Tanam Padi

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tanam Padi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,507
  • Pages: 6
Penanaman Padi

Padi Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pokok Padi Pandangan Sawah Padi Pelbagai jenis beras dijual dipasar raya dalam bungkusan seberat lima, sepuluh atau dua puluh kilo. Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur. Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan. Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung. Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi. Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sabagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. 1

Penanaman Padi

AMALAN-AMALAN TANAMAN TERUS PADI Tanaman terus padi ialah satu amalan tanaman di mana biji-biji benih padi ditabur terus ke sawah. Biji-biji benih akan bercambah, dijaga sehingga pokok-pokoknya besar dan matang. Dengan amalan tanaman terus, pengubahan anak semaian padi tidak perlu seperti yang terdapat dalam amalan biasa. Amalan tanaman terus padi boleh diusahakan dalam keadaan kering dan basah atau separuh basah. Cara menanam boleh dibahagikan kepada 2 cara, iaitu secara tabur dan dengan menggunakan jentera penanam biji. Dalam keadaan kering, kedua-dua cara (tabur dan dengan jentera penanam biji) boleh diusahakan. Tetapi di dalam keadaan basah atau separuh basah, tanaman terus secara tabur adalah lebih sesuai. Berikut adalah kebaikan dan keburukan cara-cara menabur dan menanam dengan jentera:

2

Penanaman Padi

CARA TABUR Sesuai untuk kedua-dua keadaan basah dan kering. Tabur terus dengan tangan - mudah diuruskan - sesuai untuk kawasan kecil - taburan tidak serata - kekosongan dibekas-bekas alur jalan semasa menabur Mesin Penabur Kuasa Tangan - tabur serata - hanya menggunakan tenaga pusingan tangan - kekosongan dibekas alur jalan semasa menabur Mesin Penabur Berinjin - tabur serata - taburan seperti dari ruangan udara - lebij cepat (25 min/ha) Taburan Dari Ruangan Udara Dengan Pesawat Udara - cepat dan sesuai untuk kawasan luas - pada amnya kadar benih digunakan lebih banyak - cara ini masih belum diamalkan tetapi berpotensi

CARA MENANAM DENGAN MESIN Sesuai untuk keadaan kering. Tugalan atau Jemput (selepas membuat alur dengan mesin) - mengambil masa yang lama - banyak tenaga dan rumit - jarak tanaman tidak serata - kadar biji semata rumpun tidak serata Mesin Penanam Biji - boleh disangkutkan ke belakang mesin pembajak putar - penyediaan tanah dan penanaman dijalankan sekaligus - sesuai untuk tanaman berbaris - cepat dan kemas - masalah kegelinciran dan lekatan lumpur di tanah basah Mesin-mesin Lain Yang Boleh Digunakan:

3

Penanaman Padi

KEADAAN SESUAI UNTUK TANAMAN TERUS PADI Tanaman terus padi memerlukan beberapa keadaan tertentu seperti infrastruktur pengairan yang lengkap, kesesuaian tanah dan kawalan rumpai serta musuh yang ketat untuk menjamin kejayaannya. Infrastruktur Pengairan Yang Lengkap Pengurusan air yang betul sangat penting di beberapa peringkat tanaman. Pengurusan air yang tidak betul bukan hanya mengganggu percambahan tetapi juga mempengaruhi pembiakan rumpai, musuh-musuh tanaman dan kerosakan permukaan tanah daripada kesan roda semasa menuai dengan jentera penuai. Infrastruktur yang lengkap ialah sistem perparitan pengairan serta pengaliran yang boleh mengawal paras air dengan tepat. Untuk kawalan air yang lebih cepat, parit-parit kecil sedalam dan selebar 0.5m di sekeliling petak boleh mengawal paras air dengan memuaskan. Jika permukaan tanah tidak rata di kawasan yang luas, parit-parit tambahan atau aluralur mengalirkan takungan air mesti dibina supaya gangguan kepada percambahan benih boleh dielakkan. Kesesuaian Tanah Jika tanaman terus dilakukan dalam keadaan kering, tanah mestilah mudah dihancurkan. Tanah-tanah ringan yang tidak menjadi ketul-ketul besar dan keras semasa dibajak akan memberikan kambusan yang baik kepada benih-benih dan melindunginya daripada musuh-musuh. Di kawasan-kawasan tanah yang berat seperti tanah liat, dan pengaliran air yang kurang cepat, tanaman terus secara tabur dalam keadan basah adalah lebih sesuai. Tanah yang berat ini mudah diusahakan dalam keadaan basah dan tidak akan menjadi ketul-ketul. Penyerapan airnya perlahan, oleh itu permukaan tanah perlu diratakan untuk mengurangkan takungan-takungan air yang akan mengganggu percambahan. Kawalan Rumpai Kawalan rumpai yang berkesan adalah satu daripada punca kejayaan tanaman terus padi. Oleh sebab rumpai membiak dengan cepat dalam sebarang keadaan, percambahannya mesti diganggu sehingga pokok padi menjadi sudah besar dan dapat menberi naungan untuk mengawal pembiakan rumpai itu. Satu daripada cara kawalan rumpai yang berkesan ialah melalui penyediaan tanah yang sempurna. Selain daripada mengawal rumpai, pembalikan lapisan tanah juga akan menambahkan organan ke tanah.Di kawasan yang sentiasa diusahakan, pembiakan rumpai biasanya kurang, dan kawalan secara penyediaan tanah yang sempurna boleh mengatasi masalahnya nanti. Untuk kawasan yang mempunyai rumpai yang tebal, kawalan menggunakan racun herba mungkin perlu. Berdasarkan kepada ketebalan rumpai, satu atau dua pusingan semburan paraquat (@ 2 liter/ha atau lebih) perlu dibuat sebelum tanah diusahakan dan ditanam. Walau bagaimanapun, usaha kawalan rumpai mesti ditentukan keberkesanannya sebelum benih ditabur atau atau ditanam kerana kawalan selepas menanam sungguh merumitkan. Kawalan selepas menanam ialah kawalan rumpai yang membiak dalam keadaan berair. Jenis-jenis rumpai ini seperti rumpai berdaun lebar yang biasanya boleh dikawal dengan semburan racun herba 2,4-Dbutyl ester sebanyak 2 kg/ha 30-35 hari selepas penanaman/ 4

Penanaman Padi

penaburan. Kadar Benih dan Jenis Padi Kadar benih yang digunakan sekarang ialah 40-100 kg sehektar, tertakluk kepada cara tanaman. Jika tanaman terus dengan mesin diusahakan, kadar benih ialah 40 kg/ha dan jika ditabur kadar benihnya boleh ditinggikan hingga ke 100kg/ha. Tujuan meninggikan kadar benih ialah untuk meninggikan bilangan pokok tanpa pembiakan rumpun dan untuk kawalan rumpai secara menaungkan keadaan sekeliling. Jenis padi yang digunakan sekarang ialah jenis biasa yang didapati sesuai seperti MR-1 (Setanjung) dan MR-10 (Sekembang). Rawatan Biji-Biji Benih Untuk menjamin percambahan yang serata, cepat dan bermut, biji padi perlu dipilih supaya benih yang bernas sahaja ditanam. Satu daripada tujuannya ialah untuk menpercepatkan percambahan, dengan itu pokok-pokok padi boleh membiak lebih cepat sebelum benih-benih rumpai membiak. Pilihan benih yang bernas boleh dibuat melalui perasingan atau tapisan dengan menggunakan bancuhan air garam yang boleh menimbulkan sebiji telur ayam (@1.08SG). Untuk mengawal penyakit yang terdapat pada biji-biji, benih boleh direndam dalam air panas pada suhu 54-55 darjah celcius selama 10 minit. Benih kemudian boleh dipracambah mengikut kegunaannya. Biasanya, benih pracambah digunakan jika tanaman terus secara tabur diamalkan. Untuk benih pracambah, benih mesti direndam selama 6 jam dan kemudian diperam dalam keadaan lembab selama 42 jam. Pembajaan Kadar dan masa pembajaan dalam amalan tanaman terus adalah penting untuk menentukan mutu hasilnya. Kadar dan masa pembajaan yang diamalkan untuk tanaman terus sekarang ialah seperti berikut: Baja

Kadar N Masa Membaja

Baja Asas (Campuran) 15:15:7.5 Pembajaan Permukaan 1(Urea) Pembajaan Permukaan 2 (Urea) Pembajaan Permukaan 3 (Urea)

30 kg/ha 20 kg/ha 20 kg/ha 20 kg/ha

15 hari selepas tanam 35 hari selepas tanam 55 hari selepas tanam 75 hari selepas tanam

Kadar baja ini tertakluk kepada kesuburan tanah setiap kawasan. Pada umumnya kadar NPK 90:30:30 kg/ha didapati mencukupi. Kawalan Musuh dan Serangga Disebabkan kadar benih untuk tanaman terus adalah 2 hingga 4 kali ganda daripada kasar benih tanaman biasa, jumlah pokok padi yang membiak juga bertambah. Kedaan ini meninggikan naungan kepada mush tanaman seperti tikus dan serangga. Untuk mengelakkan daripada serangan-serangan tersebut langkah yang perlu diambil 5

Penanaman Padi

ialah: - membersihkan kawasan sekeliling supaya tempat-tempat perlindungan musuh termusnah - amalkan kawalan lebih awal bagi tujuan mencegah. Pencegaha awal bagi tikus didapati amat berkesan. Untuk serangan ulat serangga, gunakan bahan pencegah kimia carboruran dengan kadar yang biasa diamalkan untuk alat batang dan penyakit merah. Kadar 0.5 kg/bahan aktif/ha 0.5 kg/bahan aktif/ha

Masa Menggunakannya 15 hari selepas tanam 30 hari selepas tanam

Penuaian

Kira-kira 30 hari sebelum menuai, kawasan mesti dikeringkan untuk membolehkan jentera penuai lengkap menjalankan kerja-kerja menuai. Tujuan mengeringkan sawah ialah untuk mengelakkan kerosakan permukaan tanah daripada bekas-bekas roda ini akan merumitkan kerja-kerja meratakan tanah. Padi tanaman terus boleh juga dituai dengan tangan.

6

Related Documents

Tanam Padi
November 2019 24
Padi
May 2020 35
Padi
April 2020 35
Padi
October 2019 42
Padi
November 2019 44
Sapthamai Padi
November 2019 34