Refleksi
Kerja kursus bagi subjek Murid dan pembelajaran telah diberikan kepada pelajar semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Sekolah Rendah). Saya Siti Nur Aishah Binti Sazali mendapat penerangan secara menyeluruh oleh pensyarah iaitu Tuan Haji Bakari Bin Zakaria. Pada permulaan melaksanakan kerja kursus ini, ia amat sukar untuk dilakukan kerana saya telah menghadapi pelbagai kesukaran dari segi untuk memahami kehendak soalan, mendapatkan bahan rujukan serta menyiapkan penulisan ilmiah ini seperti yang dikehendaki soalan. Hasil daripada usaha saya untuk bertanya beberapa soalan kepada rakan-rakan dan pensyarah yang mengajar, ia telah membuahkan hasil kerana dengan penjelasan tersebut saya dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna. Ternyata ianya tidak sesukar mana untuk dilaksanakan. Di samping itu, Saya perlu mencari rekaan rak buku yang sesuai terlebih dahulu sebelum dapat memulakan tugasan ini. Permasalahan timbul apabila pada masa yang sama rekaan yang saya pilih sama dengan beberapa pelajar yang lain. Namun melalui beberapa pencarian dan rekaan yang tersendiri, saya dapat mencipta sebuah rak buku hasil darpada karya saya sendiri. Tugasan ini memerlukan saya untuk berfikir lebih kreatif dan berfikir lebih luas dalam mencari rekaan projek yang lebih sesuai dan tepat dengan citarasa saya dan kehendak pensyarah. Folio ini pula memerlukan saya mencari pelbagai maklumat tentang peralatanperalatan yang saya gunakan untuk dimasukkan ke dalam folio ini. Contohnya, kikir, ganding kayu, pahat dan lain-lain lagi. Sepanjang proses menyiapkan tugasan yang diberikan, saya turut menghadapi beberapa rintangan. Antaranya ialah kekangan masa. Masalah ini merupakan masalah utama yang saya perlu hadapi walaupun masa yang diberikan adalah selama 4 minggu. Hal ini kerana para pelajar banyak terikat dan terlibat alam pelbagai aktiviti yang lain malah dalam tempoh yang diberikan juga, terdapat beberapa kerja kursus lain yang perlu disiapkan. Keadaan ini menyebabkan saya terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan tugasan ini serta bijak membahagikan masa, misalnya saya menggunakan masa sebaik mungkin di dalam kuliah dan pada waktu lapang untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan.
Sungguhpun begitu, dengan penuh rasa tanggungjawab, bersemangat dan tekad sepenuh hati, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan 45 | P a g e
penuh komitmen. Saya percaya bahawa segala cabaran yang saya hadapi adalah untuk melatih kekuatan fizikal dan mental serta melatih diri ini menjadi seorang yang lebih cekal untuk menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik kelak. Hal ini kerana setiap ilmu yang diperolehi serta pengalaman yang saya lalui sepanjang proses pembelajaran mahupun sepanjang melakukan kerja kursus ini dapat saya jadikan sebagai bekalan dalam menyiapkan diri saya menjadi seorang pendidik yang serba boleh serta berdedikasi pada masa akan datang. Ilmu-ilmu yang saya peroleh akan saya manfaatkan sebaik mungkin untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan untuk kehidupan yang bakal menjelang.
46 | P a g e