HIMPUNAN TERJEMAHAN AYAT-AYAT AL-QURAN
Katakanlah: “Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepadaNya kamu dikembalikan. (Surah Az-Zumar 39:44) Aliya Fareeha 2008
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Aliya Fareeha 2008
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (Surah al-Maa’idah 5:35)
Aliya Fareeha 2008
Tidak ada sesuatu musibah pun yang akan menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada
Aliya Fareeha 2008
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: Iaitu orangorang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’” (Surah Al-Baqarah 155-156)
Aliya Fareeha 2008
“Dan di antara rahmatNya, Dia menjadikan bagi kamu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian daripada kurniaanNya pada siang hari dan supaya kamu bersyukur kepadaNya.” (Surah al-Qashash 73)
Aliya Fareeha 2008
Demi Masa. Manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan orang-orang yang sentiasa berpesan untuk kebenaran dan juga dengan kesabaran. (Surah al-Asr)
Aliya Fareeha 2008
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264) Aliya Fareeha 2008
“Kemudian setelah kamu telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah,sesungguhnya Allah mengasihi orangorang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Ali Imran: 159) Aliya Fareeha 2008