Gigih Tanam Cendawan

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gigih Tanam Cendawan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,022
  • Pages: 2
Utusan Malaysia Online - AgroBiz

CARI

LAMAN UTAMA BERITA Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Parlimen

Page 1 of 2

10 Ogos 2008 / 8 Syaaban 1429

KUMPULAN UTUSAN BERITA

HUBUNGI KAMI

JOM IKLAN!

ARKIB

AGROBIZ ARKIB : 08/08/2008

Gigih tanam cendawan

Politik Luar Negara

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

Sukan Bisnes Laporan Saham Mahkamah Jenayah Rencana Bicara Agama Forum GAYA HIDUP Hiburan Keluarga Feminin Rancangan TV Pendidikan

PEPATAH yang berbunyi ‘seperti cendawan tumbuh selepas hujan’, seakan-akan menjelaskan apa yang berlaku pada masa ini iaitu ramai individu mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu selepas kerajaan khususnya Jabatan Pertanian berusaha mempromosi tanaman tersebut. Senario tersebut didorong oleh faktor permintaan yang kian meningkat serta mempunyai potensi pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu memberangsangkan terhadap cendawan spesies berkenaan.

IKLAN@UTUSAN

Saleha Mohamed (kanan) bersama pembantunya memungut hasil cendawan di ladangnya di Rawang, Selangor.

Sains & Teknologi Agrobiz Kesihatan Sigap

Justeru, semakin ramai individu tempatan bertekad untuk menceburi serta mengusahakan tanaman tersebut dengan tujuan mencari pendapatan tambahan serta keuntungan yang boleh dikatakan agak lumayan.

MENARIK Mencari Sharlinie • Download poster Mencari Sharlinie. • Ikuti perkembangan terkini pencarian Sharlinie • Download fotofit suspek.

Polis & Tentera Sastera

Melihat kepada fenomena tersebut, seorang pegawai kerajaan, Saleha Mohamed, 47, tidak ketinggalan dalam mengambil inisiatif untuk bergiat serta mengusahakan perusahaan tersebut.

CAPAIAN LAIN

Dia yang berasal dari Kelantan, menjelaskan bahawa penglibatannya dalam penanaman cendawan itu disebabkan minat berniaga dan juga keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran. Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Mangga TV MyBooks Kareer Utusan Karya LAMAN KHAS

Semuanya bermula apabila beliau mengambil keputusan untuk berkongsi perniagaan tersebut bersama-sama anak saudaranya, Norazila Mohd Yusof, 28 yang kini masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM). Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan modal sebanyak RM20,000, dia bersama-sama Norliza telah memulakan pengusahaan tersebut sejak tiga bulan lalu.

• Utusan@SMS -- Langgan khidmat SMS news alert akhbar Utusan Malaysia • Geng@Utusan -- Hantar gambar anda dan jom sertai teman-teman di Geng Online

‘‘Dengan modal sebanyak itu, kami mampu menyewa dua buah lot kosong rumah kedai, membeli peralatan serta menghasilkan cendawan dan kini setelah tiga bulan berlalu, cendawan tiram kelabu kami telah mengeluarkan hasil yang memuaskan,’’ katanya ketika ditemui di rumah kedai yang dijadikan gudang cendawannya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini. IKLAN@UTUSAN

Menurutnya lagi, dua buah lot rumah kedai itu yang mempunyai keluasan 20 kaki x 80 kaki tiap satu mampu menempatkan sebanyak 20,000 beg yang ditempatkan di atas rak yang disusun rapi. Menerusi syarikat Setia Gading Enterprise yang dikendalikannya, Saleha bersama-sama dua orang pekerjanya mampu menghasilkan 40 kilogram (kg) sehingga 50 kg cendawan setiap hari. Jelasnya lagi, secara purata, hasil tersebut merupakan cendawan yang dihasilkan daripada 1,000 beg yang sudah sampai tempoh matang. KOMUNITI

Dalam pada itu, Saleha turut menerangkan bagaimana proses tanaman cendawan tiram kelabu dilakukan. Menurutnya, proses tanaman cendawan tiram kelabu, memerlukan penggunaan habuk kayu serta beberapa campuran lain termasuk kapur digunakan bagi dijadikan bahan asas. Seterusnya , kesemua bahan itu perlu digaul dan dicampur dengan air sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik khas.

IKLAN Teks

‘‘Selepas itu, beg plastik tersebut akan disuntik dengan benih cendawan dan diperam selama dua bulan.





‘‘Dalam masa itu, beg plastik tersebut akan bertukar menjadi warna putih dari masa ke semasa dan itu bermakna akar cendawan tersebut sedang tumbuh dalam beg tersebut,’’ ujarnya.

Cyber Slim Center - 10kg dalam 30 hari >> Langsingkan badan secara selamat, semula jadi SmartStudy - Kursus Motivasi & Teknik Belajar Bersama Osman Affan • Pusat Pelangsingan Online Anda, turun 5-30kg. >> Rahsia Mudah Langsing. Ketahuinya. • Promosi ! 3GB hosting hanya RM80 setahun Syarikat Hosting 5 Teratas, Pendaftaran dibuka 24/7

Selepas tempoh dua bulan, tutup beg plastik tersebut akan dibuka dan kemudian benih yang asal itu akan dibuang tetapi beg tersebut ditutup kembali dalam tempoh 10 hari. Tambahnya, selepas 10 hari benih tersebut dibersihkan, tutup beg tersebut akan ditanggalkan dan setiap beg akan mula mengeluarkan hasil selepas empat ke lima hari benihnya dibuang. Hasil yang dihasilkan itu kemudiannya sudah boleh dipetik dan dibungkus untuk dipasarkan. Buat masa ini, Saleha membekalkan cendawan-cendawannya kepada para peruncit dan pembekal

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&... 9/8/2008

Utusan Malaysia Online - AgroBiz

Page 2 of 2

cendawan kecil-kecilan di sekitar Rawang. Selain itu, ditanya mengenai cabaran serta masalah yang dihadapi sepanjang mengusahakan penanaman cendawan itu, beliau menjelaskan bahawa cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju merupakan spesies yang sangat sensitif. ‘‘Bagi mendapatkan hasil yang baik, soal kebersihan perlu diutamakan. Ini kerana persekitaran yang kotor akan mempengaruhi udara, sekali gus akan mendatangkan penyakit kepada cendawan. ‘‘Bagaimanapun, penyakit ‘hijau’ merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengusaha cendawan masa kini, selain serangan serangga seperti ulat dan lain-lain lagi,’’ katanya. Tambah Saleha, bagi menangani perkara ini, persekitaran hendaklah dijaga dengan rapi. Semburan racun serangga perosak dilakukan dengan berhati-hati agar beg cendawan tidak terdedah kepada semburan ini. Saleha turut mengakui bahawa risiko kerosakan cendawan juga agak tinggi. Antara 10 hingga 20 peratus beg cendawan akan mengalami kerosakan. Pada masa yang sama, Saleha turut memberitahu bahawa benih yang baik juga menjadi salah satu faktor yang mampu mempengaruhi produktiviti. Buat masa ini, bagi menampung keperluan mendapatkan bekalan benih cendawan yang baik dan bermutu tinggi, Saleha telah mengadakan perbincangan antar pengusaha tiram kelabu di selatan Thailand. Menurutnya, beberapa orang pengusaha di negara itu sedang berusaha mendapatkan kelulusan pihak tertentu di negara ini untuk membawa masuk benih yang baik bagi diedarkan di negara ini. Lebih menarik, benih yang digunakan di Thailand itu mampu menghasilkan cendawan hanya dalam tempoh 28 hari berbanding pada kebiasaannya, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan setengah bagi mendapatkan hasil. Saleha berharap agar sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan cendawan miliknya atau memasarkannya agar menghubungi di talian 019-2199180 atau suaminya Safri Ali di talian 0173953654 atau berkunjung ke lot kedainya di alamat G23, Jln Kasturi 1B, Bukit Sentosa.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• • • • • • • • • •

Gigih tanam cendawan Herba meningkatkan kesihatan Inovasi pemprosesan nangka Nilai nutrisi cendawan bagi tujuan perubatan Sistem Peribact untuk ternakan udang Asas lahirkan usahawan ternak RM5j geran penyelidikan buah jarak Menternak rusa tidak sesukar disangka AgroHUB tawar tujuh perladangan kontrak Sarang burung sumber ekonomi baru

IKLAN@UTUSAN

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Terma & Syarat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&... 9/8/2008

Related Documents

Gigih Tanam Cendawan
October 2019 29
Kursus Cendawan
December 2019 26
Proposal Cendawan
November 2019 23
Plbs.bm.09.3 Gigih
June 2020 1
Tanam Padi
November 2019 24

More Documents from "Nugiarta Pratama"