Ibn Qayyim

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibn Qayyim as PDF for free.

More details

  • Words: 920
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH

NAMA :SITI ZAHARAH BINTI OTHMAN NO.MATRIK ;JEA080140 NAMA PENSYARAH ;PROF DR.AMRAN MUHAMMAD SEMESTER :1 SESI :2008/2009 NAMA FAKULTI :AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA UNIVERSITI :UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah atau nama asalnya Shams al-Din Abu`Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa`ad dilahirkan pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292Mdi Damsyik.Beliau telah menuntut ilmu-ilmu asas Islam daripada ayahnya yang mementingkan ilmu pengetahuan.Antara tokoh ulama yang menjadi guru beliau ialah Qadi Sulayman bin Hamzah(711/1311M), Shaykh Abu Bakr(718H/1318M), Abu al-Fath al-Bali(709H) dan ramai lagi ulama terkenal.Bidang pengajian yang dipelajari oleh Ibn Qayyim mencakupi ilmu hadith,usul alFiqh, Fiqh dan tafsir al-Quran yang mengangkat beliau sebagai tokoh ilmuan terkini. Sumbangan agung beliau terutamanya dalam bidang tafsir ialah melalui penulisan Kitab al-Tibyan fi Iqsam al`Quran, Tafsir al Muuawwizatayn serta Tafsir Surah al-Fatihah.Dalam bidang hadith beliau telah menyumbangkan kitab seperti Tahdhib al-Siman, al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib dan sebagainya.Ibn Qayyim juga menulis beberapa kitab dalam bidang kalam dan falsafah iaitu Shifa` a-`Alil fi Masa`il al-Qada`wa Al-Qadar Wa al-hikmah Wa al-Talil, Kitab al-Ruh, dan banyak lagi.Selain itu beliau juga turut menyumbangkan bahan penulisan dalam bidang tasawuf, sejarah, fiqh, dan usul fiqh yang menjadi rujukan kepada tokoh ulama pada masa kini.

FALSAFAH EKONOMI ISLAM

Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai tokoh ilmuan yang tegas dalam menegakkan pendapatnya.Beliau mempunyai pendirian yang tersendiri berkaitan dengan aspek ekonomi dan perniagaan.Tokoh ini telah mengemukakan falsafah ekonomi islam yang mengandungi konsep ke jalan keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu serta peranan kerajaan dalam ekonomi. Berdasarkan pendirian Ibn Qayyim, beliau telah menggariskan asas kepercayaan Islam yang baik.Beliau turut menegaskan bahawa Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan petunjuk.Dalam bidang ekonomi, Ibn Qayyim menyifatkan bahawa manusia digambarkan sebagai makhluk yang sifat, gelagat, dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba serta mementingkan aspek keuntungan dalam segala aktiviti ekonomi.Justeru itu, manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman atau petunjuk ke jalan yang betul. Beliau berpendapat bahawa kehidupan di dunia ni penuh cabaran.Cabaran yang mendatangi itu merupakan ujian dan cubaan daripada pencipta yang Maha Agung,Allah S.W.T.Menurut pandangan beliau lagi, ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk anugerah harta kekayaan ataupun diberikan kehidupan yang susah.Beliau memberi konsep yang diskrit bahawa anugerah kekayaan yang dimiliki seseorang tidak mencetuskan maksud bahawa Allah S.W.T saying kepadanya.Seiring dengan itu, ujian kemiskinan yang didatangi AllahS.W.T sama sekali tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang.Kesenangan hidup seharusnya tidak boleh di samakan dengan milikan harta kekayaan. Ibn Qayyim sememangnya banyak membincangkan falsafah yang berkaitan konsep faedah, riba al-fadi, riba al-nasiah dan mekanisme pasaran.Beliau turut menekankan bahawa soal keadilan merupakan teras utama dalam semua aspek kehidupan.Keadilan yang dimaksudkan oleh

yang menjadi matlamat utama syariah.Hal ini kerana syariah memgangkat prinsip keadilan, keberkatan dan kebijaksanaan.Ibn Qayyim menegaskan bahawa setiap perkara yang melanggar prinsip keadilan secara empirikalnya akan menyonsangkan keberkatan dan kebaikan kepada unsure kelaknatan dan kejahatan.Beliau turut berfalsafah bahawa kebijaksanaan lahiriah dan zahiriah seseorang itu boleh berubah kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada syariah sekiranya unsureunsur keadilan tidak dipraktikkan. Pendekatan falsafah Ibn Qayyim dalam aspek ekonomi Islam turut menjelaskan nilai-nilai etika yang baik amat penting dan menjadi asas utama orang Islam.Dalam menjalankan kegiatan ekonomi, seseorang seharusnya mengikut garis panduan dalam syariah Islam dan mengabdikan sepenuh ketaatan dirinya kepada Allah S.W.T.Antara nilai etika lain yang harus dimiliki seseorang yang beragama Islam ialah sifat baik, jujur, amanah serta benar dalam menjalankan jegiatan ekonomi. Menurut pandangan beliau, nilai-nilai jahat seperti pembohongan ,penipuan ,rasuah dan penyelewengan akan dapat dihindari dalam kehidupan sekiranya umat Islam mempraktikkan nilai etika tersebut dengan penuh penghayatan yang mendalam.Sebaliknya, jika tidak diamalkan, keadilan tidak akan wujud dan ini seterusnya membawa kepada ketidakberkatan dalam hidup.

Dalam membincangkan falsafahnya, beliau turut menyentuh berkenaan sifat semulajadi seseorang yang dikatakan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan dalam hidup.Bagi beliau secara logikanya, seseorang yang mempunyai sifat lahiriah yang suka berbohong adalah

sukar untuk turut mempengaruhi kehidupan perekonomian individu serta aspek-aspek lain dalam kehidupan.Intipati penting yang dapat disimpulkan ialah pembohongan membawa kesan negatif yang mendalam kepada umat Islam Ibn Qayyim turut menyatakan bahawa akibat daripada ketidaktaatan dan kejahatan ,seseorang akan menanggung impak dosa yang besar.Jasad dan roh dikatakan akan menbawa kerosakan hidup di dunia dan akhirat.Unsur-unsur negatif seperti penipuan dan ketidakjujuran perlu dihapuskan bagi mewujudkan keadaan yang tenteram dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana kehidupan yang huru-hara disebabkan oleh kecurigaan akan melembapkan kegiatan ekonomi. Selain itu, Ibn Qayyim menegaskan bahawa nilai-nilai etika yang baik akan menjamin keselamatan dalam masyarakat.Keselamatan yang wujud secara telusnya menggalakkan semangat kerjasama bermasyarakat dalam proses pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.Seterusnya, masyarakat akan dapat mengubah taraf hidup kepada kehidupan yang lebih mewah.Falsafah beliau selanjutnya adalah berkaitan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan.Pandangam beliau, seseorang yang menggunakan harta kekayaan dengan cara yang tidak baik tidak akan memberikan faedah kepada masyarakat akan diambil tindakan undang-undang.

KESIMPULAN

Ibn Qayyim bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam dan merupakan tokoh ulama yang telah banyak memberikan sunbangan kepada umat Islam.Pemikiran dan sumbangan beliau dalam falsafah ekonomi Islam banyak mengungkap pelbagai konsep yang berkaitan ekonomi, zakat, konsep faedah dan mekanisme pasaran.Falsafah beliau juga menjadi ikutan dan amalan masyarakat di mana teori beliau mengatakan bahawa apabila ketidakstabilan ekonomi berlaku, secara langsungnya kegiatan ekonomi akan turut menguncup. Secara holistic, pemikiran beliau banyak menyentuh kearah pembentukan nilai-nilai yang positif serta mengadunkan aspek ketaatan kepada agama sebagai asas utama kehidupan.Jelas beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim merupakan teras dan prinsip ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.

BIBLIOGRAFI

Sharaf al-Din,Abd al-Azim.1967.Ibn Qayyim al-Jawziyyah:Asruhuwa- Manhajuhua Wa-ara`uhu fi al-Fiqh Wa-al`-aqaid Wa al-Tasawuf.Maktabat a-Kulliyatul Azhariah.

http://www.alhakelantan.tripod.com/tokoh

Related Documents

Ibn Qayyim
October 2019 39
Ibnu Qayyim
October 2019 27
Ibn
July 2020 34

More Documents from ""

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40