6.hasil Kajian Sejarah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 6.hasil Kajian Sejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,337
  • Pages: 15
HASIL KAJIAN

NAMA BANGUNAN : Bangunan Stadthuys •

Nama Lain

Nama lain bagi Bangunan Stadthuys ialah Bangunan Merah. Stadthuys membawa maksud State House iaitu Dewan Bandaran.

Latar belakang



Asal usul

Bangunan Stadthuys ialah salah sebuah bangunan yang tertua yang telah dibina oleh pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini dikatakan bangunan tertua binaan penjajah Belanda di rantau Asia Tenggara. Bangunan Stadthuys pada zaman Belanda mengandungi dua tingkat. Bahagian Hadapan tiga tingkat dan dua tingkat di bahagian belakang. Oleh kerana kedudukannya di lereng bukit St. Paul, bangunan ini kelihatan seperti bertingkat-tingkat. Warna asal bangunan ialah warna putih tetapi telah ditukarkan kepada warna merah kerana bangunan ini berhampiran bukit St. Paul.



Pengasas

Pengasas bangunan ini ialah pemerintah Belanda pada tahun 1650 setelah mengambil alih Melaka dari Portugis pada tahun 1641. Tiada rekod yang menyatakan tarikh yang tepat bangunan ini dibina. Ada yang mengatakan bangunan ini telah dibina di antara tahun 1641 dan ada pula pendapat yang menyebut bangunan ini telah dibina pada tahun 1650an.



Lokasi

Bangunan ini terletak di Banda Hilir. Ia juga terletak berhampiran dengan Kubu A Famosa. Selain itu, bangunan ini terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan.



Tujuan Penubuhan

Bangunan ini dibina bagi menempatkan tempat pentadbiran pemerintahan Belanda dan juga sebagai tempat kediaman Gabenor Belanda di Melaka. Dikatakan juga selain sebagai kediaman Gabenor Belanda. Stadthuys merupakan tempat pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda berkumpul. Selain itu, di beberapa bahagian, ditempatkan hamba abdi yang disebut sebagai ‘Misericordia’. Bangunan ini juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran . Gabenor Inggeris tidak lagi mendiami bangunan ini kerana sejak dari zaman Belanda, mereka telah membina sebuah kediaman khas untuk Gabenor di puncak bukit berhampiran dengan Gereja St. Paul yang tidak jauh dari Bangunan Stadthuys. Setelah mencapai kemerdekaan, bangunan ini terus diguna sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan sejak tahun 1957 hingga 1980 setelah bangunan khas untuk pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan siap untuk diguna yang terletak di Jalan Hang Tuah.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN



Reka Bentuk Pelan Satu penyelidikan pelan secara menyeluruh telah dibuat dan untuk tujuan

tersebut, seorang arkitek yang juga merupakan seorang jurutera yang pakar mengenai bangunan-bangunan lama Belanda Laurens Vis telah diundang bagi tujuan tersebut. Disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, hanya pada pertengahan tahun 1986, kerja-kerja restorasi secara keseluruhan dapat dijalankan. Kerja-kerja restorasi dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya dan pembiayaannya ditanggung oleh Kerajaan Negeri melaka. Kerja-kerja restorasi tersebut dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama menumpukan kepada kerja-kerja bahagian atas dan luar bangunan manakala kerja-kerja fasa kedua merangkumi bahagian dalam dan kekuatan bangunan.

Mengenai bentuk asal Bangunan Stadthuys, tidak banyak rujukan yang dapat dijadikan panduan. Hanya tulisan Laurens Vis dalam The Stadthuys of Malacca

yang

menyentuh

Stadthuys

secara

menyeluruh

dan

hanya

menumpukan bangunan ini dalam bentuk pelan asal bangunan ini yang dibina pada zaman Belanda yang dikeluarkan pada tahun 1982 dan juga kertas kerja mengenai bangunan ini yang dibuat oleh Encik Amir Hamzah bin Mohd Yunus yang merupakan arkitek yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja restorasi bangunan ini pada tahun 1986. Selain daripada tulisan tersebut, beberapa gambar mengenai bangunan ini yang dirakamkan pada zaman pemerintahan

Inggeris boleh juga dijadikan panduan. Penglibatan penulis secara langsung dalam melihat setiap perkembangan yang berlaku semasa kerja restorasi dijalankan menambahkan oengetahuan mengenai setiap perubahan yang berlaku sejak ia dibina hinggalah rupa bentuk berlaku setelah ianya direstorasi.

Di dalam sebuah lukisan yang dilukis pada tahun 1807 dan dipetik penerangannya ‘ The Two Plate of Malacca in engraved for the eight volumes of pinkertones general collection of voyages publishes in 12811, from a scetches made by E.H Locker in 1807’. Dari segi ilustrasi atau lukisan yang dibuat oleh E.H Locker tersebut, ianya menunjukkan Bangunan Stadthuys yang asal dibina pada zaman Belanda yang belum ditokok tambah. Kedududkan Locker melukisnya kemungkinan bertentangan dengan Gereja Christ yang melukiskan bahagian sisi hadapan Bangunan Stadthuys dilukis dengan jelas. Selain daripada Stadthuys yang kelihatan nyata dalam lukisan Locker ialah Bangunan Gereja Christ yang kemungkinan juga merupakan bentuk asal kerana pada waktu itu terdapat anjung yang dibina kemudian. Bersebelahan dengan Gereja Christ merupakan Bangunan Pejabat Pos Melaka yang sekarang dijadikan sebagai Muzium Belia. Bangunan ini juga dipercayai bangunan yang dibina pada zaman Belanda dan telah diubahsuai menjadi dua tingkat pada zaman pemerintahan Inggeris seperti yang dapat dilihat hari ini. Di sebelah kiri gambar yang dilukis oleh beliau merupakan sebahagian dari pintu kota dari arah Sungai Melaka. Kemungkinan besar, semasa lukisan ini dilukis, Kota Melaka belum lagi diruntuhkan oleh Pemerintah Inggeris. Seperti yang digambarkan oleh Munshi

Abdullah, bentuk pintu kota yang terdapat di sebelah Banda Hilir yang masih wujud hingga sekarang sama seperti pintu utama yang terletak di hadapan Sungai Melaka. Perbezaan kecil yang dapat dikesan di antara kedua-dua pintu ini ialah tempat berkawal di pintu kota utama terdapat juga dibahagian belakang pintu kota manakala di pintu Kota Santiago yang terletak di Banda Hilir tidak terdapat askar berkawal. Pintu kota dari arah Sungai Melaka merupakan pintu kota utama yang menjadi tumpuan setiapa pedagang yang berurusan di Melaka yang berhampiran pula dengan pusat pentadbiran Bangunan Stadthuys sudah tentu ianya dibina dengan lebih teguh dan menarik.



Pengubahsuaian

Perubahan yang dilakukan pada zaman Inggeris, tingkap-tingkapnya terutamanya

di

bahagian

bangunan

utama

walaupun

ada

diantaranya

merupakan tingkap dua lapis. Daun tingkapnya disusun bersilang bagi mengelakkan tempiasan hujan. Kerja-kerja pengubahsuaian dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama menumpukan kerja-kerja bahagian atas dan luar bangunan manakala fasa kedua pula merangkumi bahagian dalam dan kekuatan bangunan. Antara kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan ialah:

i) Fasa pertama: •

Meruntuhkan bangunan-bangunan binaan baru dan membersihkan kawasan tersebut. Antara binaan tersebut ialah Bangunan Telekom, stor pejabat daerah dan binaan tandas yang terdapat di halaman bahagian dalam bangunan.



membuka atap genting belanda dicuci dan digunakan semula.



Menukar atap genting India, China dan asbestos kepada corak asal genting belanda.



Merawat kerja kayu yang masih boleh digunakan dan menggantikan kayukayu dari jenis yang terbaik kepada kerja kayu yang telah rosak teruk dan tidak boleh dirawat dan menguatkan dan membaik pulih beberapa bahagian tembok yang telah retak dan merawat plaster yang masih boleh dikekalkan. Plaster yang rosak ditanggalkan dan diplaster semula dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti plaster asal.

ii) Fasa kedua:



Membersihkan tambahan-tambahan baru yang terdapat di dalam Bangunan Stadthuys



Membaik pulih tembok-tembok ruangan dalam menggunakan bahan dari jenis yang seakan bahan binaan asal.



Meruntuhkan dan membersihkan binaaan tambahan terbuka,

baru di ruang



Membaik pulih kerja kayu pintu dan tingkap yang asal. Pintu dan tingkap buatan baru digantikan dengan bentuk pintu pada zaman Belanda. Lantai yang telah rosak juga digantikan mengikut jenis dan bentuk ruang-ruang yang berlainan di bangunan tersebut iaitu lantai tarakota, grinite, batu bata dan lantai kayu.

Seperti juga kerja-kerja fasa pertama, hasrat kerja difasa kedua juga mengekalkan bentuk asal Bangunan stadthuys.



Bahan binaan

Asas dan bahan binaan Bangunan Stadthuys berbeza dengan binaan bangunan pada masa kini. Keseluruhan bahagian asas dan tembok besar terletak di tanah keras dan bongkahan batu laterit. Ukuran tembok yang diperbuat daripada batu laterit yang tlah dibentuk menjadi empat segi bujur tidak menentu. Ada yang besar dan ada yang kecil. Bahagian atas tembok bangunan ini disusun bercampur aduk dengan batu laterit dan batu bata yang digunakan pada zaman Belanda. Manakala tembok asas dibina agak tebal iaitu setebal 3 kaki dan mengecil sedikit di bahagian atas. Disebabkan tembok yang tebal memberikan kekuatan kepada Bangunan Stadthuys kekal sehingga hari ini. Plaster yang digunakan pada keseluruhan tembok bangunan ini menggunakan motar kapur.

Selain itu, lantai pada bangunan ini pula terdiri daripada tiga bahan utama iaitu tarakota, grinite dan kayu. Tarakota dan lantai grinite merupakan lantai dibahagian bawah manakala lantai yang tidak berasaskan tanah lereng bukit dan lantai dibahagian atas menggunakan lantai kayu. Lantai tarakota ditempatkan bertentangan dengan jam besar dan di veranda bahagian belakang bangunan yang bertentangan dengan tembok penahan dan bangunan lama di lereng Bukit St. Paul. Manakala lantai dari batu grinite pula digunakan pada hampir keseluruhan ruang dan veranda iringan yang bertentangan dengan batu asas pembinaan muzium bersejarah. Ruangan bahagian dalam Bangunan Stadthuys ini juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang disusun daripada batu zaman Belanda. Penggunaan lantai yang tidak seragam di tingkat satu yang mernagkumi lantai kayu, grinite, tarakota dan batu bata menjadikan ia sebagai sebuah bangunan yang unik yang pernah dibina pada zaman pemerintahan Belanda di Melaka. Dua tangga naik yang terdapat dibahagian hadapan bangunan ini pada asalnya merupakan tangga ynag dibina tegak. Ianya telah diubah menjadi separuh tegak semasa pemerintahn Inggeris. Di tembok di antara dua tangga ini di tempatkan batu peringatan bangi memperingati askar0askar yang telah terkorban dalam Perang Dunia Kedua.

Kayu kayan yang digunakan untuk membina Bnagunan Stadthuys ini sebahagian besarnya dari jenis kayu jati yang merupakan kayu terbaik yang banyak terdapat di negara kita pada masa tersebut. Ukuran kayu untuk tujuan

pembinaan ini tidak menentu dan mengikut keperluan. Kayu kekuda di bumbung bangunan, berukuran 10 inci x 10 inci. Manakala ukuran kayu kekuda dibahagian belakang agak kecil sedikit. Ukuran kayu untuk lantai pula 10 hingga 12 inci dengan ketebalan hampir 2 inici. Kebanyakan kayu-kayu tersebut tidak diketam halus. Kebanyakan kayu-kayu yang digunakan ditarah menggunakan kapak atau gergaji sahaja. Siling bagi bangunan utama merupakan siling dua lapis. Siling sebelah atas merupakan papan lebar manakala syiling dibawahnya pula merupakan papan yang disusun rapi. Syiling dibahagian belakang merupakan syiling selapis yang disusun mengikut curam bumbung. Atap asal bangunan ini merupakan atap genting seperti corak yang terdapat di Belanda. Sebelum bangunan ini diubahsuai, hanya bangunan utama dan bahagian belakang yang bertentangan dengan Gereja Christ masih menggunakan genting asal manakala lain-lain bahagian bangunan ini menggunakan genting China dan genting India. Ini disebabkan beberapa bahagian dari bangunan ini merupakan bangunan tambahan yang dibuat pada zaman Inggeris.

Tingkap-tingkap di bangunan utama merupakan tingkap empat petak dan ianya merupakan tingkap dua lapis. Di bahagian luar diperbuat daripada kayu dan ruang tingkap ini merupakan kayu nako yang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah. Tingkap dibahagian dalamnya pula merupakan tingkap cermin. Tingkap-tingkap dibahagian belakangnya pula merupakan tingkap dua muka dan dibuat hanya selapis. Ukurannya juga lebih kecil daripada tingkap dibahagian utama.



Hiasan dalaman

Bangunan Stadthuys yang dibina oleh pemerintah Belanda terdiri daripada 3 bahagian utama. Bahagian bawah yang sempadan dengan lorong gereja yang bertentangan dengan Gereja Christ merupakan ruang yang tidak diketahui penggunaannya. Sebahagian besar daripada ruang ini tidak bertingkap. Hanya pintu sahaja yang disediakan pada setiap ruang. Terdapat 11 ruang bahagian ini di mana ukurannya di antara satu dengan lain. Tembok belakang pada ruangruang ini merupakan tembok penahan lereng Bukit St. Paul yang diatasnya merupakan tingkat satu bangunan ini. Pintu yang terdapat di antara dua tangga merupakan satu ruang yang gelap. Kemungkinan ruang ini merupakan bilik kurungan yang dipanggil sebagai ‘misericordia’ kerana tingkap pada tembok dan pintu bahagian dalam diperbuat daripada besi palang yang kukuh. Di tingkat saty ruang bangunan utama dipercayai digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan diikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Ruang ini dibuat istimewa dan cantik kerana bahagian syilingnya dibuat dari susunan kayu jati yan dihias dengan bingkai berukir. Di bahagian belakang dari ruang utama dipercayai dijadikan kantin atau tempat berehat pembesar-pembesar dan askar-askar Belanda kerana kedudukannya bertentangan dengan binaan yang dipanggil sebagai dapur Belanda. Dapur ini dibina berasingan dari bangunan utama. Saiz dapur yang agak besar memberi gambaran jumlah masakan yang banyak dalam

satu-satu masa. Di tingkat atas ruang utama, kegunaannya tidak dapat dikenalpasti. Anjung kecil tempat pintu yang dibuat bertentangan dengan kedudukan veranda di antara dua tangga adalah dipercayai berperanan sebagai tempat gabenor berucap atau tempat gabenor memmberi tabik hormatpada harihari perbarisan.

Terdapat dua bangunan di kiri dan kanan dari ruang bangunan utama. Diantaranya pula merupakan kiri dan kanan dari bangunan utama. Diantaranya pula merupakan halaman yang kemungkinan dijadikan taman. Bangunan ini bertingkat mengikut lereng Bukit St. Paul. Sambungan dinsebelah kanan yang bertentangan dengan batu asas pembinaan Muzium Sejarah merupakan ruang yang sukar ditentukan penggunaannya. Hanya ruang paling atas dikatakan sebgai tempat penginapan gabenor sebelum kadiaman rasminya dibina. Seperkara yang menarik tentang ruang ini, terdapat lukisan kaligrafi cina yang dilukis disekeliling tembok ruang tersebut. Malangnya, sebahagian daripada lukisan ini telah hapus apabila kerja0kerja mengecat dilakukan di kawasan tersebut.



Kegunaan dahulu dan sekarang

Dahulu bangunan ini dibina bagi menempatkan tempat pentadbiran pemerintahan Belanda dan juga sebagai tempat kediaman Gabenor Belanda di

Melaka. Selain sebagai kediaman Gabenor Belanda, bangunan ini juga dikatakan tempat pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda berkumpul. Selain itu, di beberapa bahagian bangunan ini, ditempatkan hamba abdi yang disebut ‘misericordia’. Bangunan ini juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Gabenor Inggeris tidak lagi mendiami bangunan ini sejak zaman Belanda. Seperti yang dapat dilihat pada masa ini, bangunan ini tetap kekal sebagai pusat pentadbiran. Pejabat Ketua Menteri Melaka yang pertama dan kedua menggunakan kediaman gabenor ini di tingkat paling atas tetapi malangnya pada tahun 1975, bangunan ini telah terbakar. Kesan daripada peristiwa tersebut, bangunan ini tidak dibaiki dan semua jabatan berpindah ke kompleks kerajaan di wisma persekutuan dan seri negeri di Jalan Hang Tuah pada tahun 1975.



Cara pembinaan

Bumbung bangunan ini dibuat curam. Berkemungkinan juga Belanda di Melaka membina Bangunan Stadthuys ini mengenakan ciri-ciri dan teknik seperti bangunan yang terdapat di Negara Belanda. Kebanyakan bangunan di Belanda dan eropah bumbungnya dibina curam kerana banyak tanggungan salji pada musim sejuk. Bumbung yang dibina curam akan memudahkan salji larut ke bawah dan tidak berkumpul di atas bumbung yang akan menambah beban tanggungan yang memungkinkan bumbung runtuh. Oleh kerana ianya merupakan bangunan besar yang pertama dibina oleh Belanda semasa

memerintah Melaka, kemungkinan faktor ini diambil kira. Bangunan-bangunan lain yang dibina oleh pemerintah Belanda selepas Bangunan Stadthuys, bumbungnya tidak curam seperti Bangunan Gereja Christ, Lembaga Air, MAIM, muzium-muzium lama dan lain-lain bangunan pada zaman tersebut.

Seperti yang dijelaskan, ruang taman di antara dua bahagian sambungan inisebuah perigi ditemui semasa kerja-kerja menyediakan pelan terukur Bangunan Stadthuys pada akhir tahun 1979 hingga 1980. . Ianya disusun empat persegi dengan menggunakan batu laterit. Perigi ini dipercayai perigi yang digali semasa zaman pemerintahan Portugis kerana ianya diperbuat daripada batu laterit dan dikambus padat. Selain daripada batu laterit, tembok perigi ini berukuran 3 kaki x 3 kaki yang dibuat bercampur aduk dengan batu karang yang dibentuk.

Selain itu, semasa kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan, satu tapak laluan ditemui mengelilingi kawasan taman ini. Di bawah tapak laluan ini merupakan saluran longkang. Tapak laluan ini ditutup dengan tanaman rumput pada tahun 1986 semasa kerja-kerja membina Muzium Sejarah giat dijalankan.

Related Documents