Huraian Stail Pakaian Stail blouse yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna, corak, tekstur, garis dan cantuman, dan garis lengan blouse tersebut. Oleh itu, terdapat beberapa stail dalam blouse saya. Antaranya adalah : Warna pemilihan blouse saya adalah warna yang lembut iaitu warna kuning cair. Warna lembut sesuai untuk orang yang suka bersederahana dalam pemakainan mereka. Warna lembut akan menampakkan si pemakai manis dan sejuk di pandang.
Blouse ini mempunyai corak dan iaitu berbunga kecil-kecil. Motif pilihan corak yang berbunga kecil-kecil ini adalah akan menampakkan tubuh saya yang sedikit berisi kelihatan lebih langsing dan kurus.corak sebegini dilihat amat feminin dan menyerlah bagi si pemakai. Tambahan lagi, motif corak berbunga kecil juga turut memperlhatkan stail inggeris.
Tekstur fabrik blouse ini adalah daripada kain kapas. Fabrik jenis kapas mempunyai tekstur yang tahan lasak dan selesa dipakai. Fabrik yang saya pilih ini juga adalah tidsak terlalu tebal atau nipis. Selain dapat memberi keselesaan kepada pemakai, saya juga mendapati fabrik jenis kapas amat sesuai untuk dipadankan dengan rekaan stail pakaian saya.
Saya memilih garisan menegak untuk stail blouse supaya dapat memberi kesan ilusi kepada bentuk badan agar nampak langsing dan tinggi Garis leher boleh memberikan kesan ilusi pada bahagian tubuh badan terutama pada bahagian leher dan muka. Garis leher berbentuk āUā iaitu seperti leher baju kurung sangat sesuai digunakan dalam reka bentuk fesyen blouse saya.