Harta Pusaka Kepada Wanita

  • Uploaded by: zulmedia
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Harta Pusaka Kepada Wanita as PDF for free.

More details

  • Words: 1,103
  • Pages: 3
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KEPADA WANITA Oleh Zulkifli Ahmad Sebelum kedatangan Islam, wanita dianggap sebagai golongan yang hina dan bertaraf rendah. Nilai dan harga diri wanita kepada keluarga dan masyarakat sangat rendah. Justeru itu mereka tidak dihormati malah telah diperlakukan dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya. Di zaman Jahiliah, layanan yang diberikan kepada kaum wanita sangat buruk. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya seperti disuruh bekerja keras mencari nafkah keluarga dan boleh dicampuri dengan sesuka hati.Wanita juga tidak mendapat hak pewarisan terhadap harta pusaka keluarga. Seorang anak perempuan tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarganya. Begitu juga seorang isteri tidak boleh mewarisi harta pusaka suaminya. Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kedudukan wanita. Islam telah mengangkat martabat dan meninggikan taraf yang sewajarnya kepada mereka. Terutama dalam hubungan antara anak dengan ibu bapanya, Rasulullah s.a.w. menyuruh seseorang anak supaya memuliakan ibunya dahulu sehingga ada hadis yang menyatakan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Manakala dalam pembahagian harta pusaka kepada golongan wanita, Islam menetapkan bahawa dalam apa jua keadaan, mereka yang berhak khususnya wanita tetap mendapat bahagian harta pusakanya. Pusaka atau faraid merupakan suatu ilmu tentang pembahagian harta seseorang yang telah mati. Dalam Islam pembahagian harta pusaka adalah berasaskan kepada susunan keluarga yang bersifat keibubapaan menyeluruh yang mengakui hak bahagian pusaka anggota keluarga dari ke dua-dua belah pihak lelaki dan perempuan dari sedekat-dekat hingga sejauh-jauhnya yang ada pertalian darah dan perkahwinan. Prinsip ini bermakna pewaris dari pihak perempuan sama ada dari pihak ibu atau bapa diakui bahagian masing-masing dalam pembahagian harta pusaka. Allah s.w.t. menjelaskan dalam surah an-Nisa’ ayat 7 yang bermaksud; “Untuk orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapanya dan kaum kerabatnya dan bagi orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kaum kerabatnya” Berpandukan kepada nas al-Quran dan Hadis, para ulama telah mengenal pasti pewaris perempuan yang berhak menerima harta pusaka seperti berikut iaitu isteri, ibu, ibu kepada ibu bapa (nenek), anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan), anak perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa (adik-beradik perempuan) dan saudara perempuan seibu. Dalam pembahagian golongan ahli waris dan kedudukan mereka dalam pembahagian pusaka, kaum wanita ini tergolong dalam waris ashabul al-furud iaitu golongan yang ditetapkan jumlah harta pusaka. Terdapat juga beberapa orang di kalangan ahli-ahli waris ashabul al-furud ini menjadi asabah iaitu sama ada asabah pada dirinya sendiri atau dengan ditaksibkan. Mereka ialah anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu), saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa.

1

Dalam pembahagian harta pusaka, Islam menetapkan kadar pembahagian harta berdasarkan kepada keperluan dan tanggungjawab yang bakal dipikul oleh ahli waris. Oleh sebab itu nisbah yang diperolehi oleh para waris tidak semestinya sama rata. Beban dan tanggungjawab kaum lelaki dalam rumah tangga adalah lebih berat berbanding kaum wanita. Oleh kerana itu dalam pembahagian pusaka, kaum lelaki ditetapkan dengan kadar yang lebih banyak daripada kaum wanita. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud; “Bahagian seorang anak lelaki seperti dua bahagian perempuan” Faraid seorang anak lelaki adalah sama dengan bahagian faraid dua anak perempuan. Faraid suami bersama anak si mati sebanyak 1/4, manakala faraid isteri dalam keadaan yang sama sebanyak 1/8 dan lain-lain. Prinsip ini menjelaskan bahawa, Islam mengakui golongan keluarga lelaki atau dikenali sebagai asabah memainkan peranan dan memikul tanggungjawab yang utama dalam keluarga. Haji Abd Kadir Ismail dalam bukunya Sistem Pusaka Islam menyatakan bahawa Islam menjadikan bahagian wanita setengah dariapada bahagian lelaki yang setarap dengannya kerana dikehendaki oleh suatu hikmat. Ia sesuai dengan tugas lelaki dan perempuan dalam urusan dan perkara yang berkaitan dengan kehidupan kerana lelaki wajib bekerja, berusaha berpenat lelah untuk mencari rezeki dan mempertahankan keluarga dan tanah air. Lelaki juga bertanggungjawab memberi nafkah kepada dirinya, isterinya, anak-anaknya, keluarganya dan menanggung segala beban kebendaan dan kerohanian. Sedangkan kaum wanita tidak begitu, kerana sebelum ia berkahwin, nafkahnya ditanggung oleh orang yang lebih hampir dengannya jika ia tidak mempunyai suami dan tidak dibebankan ke atas dirinya supaya ia menanggung nafkah dirinya. Sekiranya ia berkahwin, maka nafkahnya berpindah pula ke atas suaminya meskipun ia adalah seorang yang kaya. Sekiranya diceraikan, maka nafkahnya dipertanggungjawab kembali ke atas walinya. Dalam sejarah sistem pusaka, sesungguhnya prinsip tersebut merupakan sifat pertengahan antara tiga sistem pusaka yang ekstrim. Pertama, sistem pusaka yang menegah wanita daripada menerima bahagian pusaka. Sistem ini dianuti oleh bangsa Greek purba, Hindu, Yahudi dan Romawi. Kedua, sistem pusaka yang terlalu memberi keistimewaan kepada kaum wanita. Sistem ini diamalkan oleh Adat Pepatih. Ketiga, sistem pusaka yang menyamakan habuan antara pewaris lelaki dan wanita. Sistem ini merupakan undangundang pusaka moden yang diamalkan di kebanyakkan negara Eropah dan negara yang mengamalkan undang-undang sekular. Bagaimanapun kadar yang ditetapkan dalam sistem pusaka Islam ini boleh berubah dan masih boleh diketepikan jika ada persetujuan dan kerelaan para ahli waris untuk memberi semua atau sebahagian harta pusaka kepada mana-mana satu pewaris yang patut diberi perhatian dan pembelaan. Pengecualiaan ini jelasnya adalah melihat kepada maslahah kaum wanita atau keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam sistem pusaka Islam, prinsip ini terkandung dalam peruntukan pengecualiaan pembahagian pusaka iaitu at-Takharuj. Prinsip ini ditakrifkan dengan penarikan diri daripada bahagian harta pusaka sama ada atas sebahagian atau kesemuanya dengan seorang atau beberapa ahli waris lainnya secara sukarela dan kepadanya dibayar ganti rugi kerana penarikan diri itu. Dalam mengulas mengenai peruntukan pengecualiaan ini, Abd Rashid Abd Latif telah memberikan pengesahan dalam bukunya Hukum Pusaka Dalam Islam bahawa berpandukan kepada matlamat keadilan dalam pembahagian pusaka, maka dibolehkan 2

untuk ahli-ahli waris yang berhak bertolak ansur atau mengenepikan sama sekali pembahagian menurut hukum pusaka atau bersetuju membahagikan mengikut cara yang lebih sesuai dalam keadaan harta yang ada dan keperluan masing-masing. Bahkan menurut peraturan at-Takharuj atau penarikan diri dari harta pusaka adalah dibolehkan seseorang ahli waris itu untuk menarik diri sama ada dengan semua bahagiannya atau sebahagian daripadanya dalam harta pusaka sama ada penarikan diri iru disyaratkan dengan pembayaran ganti rugi kepadanya atau tidak. Dalam pembahagian harta pusaka peraturan at-Takharuj boleh diandaikan seperti berikut; simati meninggalkan ahli waris berikut, isteri 1/8 (3/24), bapa 1/6 (4/24) dan anak lelaki 17/24 (baki). Dalam kes ini bapa bersetuju menarik diri dengan menyerahkan harta pusaka miliknya kepada isteri. Setelah dibahagikan semua bahagian harta pusaka maka faraid bapa sebanyak 4/24 diberikan kepada isteri dan dengan itu bahagiannya berjumlah 7/24. Kesimpulannya kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kedudukan wanita dalam pewarisan harta pusaka. Kini dalam keadaan apa jua pun mereka yang berhak akan mendapat bahagian harta pusaka. Bagaimanapun kadar yang diperolehi oleh pewaris wanita tidaklah sama dengan pewaris lelaki. Prinsip ini ditetapkan oleh Islam berdasarkan tanggungjawab dan beban kaum lelaki lebih berat daripada kaum wanita. Namun dalam keadaan tertentu melihat kepada maslahah kaum wanita dan ahli keluarga yang lain, kadar ini boleh diketepikan mengikut peruntukan pengecualian at-Takharuj Lain-lain artikel lawati www.mediajaya.my/artikel.htm

3

Related Documents

Kepada
June 2020 22
Kepada
June 2020 37
Wanita
November 2019 63

More Documents from ""