Ilmu Rijal Hadis

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ilmu Rijal Hadis as PDF for free.

More details

  • Words: 10,656
  • Pages: 42
Kedatangan Islam dengan al-Quran dan al-Hadis telah membuka lembaran baru dalam sejarah ketamadunan manusia dan perkembangan ilmu. Ilmuilmu seperti Usul al-Fiqh, Usul Tafsir dan Balaghah yang dihasilkan oleh Islam tidak pernah diketahui sebelum ini. Kemunculan ilmu-ilmu tidak lain dan tidak bukan untuk menghuraikan dan menjelaskan maksud al-Quran dan alHadis. Antara ilmu yang muncul ialah ilmu Rijal Hadis iaitu ilmu yang berkait dengan perawi-perawi yang meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah. Ilmu Rijal Hadis adalah ilmu yang sangat luas. Mengetahuinya adalah mengetahui satu bahagian yang besar dalam ilmu-ilmu Islam. Imam Ali bin alMadini berkata: "Kefahaman yang mendalam tentang makna-makna hadis adalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah separuh ilmu. (Abu Ghuddah, Lamahat, hal. 80) Kata-kata Ibn al-Madini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmu rijal yang sebaris dengan ilmu memahami kandungan hadis. Oleh kerana itu, ulama menulis sejumlah kitab yang tidak terhitung banyaknya tentang keadaan para perawi hadis. Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua. Pertama, ilmu sejarah perawi dan kedua, ilmu Jarh wa Ta`dil. Dalam tulisan ini, penulis akan membincangkan pecahan pertama sahaja yang skopnya itu sangat luas. Ilmu Tarikh al-Ruwat atau sejarah para perawi Dr. `Ajjaj al-Khatib menyebutkan takrif ilmu ini. Kata beliau, ilmu Tarikh alRuwat ialah ilmu yang memperkenalkan perawi dari sudut yang berkait dengan periwayatan hadis oleh mereka. Ilmu ini merangkumi biografi dan penjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri mereka, tarikh mula mendengar hadis, pengembaraan, tarikh ketibaan di sesebuah negeri, guruguru, perawi lain yang menerima hadis daripadanya dan mendengar hadis dari syaikh yang nyanyuk sebelum atau selepas berlaku nyanyuk. (Usul al-Hadith, hal. 253) Ilmu ini sama berkembang dengan ilmu hadis. Dari satu sudut, ilmu ini kelihatan sebahagian dari ilmu sejarah. Cuma ia lebih tertumpu kepada keadaan para perawi. Pengenalan Para Perawi Secara asasnya, seseorang perawi dikenali dengan nama asal tetapi ada kalanya lebih dikenali dengan kunyah atau nisbahnya. Apabila seorang perawi itu dikenali dengan abu fulan (bapa si fulan) atau ummu fulan (ibu si fulan) maka itu dikatakan kunyah. Kunyah merupakan panggilan yang cukup utuh dalam sistem panggilan masyarakat Arab yang menggambarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Begitu juga apabila perawi itu dikaitkan dengan sesuatu bangsa, tempat dan keturunan maka itu dipanggil sebagai nisbah. Di samping itu, ada juga perawi yang diberikan laqab atau gelaran yang

melambangkan kedudukannya dalam dunia ilmu seperti al-Imam, al-Hafiz, Syaikh al-Islam dan lain-lain. Ulama yang menyusun biografi perawi akan memperkenalkan perawi itu dengan namanya, kunyahnya gelarannya kemudian nisbah kepada negeri. Jika kunyahnya atau gelarannnya lebih terkenal maka itulah yang didahulukan. Pengenalan seseorang perawi akan lebih jelas lagi dengan dinyatakan bapanya, datuknya dan juga moyangnya. Faedahnya ialah apabila terdapat dua orang atau lebih yang mempunyai kesamaan pada nama perawi dan bapanya. Perbezaan akan dikesan dengan melihat kepada nama datuk. Adakalanya perbezaan kepada nama perawi yang sama dengan melihat kepada nisbah negeri. Sebagai contoh terdapat enam orang yang bernama al-Khalil bin Ahmad. Dalam satu masa ada empat orang yang bernama Ahmad bin Ja`afar bin Hamdan. Dalam pengajian hadis mereka ini dipanggil al-muttafiq wa almuftariq iaitu sama pada nama tetapi berbeza individu. (Taisir Mustalah alHadith, hal. 206) Satu kisah yang cukup menarik untuk disebutkan di sini yang diceritakan oleh Abu al-Farj al-Mu`afi bin Zakaria al-Nahrawani. Kata beliau: "Pada satu tahun saya menunaikan haji dan ketika di Mina saya terdengar seorang yang memanggil, wahai Abu al-Farj. Sayapun berkata, mungkin dia mencari saya. Kemudian saya terfikir, ramai lagi orang yang dikunyahkan dengan Abu alFarj maka saya tidak menyahut. Kemudian saya mendengar orang itu memanggil Abu al-Farj al-Mu`afi. Lalu saya ingin benar untuk menyahut kemudian saya terfikir ada ramai lagi yang dipanggil Abu al-Farj al-Mu`afi maka saya tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Mu`afi bin Ja`afar lalu sayu tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj alMu`afi bin Ja`afar al-Nahrawani. Maka sayapun perkata tidak syak lagi tentu dia memanggil saya kerana dia telah menyebut kunyah saya, nama saya, nama ayah saya dan negeri saya. Lalu saya berkata kepadanya, sayalah orang itu, apa yang anda perlukan? Lalu dia bertanya agaknya anda datang dari Nahrawan Timur. Maka saya menjawab, ya. Maka dia berkata, kami mahukan Abu al-Farj al-Mu`afi dari Nahrawan Barat. Lalu saya merasa amat kagum dengan kesamaan itu. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 155) Tahun Kelahiran Dan Kewafatan Tujuan menyatakan tarikh ialah untuk menentukan tabaqah (lapisan) atau generasi yang perawi itu berada bagi memastikan berlaku bersambungsambung dalam sanad atau tidak. Ini kerana bersambung-sambung itu syarat bagi kesahihan hadis sementara terputus pula sebab kepada kecaman pada hadis. Selain itu, pendustaan sesetengah perawi dapat dikesan dengan menghitung tahun kewafatan perawi yang didakwa sebagai punca hadis dan tahun perawi yang mendakwa. Diriwayatkan daripada Ismail bin Iyash alHimsi katanya, satu kali saya berada di Iraq lalu seorang ahli hadis datang kepada saya. Mereka berkata, di sini ada seorang lelaki yang meriwayatkan hadis daripada Khalid bin Ma`dan. Lalu saya bertanya pada tahun berapa anda mencatatkan hadis daripada Khalid. Dia menjawab, pada tahun 113 H. lalu saya berkata, sesungguhnya anda mendakwa bahawa anda telah

mendengar daripada Khalid tujuh tahun setelah beliau meninggal dunia. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 157). Perhatian ulama terhadap tahun kelahiran dan kewafatan ini sangat jelas sehingga kitab-kitab mereka tentang perawi dinamakan dengan al-Tawarikh sebagaimana yang dapat dilihat pada al-Tarikh al-Kabir karangan Imam alBukhari, Tarikh Ibn Abi Khaitham dan juga Tarikh Ibn Ma`in. ada juga ulama yang menyusun nama-nama perawi mereka tahun kewafatan dan metode ini dikenali dengan al-Wafayat. Contohnya, Kitab al-Tarikh oleh Abi Bisyr Harun bin Hatim al-Tamimi, al-Tarikh karangan Abu Musa Muhammad bin alMuthanna al-`Anazi. Nama Guru Dan Murid Adalah menjadi kebiasaan ulama yang menyusun kitab-kitab rijal untuk menyenaraikan guru-guru atau murid-murid bagi perawi atau hanya meyebut mereka yang terkenal sahaja. Di samping itu, disebutkan juga siapakah yang mengambil riwayat secara dan juga melalui perantaraan. Semua ini dapat membantu pengkaji rijal hadis untuk mengetahui ada pertemuan antara seorang syaikh dengan perawi itu. Pengarang kitab-kitab rijal akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebutkan guru dan murid. Umpamanya di bawah biografi Imam Ahmad, al-Mizzi menyenaraikan lebih kurang seratus tiga puluh orang guru Imam Ahmad dan lebih kurang lapan puluh orang murid. (Tahzib al-Kamal, jil. 1, hal. 437) Pengembaraan Ilmiyyah Pengembaraan atau rihlah memainkan peranan yang penting dalam sejarah ilmu hadis sama ada dari segi pengumpulan hadis atau mengenalpasti kedudukan para perawi. Sejarah mencatatkan bahawa Jabir bin Abdullah membeli seekor tunggangan dan mengembara dari Madinah ke Mesir untuk mendapatkan kepastian daripada `Uqbah bin `Amir adakah beliau mendengar sebuah hadis tentang melindungi orang mukmin.. Selepas itu beliau terus pulang tanpa menghiraukan apa-apa urusan. (Abu Lubabah, al-Jarh wa alTa`dil, hal. 24) Apabila berlaku gejala pemalsuan hadis, para ulama mengembara ke setiap ceruk negeri untuk mengkaji punca-punca hadis-hadis mawdu` lalu mereka dapat mengetahui siapakah yang terlibat dalam jenayah ini. Daripada al-Mua’ammal bin Ismail katanya seorang syaikh telah menceritakan saya beberapa hadis tentang kelebihan surah-surah. Lalu saya berkata kepada syaikh itu: "Siapakah yang menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Seorang lelaki di Madain telah menceritakan kepada saya dan dia masih hidup." Lalu saya pergi menemuinya dan bertanya: "Siapakah yang menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Seorang syaikh di Wasit telah menceritakan kepada saya dan dia masih hidup." Lalu saya pergi menemuinya dan dia berkata: Seorang syaikh di Basrah telah menceritakan kepada saya." Kemudian saya pergi menemuinya dan dia berkata: Seorang syaikh di

Abbadan telah menceritakan kepada saya." Lalu saya pergi menemuinya dan dia menarik tangan saya dan membawa masuk ke sebuah rumah. Tiba-tiba saya dapati di dalamnya sekumpulan pengikut tasawuf bersama seorang syaikh. Lelaki berkata kepada saya: "Syaikh inilah yang telah menceritakan kepada saya. Lalu saya berkata: "Wahai syaikh ! S iapakah yang telah menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Tidak ada sesiapapun yang menceritakan kepada saya tetapi saya melihat orang ramai tidak memberi perhatian kepada al-Quran maka saya menciptakan hadis ini untuk mereka supaya hati-hati mereka kembali berpaling kepada al-Quran. (al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, hal. 222) Faedah daripada mencatatkan tempat-tempat dan tahun pengembaraan ialah untuk menentukan bersambung-sambungnya sanad perawi itu dengan ulama hadis di negeri itu. Contohnya sekiranya perawi itu tidak pernah sampai di Mesir dan tidak didapati bahawa ada ulama Mesir yang bertemu dengannya, lalu perawi itu meriwayatkan satu hadis dari ulama Mesir maka para ulama hadis akan berhati-hati dengannya. Ini kerana sudah ada syubhat dalam riwayat ini dan memberi gambaran bahawa sanad hadis itu tidak bersambungsambung di samping mengambil kira penilaian yang lain seperti perawi itu dituduh berdusta, tidak tepat atau lalai. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 162) Perhatian Terhadap Sanad Sebagai Tuntutan Menjaga Hadis Hadis sebagai huraian kepada makna al-Quran. Seseorang mujtahid atau ulama tidak akan dapat memahami makna al-Quran sehinggalah beliau dapat menguasai hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Oleh itu, hadis dikatakan sebagai praktik atau jelmaan kepada ajaran al-Quran. Oleh kerana hadis itu hanya sabit dengan adanya sanad yang dipercayai dan sanad itu merupakan rantaian para perawi, maka menjadi tugas umat ini untuk memeriksa dan mengenali para perawi. Adalah wajib kepada kita dalam menjaga sunnah untuk mengenali siapakah yang membawa hadis-hadis Rasulullah. Ini kerana periwayatan hadis itu ada kalanya dilakukan orang yang wajib kita menerima beritanya dan orang wajib kita menolak. Ini bererti terdapat kelas-kelas yang tertentu bagi para perawi yang menukilkan hadis. Memeriksa kedudukan para perawi sangat penting dalam menentukan kesahihan riwayat hadis. Lebih-lebih lagi dalam berinteraksi dengan beritaberita sejarah kerana kelonggaran dalam menukilkan peristiwa-peristiwa lebih ketara lagi. Ilmu Rijal Hadis ini sangat penting dalam berhadapan dengan pereka-pereka hadis. Kata Sufyan al-Thauri: "Apabila para perawi menggunakan dusta dalam periwayatan maka kami gunakan sejarah untuk melawan mereka." (al-Khatib, al-Kifayah, hal. 119) Di sisi ulama hadis, sanad adalah jalan yang menyampaikan kepada matan bagi hadis.

Sanad merupakan ciri khusus umat Islam. Sebelum kedatangan Islam, sejarah tidak mengenali konsep sanad dalam menukilkan berita-berita malah kebenaran kitab-kitab suci agama sebelum Islam tidak dapat dibuktikan kerana sejarah kewujudannya tidak jelas. Apatah lagi dengan kitab-kitab sejarah. Kitab boleh lihat kepada Injil dengan keempat-empat buah iaitu Matta, Markes, Yuhanna dan Loka. Keempat orang pengarang ini tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s. Sejarah tidak dapat memberikan jawapan siapakah yang meriwayatkan injil-injil ini daripada Nabi Isa a.s. Tambahan pula, tidak diketahui bahasa asalnya. Bagaimana mungkin diyakini kebenarannya. (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, hal. 30) Berbeza dengan keadaan Islam, setiap sumbernya itu mempunyai sanad yang jelas. Setiap hadis yang didakwa berasal daripada Rasulullah s.a.w. mempunyai sanad walaupun ianya hadis daif. Ulama Islam mengakaji hadis– hadis Rasulullah s.a.w. dari sudut matan dan sanadnya sekali. Bahkan mereka menetapkan bahawa sanad itu adalah juzuk yang penting bagi hadis. Tanpa sanad sesuatu tidak akan diterima. Dalam hal ini, Abdullah bin Mubarak mengucapkan kata-katanya yang sangat masyhur iaitu:

‫ ولول السناد لقال من شاء ما شاء‬.‫السناد من الدين‬. "Sanad itu sebahagian daripada agama. Tanpanya siapa sahaja akan mengatakan apa yang dia mahu kata." (Sahih Muslim, hal. 9) Dengan kedatangan Islam, tradisi sanad bukan sahaja digunakan dalam kitab-kitab hadis malah meliputi kitab sejarah, bahasa dan sastera. Cara Menguji Para Perawi Para imam ilmu rijal akan memeriksa keadaan perawi dari segi sejauh mana dia menjaga perintah-perintah Allah dan menjauhi kemungkaran. Untuk itu, ulama akan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang perawi tersebut. AlHasan bin Saleh berkata: "Apabila kami mahu menulis tentang seorang perawi, kami akan bertanya tentangnya sehingga dikatakan orang: "Adakah anda mahu mengahwinkannya?" Sekiranya seorang imam diceritakan hadis dari seseorang syaikh yang masih hidup, maka imam tersebutkan akan menemui syaikh tersebut untuk mendapatkan kepastian adakah benar begitu atau tidak. Syu`bah berkata: "alHasan bin `Amarah berkata bahawa al-Hakam telah menceritakan kepada saya daripada Yahya bin al-Jazzar daripada Ali sebanyak tujuh buah hadis. Lalu saya menemui al-Hakam dan bertanya kepadanya. Al-Hakam menjawab saya tidak pernah mendengar apa-apa daripada Yahya." Ini menunjukkan bahawa hadis-hadis itu telah sandarkan kepada al-Hakam sedangkan beliau tidak pernah meriwayatkannya.(al-Mua`llimi, `Ilm al-Rijal wa Ahamiyyatuh, hal. 5)

d

asukkan kalimat

ntukan tema ca

dak boleh mema

Jika imam itu mendengar hadis yang diriwayatkan daripada syaikh yang telah meninggal dunia maka beliau akan bertanya kepada perawi, bila syaikh itu meninggal dunia? Bilakah anda bertemu dengannya dan di mana? Kemudian imam itu akan membandingkan jawapan-jawapan tersebut dengan maklumat yang ada pada beliau tentang syaikh tersebut. Contohnya tentang cerita yang dinukilkan daripada `Ufair bin Mi`dan bahawa Umar bin Musa bin Wajih menceritakan daripada Khalid bin Ma`dan. Kata `Ufair: "Lalu saya bertanya kepadanya, pada tahun berapakah anda bertemu dengannya? Lalu dia menjawab, pada tahun 158 H di peperangan Armenia. Lalu saya berkata kepadanya: "Takutlah kepada Allah wahai syaikh, jangan berdusta, Khalid meninggal dunia pada tahun 154. saya ingin beritahu kepada kamu lagi, dia tidak pernah berperang di Armenia. (Ibid) (bersambung…)



Alquran



Hadis



Kamus



Waris



Haji dan Umrah



Layanan ○

Waktu salat



Perubahan Tanggal



Hitungan zakat mal



Halaman Utama >Hadis > ILMU > Ilmu Hadis 1-20, Jumlah: 49 1. Ancaman keras bagi orang yang berdusta atas nama Rasulullah saw. Janganlah engkau berdusta mengatasnamakan aku, karena sesungguhnya orang yang berdusta atas namaku, 2. Dalil yang menunjukkan bahwa orang yang mati dalam keadaan menetapi tauhid, niscaya akan masuk ... Bahwa tiada Tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah? Para sahabat menjawab: Memang benar ia 3. Makna firman Allah: Dan sesungguhnya Muhammad telah melihatnya lagi pada waktu yang lain, ...

4. Pencarian selanjutn ya

5. 6. 7. Taya ngan

P emba gian men urut bab

: :

: :

8. 9. 10.

11. 12. Indeks Ayat Alqur an

: :

13. 14.

Hadi s Quds i

: :

Hadi s Muta watir

: :

Hadi s Marf

: :

15. 16. 17.

Itu adalah Jibril as. aku tidak pernah melihatnya dalam bentuk aslinya, kecuali dua kali Melarang orang lewat di depan orang yang sedang salat Seandainya orang yang lewat di depan tempat salat itu mengetahui betapa besar dosanya, pasti ia Pemindahan kiblat dari Baitulmakdis ke Kakbah Aku pernah salat bersama Nabi saw. menghadap Baitulmakdis selama enam belas bulan sampai Pemindahan kiblat dari Baitulmakdis ke Kakbah Ketika orang-orang sedang melakukan salat di Qubba, tiba-tiba datang orang yang membawa Lupa dalam salat dan sujud sahwi Seketika Rasulullah bangun dan salat dua rakaat lalu salam. Beliau membaca takbir kemudian sujud. Salat musafir dan mengqasarnya menemani Rasulullah dalam suatu perjalanan beliau. Beliau salat tidak lebih dari dua rakaat hingga Salat sunat di atas kendaraan saat perjalanan Seandainya aku tidak melihat Rasulullah saw. melakukannya, niscaya aku tidak akan melakukannya Salat malam dan jumlah rakaat yang dilakukan Nabi saw. bahwa witir itu satu rakaat dan salat ... Rasulullah tidur pada permulaan malam dan bangun pada akhir malam. Kemudian apabila beliau punya Perkara yang berkaitan dengan bacaan (qiraat) wal laili idzza yaghsyaa. Aku jawab: Aku mendengar Abdullah membaca, "wallaili idzza Salat sunat sesudah salat Jumat setelah mengerjakan salat Jumat, ia pulang dan mengerjakan salat sunat dua rakaat di rumah. Salat Ied Bersedekahlah kalian! bersedekahlah! Bersedekahlah! Dan ternyata mayoritas yang memberikan sedekah Surga dan neraka yang diperlihatkan kepada Rasulullah saw. saat melaksanakan salat gerhana Apa yang belum pernah aku lihat, telah dapat kulihat di tempatku ini, termasuk surga dan neraka. Mayit disiksa karena ratapan (penyesalan) keluarganya Sesungguhnya orang kafir itu ditambah siksanya oleh Allah sebab tangis keluarganya Sungguh, Berdiri karena jenazah Bukankah ia juga manusia? Anjuran untuk membunuh orang-orang Khawarij Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal. Mereka berbicara dengan pembicaraan

18. Boleh berpuasa atau berbuka di siang hari bulan Ramadan bagi yang bepergian bukan untuk maksiat ... bepergian pada tahun penaklukan kota Mekah di bulan Ramadan. Beliau tetap berpuasa hingga tiba di 19. Puasa pada hari Asyura' Hari ini adalah hari Asyura' dan Allah tidak mewajibkan kalian melaksanakan puasa pada hari ini, 20. Larangan berpuasa pada hari raya Idul Fitri dan hari raya Idul Adha Tidaklah patut berpuasa pada dua hari tertentu, yakni Hari Raya Idul Adha dan Hari Raya Idul Fitri 123

u Hadi s Mauq uf

Bait Syair

: :

: :

Mazhab Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: navigasi, gelintar Mazhab (‫ )مذهب‬ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam. Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai. Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih. Bagi Islam Sunni, ada 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie. Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi. Mazhab dalam Kristian pula seringkali disebut denominasi.

Jadual isi kandungan [tutup] •

1 Ahli Sunnah wal Jamaah ○

1.1 Mazhab Hanafi



1.2 Mazhab Maliki





1.3 Mazhab Syafie



1.4 Mazhab Hanbali

2 Syi'ah ○

2.1 Mazhab Jaafariyyah



2.2 Mazhab Ismailiyyah



2.3 Mazhab Zaidiyah

[sunting] Ahli Sunnah wal Jamaah [sunting] Mazhab Hanafi Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Hanafi Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi. Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara. Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan." Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah. Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional

[sunting] Mazhab Maliki Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Maliki Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah. Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya. Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan

supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya. Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”. Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab yang terlalu tradisional

[sunting] Mazhab Syafie Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Syafie Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah. Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf. Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi. Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.” Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batubatu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya. Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah. Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?” Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh. Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid azZanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis. Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh. Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

[sunting] Mazhab Hanbali Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Hanbali, Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam. Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?” Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.” Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.

[sunting] Syi'ah Rencana utama: Syi'ah Syi'ah atau lebih dikenal lengkapnya dari kalimat bersejarah Syi`ah `Ali pada awal mula perkembangannya juga banyak memiliki aliran. Namun demikian hanya tiga aliran yang masih ada sampai sekarang, yaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah. Di dalam keyakinan utama Syi'ah, Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin. Di antara ketiga mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam hal siapa saja yang menjadi imam dan pengganti para imam tersebut.

[sunting] Mazhab Jaafariyyah Rencana utama: Jaafariyyah Mazhab Ja'fari atau Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan penganut yang terbesar dalam Muslim Syi'ah. Dinisbatkan kepada Imam ke-6, iaitu Ja'far ash-Shadiq bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Keimaman kemudian berlanjut yaitu sampai Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Asykari bin Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin Ali ar-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq. Mazhab ini menjadi mazhab rasmi Negara Republik Islam Iran.

[sunting] Mazhab Ismailiyyah Rencana utama: Ismailiyah Ismailiyah adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah, selepas mazhab Imam Dua Belas (Ithna 'Asyariah). Sebutan Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il bin Ja'far sebagai pewaris dari Ja'far ashShadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak menerima Musa al-Kadzim sebagai Imam mereka. Baik Ismailiyah mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal mazhabnya.

[sunting] Mazhab Zaidiyah Rencana utama: Zaidiyah Mazhab Zaidi atau Mazhab Lima Imam berpendapat bahwa Zaid bin Ali merupakan pengganti yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali Zainal Abidin, saudara tirinya, Muhammad alBaqir. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Setelah kematian imam ke-4, Ali Zainal Abidin, yang ditunjuk sebagai imam selanjutnya adalah anak sulung beliau yang bernama Muhammad al-Baqir, yang kemudian diteruskan oleh Ja'far ash-Shadiq. Zaid bin Ali menyatakan bahawa imam itu harus melawan penguasa yang zalim dengan pedang. Setelah Zaid bin Ali syahid pada masa Bani Umaiyyah, beliau digantikan anaknya Yahya bin Zaid. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab" Kategori: Mazhab | Islam

Jumaat 29 Jun 2007 Topib 009 - ILMU MUSTALAH HADITH

ILMU MUSTALAH HADITH Bahagian Satu Pengertian Hadith Mustalah hadith ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadith. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu Mahmud alRamahramzi [Tahun 360 Hijrah].

Hadith menurut bahasa, ialah; Pertama: Yang baharu, Kedua: Perkhabaran, Ketiga: Yang dekat atau yang belum lama. Menurut istilah ahli hadith pula: ialah segala ucapan nabi, segala perbuatan dan segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya, segala yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal keputraannya, tempatnya dan segala yang bertalian dengannya. Pengertian ini samalah dengan pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadith. Tetapi pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul. Dan sebab berlainan ini ialah kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan mereka tinjau. Ahli (ulama') hadith membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang dijadikan ikutan bagi umatnya. Kerana ini mereka pindahkan dan mereka terangkan segala yang bersangkutan dengan rasul, baik mengenai riwayat, perjalanannya, mengenai budi pekertinya, keutamaannya, keistimewaannya, tutur katanya, perbuatanperbuatannya; sama ada yang dapat mewujudkan hukum atau tidak. Ulama' usul membahaskan rasul sebagai seorang pengatur undang-undang yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad bagi para mujtahid sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan hidup (dustur al-hayat) maka mereka pun memperhatikan segala tutur kata rasul, perbuatan-perbuatannya dan taqrirnya, iaitu pengakuan-pengakuannya bersangkutan dengan perkara penetapan hukum. Sementara itu ulama' fiqh membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang seluruh perbuatannya atau perkataannya atau menunjukkan kepada suatu hukum syara'. Mereka membahaskan hukum-hukum yang mengenai para mukallaf dan perbuatan mereka dari segi hukum wajib, haram, harus, makruh dan mandub (sunat). Pengertian Sunnah Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul SAW bersabda: "Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang

yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim) "Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat (buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang dimaksudkan oleh bahasa. Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan, perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith. Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum. Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini: "Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik) 1. Contoh sunnah (hadith) perkataan (qauliyyah) ialah: "Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama' hadith] 2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan (fi'iliyyah) ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang." [Riwayat Bukhari dan Muslim] 3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula. Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan sabdanya: "Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat Bukhari] Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani Quraizah. Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak membantah apa-apa. Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid pernah memakan dab (sejenis haiwan seperti biawak) kemudian dikemukakan orang kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya sebahagian sahabat: "Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar kepadanya." Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith, mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf (Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).

Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith: "Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifahkhalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud & Tarmizi] Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah. Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah; talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah. Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu ialah suatu yang dipahalai orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya. Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu ialah suatu yang disunnahkan Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti azan dan berjama'ah. PERBEZAAN ANTARA HADITH DENGAN HADITH QUDSI Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya. Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani. Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min Majmu'ah al-Hafid] Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda: "Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith

riwayat Bukhari & Muslim) Rasulullah saw bersabda: "Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM 'ILMU MUSTHALAH HADITH Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah: Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith. Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata." Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya. Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya, yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih. Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad. Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi. Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya. Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya. Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya. Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith dengan isnadnya.

Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan urusannya hadith. BAHAGIAN-BAHAGIAN NAMA HADITH HADITH-HADITH ITU TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN, DI ANTARANYA; 1. HADITH MUTAWATIR Iaitu hadith "Perbuatan atau perkataan atau pengakuan (taqrir) Nabi saw yang diketahui oleh beberapa orang yang sampai kepada bilangan mutawatir, iaitu bilangan yang tidak mungkin pada fikiran kita bahawa mereka akan bermuafakat berbuat dusta tentang perkhabaran (hadith) itu. Dan dari mereka yang tersebut sampai pula perkhabaran itu kepada orang lain yang dipercayai. Demikianlah pertalian penerimaan turun temurun itu sampai ke akhirnya." Contoh hadith mutawatir itu ialah: "Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka." [Riwayat Jama'ah dari Abu Hurairah - hadith ini menurut kata Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat.] 2. HADITH MASYHUR ATAU MUSTAFIDH Iaitu hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan orang atau hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih kepada tiga orang atau lebih dan begitulah seterusnya hingga dapat sekurang-kurangnya tiga sanad yang berlainan. Contohnya ialah: "Orang-orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekalian orang Islam dari (bahaya) lidahnya dan tangannya." Hadis ini diriwayatkan oleh tiga orang Imam hadith dari sanad yang berlainan. Pertama: Imam Bukhari. Kedua: Imam Muslim. Ketiga: Imam Tirmizi. Sanad Imam Bukhari: ialah Bukhari dari Adam dari Syu'bah dari 'Abdullah B. Abu Safar, dari Al-Sya'bi, dari 'Abdullah Bin 'Amru dari Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam.

Sanad Imam Muslim: ialah Imam Muslim dari Sa'id, dan Yahya, dari Abu Burdah dari Abu Burdah, dari Abu Musa dari Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam. Sanad Imam Tirmizi: ialah Tirmizi dari Qatadah, dari Al-Laith dari Al-Qa'qa', dari Abu Saleh, dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam. Cubalah perhatikan ketiga-tiga sanad tersebut. Di antaranya tidak seorangpun yang sama nama dan orangnya. Abu Burdah dalam sanad Imam Muslim ada dua tetapi orangnya berlainan. Abu Burdah yang pertama itu cucu dari Abu Burdah yang kedua, jadi dengan demikian tidaklah sama. 3. HADITH SAHIH Iaitu hadith yang berhubung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya dan orang yang menjadi riwayatnya semuanya mempunyai sifat-sifat ini: a) Adil b) Dabid c) Sejahtera dari keganjilan d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan) yang memburukkan). Penjelasan Sifat-sifat Perawi: 'Adil: Yang dimaksudkan dengan 'adil ialah: Orang Islam, baligh, ber'aqal, tidak mengerjakan dosa besar, tidak pula berkekalan melakukan dosa kecil dan tidak mengerjakan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah atau kehormatan diri. Dabid: Yang dimaksudkan dengannya ialah: Orang yang cukup kuat ingatan untuk mengingat sesuatu yang didengarnya. Bila sahaja dikehendaki ia dapat mengeluarkannya (menyebutkannya) dari ingatannya dengan mudah. Termasuk kepada pengertian ini apabila ia menulis hadith yang telah didengarnya dan disimpannya serta diyakini benar-benar sahnya sehingga diriwayatkan orang daripadanya. Sejahtera dari keganjilan: Yang dimaksudkan ialah: Sejahtera riwayatnya dari perbezaan dari riwayat orang-orang yang kepercayaan dengan bertambah atau berkurang pada sanadnya atau matannya.

Sejahtera dari 'illat (kecederaan yang memburukkan): Yang dimaksudkan ialah: Sejahteranya dari sebab-sebab yang tersembunyi yang dapat memburukkan atau mencacatkan hadith, misalnya; didapati setelah dilakukan penelitian yang mendalam, bahawa di antara seorang perawi (yang meriwayatkan hadith) yang tadinya disangka kuat ingatan, tenyata seorang yang tidak kuat ingatannya. Hadith sahih boleh dijadikan hujjah dalam hukum Islam misalnya ialah: "Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihah." (Riwayat Bukhari dari 'Ubadah bin Samit) "Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang." (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah) "Barangsiapa mengumpulkan (sesuatu barang untuk dijual dengan harga yang lebih mahal) maka ia adalah bersalah." (Riwayat Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi) 4. HADITH HASAN Iaitu hadith yang berhubung (bersambung) sanadnya dan diriwayatkan oleh orangorang yang 'adil sama seperti hadith sahih, tetapi kurang dabidnya; iaitu kurang kekuatan ingatannya (hafaznya) lagi sejahtera dari keganjilan dan kecederaan. Kekurangan satu syarat itu mengurangkan nilai dan martabat hadith, dan meletakkan tingkatan hadith hasan. Hadith hasan boleh dijadikan hujjah dalam menetapkan sesuatu hukum. Misal hadith hasan ialah seperti misal hadith sahih yang lalu, iaitu hadith: "Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang." (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah) Hadith ini adalah sahih menurut riwayat Bukhari dari jalan (sanad) A'raj dari Abu Hurairah. Dan hadith ini juga dikatakan hadith hasan menurut riwayat Tirmizi dari jalan (sanad) Muhammad bin 'Amru dari Abi Salamah dari Abu Hurairah. Adapun sebab hadith ini menjadi hadith hasan kerana menurut riwayat Tirmizi bahawa Muhammad bin 'Amru salah seorang daripada sanadnya tidak mempunyai

kekuatan ingatan yang diperlukan dalam syarat hadith sahih. Lagi misal hadith hasan ialah: "Sembelihan anak binatang dalam perut ibunya ialah sembelihan ibunya[*]." [*] Maksudnya: cukuplah sembelihan ibunya sahaja. Hadith ini diriwayatkan oleh beberapa imam hadith. Dan kalau dilihat dari sanad imam Tirmizi, nyatalah bahawa di antara beberapa orang sanadnya ada seorang yang benama Mujalid. Ia seorang yang lemah. Begitu pula kalau dilihat dari sanad Imam Hakim (dalam kitabnya al-Mustadrak) maka teranglah bahawa di antara beberapa orang sanadnya ada seorang yang benama Abu Laili. Ia seorang ulama' fiqh dan qadi hadith tersebut dengan sendirinya telah menjadi hadith hasan. ISTILAH YANG DIPAKAI UNTUK MARTABAT HADITH-HADITH SAHIH Menurut yang diistilahkan dalam ilmu ini, bahawa apabila satu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan sanad mereka masing-masing maka dinamakan hadith tersebut: (riwayat Bukhari dan Muslim). Dan apabila hadith yang satu itu diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan sanad yang satu yang bersamaan qaul dan matan dan sanadnya, maka hadith itu dinamakan: Hadith Muttafaqun 'Alaih, ertinya: yang disetujui keduanya atasnya. Hadith seperti ini, iaitu (yang disetujui keduanya atasnya) adalah setinggi martabat hadith, yang diutamakan dan didahulukan waktu mengambil dalil satu-satu hukum daripada yang lainnya. Ulama' hadith telah membahagikan hadith sahih kepada tujuh bahagian. 1. Hadith sahih yang disetujui keduanya (oleh Bukhari dan Muslim), iaitu keduanya meriwayatkan dengan sanad yang satu. Ini yang dinamakan muttafaqun 'alaih. 2. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari sendiri. 3. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Muslim sendiri. 4. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith (selain keduanya) dengan

sanad sepakat antara keduanya. Ini yang dinamakan yang dipersetujui oleh keduanya. 5. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ulama' hadith dengan sanad Bukhari menurut syarat-syarat yang dipakai Bukhari sendiri dalam kitabnya. Ini yang dinamakan menurut syarat Bukhari. 6. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith dengan sanad Muslim atau menurut syarat-syarat yang dipakai Musllm sendiri. Ini dinamakan menurut syarat Muslim. 7. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith selain Bukhari dan Muslim. Dengan memerhatikan bahagian-bahagian ini tahulah kita bahawa hadith sahih itu bertingkat-tingkat martabatnya dan kedudukannya diutamakan dari yang lainnya dan apabila ditemui hadith lain yang bertentangan maksudnya dengan hadith sahih, maka hadith sahih inilah yang didahulukan dan diamalkan. HADITH HASAN SAHIH Dalam kitab-kitab hadith seperti kitab Sunan Tirmizi dan dalam kitab ini (Hadith Empat Puluh) ada didapati di akhir hadith perkataan "Hasan Sahih" ertinya hadith ini hasan lagi sahih. Dengan demikian bermakna hadith itu mempunyai dua martabat: pertama hasan dan kedua sahih. Menurut keterangan ulama' hadith, bahawa hadith tersebut dikatakan hasan menurut perhitungan atau penilaian pada satu sanadnya. Dan dikatakan pula sahih padanya menurut perhitungan atau penilaian pada sanadnya yang lain. Ini jika pada hadith itu ada sanadnya (jalannya). Jika pada hadith itu satu sanadnya, maka erti hasan padanya menurut pandangan segolongan ulama' hadith dan sahih menurut pandangan ulama' yang lain, yang tidak sama tinjauan terhadap sifat dan peribadi orang yang menjadi rawinya atau yang memindahkannya. HADITH DA'IF laitu hadith yang tidak mempunyai syarat hadith sahih dan tidak pula syarat hadith hasan, misalnya: rawinya (orang yang meriwayatkannya) bukan orang Islam,

belum lagi baligh, tidak pula diketahui orangnya atau sifatnya, tidak bagus ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya, tetapi pernah berdusta, serta tidak menjauhi dari melakukan dosa dan perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan maruah atau kehormatan peribadinya, ditambah lagi riwayatnya menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya. Hadith da'if mempunyai martabat yang berlainan; ada yang terlampau lemah, dan ada yang lemah, menurut keadaan sanad dan matannya. Di antara hadith da'if ialah hadith munqati', mu'addal, syaz, muddarab. Misal hadith da'if ialah: "Barangsiapa berkata kepada orang miskin, bergembiralah engkau! Maka sesungguhnya wajiblah (tetaplah) syurga baginya." (Riwayat Ibn 'Adi) Dalam riwayat hadith ini, ada seorang bernama 'Abdul Malik bin Harun yang dituduh pendusta. Kerana ini hadith tersebut dipandang da'if. "Menuntut ilmu adalah fardu atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan wanita." (Riwayat al-Baihaqi Ahmad dari Anas) Imam al-Baihaqi berkata: Hadith ini masyhur di antara manusia tetapi sanadnya lemah dan telah diriwayatkan menerusi jalan yang banyak yang kesemuanya lemah belaka. Sementara itu Imam Nawawi telah pula berkata: Hadith itu da'if (lemah) sekalipun maknanya sahih (betul) dan telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dalam Masnadnya dengan sanadnya sekali dari Anas dan Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam. Dalam sanadnya itu terdapat seorang benama Hafsin bin Sulayman, ia orang yang lemah. "Makhluq itu keluarga Allah, dan mereka yang lebih kasih kepada Allah ialah mereka yang lebih bermanfa'at kepada keluarganya." Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dari riwayat Yusuf bin 'Atiyyah dari Thabit dari Anas dari Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam. Yusuf bin 'Atiyyah adalah orang yang lemah, kerana ini hadithnya adalah hadith yang lemah. Hukum meriwayatkan hadith da'if dan mengamalkannya*

Sebahagian Ulama' membolehkan kita meriwayatkan hadith da'if dengan tidak menerangkan keda'ifannya dalam perkara yg berhubungan dengan kisah atau cerita, pengajaran atau nasihat dan yg bertalian dengan keutamaan ‘amal (Fadail al-‘amal) itu sahaja, dan tidak dalam perkara yg berhubungan dengan i'tiqad dan dengan hukum halal, haram, makhruh, sunat. Demikian menurut pendapat sebahagian Ulama'. Seterusnya mereka sepakat menetapkan bahawa tidak boleh sama sekali kita mengamalkan hadith da'if untuk menetapkan sesuatu hukum halal, haram, hukum jual-beli, hukum perkahwinan, talaq dan lain-lain. Imam Bukahri, Muslim dan Abu Bakar Ibn al-'Arabi menetapkan bahawa tidak boleh kita mempergunakan hadith da'if untuk segenap pekerjaan, untuk segala keperluan walaupun untuk menerangkan keutamaan sesuatu ‘amal, supaya tidak ada orang yg mengatakan kepada Rasulullah saw perkataan yg tidak baginda katakan, dan supaya tidak ada orang yg meng'itiqadkan sunat sesuatu perkara yg tidak disunatkan. Sementara itu Imam Nawawi berkata: "Bahawa Ulama' hadith, fiqh dan lain-lain telah menetapkan bahawa boleh kita mempergunakan hadith da'if untuk ‘amal-'amal utama (Fadail ‘amal) dan untuk pengajaran menggemarkan dan menakutkan, selama hadith itu belum sampai ke darjat maudu' (palsu). 1. Hadith Sahih Li Zaatihi: Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit. Dari sudut istilah: Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan. 2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk: Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran dan

penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih. Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi. Hadith Sahih: Hukumnya: 1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya. 2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah. 3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis. 4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu. 5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan). 6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w

bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda. Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan: 1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi). 2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari. 3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim. 4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain). 5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih. 6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih. 7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka. Bahagian Dua Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai org pertama yg diketahui telah membahagikan Hadis kpd Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yg disebut oleh Ibnu Taimiyah di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap Hadis Hasan, ialah Hadis Hasan Li Ghairihi. Beliau telah membuat pengertian di dlm bab kecacatankecacatan yg terdapat di dlm kitab Jami'nya, di mana katanya: (Setiap Hadis yg diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada isnadnya perawi yg dituduh berbohong

dan Hadis tersebut juga tidak ganjil serta diriwayatkan dgn bentuk lain yg seumpamanya, maka pada pendapat kami ianya adalah Hadis Hasan). Perkataan berlawanan dgn kuat. Dhaif terdapat dlm bentuk fizikal (hissi) dan maknawi. Dhaif yg dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi. Dari sudut istilah: Pengertian yg dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yg tidak terkumpul padanya sifat2 Hadis Sahih dan Hadis Hasan. Dhaif dapat dibahagikan apabila hilang syarat2 penerimaan kpd beberapa jenis dan secara ringkasnya adalah seperti berikut: a - Hilang syarat sanad yg bersambung. Ianya dapat dibahagikan kpd lima bahagian iaitu: 1 - Muallak 2-Mungqati' 3-Muaddhal 4-Mursal 5-Mudlis b - Hilang syarat adil. Ianya dapat dibahagikan kpd beberapa bahagian iaitu: 1 - Maudu' 2-Matruk 3-Mungkar 4-Matruh 5-Mudha'af 6-Mubham c - Hilang syarat kuat hafalan. Ianya terbahagi kpd: 1 - Mudraj 2-Maqlub 3- Muddtarib 4-Musahhif dan Muharrif d - Hilang syarat terpelihara drpd syuzuz (keganjilan). Ianya dapat dibahagikan kpd satu bahagian sahaja iaitu syaz. e - Hilang syarat terpelihara drpd Illat (kecacatan). Ianya hanyalah satu bahagian sahaja iaitu Muallil. Hukum meriwayat dan beramal dengannya (Hadis dhaif) Hadis-hadis Dhaif yg tidak tetap dan tidak ditegaskan pembohongannya.

Ibnu Taimiyah menyebut di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa: (Apabila diketahui ianya adalah batal dan Hadis yg diada-adakan, tidak harus cenderung kepadanya, kerana sesuatu pembohongan adalah sama sekali tidak berfaedah, tetapi apabila terdapat ketetapan bahawa ianya adalah Sahih, maka tetaplah hukumnya dan apabila berlaku keraguan pada keduanya maka ia boleh diriwayatkan kerana kemungkinan ianya benar dan tiada kemudaratan pada pembohongannya. Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib (Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib (Dorongan menjauhi keburukan), maka kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan Hadis, di dlm Hadis tersebut disertakan dgn sanad-sanad sekalipun perawinya tidak mempunyai kepercayaan yg boleh dibuat hujah. Begitu juga ada yg berpendapat: Ianya boleh diamalkan dari sudut kelebihankelebihan amalan. Dimana (beramal dengannya ialah beramal dgn amalan yg soleh seperti membaca Al-Qur'an dan berzikir). Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab kelebihan mempunyai kadar dan had tertentu seperti sembahyang dlm waktu tertentu dgn bacaan tertentu atau dgn cara tertentu, maka ianya tidak harus kerana galakan terhadap gambaran yg tertentu ini, tidak tetap dgn dalil syarak). Kemudian beliau mengakhiri kata-katanya dgn berkata: Maka keputusannya dlm bab ini, dibolehkan meriwayat dan beramal dengannya dlm keadaan targhib dan tarhib, bukan dlm bab galakan. Kemudian pegangan terhadap perkara wajib, iaitu kadar pahala dan balasan bergantung pada dalil syarak). Kesimpulan drpd kata-kata Ibnu Taimiyah yg lepas, iaitu syarat-syarat yg wajib diikuti ketika meriwayatkan Hadis Dhaif yg tidak tetap pembohongannya serta tidak ditegaskan kebenarannya. Syarat-syarat tersebut ialah: 1- Hendaklah terkandung dlm asas amalan seperti membaca Al-Qur'an dan doa. 2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah iaitu drpd perkaraperkara yg berhubung dgn aqidah dan hukum, juga bukan galakan dan seumpamanya.

3- Ianya bukan perkara batil yg dibuat-buat. Jika diketahui kebatilan dan ianya perkara yg dibuat-buat, maka tidak harus diambil kira dan berhujah dengannya dlm semua perkara. Hadith Maudhu’ (Palsu / Dusta) Pengertiannya pada bahasa: Kalimah maudhuk iaitu menjatuhkannya dan dinamakan sedemikian kerana tergugur kedudukannya. Dari sudut istilah: Berita yg dibuat-buat terhadap Rasulullah [s.a.w] sebagai pembohongan terhadap baginda. Kedudukannya: Ianya adalah seburuk-buruk jenis Dhaif, bahkan sesetengah ulama menjadikannya satu bahagian yg berasingan, tidak tergolong drpd Hadis-hadis Dhaif dan tidak digunakan padanya dgn lafaz Hadis melainkan dari sudut org yg memaudhukkannya. Hukum meriwayatkannya: Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yg dibuat-buat Dan disandarkan kpd Rasulullah [s.a.w], melainkan jika diiringi dgn keterangan tentang Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah [s.a.w] pernah bersabda: Sesiapa yg membuat pembohongan terhadapku dgn sengaja maka disediakan tempatnya di dlm Neraka. Sabda Baginda lagi: Sesiapa yg memperkatakan sesuatu tentang aku dgn percakapan yg diketahui ianya adalah bohong maka dia adalah salah seorang pembohong. Tanda-tanda Hadis Maudhuk:

Para ulama telah menggariskan kaedah-kaedah utk mengenali Hadis-hadis Maudhu’. Di antara kaedah-kaedah tersebut ialah: 1- Pengakuan drpd pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yg mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis-hadis Kelebihan Surah. 2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan drpd syeikh yg terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dgn nya, meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat yg beliau mendakwa pernah mendengarnya spt Makmun bin Ahmad Al-Harawi yg mendakwa pernah mendengar drpd Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya padanya: Bilakah kamu memasuki Syam? Beliau menjawab: Pada tahun 250 Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yg diriwayatkan oleh Makmun telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah. 3- Terdapat bukti pada matan yg menunjukkan pembohongannya, seperti terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat kelemahan pada lafaz dan tergugur makna. 4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman bin Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat. 5- Bersalahan dgn keterangan Al-Qur'an dan sunnah yg sahih, yg tidak boleh ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku melainkan jika dikehendaki oleh Allah; maka ianya bersalahan dengan firman Allah s.w.t yg bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi) dan seperti apa yg bersalahan terhadap kebenaran sunnah yg mutawatir (Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku). 6- Bersalahan dgn data sejarah yg diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti riwayat dikenakan Jizyah ke atas org Yahudi selepas perang Khaibar dan tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dgn disaksikan oleh Saad bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian. Sedangkan ketetapan sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dlm

peperangan Khandak. Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun pembukaan Mekah. 7- Khabar tentang perkara yg penting berulang dakwaan pembawakannya seperti yg berlaku dgn disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya melainkan seorang sahaja dan yg lainnya menyembunyikannya, seperti diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas org ramai mengenalinya: (Kanak2 ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya). Adakah seseorang Muslim boleh menerima berita yg menunjukkan semua sahabat telah sepakat utk menyembunyikannya ketika mereka memilih Abu Bakar sebagai Khalifah dan dgn dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sbg khalifah mereka? 8- Mengandungi balasan yg berat teradap dosa kecil atau pahala yg banyak terhadap amalan yg sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah "Tiada illah melain Allah" maka Allah akan menciptakan utk nya seekor burung yg mempunyai tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu bahasa yg sentiasa meminta keampunan untuknya. Hadith Qudsi Pengertiannya pada bahasa: Al-Qudsi dinisbahkan kpd perkataan Al-Qudus iaitu suci, manakala Hadis Qudsi pula ialah Hadis yg dinisbahkan kpd Zat Yg Maha Suci iaitu Allah s.w.t. Dari sudut istilah: Hadis yg diriwayatkan kpd kita drpd Nabi s.a.w. Sanad Hadis tersebut disandarkan oleh Nabi s.a.w kpd Allah s.w.t samada bersambung atau tidak dan ianya bukan AlQur'an. Bentuk Riwayatnya: Utk meriwayatkan Hadis Qudsi perawi boleh menggunakan dua bentuk riwayat iaitu:

1 - Sabda Rasulullah s.a.w tentang apa yg diriwayatkan atau (diceritakan) oleh Allah s.w.t. 2 - Firman Allah s.w.t sebagaimana yg diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. Hukumnya: Terbahagi kpd Hadis yg diterima atau Hadis yg ditolak mengikut keadaan perawi. Dalam meriwayatkan hadis dhaif, ulama' telah menggariskan kaedah2 tertentu. tidak boleh secara semborono. Al-Imam al-Nawawi ada menyebutkan: Para ulama dari kalangan ahli Hadis, ahli Feqh dan selainnya berkata: Dibenarkan dan disukai beramal dengan hadis Dhaif dalam hal2 fadha'il serta targhib dan tarhib, selama hadis itu tidak berstatus maudhu' (palsu). (Al-Azkar, hal. 5) Fadha'il bermaksud hadis2 yang menyatakan kelebihan beramal. Targhib ialah hadis yang mengandung galakan untuk berbuat baik. Dan tarhib pula adalah yang mengandungi ancaman bagi mereka yang berbuat jahat dan maksiat. Berdasarkan pendapat al-Nawawi, dapat kita simpulkan bahawa beramal dengan hadis dha'if adalah dilarang kecuali: 1. Dalam hal2 fadha'il, targhib dan tarhib. Kebalikannya ialah, hadis dhaif tidak boleh digunakan sebagai hujah hukum. 2. Kedha'ifan hadis itu tidak sampai ke tahap maudhu'. -----------------------Apabila al-Imam al-Nawawi mensyaratkan pengamalan hadis dha'if adalah yang tidak sampai ke taahap maudhu', maka kita tertanya2 apakah maksudnya? Apakah penafsirannya? Catatan kaki di dalam al-Azkar ada menyebutkan: "Perkataan al-Nawawi: (Selama hadis itu tidak berstatus maudhu'): Termasuk hadis yang terlalu dha'if. Maka tidak boleh beramal dengan hadis yg di dalamnya terdapat rawi yang pendusta atau tertuduh dusta. Dan, ada lagi dua syarat untuk beramal

dengan hadis Dha'if, iaitu: Sesuatu amalan itu hendaklah mempunyai syahid yang lain (ada dasarnya dari nash lain yang sahih) seperti ia berada di bawah suatu nash yang umum atau di bawah satu kaedah umum. Ketika beramal dengan hadis ini hendaklah tidak di-Iktikadkan bahawa ia sabit (dari Rasulullah s.a.w.). Malah, hendaklah di-iktikadkan sebagai ihtiati (langkah berjaga2) sahaja." (ibid.) Ini bermakna berdasarkan kepada kenyataan al-Imam al-Nawawi dan dari catatan kaki dalam kitab al-Azkar, bahawa untuk beramal dengan hadis Dhaif bukanlah secara mutlak boleh beramal. Asal sahaja ada hadis dhaif yang berbentuk fadha'il amal, maka kita boleh terus beramal dengannya. Bukan begitu. Mahu beramal dengan hadis dhai'if ada syarat-syaratnya. Sebagaimana yg dinyatakan ada 4 syarat: 1. Hadis itu untuk fadha'il a'mal, targhib dan tarhib. 2. Hadis itu tidak terlalu dha'if dan tidak maudhu'. 3. Amalannya mestilah mempunyai dasarnya dari nash sahih yang lain yang umum atau ia berada di bawah kaedah yang umum. 4. Semasa beramal, hadis itu tidak di-iktikad-kan sabit dari Rasulullah s.a.w.. Malah ia hendaklah ber-iktikad untuk ihtiyati sahaja. Jadi, adalah suatu tanggapan yang salah apabila kita berhadapan dengan hadis dha'if lalu kita mengatakan: "Tidak mengapa, ini hanya untuk fadhilat amal sahaja.." Tanpa kita memperhatikan syarat2nya. Antaranya, beliau menyebutkan: "… Al-Hafiz Ibnu Hajar menetapkan tiga persyaratan untuk dapat diterimanya periwayatan yang lemah (dhaif) dalam hadis-hadis raqa'iq dan targhib. Ketiga syarat itu disebutkan oleh al-Hafiz al-Sayuthi dalam Tadribur Rawi sebagai berikut: Pertama (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak keterlaluan. Kerana itu, harus ditolak periwayatan tunggal dari orang-orang yang memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai pembohong, ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak akurat.

Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema dasar umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya dikarang begitu sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali. Ketiga: Pada saat penerapannya, hendaknya tidak dipercayai sebagai hadis yang tak diragukan asalnya dari Nabi s.a.w. Agar tidak terjadi penisbahan suatu ucapan kepada baginda, sedangkan baginda tidak mengucapkannya. Jadi, hendaknya hadis tersebut dipercayai dengan sikap ihtiyath (berhati-hati). (Kaifa Nata'amalu Ma'as Sunnah (edisi terjemahan: Bagaimana Memahami Hadis Nabi s.a.w.), hal. 71) Download Pdf - Musthalahul Hadis (Ringkasan) http://an-nawawi.blogspot.com

Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Jumaat, Jun 29, 2007 Label: Hadis 0 ulasan:

Catat Ulasan Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Blog Fiqh-Sunnah

Melihat Khazanah Fiqh Ratusan Tahun (Sebuah Blog Yang di-Bangunkan Bagi Mengumpulkan Pelbagai Tulisan Berkaitan Fiqh)

My PERSONAL NETWORKS

ARKIB ARTIKEL BLOG AN-NAWAWI BLOG AQEEDAH BLOG FIQH BLOG BAHAYA SYIRIK GALERI NIAGA DOWNLOAD MP3 al-Qur'an Sifat Solat Sunnah I Sifat Solat Sunnah II Doa & Zikir RasulullaH Yahoo-Groups Friendster I Friendster II

Klik!!! - Untuk mendengarkan saluran radio sunnah

BERSAMA TUNTUNAN AS-SUNNAH IKUTILAH AS-SUNNAH “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali 'Imraan, 3:31) ‫خرَ َوذَ َكرَ الَّ َكثِيرًا‬ ِ ‫سنَةٌ لِ َمنْ كَانَ َيرْجُو الَّ وَا ْل َيوْمَ ال‬ َ َ‫س َوةٌ ح‬ ْ ُ‫َل َقدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ الِّ أ‬ “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab, 33:21)

Search Islamic Directory Keyword:

Go

Line Interference

Persoalan Asas-asas Tauhid/'Aqeedah Intro (Edisi Revisi) Dasar-dasar Aqeedah Tawheed Rubbubiyah Tawheed Uluhiyyah Tawheed Asma' wa Sifat Di Mana Allah? al-Wala' wal Bara'

Arkib Blog •

▼ 2008 (10) ○

▼ Januari (10) 

079 - Nyanyian Yang Dibolehkan Di Dalam Syari’at



078 - Muzik – Bantahan ke-3: Pendalilan Dengan Had...



077 - Muzik - Bantahan ke-2: Benarkah Hadis Bukhar...



076 - Muzik – Bantahan 1: Benarkah Hadis Bukhari C...



075 - Pendirian Para Salaf (Ulama Generi Awal) Ter...



074 - ADAKAH SUNNAH - MENGUSAP (MENYAPU) MUKA SELE...



073 - EMPAT (4) KAEDAH MEMBERI SALAM SEMASA MENGAK...





072 - SUNNAH MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK DI M...



072 - SUNNAH DAN BID’AH DI BULAN MUHARAM



071 - Mari Solat Rawatib Subuh (Solat Fajar)

► 2007 (70) ○







► Disember (11) 

070 - KEPALSUAN SOLAT HAJAT DAN ALTERNATIF-NYA



069 - Antara Solat Hajat Dan Doa Qunut Nazilah



068 - PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’



065 - SOLAT ISTIKHOROH SEBAGAI SATU SARANA MENDAPA...



067 - Persoalan Mandi Junub (Bahagian II)



066 - SEDIKIT PENJELASAN BERKENAAN MANI, MAZI, DAN...



063 - Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membac...



064 - HADIS MAUDHU’



062 - MENCONTOHI HAJI, UMRAH, & ZIARAH YANG SUNNAH...



061 - Taklid Buta Dan Taksub Kepada Imam Mazhab



060 - Pembahagian Najis

► November (7) 

059 - Bermurah-murahlah Dalam Meletakkan Mahar Per...



058 - MERUNGKAI PERSOALAN ITTIBA' DAN TAQLID



057 - MENYELUSURI SUNNAH DALAM IBADAH KORBAN



056 - TAYAMMUM – KAEDAH BERSUCI PENGGANTI WUDHU’ D...



055 - Bagaimanakah Berwudhu' Tanpa Membuka/Menangg...



054 - Posisi Imam & Makmum Adalah Dalam Satu Saf J...



052 - SEKITAR PERSOALAN AMALAN WANITA YANG DIDATAN...

► Oktober (7) 

052 - MENG-QASARKAN (MEMENDEKKAN) SOLAT FARDHU



051 - Pencerahan Kepada Kekeliruan Sekitar Persoal...



050 - Puasa Enam (Puasa Syawal) - Edisi Update/Tam...



049 - PERSOALAN ZAKAT FITRAH



048 - Seks Di Siang Ramadhan



047 - Download E-Book Berhari-Raya Menurut Petunju...



046 - Tinggalkanlah Perkataan/Perbuatan Yang Keji/...

► September (23) 

045 - Nuzul Quran = Malam 24 Ramadhan, Bukan Malam...



044 - Doa Buat Wanita Yang Ikhlas



043 - Orang Puasa & Musafir Dibolehkan Tidak Berpu...



042 - Perkara Yang Disangka Membatalkan Puasa, Nam...



041 - AMARAN JAKIM TERHADAP PENYEBARAN HADIS FADHI...



040 - Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Ter...



039 - PETUNJUK SUNNAH DALAM BERBUKA



038 - TUNTUTAN BERSAHUR MENURUT PETUNJUK RASULULLA...



037 - BERGEMBIRALAH DI HARI RAYA



036 - BID'AH-BID'AH DI HARI RAYA



035 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Ucapan Selamat ...



034 - SUNNAH DALAM BERHARI RAYA: Pembaziran Di Har...



033 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Nyanyian Di Har...



032 - SUNNAH BERHARI RAYA: Berjalan Ke Tempat Sola...



031 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Takbir Hari Ray...



► Ogos (9)



► Julai (4)



► Jun (9)

Fiqh & Sunnah •

Nawawi Bin Subandi



Nawawi Bin Subandi



Nawawi Bin Subandi



Ibnu Subandi

Short Message Only

Networks of References •

al-Manhaj



al-Azim



Salafi Malaysia



Salafi Publications



Tafsir Ibnu Katheer



Fiqh Sunnah



Sahih Bukhari



Sahih Muslim



Sahih abu Dawud



Muwatta' Imam Malik



Hadis Qudsi



Science of Hadith



Riyadhus Soliheen



Hadis Finder

Waktu Solat Sekitar KL Kandungan Utama •

Amalan Bid'ah (4)



Asas (6)



Bersuci (10)



Hadis (3)



Haji dan Umrah (1)



Ibadah Korban (1)



Isbal (2)



Kenduri Tahlil (4)



Pernikahan (1)



Puasa Dan 'Ied (24)



Solat (9)



Solat Jumaat (1)



Solat-solat Sunnah (5)



Wanita (2)



Zakat (2)

Medan Download/Muat-turun

Download pelbagai files Kuliah, ceramah, e-Books, software, kitab, multimedia flash, & pelbagai lagi berkaitan Islam, Sunnah, & Hadis - Klik pada link di bawah ini:

Medan Downloads & Muat Turun Download MP3 al-Qur'an Dengan empat (4) pilihan Qarie (Recitator) di sini:

Download al-Qur'an (mp3)

Iklan/Info Terkini Daurah/Kem Kuliah Aqidah Tarikh: 19-20hb January 2008 (Sabtu & Ahad) Semua dijemput menyertai, siapa cepat dia dapat.

Jualan & Kedai Buku/Kitab as-Salaamu 'alaikum, Berikut adalah beberapa buah buku/kitab yang ada dalam stok simpanan kami untuk dijual. 1 - Tafsir Ibnu Katheer (Malay, 8 Jilid, Hard Cover), Terbitan Pustaka Imam asysyafi'i. - Harga kami, RM700 - Harga biasa di malaysia adalah RM900-RM1000 2 - Sifat Solat Rasulullah (108 m/s), ust. Rasul Bin Dahri, Terbitan Jahabersa. RM9.00 3 - Ikhwanul Muslimin Atau Ikhwanul Muflisin (412 m/s, Hard Cover), Ust. Rasul Bin Dahri, Terbitan/Cetakan al-Halaby. - RM45.00 4Kepada yang berminat, boleh ber-urusan melalui email [email protected], atau call/sms - 012-6887715 (Nawawi), Atau boleh refer kami di Shah Alam Seksyen 7

DARI MANA BLOG INI DI-LAWATI

ARKIB

AN-NAWAWI

AQEEDAH

FIQH

SYIRIK!

Related Documents

Ilmu Rijal Hadis
November 2019 32
Ilmu Rijal Hadis
November 2019 38
Rijal
July 2020 16
2. Ilmu Hadis
October 2019 49
40 Hadis Kelebihan Ilmu
October 2019 56