Kemampuan Untuk Berdikari Definisi: Kebolehan untuk mengarah dan mengawal diri di dalam pemikiran dan tindakan, dan bebas dari pergantungan emosi. Orang yang berdikari sentiasa merancang dan membuat keputusan yang betul untuk diri mereka; meminta pendapat dari orang lain tidak semestinya menunjukkan pergantungan. Mereka boleh berfungsi secara autonomi-mereka mengelak daripada bergantung kepada orang lain untuk memenuhi keperluan emosi. Kebolehan untuk berdikari bergantung kepada tahap keyakinan diri, kekuatan dalaman dan keinginan untuk memenuhi harapan serta tanggungjawab tanpa menjadi hamba kepadanya.
Difficult or easy, pleasant or bitter, you are the same you.” “
Martial, Epigrammat, Circa AD 40-104
Kemampuan untuk berdiri atas dua kaki sendiri. Berkait rapat dengan asertif. Mengambil tanggungjawab kehidupan sendiri, menjadi diri anda sendiri, dan mencari hala sendiri. Terlalu takut membuat silap tidak dapat berdikari. Bersedia fizikal, mental untuk menghadapi kerenah manusia yang tidak bersetuju dengan kita. Kita juga perlu menghormati cara mereka. Boleh menghadapi risiko. Kadang2 kita membuat sesuatu yang salah tetapi boleh belajar dari kesalahan tersebut. Tidak ada manusia yang betul 100%. Membuat kesilapan menggambarkan kita manusia. Ramai yang bangga dengan kejayaan kita tetapi Sedikit sahaja yang ingat kesilapan yang kita buat.
Berkaitan dengan penerimaan diri. Apabila anda merasa baik dengan diri, orang lain akan lebih hormat. Membuat keputusan dan melaksanakan dan menghadapi kesannya mustahak untuk berjaya. Latihan menjadikan anda lebih baik, dan meningkatkan keyakinan anda. Kebebasan sebenar tidak bermakna mengenepikan orang lain. Meminta pertolongan apabila diperlukan tidak bermakna anda tidak bebas. Tidak mahu minta pertolongan adalah sama teruk dengan selalu meminta pertolongan. Jika anda ingin bebas tanpa mendapat nasihat dari orang lain anda akan menghadapi masalah. Dapatkan maklumat dari berbagai sumber, pertimbangkan dan buatlah keputusan yang memuaskan hati anda.
Kemampuan untuk bebas, arahan kendiri, kawalan kendiri pemikiran dan tindakan, berkeyakinan adalah asas kejayaan. Apa yang anda kehendaki, bagaimana mencapainya. Orang yang tidak bebas selalu meminta perlindungan, dan sokongan daripada orang lain.