Pembahagian Harta Pusaka Kecil

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembahagian Harta Pusaka Kecil as PDF for free.

More details

  • Words: 2,332
  • Pages: 18
Pembahagian Harta Pusaka Kecil

1

PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL

PENGENALAN Apabila simati meninggalkan harta alih dan harta tidak alih bernilai RM600,000.00 ke bawah, warisnya boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah di mana letaknya sebahagian besar dari harta pusaka tersebut. Sekiranya simati hanya meninggalkan harta alih seperti wang, barang emas, kenderaan atau pusaka bernilai lebih dari RM600,000.00 permohonan pembahagian pusaka hendaklah dikemukakan di Pejabat Pentadbir Pusaka, di Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya.

DOKUMEN SOKONGAN

1.

Dua (2) salinan Surat Akuan Kematian/Permit Pengkebumian/Surat Perakuan Sumpah/Perintah Anggapan Kematian yang telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Hospital/Balai Polis dan Nombor Kad Pengenalan simati.

2.

Salinan asal Dokumen Hakmilik Tanah (Geran Tanah) atau Surat Perjanjian Jual Beli mengikut mana yang berkenaan.

3.

Salinan resit Cukai Tanah terkini.

4.

Salinan resit Cukai Harta terkini.

5.

Kad Pengenalan (asal dan salinannya), waris-waris atau Surat Beranak asal bagi waris berumur kurang dari 12 tahun (jika ada).

6.

Surat Pengesahan Bank/Institusi Kewangan/ Perbendaharaan Negeri/Malaysia sekiranya Hakmilik dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan. Sertakan Surat Perjanjian dengan Institusi Kewangan yang berkenaan (jika ada).

7.

Maklumat mengenai hutang piutang simati dengan pihak-pihak lain (jika ada).

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

2

BORANG Borang A bagi permohonan baru. Borang P bagi permohonan ulang bicara.

(Lampiran A) (Lampiran B)

BAYARAN a) b) c) d) e)

Permohonan baru Permohonan ulang bicara Bayaran Perintah Bayaran Pendaftaran atas tiap-tiap satu Hakmilik Salinan Perintah

RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 setiap satu RM 30.00 RM 2.00

PERBICARAAN Seboleh-bolehnya semua waris hadir pada tarikh perbicaraan kecuali mereka yang tidak menuntut haknya, yang telah menyerahkan bahagian kepada waris-waris lain dengan menggunakan Surat Persetujuan (sila lihat Lampiran C). Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, perbicaraan boleh dijalankan mengikut budi bicara Pentadbir Pusaka Kecil. Harta Pusaka akan dibahagikan mengikut perkiraan faraid bagi orang Islam atau mengikut pembahagian yang telah dipersetujui secara sepakat oleh waris-waris. Bagi orang bukan Islam, yang meninggal tanpa membuat wasiat pembahagian pusaka ditetapkan di bawah Akta Pembahagian (Pindaan) 1997 - Akta A 1004 - Sila lihat Lampiran ‘D’. Sekiranya simati ada membuat wasiat, pembahagian pusaka adalah mengikut yang diwasiatkan. Mereka yang menghadiri perbicaraan hendaklah kemukakan kad pengenalan sebelum perbicaraan dimulakan supaya dapat dicatit nama pihak-pihak yang hadir.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

3

ULANG BICARA Permohonan Ulang Bicara dengan menggunakan Borang P boleh dikemukakan apabila :a)

Terdapat harta pusaka yang ditinggalkan dan tidak disenaraikan semasa perbicaraan kali pertama (harta tertinggal).

b)

Waris yang dilantik sebagai Pentadbir semasa perbicaraan kali pertama telah dapat menyelesaikan salah satu dari perkara-perkara berikut :i)

Telah menyelesaikan hutang piutang simati, atau

ii)

Telah dapat menyelesaikan perbalahan di kalangan wariswaris, atau

iii)

Bagi tanah yang terletak dalam rancangan FELDA, atau dalam Rancangan Penempatan Beramai-ramai (Tanah GSA)telah dapat mencapai persetujuan bersama mengenai nama seorang waris sahaja yang mewarisi tanah berkenaan. (Perkara ini ditetapkan dalam Undang-Undang Tanah Penempatan beramai-ramai).

c)

Untuk melepaskan perlantikan seseorang sebagai Pemegang Amanah kepada seorang waris yang dahulunya belum dewasa, supaya pusaka berkenaan dapat diturun milik kepada waris yang kini telah cukup umur.

d)

Terdapat waris yang tertinggal. Perbicaraan hanya boleh dilakukan sekiranya kes belum selesai, di mana pembahagian belum diputuskan dan belum diendoskan pada hakmilik tanah.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

4

PROSES PERMOHONAN

1

Waris mengemukakan permohonan menggunakan Borang A berserta dokumen sokongan kepada Pejabat Tanah (Bahagian Harta Pusaka Kecil) di daerah di mana letaknya tanah.

2

Permohonan disemak, dan didaftarkan.

3

Permohonan dihantar ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pengesahan dan ke Pejabat Kadi untuk mendapatkan Fatwa (jika simati orang Islam) mengenai pembahagian harta pusaka simati.

4

Setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada permohonan lain dikemukakan bagi pembahagian pusaka simati, di tempat lain, dan setelah diperolehi Fatwa dari Pejabat Kadi, fail dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil bagi tindakan perbicaraan.

5

Ketua Penolong Pengarah Pusaka Kecil menetapkan tarikh perbicaraan.

6

Perbicaraan dijalankan di tempat dan tarikh yang ditetapkan.

7

Sekiranya tidak ada perbalahan, Perintah mengenai pembahagian pusaka dikeluarkan dan dihantar ke Pejabat Tanah untuk diendos pada Hakmilik.

________________________________________________________ Catitan Proses permohonan ini berasaskan maklumat yang diperolehi dari Pejabat Pusaka Kecil Muar. Kemungkinan terdapat sedikit perbezaan di Daerah-Daerah lain, di mana pemohon Islam diarahkan supaya mendapatkan sendiri fatwa pembahagian pusaka mengikut faraid dari Pejabat Kadi Daerah. Pembahagian Harta Pusaka Kecil

5

8

Sekiranya timbul perbalahan, perbicaraan ditangguh atau seorang Pentadbir dilantik dari kalangan waris untuk menyelesaikannya.

9

Ulang bicara dijalankan setelah tercapai persetujuan dikalangan waris-waris.

10

Bagi Kes yang tidak ada perbalahan, Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PPTD) menerima dan menyemak perintah dan minta pemohon membuat pembayaran.

11

Pentadbir Tanah Daerah membuat endosmen mengikut pembahagian yang ditetapkan dalam Perintah.

12

13

Dokumen Hakmilik dikembalikan kepada waris setelah selesai pendaftaran.

Sekiranya terdapat harta bergerak seperti kenderaan, waris mengemukakan Perintah kepada pihak yang berkuasa untuk menukar nama pemilikan kepada waris yang ditetapkan dalam Perintah.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

6

ALIRAN TINDAKAN

PEMOHON 1 PENTADBIR TANAH DAERAH

2

2 PEJABAT KADI

3

4

3

MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

PENTADBIR PUSAKA KECIL DI PEJABAT PUSAKA KECIL 5 PERBICARAAN OLEH PENTADBIR PUSAKA KECIL

6 PERINTAH DIKELUARKAN OLEH PENTADBIR PUSAKA KECIL 8 PEMOHON KEMUKAKAN PERINTAHNYA KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN UNTUK MEMINDAH MILIK HARTA BOLEH ALIH.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

7 PENTADBIR TANAH ATAU PENDAFTAR HAKMILIK DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN MEMBUAT ENDOSMEN PADA HAKMILIK SETELAH MENERIMA BAYARAN DARI WARIS. 9 HAKMILIK DIKEMBALIKAN KEPADA PEMOHON.

7

CONTOH BORANG

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

8

CONTOH

LAMPIRAN ‘A’

BORANG A [ ATURAN 3 (1) ] MALAYSIA NEGERI…………………… DAERAH ………………… ORDINANCE (PEMBAHAGIAN) HARTA PESAKA KECIL, 1955 GUAMAN PEMBAHAGIAN NO. ………. TAHUN ……….. DALAM HAL HARTA PESAKA ……………………….………………(No. K/P simati ) ……………….. DAN PERMINTAAN DARIPADA ……………….…………………………… YANG BERALAMAT DI …………………………………………………………………………………………………………………

PERMINTAAN DIBAWAH SEKSYEN 8 SAYA, ……………………………………(pertalian dengan simati) ……………………………… dan No. Kad Pengenalan …………………………………….

pemohon yang tersebut nama di atas

menyatakan seperti berikut : 1.

Nama yang tersebut di atas ………………………………………………………….… telah mati di …………………………………………………………………………...….. pada atau lebih kurang pada ………………….. haribulan ………………………………… ……………… .

2.

Saya adalah seorang yang ada kepentingan dalam harta pesaka yang tersebut sebagai orang yang berhak menerima pesaka sipiutang / Pembeli / Pentadbir Pesaka / Pegawai Petempatan / Penghulu / Penggawa bagi Mukim …………………………………………………………………………….. [ Persaudaraan saya dengan simati iaitu ialah ………………………………………………………]

3.

Sepanjang yang saya ketahui dan percaya simati ada meninggalkan ……………………………… orang balu / seorang balu lelaki yang bernama ……………………………………………………... dan waris yang paling hampir sekali seperti berikut:

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

9

- CONTOH Nama dan No.Kad Pengenalan

4.

Umur (Tahun)

Alamat

Persaudaraan Dengan Simati

Simati pada tarikh kematiannya ada mempunyai harta yang berikut : A - HARTA YANG TIDAK BOLEH DIALIH

No.Hakmilik

No.Lot

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

Daerah

Mukim

Nilai lebih kurang

10

- CONTOH -

B - HARTA YANG BOLEH DIALIH BUTIR-BUTIR YANG BOLEH DIALIH

NILAI LEBIH KURANG

C - PIUTANG SIMATI BUTIR-BUTIR PIUTANG

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

JUMLAH

NAMA DAN ALAMAT ORANG YANG BERHUTANG

11

- CONTOH -

5.

Simati pada tarikh kematiannya ada berhutang seperti di bawah :

BUTIR-BUTIR HUTANG

6.

JUMLAH

NAMA DAN ALAMAT SIPIUTANG

Simati ada meninggalkan waris-waris pesaka yang berikut yang berhak mendapat bahagian daripada harta pesakanya.

Nama/No. Kad Pengenalan

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

Umur

Alamat

Persaudaraan dengan Simati

12

- CONTOH -

7.

Saya memohon supaya harta pesaka simati itu dibahagi-bahagikan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Bahagian II Ordinan ( Pembahagian ) Harta Pesaka Kecil, 1955.

8.

Sepanjang yang saya ketahui tiada apa-apa permohonan telah dibuat oleh sesiapa dahulu daripada ini dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960. Bertarikh di pada ……………….. haribulan ……………… …………

Diperbuat dengan sebenar-benarnya diakui } } Oleh yang tersebut namanya di atas } } iaitu …………………………………….. } } Di ……………….. di Negeri ………….. } } Pada …….. haribulan ……………. ……. }

……………………………… Tandatangan Pemohon / Orang Yang Menuntut

Dihadapan saya,

……………………………………… Yang DiPertua Mahkamah Sesyen Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

13

- CONTOH -

LAMPIRAN ‘B’

BORANG P PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Negeri ……………………………… Daerah ……………………………… ORDINAN

(PEMBAHAGIAN) HARTA PESAKA KECIL, 1955

GUAMAN PEMBAHAGIAN NO …………………. ………… TAHUN 20…….

Dalam hal Harta Pesaka ……………………………………………………………………………….. simati Permintaan daripada ……………………………………………………………………...… yang beralamat di ………………………………………………………………………………………………………………

PERMOHONAN YANG KEMUDIAN (Seksyen 17) BAHAWASANYA pada ………… haribulan …………………….., 20 ……… suatu perintah telah dibuat dalam hal ini iaitu (1)

DAN BAHAWASANYA adalah mustahak di (2)

Saya,…………………………………………………………………………………………………………… yang beralamat di ……………………………………………………………………………………………... memohon kepada Pemungut bagi Daerah ……………………………………………………………………. yang tersebut supaya (3)

Diperbuat pada ………………. Haribulan ……………………………………….., 20……..

…………………………………………. Pemohon (1) (2) (3)

Masukkan perintah yang dahulu yang berkenaan dengan permohonan ini. Masukkan apa yang dikehendaki, misalnya, dilantik pemegang amanah baharu, pentadbir baharu, ditarik balik caveat, dsb. Masukkan apa perintah yang dikehendaki

[Diterjemahkan oleh Peguam Negara, Malaysia, menurut Pemberitahu Undangan No. 12 tahun 1964 – A.G. 1162/1; P.T. tm. 195/47/Bab 2 (171).]

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

14

- CONTOH LAMPIRAN ‘C’ SURAT PERSETUJUAN Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955 Negeri : …………………….. Daerah : ……………. Guaman Pembahagian No: ………….. Tahun……………… Harta Pusaka : ____________________________________________________________________ simati Nama Pemohon : ________________________________________________________________________ Saya : __________________________________________________ No. K/P : ______________________ Yang beralamat di : ______________________________________________________________________ dengan sesungguhnya serta dengan hati suci mengaku bahawa simati yang tersebut namanya di atas meninggalkan harta pusaka berikut :-

(A)

No.Hakmilik

No.Lot

Mukim

Daerah

(Jika tidak mencukupi sila gunakan lampiran lain perlu ditandatangan)

(B)

Harta Alih

(Jika tidak mencukupi sila gunakan lampiran lain dan perlu ditandatangan) 2. Saya adalah waris simati yang berhak menuntut harta pesaka simati yang tersebut di atas dan saya bersetuju harta pesaka simati dibahagikan seperti berikut : *a)

Mengikut hukum syarak (faraid)/ Akta Pembahagian 1/97 (bagi bukan Islam)

*b)

Mengikut muafakat seperti jadual disebelah

*c)

Menyerahkan hak saya kepada : ______________________________________ ____________________________________ K/P : _______________________

3. Saya mengaku apa-apa keterangan persetujuan yang tersebut di atas semuanya benar dan di bawah ini saya turunkan tandatangan saya. Dihadapan saya, ………………………………………… (Tandatangan Magistrate/Pentadbir Tanah atau Pesuruhjaya Sumpah)

……………………………….. (Tandatangan orang yang membuat persetujuan) Tarikh : ………………………

Pembahagian Harta Pusaka Kecil * Potong mana-mana yang tidak dikehendaki

15

- CONTOH LAMPIRAN ‘D’

PEMBAHAGIAN PUSAKA UNTUK WARIS BUKAN ISLAM

Bagi waris bukan Islam, pembahagian pusaka adalah mengikut Akta A1004 Akta Pembahagian (Pindaan) 1997 yang menetapkan bahawa :(a) Jika seseorang si mati tak berwasiat mati dengan meninggalkan seorang pasangan dan tidak meninggalkan zuriat dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, pasangan yang menakat adalah berhak kepada kesemua harta pusaka itu; (b) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan tidak meninggalkan seorang pasangan dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, pasangan yang menakat adalah berhak kepada setengah daripada harta pusaka itu dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa yang menakat adalah berhak kepada kesemua harta pusaka itu; (c) Jika seseorang si mati tak berwasiat mati dengan meninggalkan zuriat tetapi tidak meninggalkan pasangan atau ibu atau bapa atau ibu dan bapa, zuriat yang menakat adalah berhak kepada semua harta pusaka itu; (d) Jika seseorang si mati tak berwasiat mati dengan tidak meninggalkan pasangan dan zuriat tetapi meninggalkan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, ibu atau bapa atau ibu dan bapa yang menakat adalah berhak kepada kesemua harta pusaka itu; (e) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan meninggalkan seorang pasangan dan zuriat tetapi tidak meninggalkan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, pasangan yang menakat adalah berhak kepada satu per tiga daripada harta pusaka itu dan zuriat itu berhak kepada baki yang dua per tiga lagi; (f) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan tidak meninggalkan pasangan tetapi meninggalkan zuriat dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, zuriat yang menakat adalah berhak kepada dua per tiga daripada harta pusaka itu dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa itu berhak kepada baki yang satu per tiga lagi; (g) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan meninggalkan seorang pasangan, zuriat dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa, pasangan yang menakat adalah berhak kepada satu per empat daripada harta pusaka itu, zuriat adalah berhak kepada setengah daripada harta pusaka itu dan ibu atau bapa atau ibu dan bapa itu berhka kepada baki yang satu per empat lagi; (h) Tertakluk kepada hak-hak seseorang pasangan atau seseorang ibu atau bapa atau ibu dan bapa yang menakat, mengikut mana-mana yang berkenaan, harta pusaka seseorang si mati tak berwasiat yang meninggalkan zuriat hendaklah dipegang atas amanah dengan pembahagian sama rata bagi zuriat itu; (i) Jika seseorang simati tak berwasiat mati dengan tidak meninggalkan pasangan, zuriat, ibu atau bapa atau ibu dan bapa, kesemua harta pusaka si mati tak berwasiat itu hendaklah dipegang atas amanah bagi orang yang berikut yang hidup pada masa kematian si mati tak berwasiat dan mengikut susunan dan cara yang berikut, iaitu : Pembahagian Harta Pusaka Kecil

16

Pertama, atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen 7 bagi adik beradik lelaki dan perempuan simati tak berwasiat dalam bahagian yang sama banyak; tetapi jika tiada seorang pun mendapat kepentingan yang terletak hak secara mutlak di bawah amanah sedemikian, maka Kedua, bagi datuk nenek si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama banyak secara mutlak; tetapi jika tiada datuk nenek yang menakat, maka Ketiga, atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen 7 bagi bapa saudara dan ibu saudara si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama banyak; tetapi jika tiada seorang pun mendapat kepentingan yang terletak hak secara mutlak di bawah amanah sedemikian, maka Keempat, bagi moyang-moyang si mati tak berwasiat dan jika lebih daripada seorang menakat si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama banyak secara mutlak ; tetapi jika tiada moyang-moyang sedemikian yang menakat, maka Kelima, atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen 7 bagi moyang saudara si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama banyak.

______________________________________________________________________________ Penerangan di atas memberi maklumat umum sebagai panduan mengenai pembahagian pusaka simati. Maklumat yang lebih tepat dan jelas hendaklah diperolehi dari Pegawai Pentadbir Pusaka yang disenaraikan di bawah ini :Johor Bahru

07-2237737

-

Tingkat 4, Blok A, Wisma Persekutuan, 80000 Johor Bahru.

Muar

06-9521101

-

Tingkat 2, Bangunan Sumber Manusia, Jalan Othman, Muar.

Batu Pahat

07-4314344

-

Tingkat 4, Wisma Supreme, 36 Jalan Mengkudu, Batu Pahat

Segamat

07-9310403

-

No, 29A Tingkat 1, Jalan Dahlia, Bt 1, Jalan Buluh Kasap, Segamat.

Kluang

07-7724577

-

Tingkat 8, Wisma Bunga, Jalan Lambak, Kluang.

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

17

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

18

Related Documents