Ilmu Rijal Hadis

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ilmu Rijal Hadis as PDF for free.

More details

  • Words: 4,503
  • Pages: 15
ILMU RIJAL HADIS: SATU PENGENALAN

Kedatangan Islam dengan al-Quran dan al-Hadis telah membuka lembaran baru dalam sejarah ketamadunan manusia dan perkembangan ilmu. Ilmu-ilmu seperti Usul al-Fiqh, Usul Tafsir dan Balaghah yang dihasilkan oleh Islam tidak pernah diketahui sebelum ini. Kemunculan ilmu-ilmu tidak lain dan tidak bukan untuk menghuraikan dan menjelaskan maksud al-Quran dan al-Hadis. Antara ilmu yang muncul ialah ilmu Rijal Hadis iaitu ilmu yang berkait dengan perawi-perawi yang meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah. Ilmu Rijal Hadis adalah ilmu yang sangat luas. Mengetahuinya adalah mengetahui satu bahagian yang besar dalam ilmu-ilmu Islam. Imam Ali bin al-Madini berkata: "Kefahaman yang mendalam tentang maknamakna hadis adalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah separuh ilmu. (Abu Ghuddah, Lamahat, hal. 80) Kata-kata Ibn al-Madini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmu rijal yang sebaris dengan ilmu memahami kandungan hadis. Oleh kerana itu, ulama menulis sejumlah kitab yang tidak terhitung banyaknya tentang keadaan para perawi hadis. Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua. Pertama, ilmu sejarah perawi dan kedua, ilmu Jarh wa Ta`dil. Dalam tulisan ini, penulis akan membincangkan pecahan pertama sahaja yang skopnya itu sangat luas.

Ilmu Tarikh al-Ruwat atau sejarah para perawi Dr. `Ajjaj al-Khatib menyebutkan takrif ilmu ini. Kata beliau, ilmu Tarikh al-Ruwat ialah ilmu yang memperkenalkan perawi dari sudut yang berkait dengan periwayatan hadis oleh mereka. Ilmu ini merangkumi biografi dan penjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri mereka, tarikh mula mendengar hadis, pengembaraan, tarikh ketibaan di sesebuah negeri, guru-guru, perawi lain yang menerima hadis daripadanya dan mendengar hadis dari syaikh yang nyanyuk sebelum atau selepas berlaku nyanyuk. (Usul al-Hadith, hal. 253) Ilmu ini sama berkembang dengan ilmu hadis. Dari satu sudut, ilmu ini kelihatan sebahagian dari ilmu sejarah. Cuma ia lebih tertumpu kepada keadaan para perawi.

Pengenalan Para Perawi Secara asasnya, seseorang perawi dikenali dengan nama asal tetapi ada kalanya lebih dikenali dengan kunyah atau nisbahnya. Apabila seorang perawi itu dikenali dengan abu fulan (bapa si fulan) atau ummu fulan (ibu si fulan) maka itu dikatakan kunyah. Kunyah merupakan panggilan yang cukup utuh dalam sistem panggilan masyarakat Arab yang menggambarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Begitu juga apabila perawi itu dikaitkan dengan sesuatu bangsa, tempat dan keturunan maka itu dipanggil sebagai nisbah. Di samping itu, ada juga perawi yang diberikan laqab atau gelaran yang melambangkan kedudukannya dalam dunia ilmu seperti al-Imam, al-Hafiz, Syaikh alIslam dan lain-lain. Ulama yang menyusun biografi perawi akan memperkenalkan perawi itu dengan namanya, kunyahnya gelarannya kemudian nisbah kepada negeri. Jika kunyahnya atau gelarannnya lebih terkenal maka itulah yang didahulukan. Pengenalan seseorang perawi akan lebih jelas lagi dengan dinyatakan bapanya, datuknya dan juga moyangnya. Faedahnya ialah apabila terdapat dua orang atau lebih yang mempunyai kesamaan pada nama perawi dan bapanya. Perbezaan akan dikesan dengan melihat kepada nama datuk. Adakalanya perbezaan kepada nama perawi yang sama dengan melihat kepada nisbah negeri. Sebagai contoh terdapat enam orang yang bernama al-Khalil bin Ahmad. Dalam satu masa ada empat orang yang bernama Ahmad bin Ja`afar bin Hamdan. Dalam pengajian hadis mereka ini dipanggil al-muttafiq wa al-muftariq iaitu sama pada nama tetapi berbeza individu. (Taisir Mustalah alHadith, hal. 206) Satu kisah yang cukup menarik untuk disebutkan di sini yang diceritakan oleh Abu al-Farj al-Mu`afi bin Zakaria al-Nahrawani. Kata beliau: "Pada satu tahun saya menunaikan haji dan ketika di Mina saya terdengar seorang yang memanggil, wahai Abu al-Farj. Sayapun berkata, mungkin dia mencari saya. Kemudian saya terfikir, ramai lagi orang yang dikunyahkan dengan Abu al-Farj maka saya tidak menyahut. Kemudian saya mendengar orang itu memanggil Abu al-Farj al-Mu`afi. Lalu saya ingin benar untuk menyahut kemudian saya terfikir ada ramai lagi yang dipanggil Abu al-Farj al-Mu`afi maka saya tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Mu`afi bin Ja`afar lalu sayu tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Mu`afi bin Ja`afar alNahrawani. Maka sayapun perkata tidak syak lagi tentu dia memanggil saya kerana dia telah menyebut kunyah saya, nama saya, nama ayah saya dan negeri saya. Lalu saya berkata kepadanya, sayalah orang itu, apa yang anda perlukan? Lalu dia bertanya agaknya anda datang dari Nahrawan Timur. Maka saya menjawab, ya. Maka dia berkata, kami

mahukan Abu al-Farj al-Mu`afi dari Nahrawan Barat. Lalu saya merasa amat kagum dengan kesamaan itu. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 155)

Tahun Kelahiran Dan Kewafatan Tujuan menyatakan tarikh ialah untuk menentukan tabaqah (lapisan) atau generasi yang perawi itu berada bagi memastikan berlaku bersambung-sambung dalam sanad atau tidak. Ini kerana bersambungsambung itu syarat bagi kesahihan hadis sementara terputus pula sebab kepada kecaman pada hadis. Selain itu, pendustaan sesetengah perawi dapat dikesan dengan menghitung tahun kewafatan perawi yang didakwa sebagai punca hadis dan tahun perawi yang mendakwa. Diriwayatkan daripada Ismail bin Iyash al-Himsi katanya, satu kali saya berada di Iraq lalu seorang ahli hadis datang kepada saya. Mereka berkata, di sini ada seorang lelaki yang meriwayatkan hadis daripada Khalid bin Ma`dan. Lalu saya bertanya pada tahun berapa anda mencatatkan hadis daripada Khalid. Dia menjawab, pada tahun 113 H. lalu saya berkata, sesungguhnya anda mendakwa bahawa anda telah mendengar daripada Khalid tujuh tahun setelah beliau meninggal dunia. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 157). Perhatian ulama terhadap tahun kelahiran dan kewafatan ini sangat jelas sehingga kitab-kitab mereka tentang perawi dinamakan dengan alTawarikh sebagaimana yang dapat dilihat pada al-Tarikh al-Kabir karangan Imam al-Bukhari, Tarikh Ibn Abi Khaitham dan juga Tarikh Ibn Ma`in. ada juga ulama yang menyusun nama-nama perawi mereka tahun kewafatan dan metode ini dikenali dengan al-Wafayat. Contohnya, Kitab al-Tarikh oleh Abi Bisyr Harun bin Hatim al-Tamimi, al-Tarikh karangan Abu Musa Muhammad bin al-Muthanna al-`Anazi.

Nama Guru Dan Murid Adalah menjadi kebiasaan ulama yang menyusun kitab-kitab rijal untuk menyenaraikan guru-guru atau murid-murid bagi perawi atau hanya meyebut mereka yang terkenal sahaja. Di samping itu, disebutkan juga siapakah yang mengambil riwayat secara dan juga melalui perantaraan. Semua ini dapat membantu pengkaji rijal hadis untuk mengetahui ada pertemuan antara seorang syaikh dengan perawi itu. Pengarang kitabkitab rijal akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebutkan guru dan murid. Umpamanya di bawah biografi Imam Ahmad, al-Mizzi menyenaraikan lebih kurang seratus tiga puluh orang guru Imam

Ahmad dan lebih kurang lapan puluh orang murid. (Tahzib al-Kamal, jil. 1, hal. 437)

Pengembaraan Ilmiyyah Pengembaraan atau rihlah memainkan peranan yang penting dalam sejarah ilmu hadis sama ada dari segi pengumpulan hadis atau mengenalpasti kedudukan para perawi. Sejarah mencatatkan bahawa Jabir bin Abdullah membeli seekor tunggangan dan mengembara dari Madinah ke Mesir untuk mendapatkan kepastian daripada `Uqbah bin `Amir adakah beliau mendengar sebuah hadis tentang melindungi orang mukmin.. Selepas itu beliau terus pulang tanpa menghiraukan apa-apa urusan. (Abu Lubabah, al-Jarh wa al-Ta`dil, hal. 24) Apabila berlaku gejala pemalsuan hadis, para ulama mengembara ke setiap ceruk negeri untuk mengkaji punca-punca hadis-hadis mawdu` lalu mereka dapat mengetahui siapakah yang terlibat dalam jenayah ini. Daripada al-Mua’ammal bin Ismail katanya seorang syaikh telah menceritakan saya beberapa hadis tentang kelebihan surah-surah. Lalu saya berkata kepada syaikh itu: "Siapakah yang menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Seorang lelaki di Madain telah menceritakan kepada saya dan dia masih hidup." Lalu saya pergi menemuinya dan bertanya: "Siapakah yang menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Seorang syaikh di Wasit telah menceritakan kepada saya dan dia masih hidup." Lalu saya pergi menemuinya dan dia berkata: Seorang syaikh di Basrah telah menceritakan kepada saya." Kemudian saya pergi menemuinya dan dia berkata: Seorang syaikh di Abbadan telah menceritakan kepada saya." Lalu saya pergi menemuinya dan dia menarik tangan saya dan membawa masuk ke sebuah rumah. Tiba-tiba saya dapati di dalamnya sekumpulan pengikut tasawuf bersama seorang syaikh. Lelaki berkata kepada saya: "Syaikh inilah yang telah menceritakan kepada saya. Lalu saya berkata: "Wahai syaikh ! S iapakah yang telah menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Tidak ada sesiapapun yang menceritakan kepada saya tetapi saya melihat orang ramai tidak memberi perhatian kepada al-Quran maka saya menciptakan hadis ini untuk mereka supaya hati-hati mereka kembali berpaling kepada al-Quran. (al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, hal. 222) Faedah daripada mencatatkan tempat-tempat dan tahun pengembaraan ialah untuk menentukan bersambung-sambungnya sanad perawi itu dengan ulama hadis di negeri itu. Contohnya sekiranya perawi itu tidak pernah sampai di Mesir dan tidak didapati bahawa ada ulama Mesir yang bertemu dengannya, lalu perawi itu meriwayatkan satu hadis dari

ulama Mesir maka para ulama hadis akan berhati-hati dengannya. Ini kerana sudah ada syubhat dalam riwayat ini dan memberi gambaran bahawa sanad hadis itu tidak bersambung-sambung di samping mengambil kira penilaian yang lain seperti perawi itu dituduh berdusta, tidak tepat atau lalai. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 162)

Perhatian Terhadap Sanad Sebagai Tuntutan Menjaga Hadis Hadis sebagai huraian kepada makna al-Quran. Seseorang mujtahid atau ulama tidak akan dapat memahami makna al-Quran sehinggalah beliau dapat menguasai hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Oleh itu, hadis dikatakan sebagai praktik atau jelmaan kepada ajaran al-Quran. Oleh kerana hadis itu hanya sabit dengan adanya sanad yang dipercayai dan sanad itu merupakan rantaian para perawi, maka menjadi tugas umat ini untuk memeriksa dan mengenali para perawi. Adalah wajib kepada kita dalam menjaga sunnah untuk mengenali siapakah yang membawa hadis-hadis Rasulullah. Ini kerana periwayatan hadis itu ada kalanya dilakukan orang yang wajib kita menerima beritanya dan orang wajib kita menolak. Ini bererti terdapat kelas-kelas yang tertentu bagi para perawi yang menukilkan hadis. Memeriksa kedudukan para perawi sangat penting dalam menentukan kesahihan riwayat hadis. Lebih-lebih lagi dalam berinteraksi dengan berita-berita sejarah kerana kelonggaran dalam menukilkan peristiwaperistiwa lebih ketara lagi. Ilmu Rijal Hadis ini sangat penting dalam berhadapan dengan perekapereka hadis. Kata Sufyan al-Thauri: "Apabila para perawi menggunakan dusta dalam periwayatan maka kami gunakan sejarah untuk melawan mereka." (al-Khatib, al-Kifayah, hal. 119) Di sisi ulama hadis, sanad adalah jalan yang menyampaikan kepada matan bagi hadis. Sanad merupakan ciri khusus umat Islam. Sebelum kedatangan Islam, sejarah tidak mengenali konsep sanad dalam menukilkan berita-berita malah kebenaran kitab-kitab suci agama sebelum Islam tidak dapat dibuktikan kerana sejarah kewujudannya tidak jelas. Apatah lagi dengan kitab-kitab sejarah. Kitab boleh lihat kepada Injil dengan keempat-empat buah iaitu Matta, Markes, Yuhanna dan Loka. Keempat orang pengarang ini tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s. Sejarah tidak dapat memberikan jawapan

siapakah yang meriwayatkan injil-injil ini daripada Nabi Isa a.s. Tambahan pula, tidak diketahui bahasa asalnya. Bagaimana mungkin diyakini kebenarannya. (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah alMuhammadiyyah, hal. 30) Berbeza dengan keadaan Islam, setiap sumbernya itu mempunyai sanad yang jelas. Setiap hadis yang didakwa berasal daripada Rasulullah s.a.w. mempunyai sanad walaupun ianya hadis daif. Ulama Islam mengakaji hadis–hadis Rasulullah s.a.w. dari sudut matan dan sanadnya sekali. Bahkan mereka menetapkan bahawa sanad itu adalah juzuk yang penting bagi hadis. Tanpa sanad sesuatu tidak akan diterima. Dalam hal ini, Abdullah bin Mubarak mengucapkan kata-katanya yang sangat masyhur iaitu:

‫ ولول السناد لقال من شاء ما شاء‬.‫السناد من الدين‬. "Sanad itu sebahagian daripada agama. Tanpanya siapa sahaja akan mengatakan apa yang dia mahu kata." (Sahih Muslim, hal. 9) Dengan kedatangan Islam, tradisi sanad bukan sahaja digunakan dalam kitab-kitab hadis malah meliputi kitab sejarah, bahasa dan sastera.

Cara Menguji Para Perawi Para imam ilmu rijal akan memeriksa keadaan perawi dari segi sejauh mana dia menjaga perintah-perintah Allah dan menjauhi kemungkaran. Untuk itu, ulama akan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang perawi tersebut. Al-Hasan bin Saleh berkata: "Apabila kami mahu menulis tentang seorang perawi, kami akan bertanya tentangnya sehingga dikatakan orang: "Adakah anda mahu mengahwinkannya?" Sekiranya seorang imam diceritakan hadis dari seseorang syaikh yang masih hidup, maka imam tersebutkan akan menemui syaikh tersebut untuk mendapatkan kepastian adakah benar begitu atau tidak. Syu`bah berkata: "al-Hasan bin `Amarah berkata bahawa al-Hakam telah menceritakan kepada saya daripada Yahya bin al-Jazzar daripada Ali sebanyak tujuh buah hadis. Lalu saya menemui al-Hakam dan bertanya kepadanya. Al-Hakam menjawab saya tidak pernah mendengar apa-apa daripada Yahya." Ini menunjukkan bahawa hadis-hadis itu telah sandarkan kepada al-Hakam sedangkan beliau tidak pernah meriwayatkannya.(al-Mua`llimi, `Ilm al-Rijal wa Ahamiyyatuh, hal. 5)

Jika imam itu mendengar hadis yang diriwayatkan daripada syaikh yang telah meninggal dunia maka beliau akan bertanya kepada perawi, bila syaikh itu meninggal dunia? Bilakah anda bertemu dengannya dan di mana? Kemudian imam itu akan membandingkan jawapan-jawapan tersebut dengan maklumat yang ada pada beliau tentang syaikh tersebut. Contohnya tentang cerita yang dinukilkan daripada `Ufair bin Mi`dan bahawa Umar bin Musa bin Wajih menceritakan daripada Khalid bin Ma`dan. Kata `Ufair: "Lalu saya bertanya kepadanya, pada tahun berapakah anda bertemu dengannya? Lalu dia menjawab, pada tahun 158 H di peperangan Armenia. Lalu saya berkata kepadanya: "Takutlah kepada Allah wahai syaikh, jangan berdusta, Khalid meninggal dunia pada tahun 154. saya ingin beritahu kepada kamu lagi, dia tidak pernah berperang di Armenia. (Ibid) (bersambung…)

Sahabat Rasulullah s.a.w. merupakan generasi yang paling mulia kerana mereka menerima pendidikan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. di samping terdidik dalam suasana wahyu. Melalui mereka sunnah Rasulullah s.a.w. terpelihara dan dapat sampai kepada generasi kemudian. Allah s.w.t. telah memilih satu generasi yang paling mulia untuk mendampingi dan menemani RasulNya. Demi memastikan Islam tetap tersebar ke seluruh alam, mereka sangup mengorbankan jiwa dan harta mereka. Dalam menentukan siapakah sahabah, para ulama telah memberi beberapa definisi. Al-Imam al-Bukhari menyatakan: Sesiapa dari kalangan orang-orang Islam yang mendampingi Rasulullah s.a.w. atau melihat baginda maka dia adalah sahabat. (Sahih al-Bukhari hal 697) Hafiz Ibn Hajar mendefinisikan sahabat sebagai sesesiapa yang menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan beriman dengan baginda dan meninggal dunia sebagai Islam. Berdasarkan kepada definisi ini, walaupun seseorang yang bertemu Rasulullah dalam keadaan masih kafir kemudian memeluk Islam tetapi tidak sempat bertemu baginda, tidak dikira seorang sahabat. Baligh tidak menjadi syarat kemestian dalam menentukan seseorang sahabat atau tidak. Sekiranya syarat baligh dikenakan pasti sebilangan besar sahabat tidak boleh dianggap sahabat kerana mereka hanya baligh setelah kewafatan baginda. Antara mereka ialah Abdullah bin al-Zubair, al-Hasan dan al-Husain. Menurut Ibn Kathir, beberapa imam seperti al-Bukhari, Abu Zur`ah, Ibn Abd alBarr, Ibn Mandah, Ibn al-Athir dan Abu Musa al-Madini menegaskan sematamata bertemu Rasulullah s.a.w. sudah memadai dalam menentukan seseorang itu sebagai sahabat. (Dirasat fi al-Jarh wa al-Ta`dil, hal 171)

Kedudukan sahabat yang utama Rasulullah s.a.w. menerangkan di dalam hadis-hadis tentang keutamaan sahabat-sahabat baginda.

‫ (خيير الناس‬:‫ عين النيبي صيلى ال علييه وسيلم قال‬،‫عين عبيد ال رضيي ال عنيه‬ ‫ ثم الذين يلونهم‬،‫ ثم الذين يلونهم‬،‫قرني‬. Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik manusia ialah kurunku, kemudian yang mengikuti mereka dan kemudian yang mengikuti mereka. 3470 ‫ فلو أن أحدكم‬،‫ (ل تسبوا أصحابي‬:‫ قال النبي صلى ال عليه وسلم‬:‫عن أبي سعيد الخدري رضي ال عنه قال‬ ‫ ما بلغ مد أحدهم ول نصيفه‬،‫(أنفق مثل أحد ذهبا‬. Daripada Abu Sa`id al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah anda memaki sahabat-sahabatku, jika seseorang dari kalangan kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud pasti tidak akan menyamai sebanyak satu cupak mereka malah separuh cupak mereka. Tingkatan generasi sahabat Pengelasan generasi sahabat yang paling diakui ialah yang dibuat oleh alHakim. Beliau telah mengelaskan generasi sahabat kepada 12 tingkatan. Sahabat yang awal memeluk Islam di Mekah seperti Khulafa Rasyidin. Sahabat yang memeluk Islam sebelum berlaku pemesyuaratan penduduk-penduduk Mekah di Dar al-Nadwah. Sahabat yang berhijrah ke Habsyah. Sahabat yang terlibat dengan perjanjian Aqabah yang pertama. Sahabat yang terlibat dengan perjanjian Aqabah yang kedua dan kebanyakan mereka adalah golongan Ansar. Muhajirin awal yang menemui Rasulullah s.a.w. di Quba sebelum baginda tiba di Madinah. Ahli Badar. Sahabat yang berhijrah selepas peperangan Badar dan sebelum perjanjian Hudaibiyah.

Sahabat yang terlibat dengan baiah Ridwan di Hudaibiyah. Sahabat yang berhijrah antara peristiwa Hudaibiyah dan sebelum pembukaan Mekah. Sahabat yang memeluk Islam ketika pembukaan Mekah. Kanak-kanak yang sempat melihat Rasulullah s.a.w.i pembukaan Mekah, Haji Wida` dan lain-lain.

Ahli Sunnah juga sepakat mengatakan para sahabat kesemuanya adalah adil berdasarkan kepada ta`dil Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. sendiri. Satu penilaian yang tidak dapat ditandingi dan dipertikaikan oleh sesiapapun. Kepentingan mengenali sahabat Menjadi kewajipan kepada pelajar-pelajar hadis untuk membezakan antara sahabat dan tabi`in kerana ia mengelakkannya dari tersilap dalam menentukan kedudukan hadis. Pelajar yang dapat mengenali sahabat tidak akan melakukan kesilapan dalam menentukan hadis mawsul dan hadis mursal. Dalam hal ini, alHakim menyebutkan: Sesiapa yang memahami dengan mendalam tentang sahabat adalah seorang hafiz yang sempurna hafalan kerana saya pernah melihat sekumpulan dari kalangan guru-guru kita meriwayatkan hadis mursal daripada tabi`i daripada Rasulullah s.a.w. dengan menyangkanya seorang sahabat. Adakalanya mereka meriwayatkan hadis musnad (hadis yang bersambung sanadnya) daripada sahabat yang disangkakan sebagai seorang tabi`i. ( `Ulum al-Hadith, Asiluha wa Mu`asiruha, 99) Bagaimana sahabat dapat ditentukan Seseorang perawi itu dapat ditentukan sebagai sahabat dengan melihat kepada salah satu tanda-tanda berikut. Dengan riwayat yang mencapai taraf tawatur iaitu ramai yang mengakui tentang seseorang adalah sahabat dan menukilkannya generasi demi generasi sehingga mustahil mereka berpakat untuk berdusta. Contohnya seperti persahabatan Khulafa al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang telah dijanjikan syurga. Ini seperti pernyataan al-Qur’an tentang persahabatan Abu Bakar di dalam surah al-Tawbah: 40. Ahli tafsir sepakat mengatakan yang dimaksudkan dengan sahib itu ialah Abu Bakar. Dengan riwayat yang mencapai taraf masyhur iaitu persaksian yang rendah sedikit daripada tawatur iaitu nama sahabat itu

disebutkan di dalam hadis yang mashur seperti Dhimam bin Tha`labah, `Ukasyah bin Mihsan, Salmah bin al-Akwa` dan lainlain.

Apabila seorang sahabat menyatakan bahawa seseorang itu adalah sahabat seperti Hamamah bin Abi Hamamah al-Dusi yang meninggal dunia kerana sakit perut di Isfahan pada zaman Umar bin al-Khattab. Abu Musa al-`Asy`ari tampil memberi saksi bahawa beliau pernah mendengar daripada RAsulullah s.a.w. Pengakuan sahabat sendiri bahawa dia adalah sahabat. Bagaimanapun disyaratkan orang yang mendakwa sebagai sahabat itu mestilah seorang yang terkenal dengan dengan keadilan dan dakwaannya itu mestilah berlaku sebelum berlalu seratus tahun dari kewafatan Rasulullah s.a.w. Jika dakwaan dibuat selepas seratus tahun kewafatan baginda, dakwaan itu tidak diterima seperti yang didakwa oleh Abi Dunya al-Asyajj, Maklabah bin Malkan dan Waratan al-Hindi. Ulama hadis sepakat mengatakan mereka berbohong.

Pernyataan sebahagian tabi`in yang thiqah bahawa perawi itu adalah sahabat. Ini berdasarkan kepada pendapat yang menerima tazkiyah (persaksian baik) dari seorang individu dan inilah pendapat yang rajih. (lihat Tadrib al-Rawi, 424, `Ulum al-Hadith, Asiluha wa Mu`asiruha, 100-101) Keadilan sahabat Menjadi ijmak di kalangan ulama bahawa kesemua sahabat adalah adil. Keadilan bermaksud perawi adalah seorang muslim, baligh, waras, bersih daripada sebab-sebab kefasiqan dan perkara-perkara yang menjejaskan harga diri. Definisi ini menunjukkan adil itu lawan kepada fasiq. Iaitu jika seseorang itu fasiq maka keadilannya tidak ada lagi. Keadilan sahabat membawa makna mereka tetap lurus dalam berpegang dengan agama, menjunjung perintah Allah, menjauhi laranganNya dan tidak sengaja berdusta atas nama Rasulullah s.a.w. Keadilan sahabat tidaklah bermaksud mereka itu terpelihara daripada melakukan maksiat, lupa dan tersilap. Dr Mahmud Tahhan menjelaskan keadilan sahabat itu bermaksud menjauhkan diri dari sengaja berdusta dan menyeleweng dalam periwayatan dengan melakukan dosa yang menyebabkan periwayatan mereka tidak diterima. Kesan dan natijah keadilan mereka ialah semua riwayat mereka diterima tanpa perlu bersusah payah mengkaji tentang keadilan mereka. Berkenaan sahabat yang terlibat dalam fitnah pertelingkahan sesama mereka, itu

dikira sebagai ijtihad yang mendapat ganjaran pahala sebagai baik sangka kepada mereka. Merekalah yang memikul amanah syariat dan mereka sebaikbaik kurun. (lihat Taysir Mustalah al-Hadith, hal. 199) Sahabat yang paling utama Secara mutlak, sahabat yang paling utama ialah Abu Bakar dan kemudian Umar. Kenyataan ini berdasarkan kepada ijmak Ahli Sunnah wal Jamaah. Dinukilkan juga dari Imam al-Syafie tentang ijmak para sahabat dan Tabi`in. Bagaimanapun Syiah tidak bersetuju dalam hal ini kerana mereka berpendapat Ali adalah sahabat yang paling mulia dan menjadi aqidah mereka semua sahabat telah murtad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. kecuali beberapa orang sahaja. Oleh itu tiada yang lain yang tinggal melainkan Ali dengan itu mereka mengatakan Ali yang lebih mulia. Sahabat yang paling akhir meninggal dunia ialah Abu Tufail `Amir bin Wathilah al-Laythi. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 100H. tetapi ada pendapat mengatakan lebih dari itu. Sementara yang paling akhir meninggal dunia sebelum beliau ialah Anas bin Malik yang meninggal dunia pada tahun 93H di Basrah. Metode sahabat dalam periwayatan hadis Kesungguhan sahabat dalam meriwayatkan hadis ini dapat disaksikan denagn melihat kepada ketekunan mereka dalam mendengar hadis daripada Rasulullah s.a.w. Mereka benar-benar menginsafi bahawa ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. juga merupakan panduan hidup seperti al-Qur’an. Kita dapati mereka sentiasa mengintai peluang untuk sama-sama menyertai majlis-majlis baginda. Dalam masa yang sama al-Qur’an memberi ancaman yang keras kepada sesiapa yang berpaling dari Rasulullah s.a.w. sahabat seperti Abu Hurairah dan ahli suffah sentiasa mendampingi baginda sehingga makan dan minum mereka bersama baginda. Imam al-Bukhari menukilkan dalam Sahihnya

‫خوَانَنَا مِنَن‬ ْ ‫خوَانَنَا مِنَن ال ُمهَاجِرينَن كانَن يَشْ َغُلهُمُن الصّن ْفقُ بالَسْنوَاقِ وإنّ إ‬ ْ ‫إنّ إ‬ ‫الَنْصنَا ِر كانَن يَشْ َغُلهُمُن العَ َملُ فِي أ ْموَا ِلهِمْن وإنّ أبنا هُرَيْ َر َة كانَن َيلْزِمُن رسنولَ ال‬ َ‫ح َفظُون‬ ْ ‫ح َفظُ ما ل َي‬ ْ ‫بش َبعِ َبطْنِ ِه وَ َيحْضُرُ ما ل َيحْضُرُونَ و َي‬ Abu Hurairah menceritakan bahawa saudara-saudara kami dari kalangan Muhajirin sibuk dengan jual beli di pasar sementara saudara-saudara Ansar pula sibuk bekerja mengusahakan harta mereka. Sesungguhnya Abu Hurairah sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. dengan sepenuh perutnya, dia menyertai majlis yang tidak disertai mereka dan menghafal apa yang tidak dihafal oleh mereka. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-`Ilm: Bab Hifz al-`Ilm, no: 117)

Para sahabat juga sentiasa memastikan hadis Rasulullah s.a.w. dengan bertanya siapa dari kalangan mereka menyertai majlis baginda. Jabir bin Samurah berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Dua belas orang tonggak dari Quraish tidak akan digugat oleh permusuhan orang yang memusuhi mereka. Kata Jabir kemudian saya berpaling tiba-tiba saya dapati Umar alKhattab dan bapa saya lalu mereka mengakui hadis itu sebagaimana yang saya dengar. (al-Muhadith al-Fasil, 494) Setelah mereka mendengar dan memastikan hadis, mereka akan menghafalnya dan menyampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Hal ini diberi penekanan yang tegas oleh Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫عليكقم بالقرآن وسقترجعون إلى أقوام سقيبلغون الحديقث عنقي فمقن عققل شيئا‬ ‫فليحدث به ومن قال علي ما لم أقل فليتبوأ بيتا أو مقعده من جهنم‬. Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur’an, nanti kamu akan kembali kepada kaum-kaum yang akan menyampaikan hadis daripadaku, oleh itu sesiapa yang memahami sesuatu hendaklah dia menyampaikannya, sesiapa yang dusta di atas aku maka hendaklah dia menyediakan rumah atau tempat tinggalnya di dalam neraka jahannam. ( riwayat al-Tabarani dalam al-Mu`jam al-Kabir) Oleh kerana itu kita dapati mereka sangat sedikit meriwayatkan hadis dan merasa sangat berat kerana walaupun telah menghafalnya kerana takut tersilap yang boleh membawa kepada berdusta sedangkan ada hadis menyatakan:

‫ "كفقى بالمرء كذبقا‬:‫ قال رسقول ال صقلى ال عليه وسقلم‬:‫عن أبقي هريرة؛ قال‬ ‫"أن يحدث بكل ما سمع‬. Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. (Riwayat Muslim) Demi untuk menjaga hadis dan menyampaikan dengan sebaik-baiknya mereka sentiasa bermuzakarah dan berbincang sesama mereka dan perkara ini diberi penekanan yang penting. Sayyidina Ali berkata: Hendaklah anda saling menziarahi dan banyak menyebutkan hadis, sesungguhnya jika anda tidak berbuat demikian ia akan hilang. Abdullah bin Mas`ud berkata: Bermuzakarahlah (berbincang) tentang hadis, kerana hadis itu hidup dengan muzakarah. Abu Said al-Khudri berkata: Hendaklah anda bermuzakarah tentang hadis kerana hadis itu sebahagiannya akan membangkitkan sebahagian yang lain. (Ma`rifah `Ulum alHadith, 140-141)

Para sahabat sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadis. Mereka hanya mengambil daripada orang yang teliti dan kuat ingatan. Ini disebabkan kesilapan yang sering dilakukan oleh perawi yang tidak kemas. Ibn `Adi menyebutkan di dalam muqaddimah kitabnya al-Kamil beberapa orang sahabat yang memperkatakan kedudukan para perawi antara mereka ialah `Umar, `Ali, Ibn Abbas, Abdullah bin Salam, Ubadah bin al-Samit, `Aishah dan Anas. Mereka semua mendustakan setiap orang yang tidak benar dalam ucapannya. Justeru itu para sahabat sangat ketat dan bersikap keras terhadap orang yang meriwayatkan hadis kepada mereka. Al-Bara’ bin `Azib menceritakan tentang sikap mereka: "Bukan semua hadis kami dengar daripada Rasulullah s.a.w. Sahabat-sahabat kamilah yang menceritakan kepada kami kerana kami sibuk menjaga unta. Para sahabat Rasulullah s.a.w. akan mendapatkan hadis yang tidak sempat mereka didengari dari Rasulullah s.a.w. melalui teman-teman mereka, dan orang yang paling kuat menghafal dari kalangan mereka. Dan para sahabat amat keras dan ketat terhadap orang yang mereka dengari." Al-Hakim menyebutkan jika Ali terlepas dari mendengar hadis daripada Rasulullah s.a.w., beliau meminta perawi yang menyampaikan hadis kepadanya supaya bersumpah. (Ma`rifah `Ulum al-Hadith hal 15) Ini bukanlah bermaksud sahaabt-sahabat menuduh orang lain berdusta bahkan ini adalah ketelitian mereka dan penyiasatan mereka terhadap para perawi. Mereka amat bimbang jika berlaku kesilapan ketika hadis-hadis dinukilkan. Ada juga di kalangan sahabat yang mencatat dan menulis hadis-hadis. Sesetengah pihak mendakwa hadis tidak pernah ditulis pada awal sejarah Islam tetapi ditulis kemudiannya selepas beberapa abad. Dakwaan ini tidak benar kerana ada beberapa orang sahabat telah menulis dan mencatat hadis-hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Abu Hurairah berkata:

‫ إل ما كان‬،‫ما من أصحاب النبي صلى ال عليه وسلم أحد أكثر حديثا عنه مني‬ ‫ فإنه كان يكتب ول أكتب‬،‫من عبد ال بن عمرو‬ Tidak ada sahabat Rasulullah s.a.w. yang lebih banyak meriwayatkan hadis dari saya kecuali Abdullah bin `Amr, kerana beliau mencatat (hadis-hadis) tetapi saya tidak.

‫ل صيلى‬ ّ ‫ كنيت أكتيب كيل شىء أسيمعه مين رسيول ا‬:‫عين عبيد الّ بين عمرو قال‬ ‫ أتكتييب كييل شىء تسييمعه‬:‫ فنهتنييي قريييش وقالوا‬،‫الّ عليييه وسييلم أريييد حفظييه‬ ‫ فأمسكت عن‬،‫ورسول الّ صلى الّ عليه وسلم َبشَرٌ يتكلم في الغضب والرضا‬ ‫ فأوميأ باصيبعه إلى فييه‬،‫ل صيلى الّ علييه وسيلم‬ ّ ‫ فذكرت ذلك لرسيول ا‬،‫الكتاب‬ ّ‫ "اكتب فوالذي نفسي بيده ما يخرج منه إل حق‬:‫"فقال‬.

Daripada Abdullah bin `Amr, katanya: Saya sering mencatat setiap yang saya dengar daripada Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba kaum Quraish melarangku dan berkata: Adakah kamu menulis setiap yang kamu dengari sedangkan Rasulullah s.a.w itu manusia, bercakap dalam keadaan marah dan senang? Lalu saya pun berhenti dari menulis. Saya menyebutkan hal ini kepada baginda lalu baginda mengisyaratkan dengan jarinya ke mulutnya dan bersabda: "Tuliskanlah! Demi diriku yang berada di TanganNya, tidak keluar darinya kecuali kebenaran". Berikut ini beberapa sahifah atau catatan yang diusahakan oleh para sahabat: al-Sahifah al-Sadiqah iaitu catatan hadis yang diusahakan oleh `Abdullah bin `Amr bin al-`As. Beliau pernah menceritakan tentang hal dirinya: Saya telah menghafaz daripada Rasulullah s.a.w. seribu mithal". Beliau amat berbangga dengan catatannya itu. Al-Darimi menyebutkan dalam sunannya bahawa Abdullah bin `Amar berkata: Tidak ada yang menyenangkan diriku di dunia ini melainkan al-Sadiqah dan al-Wahat. Al-Wahat ialah tanah yang diwakafkan oleh bapanya di Taif dan beliau menjaganya. ( Sunan al-Darimi, jil.1 hal. 127) Sahifah ini kemudiannya diwariskan oleh cucu beliau iaitu `Amar bin Syu`aib. Imam Ahmad di dalam al-Musnad pada musnad `Abdullah bin `Amr telah mengeluarkan sebahagian besar hadis dari sahifah ini, melalui hadis `Amar bin Syu`aib daripada ayahnya daripada datuknya. Sahifah `Ali bin Abi Talib, catatan yang ringkas merangkumi masalah aql iaitu kadar diyat dan hukum-hukum membebaskan tawanan. Al-Bukhari menyebutkan di dalam sahihnya daripada Abu Juhaifah berkata: Saya bertanya kepada Ali: Adakah di sisi kamu ada kitab? Beliau menjawab: Tidak ada melainkan kitab Allah atau pemahaman yang diberikan kepada lelaki muslim atau apa-apa yang ada dalam sahifah ini. Saya bertanya lagi: Apa yang ada dalam sahifah ini? Beliau menjawab: Aql, pembebasan tawanan dan tidak boleh orang Islam dibunuh kerana orang kafir. (Sahih al-Bukhari, no: 111, hal. 47) Sahifah Sa`d bin `Ubadah, al-Tirmizi menyebutkan di dalam sunannya daripada Ibn Sa`d bin `Ubadah bahawa kami telah mendapati di dalam kitab Sa`d bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memutuskan hukum berdasarkan sumpah dan saksi. (Sunan al-Tirmizi, no: 1358) Sahabat-sahabat seperti `Umar dan anaknya `Abdullah menggesa orang-orang supaya mencatat ilmu dan tentunya ilmu yang paling mulia ilmu hadis. ( Sunan al-Darimi, jil.1 hal. 127) Bagi menjamin kualiti hafalan, para sahabat meminimunkan periwayatan hadis daripada Rasulullah. Jika diriwayat dengan terlalu banyak akan berlaku kesilapan dalam menerima atau menyampaikan hadis.

Para sahabat bertaburan di pelosok Negara untuk menyampaikan hadis Di kalangan sahabat ada yang menetap di Kufah seperti `Ali dan Ibn Mas`ud, di Madinah seperti `Umar, Ibn `Umar dan Zaid bin Thabit, di Basrah Abu Musa al`Asy`ari, di Syam Mu`az bin Jabal dan Mu`awiyah bin Abu Sufyan, di Mekah Ibn `Abbas dan di Mesir `Abdullah bin `Amar bin al-`As. Dari Bandar-bandar, inilah tersebar hadis-hadis Rasulullah s.a.w. (Ibn al-Qayyim, I`lam al-Muwaqqi`in, jld. 1 hal. 61)

Related Documents

Ilmu Rijal Hadis
November 2019 32
Ilmu Rijal Hadis
November 2019 38
Rijal
July 2020 16
2. Ilmu Hadis
October 2019 49
40 Hadis Kelebihan Ilmu
October 2019 56

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31