Ibu Bapa Pembentuk Tingkah Laku Anak

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibu Bapa Pembentuk Tingkah Laku Anak as PDF for free.

More details

  • Words: 205
  • Pages: 1
ibu bapa pembentuk tingkah laku anak

pada ramadan ini, ibu bapa berjaya mendidik anak mereka supaya menjalani ibadat berpuasa. anak-anak dipastikan melaksanakan ibadat itu walaupun ada antara mereka yang berpuasa separuh hari. inilah kelebihan ramadan, yang sebenarnya melatih dan mendidik umatnya untuk melaksanakan tuntutan-nya. bak kata pepatah melayu, �kalau hendak melentur buluh, biar dari rebungnya�. cabaran utama dalam pendidikan anak-anak adalah kegagalan dalam memahami pentingnya pendidikan sepadu dan seimbang kepada mereka. anak-anak lahir suci bersih seperti yang disebut dalam sabda nabi muhammad bermaksud: �setiap anak dilahirkan bersih suci, maka ibu bapanyalah yang membentuk sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi.� (hadis riwayat al-bukhari) hadis itu menerangkan bahawa ibu bapa adalah bertanggungjawab dalam mendidik anakanak. ibu bapa berperanan menentukan pegangan dan hala tuju kehidupan anak-anak apa yang berlaku hari ini. malangnya, sebahagian ibu bapa yang mementingkan kebendaan telah mengabaikan anakanak. menganggap dengan menyediakan segala keperluan kebendaan seperti rumah, pakaian dan makan minum yang cukup memadai. kita kadang-kadang terlupa rohani mereka tidak diisi dengan didikan agama dan perasaan mereka tidak diberi kasih sayang. akhirnya, kita menjadi orang yang melahirkan anak dan menternak mereka seperti memelihara haiwan peliharaan walaupun itu bukan niatnya. oleh itu, tidak hairan kalau didapati sebahagian anak-anak muda menjadi anak yang liar dan rendah moralnya.

Related Documents

Tingkah Laku
November 2019 33
Tingkah Laku Bermasalah
November 2019 28
M14--terapi Tingkah Laku
November 2019 31
Ibu Bapa
May 2020 27