah psikologi: takut pada orang, perubahan tingkah laku secara tiba-tiba, marah, menyisihkan diri, mengigau, sukar tidur, takut kepada gelap, kencing malam
atau
-
menghisap
jari
bagi
Mencederakan
-Gagal
kanak-kanak diri
sendiri
beri
-Kecenderungan
menjadi
pemangsa
besar
tumpuan apabila
dewasa
Caramencegah: - Ibu bapa perlu beri pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga
tubuh
badan
mereka
daripada
dicerobohi
- Beri pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan
haram
- Menasihati anak agar tidak mudah menuruti pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka - Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang -
Jangan
nafsu sembunyikan
masalah,
terus
maklum
kepada
ibu
bapa
Penyelesaian:
Polis: Beri pendedahan khusus berhubung pencegahan jenayah seksual kanakkanak
kepada
ibu
bapa/penjaga
- Mengadakan program/bengkel yang boleh:- Beri kesedaran serta panduan kepada ibu bapa serta kanak-kanak yang menjadi mangsa, beri pendekatan kepada penjaga untuk menyampaikan pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak, meningkatkan pengetahuan penjaga tentang konteks psikologi mangsa jenayah seksual
kanak-kanak
dan
cara
untuk
mengendalikan
emosi
mangsa
Ibu bapa/penjaga: Bersikap terbuka dengan kanak-kanak agar mereka dapat berkongsi masalah dan tidak takut untuk mendedahkan perbuatan atau penderaan seksual yang dilakukan pada mereka, beri sokongan apabila kanak-kanak mula memberitahu dan tunjukkan anda akan membantu dan bersama-sama melaluinya,
tingkatkan pengetahuan tentang pencegahan jenayah seksual kanak-kanak, beri pendedahan dengan menerangkan mengenai jenayah seksual kepada kanakkanak agar mereka tidak mudah jadi mangsa.
Soalan: Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baru dalam urus niaga. Banyak kesan yang timbul akibat urus niaga melalui sistem elektronik ini. Bincangkan. Contoh jawapan: Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan. Perdagangan secara talian kini semakin meningkat dari hari ke hari dalam kalangan rakyat di Malaysia. Namun, terdapat banyak kesan positif dan negatif yang timbul akibat urusniaga melalui sistem elektronik ini. Salah satu kesan positif yang ketara dalam urus niaga tanpa sempadan ini adalah dapat memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana jua sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Contohnya, urus niaga ini boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses internet. Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan masa dan tenagakepada pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian. Pengguna juga dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat tentang pembelian secara talian telah disediakan. Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui internet atau talian elektronik yang lain. Di samping itu, urus niaga elektronik dapat memudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat untuk membeli atau memasarkan sesuatu barangan. Hal ini memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional di seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan lebih memudahkan promosi sesuatu barangan. Pengguna juga akan memdapat maklumat yang tepat sebelum membeli sesuatu barangan. Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga secara talian adalah berlaku
penyelewengan dalam urus niaga ini. Hal ini berlaku kerana pengguna atau pembeli mungkin ditipu dalam urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang dibeli secara elektronik tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Kesan negatif lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses internet yang lambat di sesetangah kawasan menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat yang dipersetujui antara pengguna dan pengeluar. Senario ini akan menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat dalam urus niaga menggunakan akses internet ataupun e-dagang. Kesimpulannya, urus niaga secara talian ini mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara ke persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menggerekkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan negara luar. Fakto-Faktor Hubungan Songsang Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu terlibat dengan hubungan yang terlarang ini, diantaranya adalah kecenderungan ibu bapa itu tersendiri di mana ibu bapa yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka. Secara tidak langsung mereka dididik menjadi seorang yang berlainan jantina seterusnya mendorong mereka ke arah itu secara semulajadinya Dalam proses pembesaran, personaliti terbentuk berdasarkan pengalaman, interaksi dan persekitaran yang dilalui seseorang. Selain itu juga, mereka yang memilih untuk melakukan perhubungan songsang, pernah melalui masalah atau gangguan dalam perhubungan sosial mereka. Misalnya mereka memasuki ke sekolah berasrama, meskipun dididik dengan naluri keinginan kepada jantina berlainan, tetapi disebabkan kesukaran atau masalah pergaulan, mereka akan mempunyai keghairahan terhadap pasangan sejenis. Ada juga di antara mereka yang terlibat dengan hubungan songsang ini pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka sehingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan. Mungkin juga mereka tidak memperoleh kepuasan daripada hubungan berlainan jantina, atau dengan komunikasi mudah kini, mereka terdedah kepada perkara baru dan mendapat idea baru. Terdapat juga golongan yang rata-rata
terjebak ke kancah hitam ini bermula seawal usia remaja. Golongan ini Sebenarnya terdiri dari mereka yang telah hilang jati diri dan terpengaruh dengan cara hidup yang berlandaskan kebendaan semata-mata sehinggakan mereka tanpa segan silu memperdagangkan masa depan mereka. Golongan ini juga mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh dan mereka ini bertopengkan gerakan human right.
Kaedah Mengatasi Masalah Ini Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan oleh individu sekiranya tergolong dalam golongan ini dan menghindarkan diri dari terus tersasar jauh, iaitu individu ini seharusnya berjumpa dengan pakar kaunseling dan menceritakan masalah yang dihadapi, secara tidak langsung tekanan yang dihadapi akan berkurangan. Selain itu juga sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dengan memenuhi tuntutan agama dan menghadiri majlis-majlis agama yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Peranan ibubapa juga penting dalam membantu golongan ini untuk berubah ke arah yang benar, iaitu ibu bapa seharusnya memberikan nasihat serta dorongan yang kuat kepada mereka. Golongan ini juga boleh mencuba kaedah rawatan tradisional yang betul bagi memulihkan diri mereka serta mendapat semangat baru. Pada kebiasaannya golongan homoseksual sukar meninggalkan kehidupan songsang berkenaan, lebih-lebih lagi bila sudah terbiasa dengannya. Mereka yang mahu meninggalkan kehidupan songsang itu harus kuat menangani gelora nafsu masing-masing dan tekadkan diri untuk berubah dan jauhi rakan yang turut berada dalam golongan itu. Oleh itu ia bergantung kepada diri sendiri sama ada untuk berubah ke arah jalan yang betul atau tidak.
FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA LGBT: 1. Kurang Penghayatan Agama - Walaupun pendidikan agama telah diberikan sejak kecil namun pengamalan kehidupan beragama yang kurang oleh induvidu menyebabkan mereka cenderung ke arah gejala LGBT. Golongan yang terlibat dengan gejala LGBT tidak ini tidak dapat membezakan antara perkara yang baik mahupun buruk atau perkara yang haram mahupun halal. Hal ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan dan faktor sekeliling yang mendedahkan golongan ini kepada gejala LGBT. 2. Pengaruh Media Massa - Media massa seperti internet merupakan medium yang memudahkan golongan LGBT mendapatkan maklumat tentang gejala tidak sihat mereka. Kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter memudahkan lagi golongan ini berkomunikasi dalam kelompok mereka. Penularan gejala LGBT ini juga diketahui oleh masyarakat umum melalui laman-laman web yang kebanyakkannya diwujudkan oleh negara Barat yang meluluskan Undangundang Perkahwinan Sejenis dan perlakuan sonsang.
USAHA MENANGANI GEJALA LGBT: 1. Peranan Kerajaan dengan Kerjasama Organisasi Agama - Kerajaan dengan kerjasama organisasi agama perlu merangka strategik yang berkesan bagi memulihkan golongan LGBT. Misalnya, menubuhkan sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab membawa golongan ini kembali ke pangkal jalan. Khidmat nasihat dan kaunseling juga boleh diberikan kepada golongan ini yang hanyut dalam dunia LGBT agar mereka kembali insaf. 2. Peranan Ibu Bapa - Ibu bapa perlu mengawasi keadaan anakanak mereka pada setiap masa. Perubahan fizikal dan emosi anakanak juga perlu sentiasa di kawal agar kecenderungan mereka terhadap gejala LGBT ini dapat di bendung. Ibu bapa boleh memantau anakanak mereka dengan cara memeriksa kandungan telefon bimbi anakanakt, berkenalan dengan rakan-rakan mereka, dan memahami peribadi anakanak mereka. Tindakan yang tegas wajar diambil oleh ibu bapa sekiranya anakanak mereka terlibat dalam gejala LGBT. 3. Kempen - Kempen boleh di anjurkan dengan giat oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membendung dan membanteras gejala ini. Kempen boleh diadakan menerusi media massa elektronik spt televisyen atau internet dan media massa bercetak spt akhbar. Iklan dan rencana tentang isu LGBT dan cara membasmi gejala LGBT seharusnya di paparkan untuk pengetahuan masyarakat umum. Antara kempen yang sesuai diadakan di anjurkan untuk membasmi gejala LGBT ialah kempen ‘Jom Perangi LGBT’ atau ‘Hidup Sihat Tanpa LGBT’. Penutup: Kesimpulannya, semua pihak harus bersatu padu bagi membendung gejala LGBT ini. Sikap masyarakat yang memandang ringan isu ini haruslah dikikis agar anggota masyarakat bebas daripada gejala LGBT.
Faktor pertama yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan tekanan mental ialah masalah personality yang sempurna. Keinginan memajukan diri adalah berfaedah kepada orang sekiranya tidak keterlaluan. Keinginan yang keterlaluan pula akan mendatangkan tekanan sehingga menyusahkan dirinya. Seseorang yang terlalu menitikberatkan kesempurnaan tidak akan berasa puas hati dan sentiasa ingin berjaya dalam semua aspek yang terlibat. Golongan ini sering mempunyai hasrat atau cita-cita yang menggunung. Mereka berasa kecewa apabila hasil tidak mengikut standard kesempuraan berdasarkan kaca matanya. Oleh itu, masalah personalitI yang sempurna akan menyebabkan tekanan mental yang berat. Masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran akan mendorong wujudnya tekanan mental. Masalah keluarga dan kemiskinan menyebabkan jiwa manusia sentiasa kecewa dan tertekan. Mereka berasa tekanan kerana sukar mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang berat dan rumit menyebabkan tekanan untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Tekanan pelajaran pula berlaku kerana berusaha mencapai kecermelangan. Tekanan dalam kalangan pelajar biasanya berpunca daripada ibu bapa yang ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran atau pihak guru yang ingin memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka tercapai. Jadi, masalah kehidupan mengakibatkan tekanan mental yang cenderung mendorong penyakit psikologi.
Selain itu, pengalaman lampau yang ngeri juga merupakan salah satu faktor kepada tekanan mental. Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa tragedi ngeri atau menakutkan. Akibat daripada tragedi tersebut, mangsa sering dihantui perasaan bercampur-campur. Jika mangsa merupakan seseorang yang diam dan tidak suka meluahkan perasaan, maka dia akan mengalami depresi dalam jangka panjang. Mereka akan berasa fobia, takut dan boleh bertindak terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan nasional. Pengalaman yang terlampau seperti dirogol atau dibuli mungkin menyebabkan seseorang hilang kewarasan kerana terlalu tertekan. Dengan itu, pengalaman yang dashyat mungkin menyambung kepada desakan mental.
Namun begitu, masalah tekanan mental boleh diatasi melalui amalan gaya hidup yang sihat. Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan hidup. Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan pertelingkahan. Pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja. Individu boleh bersenam dan berekrasi agar melepaskan tekanan mental. Dari segi penjagaan pemakanan seharian pula, kita perlu mengelakkan makanan berlemak dan berkanji tetapi menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi, amalan gaya hidup yang sihat adalah berkesan untul mengelakkan masalah tekanan mental yang berat.
Langkah mengatasi tekanan mental boleh dilakukan dengan bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi merupakan sejenis rawatan
gangguan mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling mampu membantu individu yang bermasalah agar mengurangkan konflik hidup mereka. Perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi berperanan menyediakan ruang untuk mangsa tekanan mental meluahkan isi hati mereka. Setelah pendengaran masalah, pihak kaunseling memberikan nasihat agar membantu individu tersebut menyelesaikan masalahnya. Kaunseling juga diberikan kepada keluarga penyakit mental supaya mengurangkan tekanan mereka yang terpaksa menjaga pesakit. Dengan itu, jelaslah bahawa kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi merupakan satu langkah yang penting dalam mengelakkan tekanan mental.
Di samping itu, pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah tekanan mental. Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia. Ibu bapa harus member pendidikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana “anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya”. Individu yang mempunyai asas nilai-nilai murni mampu menguasai nafsu mereka. Pendidikan moral dan agama boleh mengatasi masalah jiwa kosong dan memberikan kesedaran melawan nafsu yang keterlaluan. Dengan kesedaran tersebut, seseorang akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Pendidikan agama atau moral dapat mengurangkan tekanan mental melalui kawalan keinginan.
Di samping itu, faktor-faktor kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia ialah permintaan buruh tidak mahir yang tinggi merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Permintaan tinggi datangnya dari sektor perladangan dan pembinaan. Menurut kajian Persatuan Bersatu Malaysia (UPAM), sektor perladangan kelapa sawit dan getah mengalami kerugian pendapatan sebanyak RM370juta antara tahun 1980 hingga 1985 disebabkan kekurangan pekerja. Sektor pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak rentetan daripada pembangunan pesat Negara. Rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja di dalam sektor pertanian dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka peluang kemasukan buruh asing ke Malaysia. Kestabilan ekonomi Negara juga merupakan salah satu faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan melebihi 8% untuk lapan tahun berturut-turut didorong antara lain kepesatan bidang ekonomi berkaitan dengan perindustrian, perladangan dan perkhidmatan. Tenaga buruh amat diperlukan di Malaysia. Hingga Mac 1993, seramai 444000 orang buruh asing telah masuk ke Malaysia. Sementara itu, seramai 886000 buruh asing telah masuk ke Malaysia secara tidak sah antara bulan Jun 1991 hingga September 1994.
Faktor lain ialah dasar kerajaan terhadap pekerja asing juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Kerajaan turut membenarkan kemasukan sesetengah pekerja asing ke Malaysia untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan permintaan buruh terpaksa dipenuhi untuk meneruskan aktiviti perekonomian dan mengelakkan kerugian dalam sektor-sektor tertentu. Pada bulan Mei 1984, kerajaan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Indonesia tentang penawaran tenaga kerja dengan had tempoh bekerja selama dua tahun. Tambahan pula, keperluan negara juga terhadap permintaan ke atas tenaga buruh mahir masih tinggi di Malaysia akibat keperluan kepakaran dalam bidang teknologi, perubatan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya. Keperluan mereka diperlukan untuk membolehkan rakyat tempatan menimba pengalaman, pengetahuan dan membantu pembangunan Negara dalam menuju era globalisasi. Sikap majikan dan pengusaha juga merupakan faktor tarikan kemasukan pekerja asing dalam negara. Golongan ini kebanyakannya lebih berminat mengupah buruh asing yang lebih murah dari Indonesia, Filipina dan Thailand. Majikan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar KWSP dan insurans, ganti rugi atau pampasan kerana pekerja asing tidak diperuntukkan di bawah Akta Buruh. Pekerja asing yang tidak berdaftar juga tidak akan membuat aduan kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa. Majikan juga boleh memberhentikan mereka pada bila-bila masa. Faktor yang menyebabkan mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Di Negara asal pekerja asing, penawaran buruh melebihi permintaan. Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih rendah. Contohnya, di Indonesia, pekerja ladang dibayar 2000 rupiah, iaitu lebih kurang RM3 sehari. Kos hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran upah yang lebih tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan.