An Belia Sayap Parti Pemerintah

  • Uploaded by: zulmedia
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View An Belia Sayap Parti Pemerintah as PDF for free.

More details

  • Words: 834
  • Pages: 3
artikel PERTUBUHAN BELIA SEBAGAI SAYAP PARTI PEMERINTAH Oleh Zulkifli Ahmad ([email protected]) Pertubuhan belia lazimnya dihubungkaitkan dengan agen proses perubahan masyarakat. Penglibatan dan peranan termasuk berupa gerakan agama, politik dan sumbangan tenaga produktif ekonomi yang mereka ceburi membuktikan betapa besarnya pengaruh golongan ini dalam masyarakat. Bagaimanapun terdapat pertubuhan belia yang mewakili sebahagian besar generasi muda tidak mempunyai sikap dan matlamat yang jelas. Potensi yang ada tidak digunakan untuk mengembeling tenaga belia sebagai suatu kuasa dan agen menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Masing-masing mempunyai keutamaan matlamat perjuangan yang tidak melambangkan pertubuhan belia. Mereka terlalu condong dan akur kepada kerajaan, malah menjadi penyambung dasar dan hasrat kerajaan. Umpamanya untuk mengukuhkan kekuasaan nazisme di Jerman, memantapkan ideologi komunisme di Rusia dan isme Zionisme Yahudi, golongan belia merupakan tenaga penggerak utama. Di Malaysia pertubuhan belia 4B dan MAYC boleh digolongkan dalam kategori ini. Belia 4B dan MAYC adalah sinonim. Mereka adalah pro pemerintah dan akan akur kepada apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah dan tidak mungkin akan berpendirian atau bersifat kritis. Sesungguhnya apabila mengkaji dan memperihalkan Gerakan Belia 4B dan MAYC, penampilan peranan dan sumbangan kerajaan tidak dapat dielakkan malah amat menonjol. Ianya berlaku di semua peringkat sama ada di peringkat penubuhan hinggalah di peringkat untuk menggerakkan aktiviti. Dari segi penubuhan, kerajaanlah yang memainkan peranan utama dalam menggalak, menganjur dan menubuhkan kedua-dua organisasi ini. Belia MAYC ditubuhkan pada tahun 1954. Kerajaan kolonial menubuhkannya kerana khuatir dan bimbang terhadap kemungkinan belia dipengaruhi oleh fahaman komunis. Bagi Belia 4B pula, penubuhannya pada tahun 1966 untuk mengatasi masalah kemunduran golongan belia luar bandar dalam menyertai rancangan dan arus pembangunan sosio-ekonomi di zaman pasca kemerdekaan. Untuk mengurus dan menggerakkan aktiviti, kerajaan dan agensinya sentiasa bersedia menyumbangkam bantuan dan kemudahan termasuklah sumbangan kewangan dan kemudahan asas yang lain. Umpamanya untuk tujuan menguruskan pentadbiran Belia MAYC, sejak tahun 1973, kerajaan melalui Kementerian Kebudayan Belia dan Sukan (sekarang Kementerian Belia dan Sukan) menyumbang pelbagai bantuan kewangan dan kemudahan infrastruktur. Dari segi keahlian, sungguhpun keahliannya terbuka kepada semua kaum, tetapi dewasa ini majoriti ahlinya terdiri daripada belia-belia Melayu. Mengikut perangkaan rasmi KBS tahun 1986, keahlian Belia 4B dan MAYC adalah teramai sekali jika dibandingkan dengan persatuan belia lain.

1

artikel Dari 1.5 juta belia yang menganggotai pertubuhan belia di negara ini, sejumlah 461,233 belia adalah ahlinya. Penumpuan ini dipercayai hasil daripada kempen-kempen kerajaan. Dari segi aktiviti, kecenderungan utama Belia 4B dan MAYC di tahun-tahun 60an adalah kepada kegiatan yang bercorak kesenian dan kebudayaan. Namun berdasarkan kepada lapuran mesyuarat agung tahunannya, dewasa ini terutamanya selepas kerajaan melancarkan dasar ekonomi baru (DEB) kecenderungan itu telah berubah kepada kegiatan di bidang perdagangan dan perniagaan, umpamanya koperasi Shamelin, Syarikat Nur Harapan, Maycee Air Transport, Segemal 4B, perniagaan sewa-menyewa bilik pejabat, perusahaan lombong bijih dan lain-lain. Tidak dinafikan aktiviti keagamaan juga mendapat perhatian. Akhir-akhir ini sebagai menyahut seruan penerapan nilai-nilai Islam kerajaan pimpinan Dr. Mahathir (sekarang Islam Hadhari pimpinan Abdullah Ahmad Badawi) banyak program agama yang dijalankan. Contohnya Seminar dan Khemah Kerja Keislaman, Musabaqah Membaca al-Quran, Kuiz Agama, Pertandingan Nasyid, ceramah dan kelas-kelas agama. Suatu aspek penting yang mendasari Belia 4B dan MAYC ialah hubungan dua hala dengan pemerintah. Sungguhpun konsep kesukarelaan merupakan ciri utama gerakan belia ini, namun sebagai pertubuhan belia yang ditubuhkan dan mendapat bantuan dan sokongan daripada kerajaan tentulah menjadi harapan kerajaan supaya ia menjadi saluran bagi memenuhi dan menjayakan hasrat dan dasar kerajaan. Oleh kerana itu dalam menghadapi dasar-dasar kerajaan , Belia 4B dan MAYC tidak mungkin bersifat kritis dan analitis, sebaliknya mereka akan menyokong dan mempertahankan dasar-dasar dan hasrat kerajaan. Sebagai contoh Belia 4B dari Majlis Belia Malaysia(MBM) pada tahun 1974 kerana membantah penglibatan pimpinan MBM dalam demontrasi Baling. Bagi kerajaan, Belia 4B dan MAYC bukan sahaja menjadi saluran untuk menjaya dan mempertahankan dasar-dasarnya, tetapi digunakan sebagai tempat latihan para pemimpin parti kerajaan. Ini tergambar dalam struktur organisasi kepimpinan pertubuhan belia berkenaan. Penaung, penasihat dan pemimpin-pemimpin belia ini sama ada diperingkat pusat, negeri dan daerah umumnya adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik parti pemerintah. Sarjana Sains Sosial, Dr. Hussein Muhammad dalam bukunya Gerakan Belia di Malaysia mengakui kelangsungan ini. Lebih jauh beliau menyatakan organisasi belia seperti Belia 4B dan MAYC merupakan training ground (tempat latihan) atau stepping stone (batu loncatan) bagi memperluaskan pengaruh dan latihan berpolitik seseorang, ataupun organisasi belia digunakan sebagai alat dan kumpulan bagi seseorang pemimpin muda dalam mengukuhkan kedudukan, imej peribadi serta mencari pengikut untuk mereka terpilih sebagai pemimpin kemudiannya. Keterangan mengenai hubungan ini dapat dijelaskan dengan penglibatan bekas dan tokohtokoh yang masih lagi memimpin belia 4B dan MAYC dalam politik UMNO. Daripada Belia 4B umpamanya Haji Suhaimi Datuk Haji Kamaruddin, Muhammad Rahmat, Tajul Rosli Tan Sri Ghazali, Abu Bakar Daud dan Mohd Isa Abd.Samad. Daripada MAYC umpamanya Sanusi Junid, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Rastom Hj. Ahmad Mahir dan Ramli Ngah Talib. - Zulkifli Ahmad.

2

artikel (Artikel ini adalah disaring daripada Tesis yang bertajuk "Organisasi Gerakan Belia PKBM/MAYC dan 4B Malaysia: Pendekatan Pemahaman Islam Kepada Belia, Satu Kajian Perbandingan" yang dikemukakan kepada Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda. Diterbitkan oleh Harakah 2 Disember 1988) Lain-lain artikel lawati www.mediajaya.my

3

Related Documents

Sayap
May 2020 19
Parti
November 2019 30
Parti
October 2019 30
Ijtima' Belia
May 2020 13

More Documents from ""