Huraian Fokus Kajian.docx

  • Uploaded by: Aizat Shazman
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Huraian Fokus Kajian.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 10,913
  • Pages: 63
BAB 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah ialah untuk membantu murid mengembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan seorang insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Pendidikan yang bersifat holistik amat diperlukan bagi memenuhi dan mencapai matlamat pendidikan Negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan untuk mewujudkan generasi murid yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah sebagai Negara pencipta dan pengeluar teknologi yang boleh membangunkan negara Malaysia ke arah negara maju. Reka bentuk dan Teknologi merupakan satu mata pelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini diajar pada tahap 2 sekolah rendah iaitu tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Mata pelajaran ini menekankan pengetahuan dan kemahiran kepada murid sebagai persediaan kepada mereka dalam mendapatkan asas dalam Teknik dan Vokasional sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah. Antara kemahiran asas yang diserap dalam 1

kurikulum RBT ialah asas Teknologi Pertanian, asas Teknikal dan Sains Rumah Tangga. Penekanan diberikan kepada guru dan murid dalam standard kandungan dan standard pembelajaran perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid tahap 2 sekolah rendah iaitu tahun 4, 5, dan 6. Selain itu, terdapat elemen-elemen yang perlu diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti Teknologi Maklumat

dan

Komunikasi,

Kreativiti

dan

Inovasi

serta

Asas

Keusahawanan. Kesimpulannya, pendidikan awal yang bermula di sekolah rendah sangat penting dalam memastikan potensi murid berkembang secara menyeluruh seperti yang di sebut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tambahan pula, matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi merupakan satu matapelajaran yang menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran asas teknik dan vokasional yang akan mereka lalui di alam sekolah menengah. Hal ini dapat memberikan mereka pendedahan awal kepada mereka dalam menentukan hala tuju kerjaya pada masa akan datang. 1.2 Konteks Saya telah ditempatkan di sebuah sekolah di dalam daerah Sepang. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A), Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah Orang Asli yang terdapat di dalam daerah Sepang. Sekolah ini diselia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Majoriti murid sekolah ini adalah murid Orang Asli suku Mah Meri dan terdapat juga murid Melayu, Cina dan India sebagai kumpulan minoriti di sekolah ini.

2

Di sekolah ini, pengelasan kelas tidak ditentukan oleh tahap pencapaian akademik kerana sekolah ini merupakan sebuah sekolah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Sekolah ini hanya mempunyai 210 orang murid termasuk dua buah Pra Sekolah. Setiap tahun hanya mempunyai satu kelas sahaja. Oleh itu, setiap kelas mempunyai murid pelbagai tahap pencapaian iaitu sangat lemah, lemah, sederhana, pandai dan sangat pandai. Namun kebanyakan murid-murid ini hanya mencapai tahap sederhana. Saya telah diberi amanah untuk mengajar tahun 4 untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Pada hari pertama saya berada di sekolah tersebut saya dapati bahawa murid-murid sememangnya mempunyai masalah kemahiran mengendalikan alatan tangan melalui dari pemerhatian saya terhadap projek-projek rumah api yang telah mereka siapkan. Tambahan pula, kekurangan infrastruktur dan kelengkapan bengkel menyukarkan murid untuk menghasilkan projek dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Kajian yang saya jalankan adalah dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi dalam tajuk penghasilan pojek rumah api, tahun 4. Kajian ini

dijalankan

bagi

meningkatkan

kemahiran

murid

dalam

mengendalikan alatan tangan secara amnya. Alatan tangan yang saya fokuskan dalam kajian ini ialah tukul. Saya menggunakan satu kaedah iaitu kaedah memaku beriirama Tic Tac untuk meningkatkan kualiti dan keyakinan murid dalam menghasilkan projek rumah api. Selain itu, kaedah ini juga bertujuan untuk menggelakkan berlakunya kecederaan semasa mengendalaikan alatan Tinjauan awal mendapati hasil projek murid sepanjang saya berpraktikum di beberapa sekolah murid tidak dapat menghasilkan tapak rumah api yang kemas dan cantik akibat dari kemahiran memaku 3

yang lemah oleh murid. Data kajian ini dikumpul melalui tiga bentuk iaitu senarai semak, soal selidik dan gambar foto hasil projek murid sebelum dan selepas kajian.

Oleh itu, saya harapkan penggunaan kaedah

memaku menggunakan irama Tic Tac dapat meningkatkan kualiti hasil dan keyakinan murid dalam penghasilan tapak projek rumah api tahun 4 serta

dapat

menggelakkan

berlakunya

kecederaan

semasa

mengendalikan alatan 1.3 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Mengimbas kembali pengalaman mengajar, iaitu tajuk Penghasilan Projek Rumah Api dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tahun 4. Sebelum memulakan pengajaran saya telah menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Modul Pengajaran Guru dan buku teks. Saya juga mendapatkan bahan-bahan pengajaran daripada laman youtube, blog dan sebagainya untuk

mendapatkan

video-video

yang

menarik

sebagai

bahan

pengajaran saya. Pada awal set induksi, saya telah memeperkenalkan tajuk dengan menggunakan video “how it’s made hammer” bagi menarik minat murid. Kemudian saya memperlihatkan tunjuk cara mencantum tapak rumah api kepada murid di hadapan kelas. Namun, sepanjang aktiviti mencantum tapak rumah api saya dapati murid-murid tidak menunjukkan kemahiran menggunakan tukul dengan betul. Hasilnya, cantuman yang dibuat oleh murid tidak kelihatan kemas dan merosakkan permukaan kayu seperti kayu pecah, retak dan paku bengkok sebelum terbenam sepenuhnya. Selain itu, terdapat murid

4

yang mengalami kecederaan di jari akibat daripada tertukul jari sendiri kerana mereka menggunakan tukul tanpa kemahiran yang betul. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran saya dapat menyimpulkan bahawa kerosakan dan kecederaan yang terjadi adalah berpunca daripada murid yang tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan alatan tukul tangan. Ketiadaan kemahiran menggunakan alatan juga menyebabkan murid tidak yakin untuk menggunakan penukul dan akhirnya kualiti hasil kerja juga sangat tidak memuaskan. Oleh itu, saya telah mendapat satu jalan penyelesaian dengan menampilkan satu kaedah untuk meningkatkan kualiti dan cara menggunakan tukul dengan betul. Kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran memaku ialah dengan mengaplikasikan “irama Tic Tac”. Penggunaan irama Tic Tac dalam meningkatkan kualiti hasil kerja murid dan keyakinan murid menggunakan alatan tukul semasa

memaku

kerja

kayu.

Saya

mendapat

inspirasi

untuk

menggunakan Tic Tac daripada demonstrasi menukul yang saya lakukan di hadapan murid. Andaian saya jika murid menggunakan kaedah ini murid dapat meningkatkan kawalan tangan semasa memaku kayu serta dapat tingkatkan juga keyakinan murid semasa memaku kerja kayu. Hal ini kerana penggunaan irama Tic Tac adalah satu cara dimana murid akan menyasarkan (aiming/tic) paku terlebih dahulu sebelum membuat pukulan kuat (smashing/tac). Secara tidak langsung murid akan lebih yakin untuk memaku dan dapat menggurangkan rasa takut dan mengurangkan keberangkalian terketuk jari sendiri.

5

Harapan saya ialah setelah murid mengaplikasikan kaedah ini mutu atau kualiti hasil kerja murid dapat ditingkatkan dan mencapai satu standard yang memuaskan guru untuk menilai hasil kerja murid. Tiada lagi kayu kerja pecah dan retak akibat daripada cara memaku yang salah. Tambahan pula, kemalangan semasa menggunakan tukul juga dapat dihindari dan tiada lagi murid yang tercedera. Saya juga berharap kaedah ini dapat diguna pakai secara meluas oleh guru-guru dalam pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi atau mana-mana mata pelajaran yang menggunakan alatan penukul sebagai alat bantu mengajar

dalam

menyiapkan

projek.

Jika

kaedah

ini

dapat

meningkatkan kemahiran murid ianya merupakan satu kejayaan kepada murid kerana mereka dapat meningkatkan salah satu kemahiran dalam diri mereka.

6

BAB 2 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian Isu kajian yang dikenal pasti untuk menjalankan kajian ialah: 2.2.1

Murid tidak dapat mencantum kayu projek dengan kemas

2.2.2

Murid tidak yakin semasa menggunakan penukul untuk memaku kayu projek

2.2.3

Murid cedera semasa menggunakan penukul ketika memaku kerja projek

7

2.2 Huraian Fokus Kajian Pengkaji menjalankan kajian di sebuah sekolah di daerah Sepang iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A). Dari segi kebolehtadbiran kajian di sekolah tersebut pengkaji mengalami sedikit masalah apabila tempat kajian tersebut tidak mempunyai bengkel khusus untuk menjalankan kajian. Masalah bertambah rumit apabila alatan yang terdapat di dalam bengkel tidak mencukupi dan sesetengah alatan tidak lagi dapat digunakan kerana telah rosak. Namun, bagi menyelesaikan masalah ini pengkaji telah meminjam alatan-alatan yang ingin digunakan sepanjang kajian dijalankan dari bengkel kayu Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Kepentingan kajian ini dijalankan ialah kajian boleh dijadikan satu perkongsian ilmu dalam membantu guru menerapkan kemahiran memaku dalam diri peserta kajian semasa membuat projek kayu dalam matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Hal ini secara tidak langsung dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan peserta kajian terhadap kemahiran menukul. Menurut Ebbut (1985), kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan

melalui tindakan praktis mereka

sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. Kenyataan Ebutt (1985) ini menunjukkan bahawa kajian tindakan sangat penting dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru dan murid. Seterusnya, kebolehgunaan kajian ini dapat dilihat melalui amalan praktis yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian iaitu

8

sesiapa

sahaja

termasuk

guru

dan

peserta

kajian

boleh

mengaplikasikan kaedah menukul Irama Tic Tac semasa memaku bagi meningkatkan keyakinan dan hasil kerja selepas memaku. Dari segi kawalan, kajian ini berada di dalam ruang lingkup kawalan guru. Para peserta kajian telah mendapatkan arahan daripada pengkaji terlebih dahulu sebelum memulakan kajian. Selain itu, kawalan juga tidak sukar kerana hanya lima orang peserta kajian yang telah digunakan sepanjang kajian dijalankan. Dari segi penggunaan alatan dan bahan iaitu tukul, kayu dan paku, ianya hanya boleh digunakan dibawah seliaan dan kawalan pengkaji bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Bagi melancarkan lagi kawalan semasa kajian dijalankan pengkaji telah menyediakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran bagi melicinkan aktiviti. Semasa kajian dijalankan, berlakunya amalan kolaboratif antara pengkaji dan guru matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Pengkaji sentiasa berbincang dengan guru matapelajaran mengenai masa, tempat dan pemilihan peserta kajian. Guru matapelajaran berkenaan lebih arif tentang peserta kajian yang sesuai dalam kajian ini kerana pengalaman mereka yang telah mengajar melebihi 20 tahun. Selain itu, pengkaji juga meminta kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah bagi menjalankan kajian ini. Hal ini bagi memastikan guru-guru sekolah peka terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pengkaji di sekolah tersebut. Kajian yang dijalankan ini sangat relevan pada pihak sekolah mahupun masyarakat di luar kerana kajian ini telah membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan kemahiran dalam diri

9

individu yang mempelajarinya. Buktinya, matapelajaran RBT bermula pada tahap dua persekolahan iaitu tahun 4,5 dan 6. Kajian ini pula dijalankan terhadap peserta kajian tahun 4. Oleh itu, kajian ini dapat membantu peserta kajian menguasai kemahiran menukul yang betul dan baik sebelum mereka memasuki tahun 5 dan 6. Pada tahun 5 dan 6 mereka telah menghasilkan satu projek kayu yang memerlukan kemahiran menukul yang tinggi bagi memastikan hasil projek mereka kemas dan cantik. Selain itu, kajian ini juga sangat relevan kerana kajian ini telah memberi persediaan dalam diri peserta kajian untuk melatih diri mereka dalam matapelajaran teknik dan vokasional ketika di alam sekolah menengah dan universiti kelak. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjadi seorang individu yang berkemahiran tinggi dalam bidang pertukangan ketika di alam pekerjaan kelak. 2.3 Pengumpulan Data Awal Penggunaan alatan tangan merupakan aspek yang sangat penting dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Tanpa Kemahiran yang betul peserta kajian tidak dapat menghasilkan sesuatu yang mempunya nilai-nilai estetika. Selain itu, sekiranya peserta kajian tidak mempunyai kemahiran menggunakan alatan tangan yang betul, hal ini boleh mendatangkan kecederaan kepada diri peserta kajian. Selain itu, peserta

kajian

juga

perlukan

keyakinan

yang

tinggi

semasa

menggunakan alatan tangan terutama sekali alatan yang tajam dan berbahaya seperti gergaji, tukul, pahat, pemutar skru dan sebagainya. Pengkaji penggunaan

telah

alatan

membaca

tangan

dalam

beberapa

jurnal

berkaitan

membantu

pengajaran

dan

pembelajaran Reka Bentuk Teknologi dan Kemahiran Hidup. Hasil dari

10

pembacaan jurnal-jurnal tersebut ternyata penggunaan alatan tangan sangat

penting

dalam

membantu

peserta

kajian

meningkatkan

kemahiran dalam teknik dan vokasional. Seperti dinyatakan oleh Azizi Yahya dan Chu Siew Pang bahawa keberkesanan penggunaan alatan tangan sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai

objektif

pembelajaran

serta

menghindari

kecederaan

terhadap diri peserta kajian. Seterusnya, pengkaji melakukan pengumpulan data awal dengan melihat projek rumah api yang telah dibuat oleh peserta kajian sebelum ini. Hasil yang pengkaji dapat lihat ialah kebanyakan rumah api yang dibuat tidak kemas dan tidak memuaskan hati pengkaji. Hal ini demikian kerana, bahagian tapak rumah api tidak dicantum dengan kemas oleh peserta kajian. Terdapat kayu tapak rumah api yang pecah, paku terkeluar, kayu berlubang-lubang dan paku bengkok di atas kayu.

Rajah 1: Kayu pecah disebabkan paku keluar daripada permukaan kayu

Rajah 2: Paku bengkok akibat daripada cara memaku yang salah

11

Selain itu, pengkaji juga menemubual peserta kajian secara rawak berkenaan perasaan mereka semasa menggunakan tukul untuk mencantum kayu projek mereka. Hasil daripada temu bual tersebut, pengkaji dapati peserta kajian merasa takut dan tidak yakin semasa memaku kayu tapak projek rumah api. Hal ini demikian kerana, peserta kajian khuatir akan tertukul jari mereka semasa memegang paku dan mengetuk tukul pada kepala paku. Tambahan pula, ada juga peserta kajian yang pernah tercedera pada jari mereka semasa memaku kayu projek tersebut. Kecederaan tersebut membuatkan mereka hilang keyakinan diri untuk memaku mana-mana kayu projek lagi. 2.4 Tindakan Kajian Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang terdiri daripada peserta kajian tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A). Peserta kajian yang terlibat ialah tiga orang peserta kajian lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan yang berbeza tahap pencapaian akademik. Semua peserta kajian ini berlatar belakangkan bangsa Orang Asli daripada suku Mah Meri. Semua peserta kajian mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana kerana pekerjaan ibu bapa mereka kebanyakannya sebagai petani dan nelayan. Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) merupakan sekolah yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana kerana berdasarkan pencapaian akademik UPSR tahun 2015 skor Gred Purata Sekolah ialah 3.16. Kajian ini dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi bagi tajuk Penghasilan Projek. Kajian ini dijalankan kerana masalah tapak rumah api yang dihasilkan oleh peserta kajian tidak kemas dan tidak memuaskan. Selain itu, peserta kajian juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk memaku kerja projek. 12

Sepanjang proses kajian ini dijalankan pengkaji menggunakan satu model penyelidikan tindakan yang diketengahkan oleh Kurt Lewin (1946). Kurt Lewin adalah seorang ahli psikologi sosial German yang mengkaji hubungan dan interaksi manusia. Beliau terkenal sebagai “bapa

penyelidikan

tindakan”

kerana

beliau

pertama

kalinya

memperkenalkan istilah “action research” dalam kertas pembentangan beliau yang bertajuk “Action Research and Minority Problem”. Hasil dapatan kajiannya memberi gambaran perkaitan antara gaya hidup, persepsi, tingkah laku dan sosial masyarakat. Kajian beliau menjelaskan lagi bahawa kajian tindakan merangkumi beberapa lingkaran atau kitaran iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Rajah 3: Asas proses penyelidikan tindakan model Kurt Lewin Sumber: Kartini et al. (2012) Seterusnya, bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mencipta satu kaedah memaku yang dapat membantu peserta kajian menghasilkan tapak projek yang kemas dan cantik serta meningkatkan keyakinan peserta kajian ketika memaku kerja projek. Selain itu, kaedah ini juga dapat mengelakkan dari berlakunya kecederaan terhadap diri peserta kajian semasa memaku. Kaedah ini ialah penggunaan irama Tic

13

Tac semasa memaku. Irama Tic Tac merupakan satu bentuk atau cara memaku yang pengkaji cipta untuk membantu peserta kajian. Tic bermaksud pukulan perlahan iaitu peserta kajian hanya mengetuk paku dengan perlahan. Pada masa ini peserta kajian telah menyasarkan kedudukan kepala paku (Aiming) sebelum membuat pukulan kuat. Tac pula bermaksud pukulan kuat (smashing) iaitu peserta kajian mengetuk kepala paku dengan kuat supaya paku terbenam ke dalam kayu. Kajian ini sangat relevan dan penting bagi menyelesaikan masalah peserta kajian tahun 4 khususnya agar mereka dapat menghasilkan tapak rumah api yang kemas, cantik dan mempunyai nilai estetika. Hal ini demikian kerana, penghasilan projek yang bekualiti telah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran peserta kajian dan telah membantu guru mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan seperti yang dinyatakan dalam kajian-kajian terdahulu. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi dalam membantu peserta kajian untuk memaku menggunakan alatan dengan kemahiran dan teknik yang betul. Selain itu, harapan pengkaji dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat tidak kira guru ataupun peserta kajian yang tidak mempunyai kemahiran dan keyakinan semasa memaku.

14

BAB 3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam menjalankan kajian pengkaji menetapkan objektif kajian yang bertujuan sebagai panduan kepada pengkaji agar kajian ini sentiasa relevan dengan objektif yang ingin dicapai. Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu Objektif Umum dan Objektif Khusus. 3.1 Objektif Umum: 3.1.1

Penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac dapat meningkatkan

kekemasan

projek,

keyakinan

dan

mengelakkan kcederaan pada diri peserta kajian 3.2 Objektif khusus: 3.2.1

Meningkatkan kekemasan cantuman tapak rumah api yang dihasilkan oleh peserta kajian melalui penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac.

3.2.2

Meningkatkan

keyakinan

peserta

kajian

semasa

menggunakan penukul untuk memaku kayu projek melalui penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac. 3.2.3

Menggelak kecederaan peserta kajian semasa menggunakan tukul ketika memaku kerja projek melalui penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac.

15

3.3 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian dibina bertujuan untuk memastikan kajian yang dijalankan menepati objektif dan matlamat yang pengkaji tetapkan. Ini membantu kajian yang dijalankan lancar dan tidak mempunyai gangguan berkenaan soalan yang tidak relevan dan tidak menepati masalah kajian. Selain itu, soalan kajian juga dapat menjimatkan masa sekiranya soalan yang pengkaji kemukakan relevan dengan masalah yang ingin pengkaji kaji. Kajian pengkaji menggunakan kaedah irama Tic Tac iaitu irama untuk membantu peserta kajian memaku dengan kemahiran yang betul. Tic Tac merupakan satu irama jika kita memukul paku dengan penukul. Berikut merupakan persoalan kajian yang pengkaji kemukakan dalam kajian ini. 3.3.1 Adakah melalui penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac dapat meningkatkan kekemasan cantuman tapak rumah api yang dihasilkan oleh peserta kajian? 3.3.2 Adakah melalui penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac dapat meningkatkan keyakinan peserta kajian semasa menggunakan tukul? 3.3.3 Adakah melalui penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac dapat mengelakkan kecederaan pada jari peserta kajian semasa mencantum tapak rumah api?

16

BAB 4 4.0 PESERTA KAJIAN Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang terdiri daripada peserta kajian tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A). Peserta kajian yang terlibat ialah tiga orang peserta kajian lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan yang berbeza tahap pencapaian. Peserta kajian ini merupakan peserta kajian Orang Asli daripada suku Mah Meri. Semua peserta kajian berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana kerana pekerjaan ibu bapa mereka kebanyakkannya sebagai petani dan nelayan. Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) merupakan sekolah yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana kerana berdasarkan pencapaian akademik UPSR tahun 2015 skor Gred Purata Sekolah ialah 3.16. Bil

Nama

Tahun

1

Nazri

4

2

Farihan

4

3

Joe

4

4

Haziqah

4

5

Shaliliy

4

Jadual 1: Senarai nama peserta kajian Pemilihan peserta kajian ialah daripada peserta kajian tahun 4. Peserta kajian ini tidak mempunyai kemahiran dan teknik yang betul semasa mencantum projek rumah api berdasarkan projek lepas yang pengkaji mereka lakukan. Permukaan kayu projek seringkali rosak akibat cara memaku yang salah. Selain itu, pengkaji juga perhatikan peserta kajian

17

sama sekali tidak yakin semasa memaku kayu projek kerana khuatir telah tertukul jari mereka sendiri dan sememangnya terdapat tiga orang peserta kajian yang cedera pada jari telunjuk dan ibu jari mereka kerana terkena tukul.

JANTINA LELAKI

PEREMPUAN

40% 60%

Rajah 4: Peratusan jantina peserta kajian tahun 4

BANGSA ORANG ASLI

100%

Rajah 5: Peratusan bangsa peserta kajian tahun 4

18

AGAMA ISLAM

LAIN-LAIN

40% 60%

Rajah 6: Peratusan agama yang dianuti oleh peserta kajian tahun 4

Pencapaian Akademik Lemah

Sederhana

20%

Baik

Cemerlang

20%

20% 40%

Rajah 7: Peratusan pencapaian akademik peserta kajian tahun 4

19

BAB 5 5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN Pengkaji membuat penelitian terhadap langkah-langkah yang pengkaji telah ambil untuk menjalankan kajian ini. Pengkaji juga mencari satu rujukan asas untuk dijadikan panduan. Tindakan yang pengkaji perlu jalankan ialah suatu langkah yang menjurus untuk mencapai objektif umum dan khusus seterusnya menyelesaikan masalah kajian dengan melalui satu prosedur yang tersusun dan sistematik. 5.1 Langkah-Langkah Tindakan Model yang pengkaji gunakan dalam kajian pengkaji ialah model yang diutarakan oleh Kurt Lewin (1946). Model ini merupakan model yang mudah untuk digunakan untuk merancang kajian. Oleh itu, pengkaji menggunakan proses gelung asas Kurt Lewin bagi menjalankan kajian dengan

menggunakan

kaedah

memaku

Irama

Tic

Tac

untuk

meningkatkan kemahiran dan keyakinan peserta kajian menggunakan alat tukul.

Merancang

Refleksi

Tindakan

Pemerhatian Rajah 8: Kitaran penyelidikan tindakan model Kurt Lewin Sumber: Kartini et al. (2012)

20

Gelung 1 5.1.1

Soalan: Bagaimana penggunaan kaedah memaku berirama Tic Tac dapat

meningkatkan

menggelakkan

kekemasan

kecederaan

pada

projek, diri

keyakinan

peserta

kajian

dan

semasa

mencantum tapak projek rumah api? PERANCANGAN 



Pengkaji menggunakan satu kaedah iaitu Tic Tac untuk

melibatkan lima meningkatkan kualiti dan keyakinan peserta kajian orang peserta

dalam

menghasilkan

projek

rumah

api

serta

tempoh 1 bulan

mengurangkan kecederaan peserta kajian semasa memaku

TINDAKAN

Pengkaji memberikan sekeping kayu kepada peserta kajian dan meminta mereka memaku kayu tersebut sebanyak 5 kali dalam satu garisan lurus. Peserta kajian bebas memaku dengan menggunakan cara dan gaya mereka yang tersendiri. Kemudian, pengkaji menghasilkan satu audio dan video yang berkaitan dengan bunyi irama Tic Tac bagi membantu peserta kajian mendapatkan kemahiran memaku yang betul. Semasa

menjalankan

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran pengkaji telah menunjukkan audio video memaku paku menggunakan irama Tic Tac dan peserta

kajian

telah

mensimulasikan

dengan

menggunakan tukul di tangan mereka. Kemudian pengkaji telah memberi tunjuk cara memaku paku dengan

menggunakan

irama

Tic

Tac

tersebut.

Seterusnya peserta kajian telah mencontohi video dan 21

tunjuk cara guru pada kepingan kayu yang tidak digunakan. Pengkaji juga telah memberikan peringatan berkenaan

keselamatan

semasa

memaku

dan

mencantum tapak rumah api. Akhir sekali, peserta kajian telah mengaplikasikan kaedah tersebut pada tapak projek rumah api.

PEMERHATIAN

Pengkaji membuat perbandingan kekemasan paku yang di paku oleh peserta kajian di atas sekeping papan. Hal ini untuk melihat perbezaan kekemasan paku pada permukaan kayu antara sebelum dan selepas menggunakan irama Tic Tac. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pengkaji membuat pemerhatian terhadap kualiti hasil kerja peserta kajian dengan menggunakan borang senarai semak. Kemudian pengkaji memberikan borang soal selidik untuk menilai tahap keyakinan mereka sebelum dan selepas menggunakan kaedah memaku irama Tic Tac. Pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap keselamatan peserta kajian dan menilai mereka dengan borang soal selidik untuk mengetahui samada berlaku kecederaan ataupun tidak

REFLEKSI

Selepas kajian dilaksanakan pengkaji membuat satu refleksi bagi melihat kekuatan dan kelemahan kajian bagi membuat penambahbaikan.

Jadual 2: Gelung penyelidikan tindakan Kurt Lewin

22

Dengan adanya gelung penyelidikan tindakan ini pengkaji dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan langkahlangkah yang betul, tersusun dan sistematik untuk memastikan kajian ini berjalan dengan lancar. 5.2 Kaedah Mengumpul Data Data merupakan sebarang bentuk maklumat daripada pemerhatian atau fakta yang dikumpul atau direkodkan. Chow (2011) menyatakan bahawa data ialah sebarang maklumat dalam apajua bentuk yang dapat menjelaskan situasi yang dikaji. Dalam kajian yang dijalankan metadologi mengumpul data adalah satu proses yang sangat penting. Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999) Ini demikian kerana, pada proses ini, pengkaji mengumpul semua maklumat yang perlu untuk mendapatkan hasil dapatan kajian. Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan 3 kaedah untuk mengumpul

data

iaitu

senarai

Senarai Semak

semak,

soal

selidik

dan

Soal Selidik

Foto

Rajah 9: Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data

23

foto.

5.2.1 Senarai semak skala berkadar Borang senarai semak merupakan borang pemerhatian atau satu dokumen

yang

digunakan

untuk

merekodkan

apa

yang

diperhatikan secara sistematik dan teratur. Dalam borang ini aspek-aspek tertentu telah direkodkan semasa pemerhatian dijalankan. Senarai semak adalah indikator atau bukti yang tepat untuk mengukur tingkah laku, kebolehan, kefahaman, pencapaian dan kemahiran peserta kajian. Pengkaji memilih borang senarai semak skala kadar ini untuk menilai hasil kerja peserta kajian selepas peserta kajian menyiapkan tapak rumah api. Borang ini telah menilai dari segi keadaan kekemasan

permukaan kayu,

kesan

paku

pada

permukaan kayu, kekemasan cantuman kayu dan mutu tapak rumah api setelah proses cantuman siap. Dengan adanya borang ini pengkaji dapat membuat perbandingan tahap kekemasan tapak rumah api sebelum dan selepas peserta kajian mempelajari cara memaku Irama Tic Tac.

24

Tandakan skala yang sesuai pada ruangan yang telah disediakan. 1- Sangat tidak memuaskan 2- Tidak memuaskan 3- Sederhana 4- Baik 5- Sangat baik PEMERHATIAN Permukaan Cantuman Keadaan Mutu/ kualiti

NAMA

kayu tapak

kayu

paku pada

hasil

rumah api

tapak

permukaan keseluruhan

rumah api

kayu tapak

tapak

rumah api

rumah api

M1 M2 M3 M4 M5 Jadual 3: Contoh borang senarai semak skala berkadar hasil kerja peserta kajian 5.2.2

Soal selidik Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua dan ketiga. Pengkaji menggunakan borang soal selidik sosiometri bagi menilai perasaan peserta sepanjang menyiapkan tapak rumah api. Borang soal selidik ini telah diberikan kepada kelima-lima peserta kajian selepas mereka menyiapkan projek. Borang ini mengandungi 3 soalan yang menilai perasaan mereka dan 1 soalan bagi mendapatkan maklumat berkenaan kecederaan sepanjang menyiapkan projek. Peserta kajian perlu memilih jawapan dengan membulatkan jawapan yang mewakili perasaan mereka iaitu tidak yakin, kurang yakin dan yakin. Berikut merupakan contoh borang soal selidik sosiometri.

25

NAMA: KELAS: Sebelum anda memasang tapak rumah api, anda telah mempelajari satu teknik memaku iaitu memaku menggunakan kaedah irama “Tic-Tac”. Kemudian, anda mengaplikasikan teknik memaku irama Tic-Tac semasa mencantum tapak rumah api. Berdasarkan jadual di bawah bulatkan jawapan berdasarkan pengalaman anda menggunakan tukul selepas mempelajari kaedah memaku irama Tic-Tac

Bulatkan pada jawapan pilihan anda 1. Apakah perasaan kamu sebelum mencantum tapak rumah api?

tidak yakin kurang yakin Yakin 2. Apakah perasaan kamu semasa memegang tukul?

tidak yakin kurang yakin yakin 3. Apakah perasaan kamu semasa memaku tapak rumah api?

tidak yakin kurang yakin yakin 4. Adakah kamu tercedera semasa memaku tapak rumah api?

Ya

Tidak

Jadual 4: Contoh borang soal selidik sosiometri 5.2.3 Foto Pengkaji menggunakan foto untuk mendapatkan data berkenaan dengan hasil kerja peserta kajian. Gambar-gambar telah diambil sepanjang peserta kajian menyiapkan projek bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas hasil dapatan kajian. Gambar-gambar yang diambil juga telah digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab persoalan kajian dua. Selain itu, dengan adanya gambar-gambar projek sebelum

dan

selepas

menyiapkan

tapak

rumah

api

dengan

menggunakan kaedah irama Tic Tac, pengkaji dapat membuat perbandingan gambar sebelum dan selepas bagi mendapatkan perbezaan hasil kerja peserta kajian. 26

5.3 Analisis Data 5.3.1 Analisis data daripada senarai semak skala berkadar Data yang dikumpul dengan menggunakan borang senarai semak diterjemah ke dalam jadual dan graf bar. Daripada data-data yang dianalisis pengkaji dapat melihat perbezaan markah yang diperoleh peserta sebelum kajian dan selepas kajian dijalankan. Data-data yang dikumpul merupakan jawapan kepada soalan kajian yang pertama iaitu” Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan kualiti tapak rumah api yang dihasilkan oleh peserta kajian? “ Data sebelum dan selepas kajian diambil agar pengkaji dapat melihat dengan lebih jelas kesan penggunaan kaedah memaku irama Tic Tac tersebut berkesan ataupun tidak. Pengkaji membina satu graf bar bagi setiap pemerhatian yang terdapat di dalam borang senarai semak tersebut. Setiap graf bar telah memberikan jawapan yang sangat jelas kepada pengkaji berkenaan jawapan kepada soalan kajian. Kemudian, pengkaji telah merumuskan di akhir kajian samada penggunaan kaedah memaku Tic Tac dapat meningkatkan kualiti hasil projek tapak rumah api. Bagi peserta kajian yang pertama (M1) pengkaji memasukan

data

yang

dikutip

sebelum

dan

selepas

menggunakan kaedah irama Tic Tac dalam pemasangan tapak rumah api ke dalam bentuk jadual dan graf bar seperti berikut.

27

Pemerhatian Permukaan

Cantuman

Keadaan

Mutu/ kualiti

kayu tapak

kayu tapak

paku pada

hasil

rumah api

rumah api

permukaan

keseluruhan

kayu tapak

tapak rumah

rumah api

api

Masa

Sebelum

2

3

2

2

Selepas

5

3

3

4

Jadual 5: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 1

Peserta Kajian 1 6

Skor Markah

5

4 3 2

sebelum

1

selepas

0 Permukaan kayu

Cantuman kayu

Keadaan paku Kualiti hasil akhir

Aspek Pemerhatian *1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang

Rajah 10: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 1 Jadual 5 dan rajah 10 menunjukkan skor markah borang pemerhatian yang diberi oleh pengkaji berdasarkan hasil kerja akhir peserta kajian 1 sebelum dan selepas pengaplikasian kaedah memaku irama Tic Tac. Merujuk kepada skor dalam jadual 5 dan rajah 6 terdapat perbezaan diantara kedua-dua skor tersebut. Skor bagi keadaan permukaan kayu tapak rumah api menunjukkan peningkatan dari segi kekemasan cantuman. Sebelum menggunakan kaedah Tic Tac peserta kajian hanya mendapat skala 2 iaitu tidak memuaskan dan selepas menggunakan kaedah Tic Tac peserta mendapat skala 5 iaitu sangat baik. Dari segi cantuman kayu peserta kajian mendapat 28

skor skala 3 (sederhana) sebelum dan skala 5 (sangat baik) selepas menggunakan kaedah. Tidak berlaku sebarang perubahan pada bahagian cantuman kayu. Seterusnya melalui pemerhatian terhadap keadaan paku, sebelum menggunakan kaedah Tic Tac, peserta mendapat skor skala 2 dan selepas mendapat skala 3. Hal ini menunjukkan sedikit peningkatan terhadap kekemasan memaku pada permukaan kayu. Seterusnya, kualiti hasil projek peserta kajian menunjukkan peningkatan yang

drastik

iaitu sebelum

peserta

menggunakan kaedah Tic Tac peserta mendapat skala 2 iaitu tidak memuaskan dan selepas menggunakan Tic Tac peserta mendapat skala 4 iaitu baik. Keberkesanan kaedah ini dapat dilihat dengan lebih tepat dengan merujuk pada graf dalam gambar rajah 10. Seterusnya, peserta kajian yang kedua (M2), pengkaji memasukkan data yang dikutip sebelum dan selepas menggunakan kaedah irama Tic Tac dalam pemasangan tapak rumah api ke dalam bentuk jadual dan graf bar seperti di bawah. Pemerhatian Permukaan

Cantuman

Keadaan

Mutu/ kualiti

kayu tapak

kayu tapak

paku pada

hasil

rumah api

rumah api

permukaan

keseluruhan

kayu tapak

tapak

rumah api

rumah api

Masa

Sebelum

3

3

3

3

Selepas

5

4

4

4

Jadual 6: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 2

29

Peserta Kajian 2 6

Skor Markah

5 4 3 sebelum

2

selepas 1 0 Permukaan kayu

Cantuman kayu

Keadaan paku

Kualiti hasil akhir

Aspek Pemerhatian *1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang

Rajah 11: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 2 Jadual 6 dan rajah 11 dia atas menunjukkan skor yang diperoleh oleh peserta kajian kedua da lam aspek kekemasan projek. Peserta kedua menunjukkan peningkatan terhadap kekemasan permukaan kayu iaitu sebelum kajian peserta mendapat skala 3 dan selepas kajian peserta mendapat skala 5. Seterusnya dari segi cantuman kayu, keadaan paku dan kualiti hasil akhir projek menunjukkan peningkatan dari skala 3 iaitu sederhana kepada skala 4 yang lebih baik. Peningkatan terhadap skor markah borang pemerhatian berskala ini menunjukkan bahawa terdapat kesan

yang

positif

terhadap

kekemasan

projek

selepas

peserta

menggunakan kaedah Tic Tac semasa mencantum projek tapak rumah api.

30

Seterusnya ialah analisis terhadap skor markah borang pemerhatian terhadap peserta kajian ketiga. Skor seperti yang terdapat di dalam jadual 7 dan rajah 12. Pemerhatian Permukaan

Cantuman

Keadaan

Mutu/ kualiti

kayu tapak

kayu tapak

paku pada

hasil

rumah api

rumah api

permukaan

keseluruhan

kayu tapak

tapak rumah

rumah api

api

Masa

Sebelum

4

3

4

3

Selepas

5

5

5

5

Jadual 7: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 3

Peserta Kajian 3 6

Skor Markah

5 4 3 sebelum

2

selepas 1 0 Permukaan kayu

Cantuman kayu

Keadaan paku

Kualiti hasil akhir

Aspek Pemerhatian *1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang

Rajah 12: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 3 Jadual 7 dan rajah 12 menunjukkan sko r yang diperoleh bagi peserta kajian ketiga. Hasil dari analisis jadual dan graf bar menunjukkan peningkatan yang signifikan dari kekemasan projek sebelum dan selepas peserta kajian memaku menggunakan kaedah Tic Tac semasa mencantum tapak rumah api. Dari segi permukaan kayu peserta kajian mendapat skala 4 sebelum kajian dan mendapat skala 5 selepas kajian. Hal ini disebabkan kaedah Tic Tac yang digunakan 31

dapat membantu peserta memaku kayu dengan cantik dan kemas kerana

peserta

dapat

mengawal

tangan dengan

baik

dengan

menggunakan kaedah memaku berirama Tic Tac. Dari segi cantuman kayu pula terdapat peningkatan yang ketara iaitu dari skala sederhana (3) kepada skala sangat baik (5). Keadaan paku dan hasil akhir projek juga mengalami peningkatan daripada skala 3 sebelum kajian kepada skala 5 selepas kajian dijalankan. Peningkatan dalam skor markah yang ditunjukkan oleh peserta kajian ketiga menunjukkan bahawa kaedah memaku

irama

Tic

Tac

memberikan

penambahbaikan

kepada

kekemasan hasil kerja peserta kajian. Seterusnya, peserta kajian yang keempat (M4) pengkaji memasukkan data yang dikutip sebelum dan selepas menggunakan kaedah irama Tic Tac dalam pemasangan tapak rumah api ke dalam bentuk jadual dan graf bar. Pemerhatian

Permukaan

Cantuman

Keadaan

Mutu/

kayu tapak

kayu tapak

paku pada

kualiti hasil

rumah api

rumah api

permukaan

keseluruha

kayu tapak

n tapak

rumah api

rumah api

Masa Sebelum

3

3

2

3

Selepas

5

5

4

4

Jadual 8: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 4

32

Peserta Kajian 4 6

Skor Markah

5 4 3 2

sebelum

1

selepas

0

Permukaan kayu

Cantuman kayu Keadaan paku

Kualiti hasil akhir

Aspek Pemerhatian *1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang

Rajah 13: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 4 Jadual 8 dan rajah 13 menunjukkan skor markah borang pemerhatian yang diberi oleh pengkaji berdasarkan hasil kerja akhir peserta kajian 4 sebelum dan selepas pengaplikasian kaedah memaku irama Tic Tac. Merujuk kepada skor dalam jadual 8 dan rajah 13 terdapat perbezaan diantara kedua-dua skor tersebut. Skor bagi keadaan permukaan kayu tapak rumah api menunjukkan peningkatan. Dari segi kekemasan permukaan kayu, sebelum kajian peserta hanya mendapat skala 3 iaitu sederhana dan selepas menggunakan kaedah Tic Tac peserta mendapat skala 5 iaitu sangat baik. Dari segi cantuman kayu sebelum kajian peserta mendapat skor skala 3 dan skala 5 (sangat baik) selepas kajian. Keadaan paku pula menunjukkan skala 2 sebelum kajian dijalankan dan selepas kajian dijalankan skor meningkat kepada skala 4. Manakala, hasil akhir menunjukkan peningkatan dari skala 3 kepada skala 5. Peningkatan yang dapat dilihat pada rajah graf bar 13 menunjukkan peserta kajian dapat memperbaiki mutu hasil kerja projek selepas menggunakan kaedah Tic Tac semasa mencantum tapak projek rumah api.

33

Seterusnya, data peserta kajian kelima (M5) yang dikutip daripada borang pemerhatian diterjemahkan kedalam bentuk jadual dan graf bar seperti yang ditunjukkan di bawah. Pemerhatian Permukaan

Cantuman

Keadaan

Mutu/ kualiti

kayu tapak

kayu tapak

paku pada

hasil

rumah api

rumah api

permukaan

keseluruhan

kayu tapak

tapak rumah

rumah api

api

Masa

Sebelum

2

3

2

2

Selepas

5

4

4

4

Jadual 9: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 5

Peserta Kajian 5 6

Skor Markah

5 4 3 sebelum

2

selepas

1 0 Permukaan kayu

Cantuman kayu Keadaan paku

Kualiti hasil akhir

Aspek Pemerhatian *1-Sangat Tidak Memauskan 2- Tidak Memuaskan 3- Sedehana 4-Cemerlang 5- Sangat Cemerlang

Rajah 14: Skor markah borang pemerhatian peserta kajian 5 Analisis jadual 9 dan rajah 14 menunjukkan perubahan yang ketara terhadap skor markah pada borang pemerhatian. Sebelum kajian dijalankan peserta kajian ini memperoleh markah skala yang sangat rendah iaitu pada tahap tidak memuaskan. Hal ini menunjukkan bahawa peserta ini tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan tukul dengan betul semasa mencantum kayu projek. Dari segi permukaan kayu sebelum kajian peserta hanya mendapat skor pada skala 2. Namun, selepas didedahkan dengan 34

kaedah memaku berirama Tic Tac peserta mendapat skor pada skala 5 iaitu satu perubahan yang sangat baik dan positif. Seterusnya, dari cantuman kayu menunjukkan skala 3 sebelum kajian dijalankan dan meningkat kepada skala 5 selepas kajian. Cantuman kayu yang dilakukan oleh peserta sangat baik dan kemas. Dari segi keadaan paku dan kualiti hasil akhir menunjukkan peningkatan dari skor skala 2 iaitu tidak memuaskan kepada baik iaitu skala 4. Perubahan yang positif terhadap skor markah yang ditunjukan oleh peserta kajian kelima ini menunjukkan bahawa kaedah irama Tic Tac sememangnya dapat membantu memperbaiki kualiti hasil kerja peserta kajian kepada yang tahap yang lebih baik Hasil daripada analisis borang pemerhatian terhadap 5 orang peserta kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa terdapat peningkatan yang positif terhadap skor markah yang mereka peroleh daripada borang pemerhatian yang ditanda oleh pengkaji dan dibantu oleh guru Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah tersebut. Kekemasan projek yang dihasilkan oleh peserta kajian selepas menggunakan kaedah memaku berirama Tic Tac lebih baik dari sebelum kajian 5.3.2 Analisis data daripada borang soal selidik Data yang dikumpul daripada borang soal selidik sosiometri ini telah menjawab 2 soalan kajian yang pengkaji utarakan iaitu soalan kajian kedua “Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan keyakinan peserta kajian semasa menggunakan tukul?” dan soalan kajian ketiga “Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat mengelakkan kecederaan pada jari peserta kajian semasa mencantum tapak rumah api?”. Data-data yang diperoleh diterjemahkan ke dalam bentuk carta pai. Pengkaji menggunakan carta pai kerana pengkaji dapat menilai dengan lebih jelas

35

berkenaan peratusan keyakinan peserta kajian memaku tapak rumah api sebelum dan selepas menggunakan kaedah irama Tic Tac. Penggunaan kaedah memaku irama Tic Tac memberikan kesan dan jawapan yang positif terhadap persoalan pengkaji sekiranya sebelum menggunakan kaedah peratusan menunjukkan keyakinan yang rendah, kemudian peratusan meningkat selepas kajian dijalankan. Jadual 10 di bawah menunjukkan analisis soalan 1 bagi borang soal selidik sosisometri yang dijalankan terhadap 5 orang peserta kajian selepas mereka menyiapkan tapak rumah api. Soalan 1: Apakah perasaan kamu sebelum mencantum tapak rumah api? Perasaan

Tidak yakin

Kurang yakin

Sebelum

80%

20%

Yakin

Selepas

100%

Jadual 10: Peratusan peserta kajian yang menjawab soalan 1 soal selidik sosiometri sebelum dan selepas penggunaan kaedah memaku irama Tic Tac

Sebelum Kajian Tidak Yakin

Kurang Yakin

Selepas Kajian Yakin

0%

Tidak Yakin

Kurang Yakin

Yakin

0%

0%

20% 80%

100%

Rajah 15: Perbandingan peratusan keyakinan peserta kajian sebelum mencantum tapak rumah api sebelum dan selepas menggunakan kaedah irama Tic Tac Jadual 10 dan rajah 15 menunjukkan perbandingan tahap keyakinan peserta kajian sebelum mencantum tapak rumah api. Sebelum kajian

36

dijalankan 80% peserta kajian tidak yakin untuk mencantum taak rumah api. Manakala, 20% peserta kajian kurang yakin untuk mencantum tapak rumah api. Hal ini disebabkan oleh peserta kajian tidak yakin terhadap kemahiran yang mereka ada untuk mencantum tapak rumah api. Namun, selepas peserta kajian mempelajari kaedah memaku irama Tic Tac keyakinan peserta kajian meningkat secara drastik iaitu 100% peserta kajian yakin untuk mencantum tapak rumah api. Hal ini disebabkan oleh peserta kajian yang mempunyai kemahiran memaku yang baik untuk mencantum tapak rumah api

37

Soalan 2: Apakah perasaan kamu semasa memegang tukul? Perasaan

Tidak yakin

Kurang yakin

Sebelum

60%

40%

Yakin

Selepas

100%

Jadual 11: Peratusan peserta kajian yang menjawab soalan 2 soal selidik sosiometri sebelum dan selepas penggunaan kaedah memaku irama Tic Tac

Sebelum Kajian Tidak Yakin

Kurang Yakin

Selepas Kajian

Yakin

Tidak Yakin

Kurang Yakin

0%

0%

Yakin

0%

40% 60% 100%

Rajah 16: Perbandingan peratusan keyakinan peserta kajian semasa memegang tukul sebelum dan selepas menggunakan kaedah irama Tic Tac Jadual 11 dan rajah 16 menunjukkan perbandingan tahap keyakinan peserta kajian semasa memegang tukul. Merujuk kepada carta pai di atas, dapat dilihat terdapat peningkatan dari segi keyakinan peserta kajian memegang tukul sebelum dan selepas peserta kajian mempelajari kaedah memaku irama Tic Tac. Sebelum mempelajari kaedah Tic Tac 60% peserta kajian tidak yakin dan 40% kurang yakin untuk menggunakan tukul untuk mencantum

tapak

rumah

api.

Seterusnya,

selepas

peserta kajian

mempelajari memaku kaedah Tic Tac keyakinan peserta kajian meningkat untuk memegang tukul. 100% Peserta kajian yakin dan tidak lagi takut untuk menggunakan tukul kerana kemahiran yang diterapkan dalam diri mereka menambah keyakinan mereka untuk mencantum tapak rumah api. Data

38

kajian ini menunjukkan bahawa kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan keyakinan peserta kajian untuk mencantum tapak rumah api. Seterusnya, data yang diperoleh daripada borang sosiometri bagi soalan ketiga diterjemahkan kedalam jadual dan carta pai seperti yang dinyatakan di bawah. Soalan 3: Apakah perasaan kamu semasa memaku tapak rumah api? Perasaan

Tidak yakin

Kurang yakin

Sebelum

40%

60%

Yakin

Selepas

100%

Jadual 12: Peratusan peserta kajian yang menjawab soalan 3 soal selidik sosiometri sebelum dan selepas penggunaan kaedah memaku irama Tic Tac

Sebelum Kajian Tidak Yakin

Kurang Yakin

Selepas Kajian Yakin

0%

Tidak Yakin

Kurang Yakin

0%

Yakin

0%

40% 60% 100%

Rajah 17: Perbandingan peratusan keyakinan peserta kajian semasa memaku tapak rumah api sebelum dan selepas menggunakan kaedah irama Tic Tac Jadual 12 dan rajah 17 menunjukkan perbandingan tahap keyakinan peserta kajian semasa memaku tapak rumah api. Merujuk kepada carta pai di atas, dapat dilihat ada peningkatan dari segi keyakinan memaku tapak rumah api sebelum dan selepas peserta kajian mempelajari kaedah memaku irama Tic Tac. Sebelum mempelajari kaedah Tic Tac 40% peserta

39

kajian tidak yakin untuk memaku tapak rumah api. Seterusnya, selepas peserta kajian mempelajari kaedah memaku irama Tic Tac keyakinan peserta kajian meningkat kepada 100% peserta kajian yakin untuk mencantum tapak rumah api. Data kajian ini menunjukkan bahawa kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan keyakinan peserta kajian untuk mencantum tapak rumah api. Seterusnya jadual dan rajah dibawah telah menunjukkan perbezaan jumlah peserta kajian yang mengalami kecederaan sebelum dan selepas mempelajari Irama Tic Tac. Soalan 4: Adakah kamu tercedera semasa memaku tapak rumah api? Kecederaan

YA

TIDAK

Sebelum

60%

40%

Selepas

100%

Jadual 13: Peratusan peserta kajian yang mengalami kecederaan semasa memaku tapak rumah api

Sebelum Kajian Ya

Selepas Kajian

Tidak

Ya

Tidak

0% 40% 60% 100%

Rajah 18: Perbandingan peratusan kecederaan peserta kajian sebelum dan selepas peserta menggunakan kaedah memaku irama Tic Tac Merujuk kepada jadual 13 dan rajah 18, sebanyak 60% peserta kajian mengalami kecederaan semasa memaku kayu projek. Hal ini

40

disebabkan oleh peserta kajian tidak mempunyai kemahiran yang betul menggunakan penukul untuk mencantum tapak rumah api. Namun, selepas peserta kajian mempelajari kaedah memaku irama Tic Tac, tiada lagi kecederaan yang berlaku terhadap diri peserta kajian seperti tertukul jari sendiri. Keyakinan diri yang tinggi sepanjang proses mencantum tapak rumah api menjadi penyumbang utama kepada senario ini kerana peserta kajian tidak lagi teragak-agak untuk memaku seperti sebelum mereka mempelajari kaedah Tic Tac ini. Hasil yang diperoleh ini menunjukkan satu keputusan yang positif iaitu kaedah memaku irama Tic Tac sangat membantu peserta kajian untuk menggelak kecederaan semasa mencantum tapak rumah api. 5.3.3 Analisis data daripada foto Foto merupakan salah satu sumber yang pengkaji gunakan untuk mengutip data mengenai keberkesanan kaedah Irama Tic Tac dalam meningkatkan kekemasan, keyakinan dan menggelakkan kecederaan pada diri peserta kajian semasa mencantum tapak rumah api. Foto atau gambar yang diambil merupakan gambar tapak rumah api yang pengkaji siap iaitu sebelum dan selepas penggunaan kaedah Tic Tac. Gambar-gambar tersebut dibandingbezakan bagi melihat perbezaan tapak rumah api yang sebelum dan selepas menggunakan kaedah Tic Tac. Antara aspek yang dilihat dari gambar tersebut ialah aspek I. Kekemasan cantuman kayu II. Keadaan paku III. Permukaan kayu Setiap aspek ini memberikan data tentang keberkesanan kaedah yang digunakan dalam memperbaiki hasil kerja peserta kajian. 41

Gambar di bawah merupakan perbandingan hasil kerja para peserta sebelum dan selepas kaedah Tic Tac digunakan dalam menghasilkan tapak rumah api.

A B Sebelum Selepas Rajah 19: Kekemasan cantuman kayu sebelum dan selepas menggunakan kaedah memaku irama Tic Tac Rajah 19 menunjukkan perbezaan tapak rumah api yang dihasilkan oleh peserta kajian. Sebelum peserta kajian diberi pendedahan kepada teknik memaku kaedah berirama Tic Tac, cantuman antara kayu tidak kemas. Terdapat ruang antara cantuman kayu yang tidak bercantum disebabkan cara pemakuan yang salah. Selain itu, terdapat juga permukaan kayu yang pecah akibat daripada paku yang tidak dipaku masuk ke dalam kayu dengan betul. Kemudian, selepas peserta kajian diberi pendedahan dengan satu kaedah memaku yang mudah dan senang, para peserta berjaya menghasilkan satu set tapak rumah api yang cantik dan kemas. Cantuman kayu rapat dan kemas serta tidak meninggalkan ruang antara kayu. Kayu juga tidak mengalami kerosakan akibat dari cara pemakuan yang salah.

42

A B Sebelum Selepas Rajah 20: Keadaan paku pada permukaan kayu sebelum dan selepas menggunakan kaedah memaku irama Tic Tac Seterusnya, rajah 20 menunjukkan perbezaan keadaan rupa bentuk paku pada permukaan kayu. Perhatikan pada gambar sebelum, terdapat paku yang kelihatan bengkok pada permukaan atas tapak rumah api. Hal ini terjadi kerana paku tersebut bengkok sebelum sempat habis dipaku masuk ke dalam kayu. Paku tersebut bengkok kerana peserta kajian memukul paku tersebut dengan kuat dan tidak tepat. Selain itu, jika dilihat pada sebelah sisi kiri gambar A terdapat paku yang terkeluar dari permukaan kayu. Hal ini mengakibatkan kayu tersebut pecah dan permukaan kayu menjadi rosak dan tidak kemas. Lihat pula pada gambar B, tiada paku yang bengkok pada permukaan kayu selepas peserta menggunakan kaedah memaku irama Tic Tac. Semua paku dipaku masuk dengan baik kedalam kayu. Hasilnya, satu tapak rumah api yang kemas dan cantik dihasilkan oleh peserta kajian.

43

A B Sebelum Selepas Rajah 21: Keadaan permukaan kayu sebelum dan selepas menggunakan kaedah memaku irama Tic Tac Rajah 21 menunjukkan dua set tapak rumah api yang dihasilkan oleh peserta kajian. Gambar A menunjukkan keadaan permukaan kayu yang rosak akibat daripada cara pemakuan yang tidak begitu baik. Jika dilihat pada kayu bahagian sisi hadapan terdapat tiga batang paku yang terkeluar daripada permukaan sisi kayu. Paku-paku yang terkeluar tersebut memecahkan permukaan kayu sehingga merosakkan kayu projek. Namun, setelah mereka diberi pendedahan dengan kaedah memaku irama Tic Tac mereka menunjukkan perubahan yang ketara dalam aspek memaku. Para peserta kajian memaku dengan lebih baik dan tepat. Hasilnya seperti dalam gambar B iaitu tiada lagi kerosakkan pada permukaan kayu yang berpunca daripada paku yang terkeluar. Kesimpulannya, kaedah memaku irama Tic Tac memberi penambahbaikkan pada kemahiran memaku peserta kajian. Pada awalnya kemahiran yang mereka tunjukkan tidak begitu baik dan banyak merosakkan projek mereka sendiri. Para peserta juga kelihatan tidak begitu yakin semasa memegang tukul kerana apabila disoal mereka mengatakan bahawa mereka takut tertukul jari sendiri. Lebih teruk lagi memang terdapat tiga orang peserta kajian cedera di jari 44

akibat tertukul semasa memaku kayu projek mereka. Selepas para peserta didedahkan dan diberi tunjuk ajar dengan kaedah memaku irama Tic Tac mereka kelihatan lebih yakin dan bagus semasa mencantum tapak rumah api. Hasil yang ditunjukkan juga sangat memuaskan. 5.4 Cara Menyemak Data Data yang dikumpul disemak dengan menggunakan triangulasi data. Triangulasi

ialah

satu

proses

menggunakan

pelbagai

teknik

pengumpulan data dan dilakukan untuk meningkatkan kesahan data. Triangulasi

juga

dikenali

sebagai

“pemeriksaan

silang”

(cross

examination) atau “kesahan silang”. Menurut Fatimah dan Lim (2010), maklumat yang didapati dari satu sumber boleh disahkan dengan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber lain. Triangulasi adalah sebahagian daripada pengumpulan data yang bersilang sama ada menggunakan dua atau lebih kaedah pengumpulan data atau punca sumber data (Wiersma, 2000). Proses triangulasi boleh dilakukan berasaskan kepada 3 pendekatan iaitu: I.

Pengalaman

II.

Persoalan

III.

Peperiksaan Dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapatkan

data dengan menggunakan ketiga-tiga pendekatan tersebut. Pengkaji menggunakan instrumen borang soal selidik bagi mendapatkan data melalui pendekatan pengalaman. Pendekatan persoalan pula pengkaji telah mendapatkan data-data melalui pemerhatian dengan bantuan borang senarai semak berskala kadar. Borang tersebut menilai hasil 45

kerja peserta kajian. Kemudian, pendekatan peperiksaan pengkaji menggunakan

gambar

atau

foto

projek

peserta

kajian

bagi

mendapatkan data.

Pemerhatian

Soal selidik

Foto

Rajah 22: Proses triangulasi data

Berdasarkan kaedah pengutipan data pada rajah 22, pengkaji memilih triangulasi metadologi (kaedah). Kesahan data yang tinggi boleh diperoleh berdasarkan data- data yang diperoleh daripada kajian ini. Data-data yang dianalisis telah membuktikan bahawa kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan kekemasan projek, keyakinan peserta semasa memaku dan menggelakkan kecederaan pada diri peserta. Bagi menambah lagi kesahan bagi data-data ini pengkaji telah membuat semakan melalui triangulasi terhadap data-data yang dikutip bagi meningkatkan lagi kesahan data tersebut. Data

pemerhatian

daripada

borang

senarai

semak

menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi kekemasan projek yang dihasilkan oleh peserta kajian apabila skor skala borang senarai semak meningkat. Peserta kajian berjaya menghasilkan tapak rumah api yang kemas dan cantik berbanding dengan sebelum kajian. Bukti ini dikukuhkan lagi dengan foto-foto yang telah diambil iaitu terdapat

46

perbezaan yang ketara antara foto tapak rumah api sebelum kajian dan foto selepas kajian. Perkara ini dapat dikait rapat dengan faktor keyakinan peserta kajian semasa proses mencantum. Sebelum kajian dijalankan para peserta tidak yakin dengan diri mereka untuk mencantum projek kerana mereka menggangap bahawa proses memaku satu proses yang membahayakan diri para peserta. Hal ini disebabkan oleh beberapa peserta kajian yang cedera pada jari akibat tertukul jari sendiri. Akibat daripada peristiwa tersebut para peserta kajian menjadi tidak yakin untuk memegang tukul dan mencantum tapak rumah api. Hasilnya, para peserta mencantum projek mereka dengan tidak bersungguh-sungguh iaitu “asal siap”. Masalah keyakinan ini dibuktikan apabila pengkaji memberi set soalan soal selidik kepada peserta kajian dan ternyata hampir 80% peserta kajian menjawab tidak yakin pada soalan mengenai perasaan mereka sebelum mencantum tapak rumah api. Tambahan pula, 60% tidak yakin dan 40% kurang yakin untuk memegang tukul. Seterusnya, pengkaji yakin bahawa kaedah memaku irama Tic Tac banyak membantu meningkatkan keyakinan peserta memegang tukul semasa proses memaku tapak rumah api. Hal ini dapat dibuktikan melalui soal selidik yang diberikan kepada peserta kajian. 100% peserta kajian yakin dengan diri mereka semasa memegang tukul sepanjang proses memaku dan mencantum tapak rumah api. Selain itu, 100% peserta kajian mempunyai perasaan yang yakin semasa mencantum tapak rumah api. Bukti ini dikukuhkan lagi dengan peningkatan skor markah peserta kajian dalam borang senarai semak berskala kadar. Keyakinan yang tinggi dalam diri peserta membuatkan hasil projek bertambah baik. Semua peserta mendapat skor skala 3 iaitu sederhana

47

hingga skala 5 iaitu sangat baik. Tiada lagi peserta yang mendapat skala 1 dan 2. Tambahan pula, kesahan data ini ditingkatkan lagi dengan perbandingan foto-foto hasil kerja peserta sebelum kajian dan selepas kajian. Hasil yang kemas dan cantik ditunjukkan oleh setiap peserta kajian. Hasil analisis data menunjukkan bahawa tiada peserta kajian yang tercedera sepanjang proses kajian dijalankan. Perkara ini disahkan melalui borang soal selidik apabila 100% peserta kajian menanda tidak pada soalan 4. Selain itu, hal ini dikukuhkan lagi dengan pemantauan pengkaji sepanjang peserta kajian menyiapkan projek. Tiada aduan kecederaan daripada pihak peserta sepanjang kajian dijalankan. Tambahan pula, peserta berjaya menyiapkan projek tepat pada masanya. Ini membuktikan tiada masalah yang berlaku sepanjang peserta menyiapkan tapak rumah api. Kesimpulannya, hasil daripada proses triangulasi data, datadata yang dikumpul dan dianalisis mempunyai kesahan yang tinggi. Oleh itu, kebolehpercayaan terhadap data-data yang dikumpul boleh dipercayai dan boleh digunakan sebagai rujukan untuk kajian masa akan datang

48

BAB 6 6.0 DAPATAN KAJIAN Hasil daripada keputusan analisis data kajian ini menunjukkan bahawa kajian tindakan ini berjaya mencapai dan menjawab soalan kajian yang dinyatakan. Penyelidik akan menggunakan persoalan kajian bagi membincangkan dapat kajian ini. 6.1 Persoalan 1 Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan kekemasan cantuman tapak rumah api yang dihasilkan oleh murid? 12345Murid

Sangat tidak memuaskan Tidak memuaskan Sederhana Baik Sangat baik Pemerhatian

Masa

Permuka an kayu tapak rumah api

Cantuma n kayu tapak rumah api

Keadaan paku pada permukaa n kayu tapak rumah api

Mutu/ kualiti hasil keseluruhan tapak rumah api

M1

Sebelum

2

3

2

2

M2

Selepas Sebelum

5 3

3 3

3 3

4 3

M3

Selepas Sebelum

5 4

4 3

4 4

4 3

M4

Selepas Sebelum

5 3

5 3

5 2

5 3

M5

Selepas Sebelum

5 2

5 3

4 2

4 2

5 4 4 4 Selepas Jadual 14: Skor markah borang senarai semak hasil kerja peserta kajian Berdasarkan

persoalan

kajian

di

atas,

pengkaji

telah

melaksanakan satu kajian di sebuah sekolah bagi membuktikan

49

persoalan yang timbul. Seramai lima orang peserta kajian telah dipilih daripada kalangan murid tahun 4 untuk menyertai kajian ini. Sebelum kajian dijalankan peserta kajian telah menghasilkan satu projek rumah api seperti yang diperuntukkan dalam dokumen standard kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi tahun 4. Namun, projek yang dihasilkan oleh murid tidak mencapai satu standard yang ditetapkan oleh guru. Projek yang dihasilkan oleh murid tidak kemas dan mempunyai kerosakkan teruk pada permukaan kayu. Disebabkan masalah yang berlaku, pengkaji membuat tinjauan tentang mengapakah masalah ini terjadi. Hasil dari tinjauan tersebut pengkaji medapati masalah ini berpunca dari kemahiran mencantum yang lemah. Masalah kemahiran yang lemah dalam diri peserta kajian berpunca dari keupayaan peserta yang berbeza-beza. Oleh itu, sebagai penyelesaian kepada masalah ini pengkaji telah mereka satu kaedah bagi meningkatkan kemahiran mencantum dalam diri peserta kajian. Kaedah tersebut ialah kaedah memaku berirama Tic Tac. Pengkaji menguji kaedah ini pada peserta kajian bagi menilai keberkesanan kaedah yang direka. Merujuk kepada jurnal kajian yang dijalankan di sebuah sekolah di daerah Segamat Johor, kemahiran mengendalikan alatan tangan amat penting bagi mendapatkan hasil kerja yang berkualiti tinggi. Merujuk kepada jadual 14, sebelum kajian dijalankan skor markah yang diperoleh oleh peserta kajian amat rendah sehinggakan ada antara peserta kajian tidak mendapat markah melepasi paras sederhana iaitu pada skala 3. Namun, selepas pengkaji mendedahkan dengan kaedah memaku irama Tic Tac terdapat perubahan yang ketara terhadap skor markah peserta kajian. Tiada lagi peserta yang mendapat skor bawah paras sederhana. Skor minimum yang diperoleh ialah sederhana dan

50

yang lebih cemerlang mendapat skor sangat baik dalam menghasilkan tapak rumah api. Tambahan pula, selepas pengkaji membuat perbandingan dari foto tapak rumah sebelum kajian dan selepas kajian sememangnya terdapat perbezaan yang ketara dari segi kekemasan projek. Projek yang dihasilkan sebelum kajian mempunyai banyak kecacatan dari segi rupa bentuk dan kekemasan tapak rumah api. Maka dengan dapatan kajian yang diperoleh jelas bahawa kaedah memaku irama Tic Tac Berjaya menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif kajian yang pertama. 6.2 Persoalan 2 Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat meningkatkan keyakinan murid semasa menggunakan tukul? Sebelum kajian ini dijalankan peserta kajian telah membina sebuah rumah api bagi matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dalam tajuk penghasilan projek. Projek yang dihasilkan adalah hasil dari usaha peserta kajian dengan bimbingan guru. Walau bagaimanapun, projek yang dihasilkan oleh murid tidak berjaya memuaskan hati pengkaji kerana banyak kecacatan yang berlaku pada projek tersebut. Tambahan pula, pengkaji menggangap projek yang dihasilkan oleh peserta kajian boleh ditambahbaik. Pengkaji juga dapat mengenalpasti punca utama masalah yang menyebabkan projek yang dihasilkan oleh peserta kajian tidak mencapai satu standard yang boleh dibanggakan. Antara punca yang berjaya dikenalpasti ialah peserta kajian tidak mempunyai keyakinan semasa mencantum tapak rumah api. masalah ini dikukuhkan lagi dengan soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji terhadap peserta kajian.

51

Soalan

Masa

1. Apakah perasaan Sebelum kamu

Tidak

Kurang

Yakin

Yakin

80%

20%

Yakin

sebelum

mencantum tapak

100%

Selepas

rumah api? 2. Apakah perasaan Sebelum kamu

semasa

60%

40% 100%

Selepas

memegang tukul? 3. Apakah perasaan Sebelum kamu

semasa

memaku

40%

60% 100%

Selepas

tapak

rumah api? 4. Adakah

kamu

tercedera semasa memaku rumah api?

tapak

Sebelum Selepas

YA

TIDAK

60%

40% 100%

Jadual 15: Peratusan data borang soal selidik sosiometri Merujuk kepada jadual 15 soalan 1, 80% peserta kajian tidak yakin untuk mencantum tapak rumah api dan 20% kurang yakin. Manakala, bagi soalan 2, 60% peserta tidak yakin dan 40% kurang yakin untuk memegang tukul. Hal ini membawa kepada perasaan tidak yakin semasa memaku tapak rumah api di mana 40% tidak yakin dan 60% kurang yakin dalam diri peserta. Hal ini disebabkan oleh perasaan takut yang dihadapi oleh peserta kajian. Perasaan takut ini muncul selepas 60% peserta cedera semasa mencantum tapak rumah api. Keyakinan yang rendah dalam diri murid menyebabkan projek yang dihasilkan oleh peserta kajian tidak memuaskan hati pengkaji. Oleh itu, pengkaji telah mereka satu kaedah memaku yang boleh meningkatkan keyakinan murid sepanjang menghasilkan projek. 52

Pengkaji yakin kaedah memaku Irama Tic Tac dapat meningkatkan keyakinan

peserta

dan

seterusnya

dapat

membantu

peserta

menghasilkan projek yang berkualiti. Setelah kajian dijalankan, pengkaji memperoleh

hasil

seperti

yang

diharapkan

iaitu

terdapat

penambahbaikan terhadap kualiti projek. Seterusnya, pengkaji telah memberikan semula borang soal selidik bagi menilai sama ada keyakinan peserta betul-betul meningkat ataupun tidak selepas menggunakan kaedah memaku berirama Tic Tac. Dapatan yang diperoleh

daripada

soal

selidik

menunjukkan

keyakinan

murid

meningkat mendadak selepas kajian dijalankan. 100% peserta kajian menjadi lebih yakin sepanjang kajian dijalankan. Tiada lagi masalah kekurangan keyakinan dalam diri peserta kajian. Tambahan pula, kecederaan yang dialami oleh peserta juga dapat dielakkan apabila tiada peserta kajian yang cedera semasa menyiapkan projek tapak rumah api. Hasil dapatan ini membuktikan bahawa kaedah memaku irama Tic Tac yang diutarakan oleh pengkaji dapat meningkatkan keyakinan murid dalam menyiapkan projek tersebut. Faktor keyakinan ini menyumbang kepada penghasilan projek yang kemas dan cantik. Perasaan tidak yakin yang membuatkan projek rosak dan tidak kemas tidak lagi membelenggu peserta kajian kerana peserta kajian sudah tidak khuatir dengan keadaan bahaya semasa memaku kayu projek. Hal ini disebabkan oleh tahap kemahiran mengendalikan alatan yang tinggi dalam diri peserta kajian. Dapatan kajian yang positif ini telah berjaya mencapai objektif kajian yang kedua dan menjawab persoalan kajian.

53

6.3 Persoalan 3 Adakah kaedah memaku irama Tic Tac dapat mengelakkan kecederaan pada jari murid semasa mencantum tapak rumah api? Penggunaan alatan bertukang seperti tukul dan paku tanpa kemahiran yang betul sememangnya boleh mendatangkan bahaya pada diri si pengguna. Sebelum kajian ini dijalankan, peserta kajian telah menghasilkan satu projek Reka Bentuk dan Teknologi dalam tajuk penghasilan projek. Peserta kajian dikehendaki untuk membina rumah api. Sepanjang peserta kajian menyiapkan projek tersebut 60% daripada mereka mengalami kecederaan pada jari mereka akibat daripada tertukul jari sendiri. Kecederaan yang dialami mengakibatkan peserta kajian hilang keyakinan untuk menggunakan alatan-alatan tangan yang boleh mendatangkan bahaya pada diri mereka.

Adakah kamu tercedera semasa memaku tapak rumah api?

Sebelum Selepas

YA

TIDAK

60%

40% 100%

Jadual 16: Peratusan murid yang mengalami kecederaan semasa memaku tapak rumah api Merujuk kepada jadual 16, selepas pengkaji mendedahkan murid dengan satu kaedah baharu tentang penggunaan tukul iaitu memaku berirama Tic Tac, tiada lagi kecederaan yang dialami oleh peserta kajian. Peserta kajian lebih berhati-hati dan mahir dalam menggunakan tukul. Kemahiran yang tinggi dalam diri peserta dapat menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini berbanding

54

dengan sebelum kajian di mana peserta masih belum mahir untuk menggunakan tukul perlu menyiapkan tugasan yang diberi. Kesimpulannya, kaedah memaku irama Tic Tac dapat menggelakkan berlakunya kecederaan pada diri pengguna. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa objektif ketiga dalam kajian ini dapat dicapai dan berjaya membantu peserta kajian. Persoalan yang timbul berjaya dirungkai dan diselesaikan dengan jawapan yang positif.

55

BAB 7 7.0 REFLEKSI Kajian ini merupakan satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia sebagai memenuhi syarat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Kajian ini mengambil masa

selama hampir 12 minggu iaitu sepanjang melaksanakan praktikum dan internship di sekolah. Pengkaji menjalankan kajian ini di sebuah sekolah di daerah Sepang, Selangor. Pengkaji menggunakan 5 orang peserta kajian daripada murid tahun 4. Sebelum kajian ini dijalankan pengkaji telah membuat banyak rujukan daripada kajian-kajian bekas penuntut Institut Pendidikan Guru Teknik di perpustakaan kampus. Sebelum kajian dijalankan pengkaji telah menyediakan satu kertas cadangan kajian tindakan kepada pensyarah matapelajaran Penyelidikan Tindakan. Kertas cadangan tersebut menerangkan butir-butir berkenaan kajian yang perlu dijalankan oleh pengkaji. Di dalam kertas cadangan itu juga, pengkaji telah mencungkil satu masalah yang dihadapi oleh para pelajar di sekolah sepanjang pengalaman pengkaji mengajar matapelajara Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah-sekolah tempat berpraktikum. Masalah

yang

ketara

yang

dihadapi

oleh

pengkaji

ialah

semasa

melaksanakan amali pemasangan Rumah Api dalam tajuk Penghasilan Projek tahun 4. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran tajuk ini pengkaji mendapati murid-murid tidak dapat menggunakan alatan tukul dengan betul walaupun pengkaji telah memberi tunjuk cara meggunakan tukul dengan gaya ketukan yang biasa. Menurut Nordin Hassan (1991), guru Kemahiran Hidup perlu dilengkapkan dengan kemahiran tertentu di semua bidang supaya dapat mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran

56

dengan lebih cekap dan berkesan khususnya ketika proses pengajaran yang melibatkan kerja amali. Disebabkan masalah yang timbul ini, terdetik dalam pemikiran pengkaji untuk mereka bentuk satu cara atau gaya ketukan yang mudah dan dapat memerbaiki kemahiran memaku dalam diri murid. Tambahan pula, sebagai seorang guru, pengkaji sememangnya perlu mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan kerana menurut Atan Long (1980), guru dianggap sebagai individu yang mengetahui segala-galanya dan pelajar sebagai individu yang tidak mengetahui apa-apa Seterusnya, setelah pengkaji mereka bentuk satu kaedah memaku, iaitu kaedah memaku irama Tic Tac, pengkaji menguji kaedah tersebut pada peserta kajian yang telah dipilih untuk menjalankan kajian ini. Pengkaji memilih peserta kajian dengan pelbagai tahap pencapaian bagi melihat kesan implimentasi kaedah terhadap murid berlainan tahap pencapaian akademik. Kemudian, setelah pengkaji memilih peserta kajian yang sesuai dengan kajian, pengkaji mengatur perancangan untuk menjalankan kajian. Perancangan sangat penting bagi memastikan kajian yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tidak tersasar daripada objektif kajian yang telah ditetapkan. Menurut Daft (1997), perancangan merupakan satu proses penetapan objektif dan menentukan apakah yang mesti dilakukan untuk mencapai objektif tersebut. Semasa mengatur perancangan pengkaji telah mempelajari beberapa model penyelidikan tindakan bagi membantu merancang kajian ini. Pengkaji telah memilih model yang diutarakan oleh Kurt

Lewin.

Model ini menggunakan kaedah gelung

asas proses

penyelidikan tindakan. Pengkaji dapat merasakan kajian ini lebih teratur dan berada di landasan yang betul selepas menggunakan model penyelidikan Kurt Lewin. 57

Sepanjang proses pengutipan data, pengkaji dapat memerhatikan tingkah laku yang ditunjukan oleh peserta kajian. Mereka kelihatan sangat seronok apabila mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aspek pertukangan. Perbezaan ini dapat dilihat dengan ketara, sebelum kajian dijalankan murid kelihatan tidak berminat untuk terus menyiapkan projek kerana masalah kurang keyakinan dan kecederaan yang dihadapi oleh para peserta. Selain itu, pengkaji juga dapat mempelajari kaedah baru untuk menunjuk demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya, murid-murid akan bergerak ke hadapan kelas untuk melihat demonstrasi guru, tetapi kali ini pengkaji menggunakan video di mana peserta kajian tidak perlu bergerak ke tempat guru. Penggunaan video dalam pengajaran juga dapat membantu peserta kajian memahami dengan lebih mendalam perkara yang ingin disampaikan oleh pengkaji. Ropp (1999), mendapati bahan pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran. Tambahan pula, hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah kawalan semasa menjalankan kajian. Pengkaji juga dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri pengkaji semasa menyiapkan kajian tindakan ini. Masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan kelengkapan bengkel Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah kajian. Kekurangan kelengkapan menyebabkan berlaku kekangan dalam melaksanakan projek mencantum tapak rumah api.

Selain itu,

keperluan internet juga menjadi satu masalah kerana pengkaji juga banyak melakukan rujukan-rujukan melalui internet berkenaan perlaksanaan kajian. Masalah juga timbul apabila peserta kajian tidak hadir ke sekolah. Kajian terpaksa ditangguh sekiranya peserta kajian tidak hadir ke sekolah kerana

58

kutipan data memerlukan peserta kajian untuk mengambil bahagian dalam kajian secara 100%. Namun, masalah-masalah yang timbul ini dapat diselesaikan

dengan

sebaik

mungkin.

Masalah

kekurangan

alatan

diselesaikan dengan pengkaji meminjam alatan daripada bengkel teknik dan vokasional di kampus Institut Pendidikan Guru. Alatan-alatan tersebut dipinjam

dan dipulangkan semula selepas kajian selesai. Masalah

kelembapan internet diselesaikan dengan pengkaji menggunakan internet berbayar

daripada

syarikat

telco.

Bagi

menyelesaikan

masalah

ketidakhadiran peserta ke sekolah, pengkaji mengambil inisiatif untuk sentiasa mengingatkan peserta kajian untuk sentiasa datang ke sekolah kerana mereka diberi tanggungjawab dan amanah untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pengkaji. Sepanjang menyiapkan tugasan ini pengkaji dapat merasakan kegembiraan dan kepuasan dalam diri kerana kajian yang dijalankan dapat membantu menyelesaikan masalah yang berlaku dalam dunia pendidikan. Walaupun masalah ini nampak kecil tetapi impak kepada masa depan murid yang menjadi peserta kajian adalah besar. Kemahiran yang tinggi dalam diri mereka membuatkan mereka menjadi minat dengan dunia teknik dan vokasional. Hal ini dapat membuka peluang kepada meeka untuk memasuki aliran kemahiran teknik vokasional di alam sekolah menengah kelak. Secara tidak langsung ianya dapat membuka peluang kerjaya kepada murid-murid yang lemah dalam akademik untuk menjuruskan diri mereka kepada bidang kemahiran. Dalam kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberitahu media bahawa rombakan ini bagi membolehkan pelajar mengikuti aliran vokasional lebih awal selepas UPSR. Langkah itu adalah selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke- 10 untuk memastikan 20 peratus pelajar mengikuti aliran vokasional berbanding 10 peratus pada

59

masa kini. Kemasukan pelajar awal dalam bidang kemahiran menjadikan mereka lebih lama dalam bidang tersebut dan menjadikan mereka leih mahir dalam bidang yang mereka minati. (Bernama, 25 September 2010). Banyak pengajaran yang pengkaji peroleh sepanjang melaksanakan kajian ini tidak kira sebelum, semasa atau selepas kajian. Kajian ini membuka mata pengkaji untuk lebih banyak memberikan sumbangan kepada dunia pendidikan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang membantutkan proses pembelajaran murid di sekolah. Sebagai seorang guru sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu meningkatkan potensi diri murid secara menyeluruh seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian ini juga memberi pendedahan awal kepada pengkaji untuk sentiasa menjalankan kajian-kajian baru pada masa hadapan bagi membantu meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru pada masa akan datang. Akhir sekali, pengkaji sedar bahawa sumbangan yang diberikan dalam membantu meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara kita sangat ditekankan bagi setiap warga pendidik. Sebagai bakal guru, banyak lagi kajian-kajian

yang

boleh

dilakukan pada

masa akan

datang.

Sumbangan-sumbangan dalam memperbaiki kualiti pendidikan negara adalah satu usaha yang murni dan harus diteruskan oleh semua warga pendidik tidak kira sama ada yang masih berada dalam latihan ataupun telah berkhidmat di luar sana.

60

BAB 8 8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian ini banyak membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan tukul semasa memaku kayu projek. Walaubagaimanapun, terdapat aspek lain yang perlu ditambahbaik iaitu dari aspek kemahiran menggunakan alatan-alatan lain seperti gergaji, pahat dan kikir rata. Alat-alat lain juga penting dalam membantu peserta kajian meingkatkan kemahiran teknik dan vokasional dalam diri mereka. Selain itu, sepanjang menjalankan kajian ini terdapat beberapa kelemahan yang boleh ditambahbaik bagi mendapatkan satu kajian yang lebih berkualiti. Aspek yang boleh ditambahbaik ialah aspek pengumpulan data. Banyak instrumen yang lebih berkesan boleh digunapakai seperti temu bual dan ujian tetapi mengikut kesesuaian kajian. Lebih banyak maklumat yang boleh didapati daripada instrumen kutipan data kajian ini. Akhir sekali, kajian ini boleh diperluaskan lagi pada masa hadapan di mana pengkaji boleh memperluaskan lagi skop kajian kepada bidang-bidang kemahiran yang lain seperti kemahiran pertukangan, kemahiran pertanian dan lain-lain lagi.

61

BAB 9 9.0 RUJUKAN Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahaya, C. S. (2008). Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penambahbaikan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran, 1-23. Azizi Yahaya, C. S. (2008). Penggunaan Alatan Tangan. Kaedah Pengajaran Guru, 1-3. Bernama (2010). Sistem Pendidikan vokasional dirombak, kata Muhyiddin. Dicapai pada 27 September 2010. Daripada http://www.themalaysianinsider.com Chow, F.M. (2011). Kajian Tindakan: Konsep amalan dalam pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Daft. (1997). Management. Dryden Press. Ebbutt, D. (1985) Educational action research: some general concerns and specific quibbles. In R. Burgess (Ed.) Issues in educational research: qualitative methods. Lewes: The Falmer Press. Fatimah Saleh & Lim Chap Sam (2010). Analisis Data Kualitatif. Dalam Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Ghafar, M. N. (Panel Asas Pendidikan ). Asas Penyelidikan Sains Sosial. UTM: Tidak diterbitkan. Hassan, N. (1991). Pendidikan Satu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. 62

Kartini Abdul Mutalib, A. S. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Ipoh: Perpustakaan Negara Malaysia. Kurikulum, B. P. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurt Lewin (1946). "Action research and minority problems". J Soc. Issues 2(4) Ropp. (1999). Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use Computers in Preservice Teachers Preparation . Boston: Pearson Education. Sang, M. S. (2009). Penyelidikan dalam pendidikan : Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Wan Mashiwandi Wan Ismail, M. R. (2013). Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. WIersma, W. (2000). Research methods in education: An introduction (7th ed.). USA: Allyn and Bacon

63

Related Documents

Huraian Fokus Kajian.docx
October 2019 17
Fokus
June 2020 22
Fokus
June 2020 12
Fokus Ramadhan
May 2020 32
Fokus-dopuna.docx
April 2020 19

More Documents from "Nutella"

Huraian Fokus Kajian.docx
October 2019 17
Pdfa2_1
April 2020 6
Pdfa2_5
April 2020 6
Soalan Kertas 1
April 2020 4
Pdfa1_1
April 2020 5
102 At Takatsur
April 2020 10