Generasi Al-quran Yang Unik

  • Uploaded by: adam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Generasi Al-quran Yang Unik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,134
  • Pages: 4
Generasi Al-Quran yang Unik______________________________________________

E

B

A H A N

T

B

A C A A N

A Z K I R A H

Bagaimana

interaksi anda dengan Al-Quran?

Generasi Al-Quran yang Unik

D

akwah Islamiyah telah melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, Ridwanullahi alaihim, iaitu satu generasi yang paling istimewa dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan . keseluruhannya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi

Kalaulah wujudnya peribadi Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu menjadi syarat mutlak untuk kejayaan dakwah ini, maka sudah tentu Allah Subha Nahu Wa Ta'ala tidak menjadikan dakwah ini meliputi seluruh umat manusia dan tidak dijadikannya (Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam) sebagai utusan-Nya yang terakhir, serta tidak diserahkan hal ini (menegakkan Islam) untuk diurus oleh manusia hingga ke akhir zaman.

tidaklah lahir satu golongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu, seperti yang telah muncul di zaman Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Ini adalah satu hakikat yang sememangnya berlaku dan di sebaliknya terkandung maksud-maksud yang tertentu yang perlu kita perhatikan dan renungkan dengan bersungguh-sungguh, agar kita dapat menyelami rahsianya. Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita. Hadis Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita, seperti yang telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak terjejas oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri peribadi Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam sahaja yang tiada bersama-sama kita sekarang. Adakah ini rahsianya? Kalaulah wujudnya peribadi Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu menjadi syarat mutlak untuk

Generasi Al-Quran yang Unik______________________________________________

kejayaan dakwah ini, maka sudah tentu Allah Subha Nahu Wa Ta'ala tidak menjadikan dakwah ini meliputi seluruh umat manusia dan tidak dijadikannya (Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam) sebagai utusan-Nya yang terakhir, serta tidak diserahkan hal ini (menegakkan Islam) untuk diurus oleh manusia hingga ke akhir zaman. Tetapi Allah Subha Nahu Wa Ta'ala telah mewafatkan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam setelah 23 tahun baginda menjalankan tugas berdakwah dan menyampaikan perutusan Ilahi, dan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala telah memberi jaminan untuk memelihara Al-Quran dan menegaskan akan memelihara agama-Nya hingga hari kiamat. Ini adalah kerana Allah mengetahui bahawa dakwah ini boleh tegak selepas zaman Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan juga boleh membuahkan hasil yang baik Dengan demikian, ketiadaan peribadi Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu tidak boleh dijadikan alasan di atas kegagalan dakwah di zaman ini. Maka, kita perlu menyelidiki sebab lain yang menjadi punca kegagalan itu. Mari kita lihat kepada sumber pengambilan generasi pertama itu. Kemudian kita lihat pula kepada program dan jalan yang telah dilalui mereka, barangkali ada sesuatu yang berlainan dan berbeza. Sumber pokok yang dicedok oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran, dan HANYA Al-Quran sahaja. Hadis Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan petunjuk-petunjuk beliau adalah merupakan penafsiran kepada sumber utama itu. Ketika Saidatina Aisyah Radhiallahu'anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan perjalanan hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam,

maka beliau menjawab; (yang bermaksud); "Akhlak baginda itu ialah AlQuran." [Riwayat An-Nasai] Bukanlah disebabkan ketiadaan tamadun dan kebudayaan duniawi pada zaman tersebut yang menyebabkan generasi pertama itu hanya mencedok daripada AlQuran sahaja sebagai sumber didikan mereka, tetapi ialah justeru penyusunan yang telah ditentukan dan program yang telah diatur oleh Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Dalil yang terang tentang hal ini ialah kemurkaan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ketika melihat Sayyidina Umar Al-Khattab r.a. memegang sehelai kitab Taurat. Sabda baginda; "Demi Allah, sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu sekarang, tidak ada pilihan baginya melainkan mesti mengikut ajaranku." [Riwayat Abu Ya'la] Tetapi apakah yang berlaku kemudiannya? Sumber panduan bagi generasi kemudian rupanya telah bercampur baur! Sumber mereka telah dicemari oleh falsafah Yunani (Greek), cara berfikir dan logiknya, dongeng-dongeng Parsi dan pandangan hidupnya, cerita-cerita Israiliat Yahudi dan juga telah dimasuki oleh saki baki peninggalan tamadun zaman lampau. Inilah faktor utama yang menyebabkan generasi berikutnya berlainan sama sekali dengan generasi yang pertama yang unggul itu. Di sana ada satu lagi faktor asas selain daripada percampuran sumber, iaitu berbezanya cara menerima pengajaran antara generasi para sahabat Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dengan generasi-generasi kemudiannya. Generasi pertama para sahabat Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-

Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan berpanglipur lara. Tiada seorang pun daripada mereka yang belajar Al-Quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu sematamata untuk ilmu dan bukan juga dengan maksud menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka sahaja. Tidak juga dipelajari Al-Quran untuk mencari pengetahuan tambahan ataupun arahan tambahan dalam satu majlis pengajian atau suatu majlis taklimat. Tetapi dipelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar tentang arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup masyarakat mereka. Dan dia belajar untuk dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit yang menerima arahan. Dasar "belajar untuk melaksanakan terus" merupakan faktor utama membentuk generasi pertama dahulu, manakala dasar "belajar untuk membuat kajian dan bahan panglipur lara" merupakan faktor penting yang melahirkan generasi-generasi kemudian. Dan tidak syak lagi bahawa faktor kedua inilah yang merupakan sebab utama mengapa generasi-generasi yang terkemudian berlainan sama sekali dengan generasi pertama para sahabat Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Al-Quran ini tidak diturunkan sekaligus, malah ia diturunkan mengikut keperluankeperluan yang sentiasa berubah, mengikut perkembangan fikiran dan pandangan hidup serta suasana tertentu dan peristiwa khusus dan untuk membongkar isi hati manusia, untuk menggambarkan urusan yang mereka hadapi, dan menggariskan program kerja mereka, juga untuk memperbetulkan

kesilapan perasaan dan perjalanan hidup, supaya mereka sentiasa merasa terikat dengan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala setiap masa dan dalam semua keadaan dan suasana. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur bagi mengajar mereka mengenal Allah Subha Nahu Wa Ta'ala melalui sifat-sifatNya dan juga melalui bukti-bukti perkembangan dan perubahan alam. Dengan demikian, mereka akan merasakan bahawa diri mereka sentiasa terikat kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan tertakluk kepada pemerhatian Ilahi. Pada ketika itu, mereka merasakan bahawa mereka sedang hidup di bawah pengawasan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala secara langsung. Di sana ada satu lagi faktor yang mesti diperhati dan dicatat dengan sebenarbenarnya. Seorang yang telah menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan daripada dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan episod baru di dalam hidupnya; memisahkan dirinya sejauh-jauhnya daripada hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam yang baru itu. Sekiranya pada ketika-ketika yang tertentu, dia terdorong oleh nafsunya, atau merasa tertarik dengan kebiasaannya yang lama, atau merasa lemah di dalam menjalankan tugas dan kewajipan keIslamannya, nescaya dia akan merasa amat bersalah dan berdosa, dan dari lubuk hatinya merasakan perlu untuk

membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku; lalu berusaha sedaya upaya untuk mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran. Rujukan: Petunjuk Sepanjang Jalan, Syed Qutb

Related Documents

Cara Lari Yang Unik
April 2020 20
Unik
November 2019 30
Alquran
June 2020 44

More Documents from "Hafizul Hanis"