Gkb Assignment Tugasan 1.docx

  • Uploaded by: SiikHie Ung
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gkb Assignment Tugasan 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,004
  • Pages: 3
UNG SIIK HIE PC2 TUGASAN 1

Pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup haruslah bijak menguruskan masa. Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian pelajar dapat dijalankan dengan baik. Dewasa ini, kita sering mendengar berita tentang pelajar-pelajar telah terjemurus ke dalam kancah jenayah dan telah tercicir dalam pelajaran mereka. Punca utama berlakunya perkara seperti ini adalah disebabkan pelajar tidak pandai mengurus masa dengan bijak. Oleh hal yang demikian, jadual pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada pelajar supaya mereka mengurus masa dengan cekap terutamanya dalam bidang pembelajaran. Jadual pembelajaran seharusnya sempurna dari segi pembahagian masa untuk waktu belajar dan juga waktu merehatkan minda. Jadual pembelajaran haruslah mengikut kebolehan sendiri. Setiap individu mempunyai gaya belajar tersendiri. Apa yang penting bukanlah gaya tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah dilakukan.Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya bermakna sekiranya murid itu dapat memahami dan mengingati fakta dan konsep penting pelajaran berkenaan.Sebaliknya seseorang pelajar itu akan hanya kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari tidak dapat dihayati dengan sepenuhnya dan mereka tidak langsung dapat memahami atau mengingati perkara-perkara penting tentang pelajaran berkenaan. Pelajar sepatutnya mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar murid dapat memberikan fokus yang lebih terhad apa-apa yang dipelajari. Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Para pelajar haruslah memahami serta mengetahui sekurang-kurangnya satu daripada kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya dapat mengenal pasti pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka atau pelajar mereka. Saya telah mengambil kira gaya pembelajaran Dunn & Dunn sebagai hala tuju semasa mehasilkan sebuah jadual pembelajaran saya. Gaya pembelajaran Dunn & Dunn menyatakan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus iaitu unsur alam sekitar, emosi, fizikal persepsi, psikologi dan sendiri. Bagi stimulus alam sekitar, saya akan belajar dalam keadaan yang tidak bising dan tidak mendengar muzik. Saya adalah seorang yang mudah terganggu dengan apa yang berlaku di persekitaran. Keadaan bising atau mendengar muzik akan menyebabkan saya tidak dapat fokus

dengan sepenuhnya pada pelajaran saya. Selain itu, saya juga akan memilih kawasan yang cerah dan sejuk sebagai tempat saya untuk belajar. Tempat belajar yang cerah dan sejuk tidak mudah membosankan saya. Bagi stimulus sendiri pula, saya lebih suka belajar secara sendirian. Saya tentu tak akan fokus dengan sepenuhnya jika belajar secara kumpulan, saya tentu akan lepak dengan kawan-kawan saya dan selalu mencari alasan untuk tidak belajar. Selain itu, Honey & Mumford menekankan gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan individu yang mengamalkannya. Oleh itu, sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid. Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis merupakan murid yang mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan kehidupan mereka adalah penuh dengan aktiviti yang mencabar supaya dapat memberi pengalaman yang baru kepada mereka. Pada keseluruhannya, murid jenis ini merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu pada persekitaran diri sendiri. Di samping itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Murid yang reflektif akan sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Tambahan pula, Murid yang mempunyai gaya pembelajaran teoris sentiasa memiliki fikiran yang rasional dan logikal. Mereka mudah terangsang dengan teori dan model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Selain itu, mereka merupakan golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis daan mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka. Pada keseluruhannya, mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis, kenyataan atau idea yang wujud. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis memiliki fikiran yang rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka. Mereka hanya pentingkan bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat. Selain itu, mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan otak kanak yang mementingkan logikal.

Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan banyak pendekatan untuk melahirkan generasi yang cemerlang. Antaranya pendekatan CoRT yang dipelopori oleh Edward De Bono. Istilah CoRT ini sebearnya adalah singkatan daripada perkataan “Cognitif Research

Trust”. Alat CoRT merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk mengingkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Pertama sekali adalah C&S Consequence and sequel. Dengan ini, saya dapat menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan dan meramal kesan bagi keputusan tersebut. Seterusnya ialah AGO (Aims, Goals, Objectives). Melalui teori CRT ini, saya dapat sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai. Sebagai contoh, melalui teori CoRT ini, saya akan sentiasa memastikan saya tidak terjebak dalam kancah jenayah yang akan mengelapkan masa depan saya. Lantaran itu ialah FIP (First important priority). Dengan ini, saya akan lebih mengutamakan perkara yang lebih penting. Sebagai contoh, ujian tahunan akan bermula pada minggu hadapan, saya akan melepaskan peluang untuk menonton movie malah membuat ulang kaji di rumah. Disebabkan teori FIP, saya lebih memprihatinkan perkara yang lebih penting untuk saya. Seterusnya ialah OPV (Other People’s Views). Dengan ini, saya akan mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan dan juga memastikan diri membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri. Oleh hal yang demikian , saya dapat belajar dalam keadaan yang lebih harmoni bersama dengan kawan saya tanpa sebarang pertelingkahan faham. Deduksinya, jadual pembelajaran adalah hala tuju untuk membentuk seorang insan yang sempurna. Jadi, jadual pembelajaran adalah sangat penting terutamanya terhadap pelajar. Jadual pembelajaran membolehkan kita menggunakan masa pada perkara yang lebih penting dan berguna. Perkara yang paling penting semasa menghasilkan sebuah jadual pembelajaran adalah sentiasa mengambil kira gaya pembelajaran kendiri serta mengaplikasikan alat CoRT. Melalui cara ini, kita akan lebih mementingkan kepentingan masa dan juga pembelajaran dan seterusnya menjadi insan yang lebih sempurna.

(1000 PATAH PERKATAAN )

Related Documents

Gkb Bab 10.ppt
December 2019 15
Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38

More Documents from "ros ilya surya"

New Doc Document.doc
November 2019 22
New Doc Document.doc
November 2019 30
New Doc Document.doc
November 2019 31
Pk (muzik) T2&3.docx
May 2020 12