Ilmu Dan Kewajipan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ilmu Dan Kewajipan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,523
  • Pages: 9
BAB I : ILMU DAN KEWAJIPAN Pepatah mengatakan: “Sesiapa yang teguh, ia akan berjaya. Sesiapa yang bersungguh-sungguh, ia akan mendapat. Sesiapa yang menanam, kelak ia akan menuai. Sesiapa yang bersabar, ia akan beruntung, dan sesiapa yang kuat kemahuannya, ia akan mulia.” Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan kepada setiap manusia. Fitrah manusia dijadikan Allah sebagai seorang yang mencinta ilmu pengetahuan. Kelahiran manusia ke dunia, berbekalkan naluri ingin mengetahui dan menambah maklumat. Fitrah ini telah mendorong manusia untuk melangkah dan menuju ke alam pengajian, bagi mendapat pengetahuan yang lebih lengkap dan meluas. Ilmu adalah asas kehidupan. Ilmu adalah antara perkara keperluan utama manusia. Ia menjadi sebagai petunjuk, pembantu, bekalan dan senjata untuk melayari kehidupan di dunia. Lebih dari itu, ilmu menjadi tonggak kehidupan yang harmoni. Juga sebagai satu aset penting bagi manusia. Golongan yang tidak berpengetahuan adalah golongan rendah dan dihinakan oleh masyarakat. Kehadiran mereka di dalam masyarakat, bagaikan melukut di tepian gantang. Insan dibezakan daripada haiwan kerana dianugerahkan dengan akal. Ini memandang akal digunakan untuk berfikir. Lanjutan daripada itu, seseorang berusaha untuk mendapatkan maklumat dan berbagai-bagai fakta yang disebut sebagai ilmu pengetahuan.

6

Bahkan semata-mata dengan memiliki ilmu pengetahuan, darjat atau kedudukan berbeza-beza. Seseorang itu dimuliakan kerana ilmu yang dimilikinya. Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada manusia. Ia diumpamakan seperti cincin, bertatah permata berlian, tersarung pada jari seekor kera. Oleh hal yang demikian Nabi Muhammad s.‘a.w bersabda (bermaksud): “Bukankah dunia ini dilaknat. Perkara di dalamnya dilaknat melainkan zikrullah dan perkara yang seiring dengannya. Juga orang berilmu atau orang yang belajar.” (Riwayat al-Tirmizi daripada Abu Hurairah). Kategori Ilmu Menurut Islam Di dalam Islam, ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua. Pertama, ilmu Fardhu ‘Ain. Kedua, ilmu Fardhu Kifayah. Keduanya adalah cabangan ilmu yang mesti dimiliki oleh setiap orang Islam agar tercapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kedua-dua hukum tersebut mencakupi semua bidang ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan keagamaan seperti fekah, usuluddin dan tasawuf, juga ilmu-ilmu keduniaan, seperti perubatan (kedoktoran), matematik, sains dan sebagainya. Bagi ilmu Fardhu ‘Ain di dalam agama, dapat dilihat pada perkara-perkara asas yang menyempurnakan ibadat yang difardhukan seperti sembahyang, puasa dan lain-lain. Hukumnya termasuk di dalam Fardhu ‘Ain kerana setiap muslim mesti beramal dan mengerjakan ibadat tersebut.

7

Hal-hal yang selain daripada perkara asas atau perbahasan hukuman yang lebih halus dan terperinci di dalam ajaran agama termasuk dalam Fardhu Kifayah. Yang mana sudah memadai bagi sesebuah masyarakat dengan seorang sahaja yang mendalaminya. Imam al-Syafi‘i menyebut tentang ilmu: Ilmu terdapat dua bahagian, ilmu fekah bagi agama dan ilmu perubatan bagi badan. Hal yang selain daripada keduadua tersebut itu adalah sebagai perhiasan. Kedua-duanya perlu dicapai tanpa diabaikan. Ini kerana tanggungjawab setiap pelajar melepaskan diri daripada belenggu kejahilan. Kepakaran dalam bidang sains dan teknologi juga suatu kefardhuan di dalam ajaran agama.

Kelebihan Menuntut Ilmu Allah s.w.t. telah meninggikan kedudukan, pangkat atau darjat bagi mereka yang berpengetahuan. Ini sejajar dengan kehendak agama yang menekankan tuntutan mencari ilmu sehinggakan mereka yang memiliki ilmu pengetahuan diangkat beberapa darjat. Ia adalah sebagai anugerah daripada Allah kerana kegigihan mereka berusaha menuntut ilmu. Firman Allah s.w.t. (bermaksud): “Allah s.w.t mengangkat bagi mereka yang beriman dari kalangan kamu, dan mereka yang dianugerahkan ilmu, beberapa darjat (kedudukan).” (Surah al-Mujadalah, 58: 11). Hanyasanya ilmu yang berguna mendorong seseorang supaya mentakuti Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.: (bermaksud): “Sesungguhnya yang takutkan Allah

8

s.w.t. itu dari kalangan hambaNya ialah orang yang mempunyai ilmu.” (Surah al-Fathir, 35: 28). Seseorang yang takut kepada Allah s.w.t adalah orang yang bertaqwa. Orang yang paling bertaqwa pula adalah orang yang paling mulia di sisi Allah. Firman Allah s.w.t. (bermaksud): “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.” (Surah al-Hujurat, 49: 13). Bahkan dibezakan pula antara insan yang berpengetahuan dengan yang tidak berpengetahuan, seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran: “Katakanlah olehmu wahai Muhammad! Adakah sama mereka yang mempunyai ilmu dan mereka yang tiada mempunyai ilmu itu (tiada bersamaan orang yang ilmu itu dengan orang yang jahil).” (Surah al-Zumar, 39: 9). Orang yang memiliki ilmu pengetahuan, akan menjadi seorang yang berguna kepada agama, diri sendiri dan masyarakat. Bahkan jika seorang menggunakan ilmu pengetahuan dengan sebaik mungkin, kualiti dan produktiviti di dalam sesuatu pekerjaannya akan lebih meningkat. Dalam segala bidang kehidupan manusia memerlukan ilmu. Ini sebagaimana dinukilkan riwayat yang mengatakan: “Sesiapa mahukan dunia, mestilah dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat, mestilah dengan ilmu. Dan sesiapa mahukan keduanya mestilah dengan ilmu.” Dalam hadith Rasulullah s.‘a.w. memperkatakan kelebihan orang yang

9

banyak berilmu.

Antaranya, ilmu yang menyampaikan kepada kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Anugerah ilmu yang diperolehi seseorang adalah dengan rahmat Allah s.w.t dan menjadikannya sebagai pewaris nabi-nabi. Para nabi tidak meninggalkan harta bagi diwarisi, tetapi meninggalkan ilmu dan hukum syariat untuk terus diamalkan di muka bumi ini. Ia merupakan warisan yang paling berharga. Sabda Nabi Muhammad s.‘a.w. (bermaksud): “Para ulama’ adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham (wang ringgit). Tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya, ia telah mendapat habuan yang menguntungkan.” (Riwayat alTirmizi). Seseorang ulama lebih diutamakan daripada semua manusia. Ini memandangkan manfaat ilmu yang mencurah-curah dan melimpah kepada insan lain. Ilmu yang baik akan menjadi panduan setiap tempat dan sepanjang zaman. Nabi Muhammad s.‘a.w bersabda (bermaksud): “Manusia yang paling mulia ialah orang yang beriman dan berilmu. Jika ia diperlukan ia akan memberikan manfaat. Jika ia tidak diperlukan, ia melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya sendiri.” (Riwayat alBaihaqi di dalam Syu‘ab al-Iman). Ahli ilmu mendapat satu kedudukan yang istimewa kerana kemuliaan ilmunya. Bahkan ahli ilmu agama akan memberi syafaat di hari akhirat kelak. Nabi Muhammad s.‘a.w. bersabda (bermaksud): “Tiga pemberi syafaat pada hari Kiamat: Para nabi,

10

kemudian para ulama, dan kemudian para syuhada’.” (Riwayat Ibn Majah). Pelajar akan sentiasa mendapat limpahan rahmat sepanjang masa pengajiannya. Sabda Nabi Muhammad s. ‘a.w. (bermaksud): “Para malaikat melabuhkan sayapsayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana menyukai perbuatan mereka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Hakim). Ganjaran pahala menuntut ilmu adalah lebih besar daripada pahala bersembahyang sunat. Ini kerana belajar adalah ibadat yang paling mulia. Nabi Muhammad s.‘a.w bersabda kepada Abu Zar (bermaksud): “Wahai Abu Zar, jika kamu keluar pada waktu pagi lalu kamu belajar satu ayat dari kitab Allah, ia adalah lebih baik daripada kamu solat sunat seratus rakaat. Jika kamu keluar pada waktu pagi lalu kamu belajar satu bab daripada ilmu, sama ada ia diamalkan ataupun tidak, ia adalah lebih baik daripada kamu sembahyang sunat seratus rakaat.” (Riwayat Ibn Majah). Penuntut ilmu mendapat jaminan rezeki dari Allah. Ia sebagai satu kemurahan dari anugerah Allah, bagi penuntut ilmu. Rezekinya sentiasa disediakan oleh Allah s.w.t. Ini kerana Allah s.w.t. kasih kepada seseorang yang menuntut ilmu, terutama yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Ini dapat dilihat di dalam sepotong hadith, Nabi Muhammad s.‘a.w. bersabda (bermaksud): “Sesiapa yang menuntut ilmu, Allah telah menjamin rezeki untuknya.” (Kanz al-‘Ummal).

11

Lebih dari itu, penuntut ilmu berada pada kedudukan seiring dengan orang yang berjihad. Ibn Qaiyim menerangkan di dalam kitab Miftah Dar alSa‘adah: Di antara bentuk jihad ialah jihad memberikan hujah dan keterangan. Inilah jihad para pewaris nabi. Ia lebih bermanfaat daripada jihad dengan tangan dan lisan. Firman Allah s.w.t. (bermaksud): “Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran. Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.” (Surah al-Furqan, 25: 51-52). Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t. berfirman (bermaksud): “Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka.” (Surah al-Taubah, 9: 73) Hal ini menunjukkan bahawa sabilillah (jalan Allah) bererti jihad, menuntut ilmu dan menyeru seluruh makhluk kepada Allah s.w.t. dalam semua aspek kehidupan sama ada duniawi mahu pun ukhrawi. Suatu kewajipan kepada golongan pelajar, mereka hendaklah menuntut ilmu untuk memakmurkan muka bumi. Yang ia merupakan suatu tuntutan dalam Islam terutamanya untuk menghadapi saingan golongan kafir dan munafik yang sentiasa ingin umat Islam lemah dalam segenap lapangan di muka bumi ini. Firman Allah s.w.t. (bermaksud): “Dialah (Allah) yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.” (Surah Hud, 11: 61).

12

Justeru dalam menuntut ilmu juga memerlukan kesungguhan dan pengorbanan kerana ia juga adalah perjuangan, demi maruah umat Islam dan memartabatkan Islam!!! Ikhlaskan Niat Niat adalah asas yang sangat penting dalam sesuatu perkara. Islam sangat menekan kedudukan niat dalam setiap amalan, terutama dalam belajar. Oleh kerana belajar adalah ibadat yang mulia, perlulah diniatkan dengan penuh keikhlasan kepada Allah s.w.t. agar ganjaran besar berupa pahala dapat diperolehi. Aturkan keikhlasan, dengan niat menuntut keredhaan Allah. Ilmu dicari untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ilmu sebagai bekal bagi mengemudikan bahtera kehidupan di dunia ini. Niat yang ikhlas adalah penentu segala amalan, terutamanya di dalam belajar. Niat adalah asas pertama yang menjadi ukuran bagi kejayaan usaha di dalam menuntut ilmu pengetahuan. Ini sebagaimana dinyatakan di dalam hadith Rasulullah s.‘a.w.: (bermaksud): “Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs ‘Umar bin al-Khattab r.‘a., aku mendengar Nabi s.‘a.w. bersabda, ‘Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

13

C:\Documents and Settings\Windows XP\Desktop\Formula Rabbani Kecemerlangan Pelajar\buku\Behavior b0218

14

Related Documents